“Sedang buat apa?” tanya saya kepada kawan saya
“Nak tidur” jawabnya selamba
“tidur pukul berapa malam tadi?awal ke lewat?” soal saya lagi kurang senang,
“tidur awal” balasnya lagi seolah-lah masih belum mengerti rasa kurang senang saya terhadap perbuatannya itu.
“sekarang baru jam 11 pagi,takkan mahu tidur,buat apa selepas subuh dan sahur tadi?” kemarahan saya sudah mula terzahir
“tak buat apa-apa” jawabnya. Jawapan yang mengundang bengkak di hati saya. saya mengurut dada
"aku sa'im hari ni,ujian berpuasa" bisik saya perlahan.
Sebetulnya saya cukup tidak suka orang-orang yang PEMALAS! Bagi saya mereka ini tidak aktif,menyusahkan,menyakitkan mata memandang dan berbagai-bagai lagi.
Saya masih belum mendengar ada sunnah tidur di pagi hari melainkan di pagi hari lah perlunya manusia bertebaran mencari rezeki.
Kalau rumah kita sudah kemas,tak kisahla lagi,mungkin kita mahu berehat sekadar menghilangkan kepenatan. Tapi tanpa buat apa-apa tetapi asyik mahu tidur sahaja,mana keberkatan pagi hari? Jangan mengeluh kalau sentiasa susah dan takde duit sehingga kesihatan pun terabai. Ubah dahulu sikap PEMALAS itu. Baru kehidupan kita lebih teratur.
Cuba sesekali kita panggil kawan-kawan kita nilai tahap kualiti kekemasan rumah kita apabila usai kita mengemas rumah. Saya tidak fakir cara ini memalukan,bahkan ia boleh membantu meningkatkan tahap kualiti kekemasan dan kenersihan dalam rumah kita.
Jika tak mahu rezeki sempit dan di mudahkan segala urusan,jangan jadi PEMALAS,solat sunat juga kena rajin-rajin buat,dunia bukan tempat berehat bagi orang beriman,jangan jadi PEMALAS!
Sabtu, 27 September 2008
Ramadhan bukan bulan tidur
Posted by ..::بشرى::.. at 11:15 PG 0 comments
Jumaat, 26 September 2008
Bimbang,saya doakan kita sentiasa di bantu ALLAH
Bimbang!
Itulah yang saya rasa bila memikirkan tentang PAS ketika ini. Bimbang dengan hubungannya dalam pakatan rakyat. Lihat sahaja kenyataan Mufti Perlis yang lebih di tujukan kepada PAS,katanya “Adalah tidak mustahil nasib politik pro-Islam akan dipersia-siakan apabila pentadbiran kuasa tidak berada dalam tangan mereka. Sekalipun mereka yang membantu kenaikan kuasa politik berkenaan.
Dalam sejarah al-Ikhwan al-Muslimin, mereka pernah membantu revolusi yang dibuat oleh Jamal Abd al-Nasir sehingga beliau berjaya menjadi Presiden Mesir. Bahkan kemenangan Jamal ‘Abd al-Nasir itu sebenarnya kerana bantuan Gerakan al-Ikhwan al-Muslimin. Mereka juga yang membela Jamal pada peringkat awal semasa rakyat sudah mula tidak puas hati dengannya.
Malangnya, Jamal ‘Abd al-Nasir yang pernah berbai’ah dengan wakil Hasan al-Banna dan berjanji setia untuk membela Islam itu berubah sama sekali setelah menjadi Presiden. Dia yang mengetahui banyak rahsia-rahsia pergerakan al-Ikhwan telah menggunakan ‘kepakarannya’ itu untuk memusuhi al-Ikhwan habis-habisan.
Ramai pemimpin al-Ikhwan yang ditangkap dan dibunuh. Dialah juga yang menggantung Syed Qutb, ‘Abd al-Qadir ‘Audah dan lain-lain. Dari seorang teman yang dibantu, menjadi musuh yang memburu. Sebabnya, kerana pemimpin al-Ikhwan tidak berhati-hati melihat kepercayaan dan dasar yang dipegang oleh Jamal ‘Abd al-Nasir yang seakan memakai ‘baju pro-Islam’ pada peringkat awal.
