Isnin, 31 Mei 2010

Sebuah Keamanan yang tidak di hargai..nilai iman yang menghakis


suka ria adik ini, siap 'posing' lagi


makcik ini sedang menunggu bas datang, tenang..tanpa sebarang gangguan dari tembakan peluru-peluru zionis, kecuali 'tembakan' kamera saya..=P

bekas berwarna merah itu tempat saya meletakkan kerepek ubi yang saya jual di sebuah sekolah



ini arnab ibu saya..masih belum punya nama, siapa ada cadangan, sila emailkan kepada saya, mana tahu boleh menang hadiah nikon D3 sebijik! =p


lagi gambar arnab, comel kan? geram3x!


apa makna gambar ini? sila teka..hadiah pertama berupa tiket percutian ke Darul Hanan di Raub, Pahang..hihi


Tenang

Dalam gambar diatas, apa persamaan yang boleh anda fikirkan? bagi saya, gambar-gambar yang saya tangkap diatas punya satu maksud, iaitu malaysia sebuah negara yang aman, tiada serangan udara dari pihak zionis. Ada baiknya kita aman, tetapi ujian kesengan sebenarnya lebih payah kita harungi daripada ujian kesusahan, tak percaya? cuba bila sudah kaya, sudah punya wang berjuta, terlalu sibuk dengan kerjaya, masa itu adakah anda punya masa untuk baca azkar pagi petang? adakah anda sanggup harta anda di jadikan satu dana untuk menaja mereka yang mahu menuntut ilmu ke luar negara?

berbeza bila anda susah, tapi ada juga orang susah yang tak pandai bersyukur, jarang baca azkar pagi-petang, jarang solat, malah menyalahkan Allah diatas nasibnya yang miskin! bagi saya, memang patut dia miskin, kalau miskin pun dah tak pandai bersyukur, apatah lagi bila sudah kaya?


Bantuan ke Gaza, kisah dari Palestin

Berita melaporkan 20 orang aktivis misi kemanusiaan ke Gaza telah terbunuh dalam serangan udara oleh pihak tentera zionis, Allah...saya terdiam, baru bulan lepas dapat menatap secara bersemuka ustaz Noorazman di sini, hari ini beliau dan sahabat-sahabat, saudara-saudara seislam kita diatas kapal itu sedang genting, apa daya kita di sini? mengenakan tekanan dan juga berdoa.

"saya banyak dosa......" saya mengeluh, terasa malu untuk berdoa

"jangan putus harap dengan Allah..berdoalah dengan seikhlas-ikhlasnya" jawab Kak Siti, orangnya sangat kuat bergantung kepada Allah.

teruskan berdoa sahabat-sahabat sekalian! Jika anda terasa anda orang yang berdosa, ayuh kita segera bertaubat! doakan untuk saya juga ya!


Masalah kelemahan Umat masa kini dalam mendepani kuffar dari sudut kekuatan dan bilangan

"bagaimana mahu berdepan dengan zionis, mereka terlalu kuat!" luah adik junior saya

"teruskan berdoa dan ikhlas dengan Allah" jawab Kak Siti, saya hanya mendengar perbualan mereka berdua.

"Tapi kenapa Allah tak hantar bantuan pun?" soal adik junior saya lagi.

"sekarang bukan zaman abrahah, bantuan datang dengan segera melainkan kita akan di uji, sejauh mana keihklasan kita itu dulu, jika keikhlasan kita sudah benar teruji, Allah pasti akan menurunkan bantuan-Nya..yakinlah!" tegas kak siti.


Firman ALLAH s.w.t dalam surah al-Fath:

"Dan (telah menjanjikan pula kemengan-kemengan) yang lain ( atas negeri-negeri) yang kamu belum dapat menguasainya. ALLAH telah memeliharanya (untuk kamu). " -surah al-Fath: 21


Kekuatan umat Islam bukan bergantung kepada bilangan tentera yang ramai atau kelengkapan senjata dan peralatan perang serta kekuatan ekonomi tetapi bergantung kepada kekuatan iman, pergantungan kepada ALLAH, ketaatan kepada pimpinan dan strategi peperangan yang bijaksana. Ini di buktikan dalam semua peperangan Rasulullah s.a.w.

