Sabtu, 16 Januari 2010

Belajar bersyukur dengan apa yang kita,belajar menerima apa yang kita tiada!


ini kereta myvi yang aku tengah pakai sekarang


ini mak aku,merangkap yang dipertua persatuan otai-otai laser semalaysia...hahaha



ini myvi Lec aku...aku suka nombor dia

dan ini pula siapa?haha..nanti aku cerita pada korang semua siapakah lelaki misteri ini!





Hari ini sangat serabai..

1)thesis...

2)keluarga..

3)tanggungjawab..

4)susah hati pasal mak..

mak aku call..tiba-tiba suara dia suram..luahan hati..aku pun turut suram..siang mok aku (kasihan mak saya-terjemahan pada bahasa terengganu)

tiba-tiba................

mak aku menangis......................................................................


aduh la....aku tak boleh keadaan macam ini...

jadi aku pujuk mak aku,aku tanya satu soalan kat mak aku..

"napa mak nangis...?"

mak aku jawab..."tak Su..bawang ni...."(cam aku kenal je gaya bahasa ni,iklan janda anak 7)

"mak tgh kupas bawang ke?"

"aah"...mak aku jwb slumber

"ko ingat mak nangis betul ke?"kahkahkah

"....."(muka geram...takpe-takpe,masih boleh bersabor)

tension aku!

_______________________________________________________

suatu masa dulu,mak aku bagi aku sebuah kereta..

ferrari putih! atau nama sebenarnya perodua kancil turbo Mira L200.

tiba-tiba adik aku nak kereta itu...aku tanya mak aku,mak aku cakap..bagi jela..tak pe,along pakai la motor angah tu....(jawapan yang aku tak leh terima,nak menjawab kang derhaka...sabor2)

aku pun diam sahaja...

esok tu masa aku nak kemas-kemas barang nak balik kampus

mak aku cakap macam ini..

"along nak kete?ambilla myvi tu...hehe" mak aku bagi tawaran,tapi aku musykil dengan 'hehe' kat hujung tu.

"betul ke mak nak bagi?" saja buat-buat tanya,padahal dah paham..huhu

"aah mak bagi....bagi pinjam! kahkahkah"

panjang sedepe muncung bibir aku....(takpa2...nanti ada masa aku pula kenakan mak aku...tengok la)


apa aku nak cakap cakap sebenarnya ialah,belajarlah bersyukur dengan apa yang ada,jangan turutkan hati kalau pasal harta ni,orang melayu selalu putus adik-beradik pasal berebutkan harta,saman-menyamanlah..ntahla..kalau dengan adik-beradik pun boleh gaduh,macam mana umat Islam nak bersatu?renung2kanlah...

Erti perkongsian untuk mengharapkan erti rasa bertuhan

Sabtu, 9 Januari 2010

Kualiti penulisan di dalam blog



"kenapa awak menulis blog" tanya seorang Ustazah Solehah.

"untuk 'memberi' yang mengharapkan erti rasa bertuhan" jawab saya ringkas,tapi ustazah Solehah masih memerhatikan saya,pertemuan di bilik nya petang itu adalah atas undungan Ustazah Solehah sendiri,pensyarah jabatan Usuluddin dan Falsafah ini sangat saya hormati dan sayangi meskipun saya bukan pelajar jabatan tersebut.

"memberi yang macam mana?" tanya ustazah Solehah,sambil menyelak-nyelak fail diatas mejanya.

"memberi itu maksudnya perkongsian ilmu,atau idea,atau emosi saya dengan pembaca blog di alam maya" jawab saya lagi,kali saya rasa jawapan saya macam tak betul pula,alam maya?hahaha

"apa isu yang biasa awak tulis?" tanya ustazah Solehah lagi,kali ini matanya merenung tepat wajahku,sungguh saya tidak memahami renungan mata ustazah kali ini,marah atau sindir atau suka,entahlaa

"err..biasanya bab agama,pastu adalah sikit-sikit pasal diri,cerpen,perubatan...tu jelah kot buat masa ini,saya kongsi apa yang saya tahu je" jawab saya selamba

"kalau nak menulis bab agama tu,pastikan ada kualiti,bukan main copy and paste macam budak-budak sekarang ni,ustazah tengok ramai budak-budak di luar sana buat blog,tapi seolah-olah tak faham tujuan buat blog,yang biasa ustazah tengok ialah ramai yang buat blog untuk menghias blog,bukan untuk berkongsi ilmu!" kali ini ustazah solehah memberikan pendapatnya. matanya kembali merenung fail di atas meja

"diorang mungkin mahu nampak menarik kot ustazah,yela..biasanya blog perempuan yang macam tu,perempuan kan suka hias-hias ni" jawab saya sambil tersenyum