Namun, apabila menjadi Presiden, dia telah menanggal baju tersebut dan jelaslah akidah sebenar yang dianutinya iaitu ‘pro-sosialis’ dan dia sebenarnya talibarut Soviet Rusia. Memang, Soviet Rusia akhirnya menjadi begitu rapat dengan Mesir, bahkan Soviet telah menjadi kiblat pentadbiran sosialis Jamal ‘Abd al-Nasir.
Terbukti tuduhan terhadap Jamal sebelum itu bahawa dia ‘tali barut’ Soviet Rusia adalah benar. Topeng Islamnya adalah mainan politik. Jamal yang terkenal dengan slogan dan kepetahannya telah menjadi idola masyarakat ‘Arab. Sementara Al-Ikhwan terpaksa membayar harga kesilapan itu dengan menjadi kelompok yang paling ditindas dan diseksa.
Akhirnya, al-Ikhwan terpaksa berjuang dengan airmata, penjara dan darah berhadapan dengan seorang Presiden yang memegang tampuk kuasa dengan bantuan mereka sendiri.
Alangkah baiknya, jika para pencinta Islam berhati-hati dalam langkah-langkah mereka. Jangan sampai suatu hari mereka terpaksa bertempur dengan musuh yang ditegakkan oleh mereka sendiri. Musuh itu pulak akan lebih licik kerana banyak mengetahui rahsia mereka.
Kemenangan Islam mestilah melalui denai dan lorong yang diredhai oleh Islam. Jika kita melalui jalan yang asing bersama orang lain, mungkin orang lain akan sampai ke destinasinya, tetapi kita akan tersesat jalan.
Ingatlah selalu firman Allah yang memberi amaran kepada baginda Nabi s.a.w agar tidak terpengaruh dengan tawaran kemenangan segera tanpa melalui jalan yang diredhai Allah. Firman Allah:
(maksudnya) Dan sesungguhnya hampir mereka dapat memesongkanmu (Wahai Muhammad) dari apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, supaya engkau ada-adakan atas nama Kami perkara yang lainnya; dan (kalau engkau melakukan yang demikian) tentulah mereka menjadikan engkau sahabat karib. Dan kalaulah tidak Kami tetapkan engkau (berpegang teguh kepada kebenaran), tentulah engkau sudah mendekati dengan menyetujui sedikit kepada kehendak mereka. Jika (engkau melakukan yang) demikian, tentulah Kami akan merasakanmu kesengsaraan yang berganda semasa hidup dan kesengsaraan yang berganda juga semasa mati; kemudian engkau tidak beroleh penolong pun terhadap hukuman kami. (Surah al-Isra`: 73-75)."
Itu kata Mufti Perlis
Nah! jika anda punya semangat cintakan perjuangan Islam,setelah anda memneliti sejarah perit Ikhwan dengan Jamal,tentu sahaja anda akan bimbang! Anwar pernah juga di gelar agen Amerika atau Yahudi,namun saya tidak katakan beliau begitu,tidak sama sekali,cuma kita perlu lebih berhati-hati,dalam dunia politik,pelbagai perkara yang kita tak terfikir tetapi ia terjadi.
Posted by ..::بشرى::.. at 6:31 PG 0 comments
Khamis, 25 September 2008
Pendekatan Last Minute, Salah Faham Sujud Akhir dan Kehebatan Malam Al-Qadr
Sudah lama saya mahu menulis tentang tajuk ini,lebih-lebih lagi berkenaan kefahaman masyarakat kita berkenaan sujud terakhir,tapi UZAR terlebih dahulu tulis perkara ini,bagus juga..apa pun,ilmu ini perlu dikongsi...dan insyallah tiada hadis maudhu'....(hehehe...kang ade plak yg tak puas ati)
Pendekatan Last Minute & Sujud Akhir
"Orang kita memang suka benda-benda 'last minute' ni" kata seorang rakan saya
"Study last minute"
"Buat kerja suka dan lebih bersemangat bila last minute"
"Solat last minute, sujud pun nak tunggu last minute"
Sehingga timbul kefahaman yang meluas di kalangan masyarakat bahawa sujud terakhir dalam solat adalah waktu yang paling maqbul doa.
