"saya sayang awak kerana Allah" kata seorang sahabat
"aku sayang ukhwah ini kerana Allah" kata seorang sahabat lain pula
"sahabat, aku sayang persahabatan ini kerana Allah" kata sahabat yang satu lagi.
"saya rindu abang, ingat nak jumpa abang" kata seorang junior lelaki kepada seniornya.
"kak..terima kasih diatas persahabatan ini, uhibbukifillah.." kata seorang wanita kepada sahabatnya.
semua ayat di atas, saya kira pasti ramai yang pernah di dengar, atau dalam erti kata lainnya pernah mengalaminya sendiri, iaitu bila kita mempunyai sahabat.
percaya atau tidak, kita semua sebenarnya amat memerlukan seorang sahabat paling kurang pun, ya, kita amat memerlukan sahabat! mungkin ada yang kata mereka tidak perlukan sahabat, benarkah begitu? tentu sekali tidak, kerana kita semua memang tak boleh hidup seorang diri.
siapakah sahabat itu? bagi saya, ia bukanlah sebuah perhubungan yang biasa, ia agak istimewa, sahabat boleh sahaja terjadi antara anak dan ayah, atau ibu, atau isteri, atau suami, atau sesiapa sahaja, dan jangan hairan jika anda pernah mendengar ada manusia yang bersahabat dengan jin atau syaitan! Mengapa? kerana fitrah manusia itu sendiri yang tak boleh hidup sendiri.
Perasaan bila bersahabatApabila kita mempunyai sahabat, persahabatan itu boleh membuatkan kita rasa bahagia, rasa gembira, dan terkadang juga membuatkan kita rasa gundah, tetapi kebiasaanya dalam persahabatan akan membuatkan kita rasa tenang dan bahagia, adakalanya kita rasa berduka kerana sahabat.
Dalam bersahabat, kita terkadang rasa bersemangat untuk melakukan sesuatu, hanya kerana dorongan dan semangat yang di tiupkan oleh sahabat kita. Sudah pasti ramai yang pernah merasakan keadaan sebegini.
Hidup juga terasa tenang dan bahagia kerana diri kita sentiasa diambil berat, sentiasa mendapat nasihat, doa-doa dari sahabat juga sentiasa memayungi diri kita agar sentiasa ada dalam rahmat ALLAH.
Begitu juga sebaliknya, terkadang sahabat juga boleh menyebabkan kita jadi lemah semangat, atau sedih, bila mana sahabat membuatkan hati kita terguris. lebih parah jika kita di khianati sahabat. ALLAH....
Persahabatan yang membawa ingatan kepada ALLAHSebuah persahabatan memang indah bukan? tapi perlu lah diingati agar persahabatan itu jangan sampai kita jauh dari ALLAH dek kerana terlalu asyiknya bersahabat. Ini semua gara-gara kita telah meletakkan pergantungan kita kepada sahabat kita. Sedangkan kita sepatutnya membina persahabatan itu dengan rasa keimanan agar ianya membawa kepada Cinta ILAHI.
Sebab itu terkadang kita perlu bermuhasabah diri, apakah selama bersahabat ini kita telah mendorong sahabat kita itu kearah cintakan ALLAH? atau hanya menjauhkannya lagi dari ALLAH? sahabat yang baik, akan cuba mentarbiah diri kita dan juga dirinya agar dekat kepada ALLAH, sentiasa memberi nasihat dan teguran agar kita tidak jauh dari ALLAH, dan kita juga begitu. Inilah persahabatan yang membawa ingatan kepada ALLAH. Saling melengkapi antara satu sama lain.
Subhanallah, indahnya jika punya sahabat seperti ini, biarpun kita dan sahabat kita berbeza asal dan latar belakang, tapi cukup sekadar kita dan sahabat berkongsi TUHAN, hati bertaut mesra berbalas senyuman.
tapi jangan pula ada yang menunggu untuk difahami, menunggu untuk di hargai, menunggu akan ada yang boleh serasi, tapi didiklah hati agar mahu bersaudara, bentuklah diri agar menjadi kawan, nescaya saudara akan bertambah, kawan akan datang berukhwah. Jadilah kawan, tak perlu mencari-cari kawan.
persahabatan yang mendekatkan diri kepada ALLAH adalah ubat bagi menyembuhkan kegersanagan jiwa terhadap keinginan untuk bersahabat atas tujuan hidup, bukan keperluan hidup. Apa yang mengikat persahabatan ialah rasa hati kita dan sahabat kita mahu berkongsi tujuan hidup. Hidup sebagai hamba, yang saling mengasihi kerana ALLAH, bertemu dan berpisah kerana-NYA. Seseungguhnya persahabatan kerana ALLAH memang indah.
Daripada Abu Hurayrah r.a. Rasulullah s.a.w bersabda, " Seorang lelaki telah pergi menziarahi saudaranya si sebuah pekan, Lalu ALLAH hantarkan malaikat untuk mengekorinya di perjalanan itu. Apabila Malaikat itu bertemu dengan pemuda tersebut, dia bertanya, "Kamu mahu kemana?" lelaki itu menjawab, "Aku mahu menziarahi saudaraku di pekan ini," Malaikat itu bertanya lagi, " Apakah engkau mempunyai sebarang kepentingan yang ingin diperolehi daripadanya?" Lelaki itu menjawab, "Tidak! aku menziarahinya semata-mata kerana aku sayangkan dia kerana ALLAH."Malaikat tersebut berkata,"sesungguhnya aku ini adalah utusan ALLAH kepadamu, Aku diperintahkan untuk memberitahu kepadamu bahawa ALLAH mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu itu kerana-NYA."
andai kau membaca tulisanku ini, ketahuilah sahabat, bahawa aku mencintaimu kerna ALLAH, kerana kau adalah cermin sakti buat diriku..:p