"itu lah yang tak sepatutnya,hias blog sampai blog tu jadi serabut,tapi isi penulisan? sajak-sajak,dan artikel-artikel copy and paste,lagi malang yang jenis copy tapi tak bagitau dari mana dia ambil,seolah-olah dia buat,ni buat blog kerana apa?kerana nak nampak hebat,bagus atau alim ke?" lembut ustazah Solehah menuturkan pandangan,ustazah solehah terkenal pensyarah yang tak pernah meninggi suara,tapi sangat di segani dan di hormati,seorang pensyarah yang berjaya menjiwai watak seorang ibu ketika mengajar di dalam kuliah,saya sangat sayang pada ustzah Solehah

tapi jauh dari sudut hati,saya sebenarnya terasa dengan apa yang ustazah Solehah cakapkan itu,dahulu ketika mula-mula berblog,saya pernah buat copy and paste ni,segala-galanya berubah bila kita betul-betul menghayati 'erti hidup dengan memberi'...menulis blog adalah satu perkongsian yang mengharapkan erti rasa bertuhan,juga erti rasa hidup yang saling melengkapi antara satu sama lain

kualiti dalam penulisan

ramai juga yang seperti mahu menjadi jaguh dengan mengulas setiap isu agama,seolah-olah mereka adalah pakar dalam hal tersebut,bukan saya bermaksud mahu menghalang orang menulis tentang agama,tapi apa yang ingin saya tekankan ialah,betapa ramai yang menulis tentang agama tapi jarang menilai sejauh mana kualitinya artikel-artikel yang telah mereka tulis,ya! setiap orang sebenarnya berhak untuk menulis tentang agama,tapi cuba kita renungkan kata-kata ustaz adhlan ini sebentar:


adakah kita rela 100 orang menulis beratus muka surat tentang agama dengan kesalahan demi kesilapan...atau kita dapat 10 orang yang menulis beberapa helaian tetapi tepat dan bermanfaat?

Bagi mereka yang berfikiran positif (mungkin terlalu +ve), mereka mungkin akan menyokong ramainya yang menulis tentang agama...biar lagi ramai, lagi banyak, lagi bagus. Tapi adakah semestinya begitu sifirnya?

Saya memilih pendapat yang mungkin dilihat (-ve) iaitu hanya yang benar-benar bersedia menulis beberapa helaian yang berkualiti. Supaya dapat kita minimumkan kesilapan...supaya ilmu itu tinggi kedudukannya untuk kita berusaha mencapainya dengan kesungguhan.

(idea yang diolah daripada pemikiran salah seorang tokoh hadith masa kini - yang mungkin tidak popular - Dr.Ibrahim al-Laahim, buku: al-Jarh wa al-Ta'dil.
sekadar perkongsian untuk semua,pemberian yang mengharapkan erti rasa bertuhan

Jumaat, 8 Januari 2010

Tahu belum tentu membentuk 'sedar' dan 'mahu'



"remaja hari ini ramai yang bermasalah,dalam gerakan islam pun remaja kita gagal memberi apa-apa impak kepada islam" luah seorang kakak senior,umurnya jarak 20 tahun dari saya,sudah tua,mungkin masa yang baik untuk mengkritik remaja dari sudut kotak pemikiran orang tua

"hmm.." saya hanya mengangguk bersetuju,perkara ini terlalu banyak di bincangkan..gumam saya dalam hati.

"orang kita ni malas betul,malas membaca,malas mengkaji,malas buat kerja" kritiknya lagi

"jadi apa yang akak mahu lihat dari remaja-remaja ni" tanya saya

"akak mahukan remaja-remaja ni berubah dan sedar akan tanggungjawab mereka pada islam!" jawabnya dengan tegas

"tapi proses didikan juga sangat memberi kesan,baiklah didikan orang tua-tua,akan lahirlah remaja yang baik-baik.."balas saya tajam,mungkin kerana geram sebab saya juga remaja

"setakat hari ini,anak-anak akak..alhamdulillah,akak didik dengan baik,hantar mereka ke sekolah agama,sekarang semuanya sudah berjaya,yang sulung kat UK,no 2 pula kat Uni Petronas,yang ketiga pula kat HUSM.." senyumnya melebar,cukup bangga dengan kejayaan anak-anaknya

"akak harap bila akak dah hantar sekolah agama,anak-anak akak tu faham la agama,nanti tau halal haram" tambahnya lagi

"tahu belum bermakna 'sedar'.." balas saya pula,terasa akak ni seperti ada kekurangan dalam soal tarbiah

"apa maksud kamu" tanya beliau dengan kehairanan

"contoh,semua tahu arak tu haram dan berdosa bagi seorang muslim tu minum arak, tapi tak ramai yang 'sedar' bahawa arak tu Allah yang haramkan,dan ini bukan larangan yang main-main” tegas saya

“dalam gerakan remaja islam pada hari ini,saya kira ramai murabbi atau naqib-naqib ini lebih banyak menanamkam semangat berjuang dari menanamkan kesedaran berjuang untuk dakwah dan tarbiah..akak faham tak?” Tanya saya kembali