Setakat pencarian saya dalam ensaiklopedia gabungan puluh ribuan kitab Fiqh yang muktabar, Tafsir dan Hadith, tidak ada sebarang bukti dari Al-Quran atau hadith nabi atau yang menyatakan doa dalam sujud terakhir adalah yang paling maqbul.
Nabi hanya beritahu bahawa ketika sujud doa adalah maqbul, tetapi tiada dikhaskan sebagai 'Keistimewaan Sujud Terakhir' . Jika ada yang tahu, haraplah memaklumkan sumber sohihnya.
Apa yang ada adalah sabda baginda Nabi s.a.w ketika menyebut :
وَأَمَّا السُّجُودُ فَاجْتَهِدُوا في الدُّعَاءِ فَقَمِنٌ أَنْ يُسْتَجَابَ لَكُمْ
Ertinya : Dan adapun sujud, maka berusahalah memperbanyakkan doa kerana ia amat hampir dan boleh mendapat kemustajaban bagimu" ( Riwayat Muslim, 1/348 )
Jika melihat huraian dan syarahan hadis ini oleh Imam An-Nawawi dan Ibn Hajar, kita akan mengerti bahawa sujud yang maqbul itu adalah semua jenis sujud terutamanya dalam solat fardhu. Tiada sebarang pengkhususan kepada sujud akhir.
Wallahu 'alam, tiada juga dijumpai dalam kitab Fiqh yang muktabar akan cadangan sujud akhir ini. Jika benar-benar tiada, justeru ia mungkin pengaruh tabiat 'last minute' kot..sehingga terbawa-bawa dalam ibadah.
Memang benar tidak semua jenis pendekatan 'last minute' itu tidak tepat, salah, terkeji dan tidak berasas. Dalam sesetengah keadaan ia terpaksa dilakukan, tapi yang dirisaukan adalah kualitinya mungkin boleh tergugat.
Kini, kita ada peluang kita untuk meraih ganjaran dan hasil Ramadhan semakin sampai ke minit terakhir. Bagi memastikan ramai yang berjaya, sayangnya Allah s.w.t kepada kita yang lemah ini, diberinya lagi peluang minit-minit terakhir ini dengan sesuatu yang lebih istimewa. Ia bertujuan memberikan motivasi kepada kita agar mampu menjadi insan bertaqwa serta dengan segera membina tembok iman yang kukuh sebelum keluar dari bulan mulia Ramadhan.
Peluang ibadat dalam 10 malam terakhir Ramadhan telah sedia diketahui ramai. Pengkhususan berkenaan kehebatan dan tawarannya juga bukan lagi ganjil dari minda umat Islam sedunia.
Moga Perolehi Lailatul Qadar
Kehebatan Malam Al-Qadr
Dalam tulisan ringkas ini, cuba sama-sama kita hayati beberapa keistimewaan Laylatul Qadar seperti berikut :-
1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;
Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai'd Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi. (Tafsir Al-Baidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 )
2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.
Ini diambil dari firman Allah s.w.t :-
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ
Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)
Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang, rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )
Imam Al-Qurtubi mencatatkan
قال بن عباس يحكم الله أمر الدنيا إلى قابل في ليلة القدر ما كان من حياة أو موت أو رزق
Ertinya : Berkata Ibn Abbas, Allah s.w.t menghakimi atau menentukan urusan untuk dunia apabila tibanya Laylatul Qadar, dari segala urusan tentang kehidupan (hambanya) atau kematian atau rezeki (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126)
Demikian juga yang difahami dari apa yang disebut oleh Ibn Abbas. (Tafsir Ibn Kathir, 137/138). Imam An-Nawawi ada menghuraikan maksud panjang bagi hal ini. (Syarah Sohih Muslim, 8/57). Menurut pandangan yang lain qadar juga membawa bermaksud mulia atau agung.
Adakah kita sudah untuk meninggal dunia hari ini atau sebentar lagi?
Adakah merasa takut untuk menunggu kehadirannya?