Hari ini umat Islam kalah dalam peperangan kerana tidak lagi memiliki sifat tersebut. ALLAH..selama ini saya banyak tidak serius, leka dan lalai dengan nafsu..semoga Allah mengampuni saya. Sama-sama kita berdoa untuk Gaza. Allahuakbar!

p/s: mulai esok hingga minggu hadapan, saya tidak dapat online, kerana ada urusan rasmi, Dr. Abdullah, pensyarah Universiti Malik Saud Riyadh nak datang...hehe

Sabtu, 29 Mei 2010

Belajar menghargai

saya suka gambar yang punya elemen air





kedai buku syabab


hanya dua keping dapat di upload, sangat berat saiz gambar ini, ada cerita dan pengajaran yang mahu saya sampaikan, nanti ye.. sebelum itu, saya mahu ucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya yang bakal menduduki peperiksaan, semoga di permudahkan segala urusan, dan paling tak lupa buat sahabat di mu'tah jordan, anda pasti akan lebih di hargai, sebab anda telah menghargai orang di sekeliling anda, saya doakan anda bahagia dan mudah menjawab periksa akhir..insyallah

suri rumah oh suri rumah

"Adik ambil 20 bungkus, akak ambil 18 bungkus" arah saya kepada adik-adik saya seawal jam 6.00 pagi.


Seawal subuh, saya telah pun bertungkus lumus setiap hari untuk memasak daging burger dan roti. Ianya untuk di jual kepada pelajar-pelajar sekolah. Begitulah rutin harian saya seawal pagi, usai solat subuh, bergegas ke dapur untuk menyiapkan bekalan makanan untuk adik-adik ke sekolah, saya dan ibu bertungkus lumus di dapur.

Tugas sebagai suri rumah seperti yang sedia maklum, bukan semudah yang di sangka..hehe, minggu ini saya masak istimewa, kerana orang istimewa mahu pulang..(sila jangan garu kepala ye).

Penat tapi bahagia

"Tak penat ke busyro?" tanya seorang sahabat

saya tersenyum sendiri, tiada istilah keluhan penat sepatutnya bagi anda sebagai suri rumah dan juga dalam masa yang sama sebagai seorang peniaga.

"ana bahagia.." balas saya

ya, bahagia itu dengan memberi, kita tidak akan bahagia jika kita terlalu asyik memikirkan untuk di bahagiakan, liku-liku perjalanan hidup banyak mematangkan saya dalam hal ini..alhamdulillah.


Ilmu pengurusan rumah tangga

"mengapa hari ini orang seolah-olah suka menswastakan kerja-kerja rumah?" tanya sahabat saya di kedai makan baru-baru ini,

"maksudnya?" kali pertama saya mendengar istilah begini, mungkin maksudnya orang gaji.

"upah orang gaji lah..semua nak di swastakan, sampaikan basuh baju, gosok baju, malah basuh berak anak-anak pun nak suruh orang gaji juga yang buat" keluh sahabat saya ini.

"orang gaji, mungkin jika terlalu sibuk, kerana suami isteri agak sibuk bekerja, mereka mengambil altenatif untuk menguruskan rumah mereka, tak sempat kalau nak buat semua tu" celah adik saya.

bagi saya, dalam menilai hal sebegini, bukanlah sesuatu yang mudah, terkadang sesuatu itu bergantung kepada situasi suami isteri tersebut. Tapi bagi saya, biarlah seboleh-bolehnya tugas pengurusan rumah tangga ini di lakukan sendiri, berbincanglah dengan pasangan, pastikan ada sikap saling membantu, memahami, bukan main lepas tangan sahaja, saya tahu tugas suri rumah sangat penat, namun jika ada yang membantu, itu sangat mengembirakan, boleh menghilangkan kepenatan yang amat tadi hanya dengan melihat pasangan kita turut membantu mengurus tugas-tugas di rumah. Itu sudah cukup membahagiakan, menyejukkan mata, dan yang paling penting, menguatkan lagi rasa cinta..betul tak?huhu

sebenarnya nak cerita panjang, tapi masa tak cukup, nanti saya sambung ya! hehe