“hmm..tak berapa jelas” jawab akak tadi

“begini akak,cuba kita lihat,berapa ramai naqib-naqib yang betul-betul punya kualiti yang mampu kita hasilkan?? Atau kita sekadar Berjaya mencari ahli semata-mata yang mereka sendiri kadang rasa terpaksa apabila di ajak usrah. Kita mula-mula kita mengajak mereka berusrah,mereka sangat teruja,tapi kerana semakin lama keterujaan ini semakin menghakis? Banyak faktor sebenarnya,tetapi antaranya ialah kita awal-awal lagi telah menekan semangat berjuang tanpa menekankan soal kesedaran berjuang,maka lahirlah ahli-ahli usrah yang menjadi mereka yang berjuang dengan apa cara sekalipun asalkan matlamat mereka tercapai kerana perjuangan mereka adalah berdasarkan semngat bukan dari kesedaran!” tegas saya

"begitu juga mereka yang tahu bahawa melaksanakan perintah ALLAH itu wajib,tapi hati terkadang masih belum 'mahu' untuk melaksanakannya,kenapa?kerana tahu dan mahu itu berbeza,sangat berbeza." ujar saya

“maafla kak,saya bukan persimis,tapi saya bercakap berdasarkan apa yang saya lalui, saya juga sedang berusaha bersama-sama memperbaiki diri agar dapat member sesuatu yang bermanfaat kepada gerakan islam” tambah saya lagi

sekadar renungan untuk kita semua hai sahabat sekalian

lepas derita pasti ALLAH datangkan pula kesenangan..semuanya adalah ujian sebagai peringatan agar sentiasa kita mengingatinya



Tension betul aku semalam,kena ‘rompak’ sampai lari bajet duit aku bulan ni,aku ingat lagi muka ‘perompak-perompak’ bersiri tu,sekilas pandang,macam bersih je,macam alim je,tapi bak kata pepatah,air yang tenang jangan di sangka tiada buaya!

Dengan penuh kesedihan,aku pulang dengan hati yang duka,tapi semua tu kejap je,dengan kuasa Allah s.w.t, mak aku tepon..tanya pasal duit,ada ke tak.aku jawab ada..malu nak ckp takde,lagipun aku tau mak aku tengah susah jugak..tapi mak aku cam tau-tau aku pun tengah sengkek jugak,dengan tak di sangka-sangka,ada orang mintak aku buat rawatan,Alhamdulillah!

Cam biasa,duit upah rawatan yang aku dapat,Alhamdulillah lumayan,jadi terubatla kedukaan aku pasal semalam tu,aku pun buat keputusan lepas selesai buat rawatan untuk keluar jalan-jalan kat PKNS Bangi. Tempat biasa yang aku akan melilau ialah kedai buku Syabab,aku suka kedai buku ni sebab banyak buku,dan kalau aku beli aku akan dapat 15%,ok la tu,tak payahla nak tnggu book fair setahun sekali tu,15% jugak diskaunnya.

galeri buku Syabab,Bandar Baru Bangi


Tapi…………….keghairahan aku untuk tengok buku-buku dalam kedai tu semacam takde,ntahla…kepala aku masih teringat siri ‘rompakan’ yang berlaku malam semalam,sangat mendukacitakan! Mula-mula aku nak beli buku ‘bercinta sampai ke syurga’ tulisan ustaz Hasrizal,tapi tetiba tak jadi,aku sebenarnya dah ada dah buku ni,tapi ada seorang ustaz pinjam buku aku,bila dia sambung belajar ke Jordan,dia bawak sekali dengan buku aku tu ke sana..huhu(aku tak habis lagi baca buku tu).


Aku tak jadi beli,aku letak balik buku tu,aku pun turun lift nak balik ke kereta aku,masa turun lift tu aku Nampak ada kertas-kertas iklan pasal harga runtuh,atau jualan lelong kat pasaraya billion,aku tergerak hati nak tengok.

Masa aku tengok tu,ternampakla jenama pakaian yang selama ni aku duk ngidam-ngidam nak beli tapi tak dapat sebab harga dia ratus-ratus,tapi dia jual RM15-RM19.90! huhu,ketar lutut aku!

kompleks PKNS Bangi


Apa lagi,dah lama tak shopping,macam-maca baju aku selongkar,paling best,promosi ni baru mula hari ini! Haha,aku antara terawal pilih baju,memang banyak sangat pakaian yang cantik-cantik,kelabu mata aku,last-last aku sambar je semua yang aku berkenan,3jam aku duk kat situ pilih pakaian! Mak datuk,lama betul,siyes aku sebenarnya tak sedar dekat 3jam aku duk pilih-lipih pakaian,kusyuk sangat. Patutla kaki aku lenguh semacam..haha

Puas ati aku hari ni shopping sakan! Da lama tak shopping,Alhamdulillah sebab semuanya rezeki dari Allah,masa aku masuk dalam kete,aku pasang radio,kebetulan ikim.fm masa tu tengah purtarkan lagu nasyid nazrey dengan in-team tu,ape ntah tajuk dia,tapi lagu tu cakap,”selepas kesusahan pasti ada kesenangan”…dan memang terbukti rahmat dan kasih sayang ALLAH itu sangat luas. ALLAHUAKHBAR!