Saya selalu cuba menghadirkan perasaan dan persoalan ini dalam minda saya, terutamanya ketika memandu kereta dan menaiki kapal terbang. Terbayang tayar meletup dan kereta terhumban, atau kapal terbang rosak dan menunggu maut hadir sebagaimana yang saya kerap dan suka saya lihat perbincangan mengenainya di dalam rancangan 'Air Crash' terbitan National Geogharphic Channel.
Jika belum merasa sedia, maka apakah sebabnya? Adakah umur yag diberikan belum mencukupi?, atau aqal belum sempurna berfikir untuk menyiapkan persediaan.? Bukankah kita merupakan insan normal yang punyai aqal sihat, malah kita amat marah digelar 'bodoh' oleh orang lain.
Lantas, apakah lagi alasan yang ingin kita sebutkan? Adakah kerana terlalu sibuk mengejar dunia dan leka dengan kenikmatan sementaranya, sehingga tiada masa memikirkan ibadah dan mengetahui perkara halal serta haram.
Justeru, malam Al-Qadr boleh menjadi satu peluang dan ruang untuk berdoa memanjangkan umur dalam ibadah, amal soleh dan rezeki yang baik. Berusahalah.
Sama-sama kita hidupkan malam-malam akhir Ramadhan dengan dengan beribadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita.
Hanya beberapa hari sahaja untuk bersengkang mata dan melawan nafsu tidur dan rehat. Jika kita punyai cuti yang agak panjang sebelum raya, habiskan ia dengan bacaan Al-Quran dan fahami ertinya. Nafsu 'shopping' dan rehat pasti akan menganggu. Lawani ia, hanya beberapa hari sahaja, paling panjang 10 hari sahaja.
3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.
Perlu difahami bahawa para ulama berbeza pandangan dalam pengertian seribu bulan kepada pelbagai takwilan. Cuma Imam At-Tabari selepas membawakan hampir semua pendapat-pendapat semua pihak ia mentarjihkan dengan katanya :-
وأشبه الأقوال في ذلك بظاهر التنزيل قول من قال عمل في ليلة القدر خير من عمل ألف شهر ليس فيها ليلة القدر
Ertinya : Pendapat yang paling tepat dari zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengatakan erti Seribu bulan adalah "beramal di laylatu Qadr sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya laylatul Qadr ( selian bulan Ramdhan) ( At-Tabari, 30/259)
Imam Malik dalam al-Muwatta' membawakan satu hadis Nabi s.a.w yang memberi makna seribu bulan itu adalah gandaan sebagai ganti kerana umur umat zaman ini yang pendek berbanding zaman sebelum Nabi Muhammad SAW yang amat panjang seperti Nabi Nuh as. (Al-Muwatta, no 698, 1/321 ; Al-Jami' Li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 20/133 ; Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, dengan pindaan).
4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).
Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.
5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.
Hinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531 ; Al-Qurtubi, 20/134 ) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.
6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah;
Ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)
Hidup kita adalah pendek, panjangkan ia dengan amal jariah dan amalan soleh melebihi seribu bulan.
Sekian
Oleh : Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Posted by ..::بشرى::.. at 8:03 PTG 0 comments
Selasa, 23 September 2008
Terkilan
terkilan saya....
"Akak dah masukkan hadis-hadis dhaif jiddan dan maudhu' dalam artikel akak" tegur saya kepada sahabat alam maya.
"hadis yang anta gunakan dalam artikel anta tu tak boleh di buat hujjah,lemah!" Tegas saya kepada seorang muslimin apabila diminta respon mengenai artikel di blognya.
Alhamdulillah kesedaran remaja dalam memanfaatkan teknologi blog sebagai medium dalam berdakwah kepada orang ramai,ia sesuatu perkembangan yang positif saya kira,tapi trend 'copy' dan 'paste' sesuatu artikel tanpa diselidiki dahulu kesahihannya terutama artikel yang menyentuh aspek keagamaan,lebih-lebih lagi apabila ramai yang tidak berhati-hati dalam menaqalkan sesuatu yang di sandarkan kepada nabi...iaitu hadis,saya kira tidak sedikit yang menaqalkannya tetapi kebanyakkanya adalah hadis palsu dan dhaif jiddan,jika dhaif sekalipun,jangan sampai beri'tiqad bahawa ianya benar dan sahih dalam Islam. Kesilapan kita hari ini ialah apa sahaja yang bernaung di bawah nama agama,ianya benar tanpa kita terlebih dahulu menyelidikinya apakah benar ianya ada dalam syariat islam itu sendiri.
Hukum meriwayatkan hadis Dhaif
ulama muhaddithin menetapkan bahawa harus meriwayatkan hadis dhaif tanpa menerangkan kedhaifannya dengan syarat tertentu
1) tidak berkaitan dengan perkara-perkara aqidah
2)tidak berkaitan dengan hukum-hukum syariah seperti halal dan haram
3)harus meriwayatkan sebagai sebagai peringatan seperti tarhib dan taghrib
Syarat beramal dengan hadis dhaif
1)guna pada fadhail a'mal sahaja.
2)tidak terlalu lemah(dhaif)
3jangan i'tiqad bahawa ianya thabit tetapi secara ihtiat(berhati-hati) sahaja.
inilah pendapat al-Hafiz ibnu hajar.
berkenaan hadis maudhu' pula
(gambar diatas adalah antara buku yang boleh dijadikan rujukan orang awam,ianya ringkas dan mudah difahami)
Haram meriwayatkan hadis palsu kerana ianya telah berdusta bahawa ianya datang dari nabi s.a.w
oleh itu kita wajar berhati-hati. Ini kerana hadith adalah agama dan pegangan yang menjadi hujjah kita di akhirat kelak.
rujukan
1)Dr Mahmud Tohhan,Taisir Mustolah al-Hadith,Riyadh:Maktabah al-Maarif,1996. m.s 65
Posted by ..::بشرى::.. at 10:01 PTG 0 comments
Jumaat, 19 September 2008
Ceria tetapi masih ada risau dalam hati
Hari ini solat terawih saya di masjid penuh dengan suasana ceria,ceria yang lain dari biasa,saya sangat menghargai keceriaan ini. Alhamdulillah...sebenarnya ceria yang di maksudkan itu ialah ramainya kanak-kanak yang kecil-kecil dan comel-comel datang ke masjid sekali mengikut ibu bapa mereka,sebetulnya saya sangat sukakan kanak-kanak,jiwa mereka ini bersih,terhibur bila melihat keletah mereka ketika bermain, saya harap bila saya sudah berkahwin nanti,saya punya anak yang comel-comel...amiin...(hehe)
kesiannya...penat tunggu umi dia solat terawih..comel kan?
Usai menunaikan solat terawih,saya teringatkan seorang sahabat saya yang meluahkan pendapatnya,tentang isu-isu semasa yang melanda umat ketika ini. Tentang politik yang semakin memenatkan kepala jika di fikirkan kembali,hakikatnya saya sangat bimbangkan keadaan ini,saya bimbangkan keadaan kita hari ini yang terlalu ghairah dalam mengejar kuasa dalam sesebuah pemerintahan bakal mungundang malapetaka yang lebih besar.
Pembangkang yang kuat tetapi pemerintah yang lemah
ini bukan isu kerajaan yang lemah bertarung kredibiliti dengan pembangkang yang kuat,tetapi ini soal kita iaitu sebagai PAS,buat masa ini mempunyai pengaruh yang besar dalam Barisan Altenatif. Tapi itu dalam suasana PAS sebagai pembangkang,namun hakikatnya PAS telah banyak bertolak ansur dalam banyak hal. Tapi seolah-olah suara PAS itu seolah-olah tenggelam,lihat sahaja isu konsert anjuran kerajaan negeri selangor yang mahu menjemput penyanyi Ella untuk membuat persembahan. Bantahan yang di buat oleh pemuda PAS selangor dengan cara sebaiknya bagai mencurahkan air ke daun keladi,sehingga pemuda terpaksa membuat demonstrasi bantahan kepada kerajaan Selangor yang di perintah oleh Keadilan. Hakikatnya PAS telah menjadi kerajaan campuran yang lemah dalam memperjuangkan isu Islam. begitu juga di Perak,hakikatnya suara PAS agak tenggelam. Apa perlu bergabung dengan mereka yang kita tahu secara jelasnya tidak berpaksikan perjungan dalam mendaulatkan al-Quran dan al-Sunnah.
Berbeza di Kelantan dan Kedah,mereka dalam linkungan majoriti yang sangat besar. Dan lihat sahaja betapa kukuhnya kerajaan 2 negeri ini,mereka juga tidak perlu memikirkan terlalu banyak mengenai muqabalah,sebabnya mereka majoriti. Tap bagaimana pula di negeri-negeri yang minoriti? Saya lebih suka jika PAS bersendirian,apa perlu bergabung jika terpaksa berbalah mengenai soal perinsip masng-masing,tidakkah ia mendatangkan lebih banyak keburukan kepada PAS? Teringat semasa belajar Sirah Nabi dulu,saya sudah tidak ingat perang apa,tapi ketika Nabi S.A.W di Madinah dan mahu pergi berperang untuk mempertahankan madinah,datang Abdullah bin Ubai (ketua munafiq) membawa serombongan yahudi Madinah menawarkan diri untuk turut serta dalam berperang,namun Nabi S.A.W menolak tawaran mereka kerana berbeza prinsip aqidah,padahal matlamat mereka ketika itu sama,iaitu mahu mempertahankan Madinah!
Biarlah kita tidak menang asalkan prinsip tidak tergadai,jangan tergesa-gesa mahu mengejar kuasa semata-mata mahu menegakkan keadilan tetapi prinsip tergadai!
Posted by ..::بشرى::.. at 2:39 PG 1 comments
Jumaat, 5 September 2008
Rasa hati untuk di kongsi
"Apa perasaan awak jika orang yang awak minat jadi popular?" tanya kawan saya,saya diam...termenung,siapa pula orang yang minat?...lalu saya menjawab. Teramat bersyukur jika popularnya itu kerana dalam berdakwah,tapi sedih jika popularnya itu didalam melakukan kemaksiatan kepada ALLAH. Dia tersenyum,saya juga tersenyum. Sahabat saya ini banyak sungguh mengajar saya erti kehidupan.
"siapa yang awak minat?",tanya sahabat saya lagi. "Ustaz Farid Ravi Abdullah", Jawab saya bersahaja. Siapa yang tidak kenal Ustaz Farid,bagi saya beliau sangat istimewa,manakan tidak,dari seorang india-kristian kemudian memeluk Islam,dalam tempoh proses beliau mahu meuntut ilmu agama itulah pelbagai rintangan dan halangan yang dilalui sehingga akhirnya beliau berjaya menjada seorang yang berilmu seperti sekarang.
saya memang minat Ustaz Farid Ravi. Cara dia bagi ceramah,best! tapi kalau sahabat-sahabat berkesempatan dengar Ustaz Farid jadi imam,SUBHANALLAH...sedap sungguh suaranya,bacaan pun mantop! al-Maklumlah,beliau ini pernah belajar bacaan al-Quraan secara bersanad ketika beliau di jordan.
Semalam seorang sahabat lama menghubungi saya. Orang Kampung Jelu,Sebetulnya saya juga sudah lama mahu menghubunginya,tapi tidak berkesempatan. Katanya semalam,tiap-tiap minggu dia melawat blog saya ini.
Terima kasih saya ucapkan kerana sudi berkunjung ke blog saya ini. Banyak kisah suka duka yang telah kami lalui bersama. Apapun terima kasih kerana sudi menhargai diriku yang hina serta serba kekurangan ini sebagai sahabat mu!
Baru-baru ini saya mendapat komen yang tidak enak dari pengunjung setia blog ini berkenaan artikel yang mahu ditulis,agar berhati-hati dalam menulis supaya tidak menyinggung perasaan sesetengah individu yang lain. Maafkan saya jika saya ada tersalah kata dalam menulis di blog ini. Saya pun tak perasan yang mana sensetifnya,Wallahu'alam.
Posted by ..::بشرى::.. at 11:30 PG 0 comments
Khamis, 4 September 2008
Jangan tidur!
'jangan tidur'...
monolog hati saya kepada diri sendiri. Sebetulnya saya sangat mengantuk pagi ini,teramat mengantuk. Tapi saya tak boleh tidur,geram dengan kawan-kawan yang tidur. Entahlah,kata bonda, "tidur lepas subuh tak elok,kurang berkat". Tapi ramai yang buat begitu,termasuk lah saya bila mengantuk itu telah mencapai tahap maharaja Vishnu..hehe
Malam tadi terawih di masjid,ramai kanak-kanak yang comel-comel. Sahabat saya pula tak suka kanak-kanak ini turut serta. Katanya kanak-kanak ini menganggu orang lain nak solat.
"macam mana mahu kurangkan bising mereka?" tanya saya kepada sahabat saya,sengaja tak mahu komen tentang pendapatnya tadi. "pegang rotan!"....terdiam saya seketika. Zaman nabi,cucu baginda Hassan dan Hussein "mengkudakan" baginda ketika baginda sedang jadi imam ketika solat di masjid. Tik pula nabi larang supaya jgn bawa kaak-kanak ke masjid.
Biarlah apa pun perasaan sahabat saya itu,yang penting kanak-kanak yang datang ni banyak yang comel-comel!
Tapi ada perkara yang saya tidak senang sekali melihatnya. Ramai yang tak rapatkan saf! termasuklah mereka yang bergelar ustaz dan ustazah sendiri! sepatutnya kaki antara kedua-dua jemaah mesti bersentuh,bukannya terpisah,merapatkan saf bkan sekadar merapatkan bahu ke bahu,tapi kaki juga mesti bersentuh. Lebih malang lagi ada yang tarik kaki ke dalam bila kakinya tersentuh! arlegic sangat!
tak rapat ni,sebab tak bersentuh tepi kaki kita dengan makmum sebelah kita(terima kasih byk2 pada Bazli yang tolong capture gambar ni,dan gambar budak kat atas tu)
Lain pula ceritanya tentang sahur pag tadi. Dua hari berturut-turut sahur dengan bijirin radix dan kopi radix sahaja. Tak kisahla makan apa pun asalkan halal,yang penting sahur.
Nabi SAW bersabda :
"Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur" Hadis Riawayat Muslim, 2/770
Nabi juga bersabda :
"Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" Hadis Riwayat al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim
Waktu yang terbaik untuk makan sahur : adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan.
Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:
"Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kira-kira (membaca) lima puluh ayat." - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1921.
Peringatan !! : Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW.
Jangan lupa kawan-kawan untuk bersahur,tapi kalau dah tak sedar,nak buat macam mana kan?walaupun dah kunci jam loceng sebesar bola sepak tapi masih juga belum sedar..apa boleh buat...hehe(mcm nak perli seseorang aje) peace!
Posted by ..::بشرى::.. at 7:02 PG 1 comments
Selasa, 2 September 2008
Termenung tentang mereka yang tersalah paham
Entah.....! saya sendiri lama termenung,termenung degan kisah kak imah,kak imah yang telah kembali ke pangkal jalan,jalan yang sangat menenangkan jiwa. Kisahnya dari seorang gadis yang jahil tentang agama tetapi telah berubah menjadi hamba yang cuba menjadi yang terbaik kepada sang Pencipta. Kak Imah berumur dalam linkungan 40-an,selayaknya saya memanggilnya mak cik Imah, kerana umur umi saya sendiri dalam linkungan 40-an. Kak Imah telah dua kali berkahwin dan bercerai,kisah silamnya sangat menyedihkan,dahulunya Kak Imah sangat sosial,sehingga Kak Imah terpaksa bercerai.
Kalian tahu apa Kak Imah buat sekarang? dia sudah pun menghafal 12 juz ayat al-Quran! saya sendiri teruja mendegar kisah ini. Itu kisah setelah Kak Imah bertaubat,Kak Imah belajar di tahfiz Repek kat kelantan. Dia juga mengajar di situ.
Kak Imah tak solat terawih??
Ya, ini yang menyebabkan saya lebih termenung,kenapa? tanya umi pada Kak Imah. Jawabnya Ustaz ditempat dia belajar katakan jika dahulu banyak tinggal solat wajib,Kak Imah mesti qadha solat wajib yang bertahun-tahun telah dia tinggalkan,tak guna buat solat sunat sebab solat wajib masih tak selesai hutangnya dengan ALLAH!
Saya tak nafikan ada ulama' yang berpendapat sedemikian,tetapi adakah ianya tepat?kuat?dan paling rajih?
sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja tanpa keuzuran yang dibenarkan. Dia telah melakukan maksiat. Wajib keatasnya bertaubat kepada ALLAH dan berazam akan sentiasa menjaga solat.
Qada solat yang dilakukan diluar waktu tidak memberi apa-apa faedah kerana meninggalkannya tanpa keuzuran yang dibenarkan. Dalam hal ini hendaklah bertaubat dan perbanyakkan solat sunat kerana ia mampu menutupi kekurangan yang ada pada solat fardhu yang dilakukan atau ditinggalkan.
berbeza dengan orang yang tidak sengaja meninggalkan solat seperti tertidur atau terlupa. Dia Wajib qada solat bila ia ingat. Hal ni di bolehkan kerana terdapat keuzuran.
Sabda Nabi Yang bermaksud :
" sesiapa yang terlupa mengerjakan solat,hendaklah dia mengerjakan nya apabila dia ingat semula dan tiada kifarat baginya selain menqada semula solat itu" -hadis riwayat muslim
Jadi sewajarnya Kak Imah banyakkan solat sunat,lebih-lebih lagi terawih kerana bulan ramadhan inilah bulan yang sangat bersemangat untuk kita menggandakan amalan-amalan kita. Kak Imah...teruskan usaha hafal quran sampai habis! (bukan senang umur 40-an nak hafal,kita orang muda pun malas,renung-renunglah sahabat-sahabatku)
Posted by ..::بشرى::.. at 11:05 PG 0 comments
Isnin, 1 September 2008
Resah dan Damai dihari pertama Ramadhan
Hari ini adalah 1 ramadhan,alhamdulillah saya dapat berpuasa,malam tadi sahur pukul 3 pagi! Puasa kali ini sekali lagi jauh dari keluarga,bagi saya biasa sahaja,ada kawan-kawan yang meluahkan kesedihan tak dapat puasa dengan keluarga,manja sangat diorang nih..hehe
Tapi pagi ini saya betul-betul sunyi,kawan-kawan sebilik saya masih lagi terbungkam tidur walaupun hari menunjukkan jam 10.52 pagi! suka sangat diorang nih tido lepas subuh...kalau sekali sekala takpe lah(sape yang sekali sekala tu?saya la...ahaks). Siap je saya mengulang hafalan al-Quran saya,saya blurrrr..........................apa saya nak buat nih! aisey...nak tak nak,on je la tenet..final esok mula,tapi tak study ape pun,ntahlah..
Buku syabab ni saya masih tak punya kesempatan untuk membacanya sampai habis,kata kawan-kawan saya,novel ni best,tapi ade la sorang ni yang sengal,cakap novel ni tak best,biar ah....bukan saya jejas pape pun. :-)
Kertas kerja berkenaan kepentingan sebab-sebab wurud hadis dah saya siapkan,insyallah nanti saya upload kat sini.
Teringat pada sahabat salaf saya dari singapura,sihatkah dia?dia pun mungkin sudah lupakan saya,apa pun,saya sangat menghormati dia,dia pun pelajar KUIS juga,ambil jurusan al-Quran dan al-Sunnah. Semoga dia sihat selalu.
Hairan! ya saya tersangat hairan,bukan sedikit pelajar agama yang dihasilkan dinegara kita ini,itu tidak termasuk mereka yang dihanar belajar ke luar negara,tapi pemikiran,cara hidup,akhlaq,terkadang sangat mendukacitakan! malahan ada sebahagiannya tak langsung menunjukkan ciri-ciri ulul albab! saya yak kata semua tapi sebahagian besarnya begitu.
Tiba-tiba plak teremosi..hehe,di kesempatan ini,saya ucapkan salam ramdhan buat husna dan aisha(yang membangunkan blog ni). Juga buat "umi" yang jauh dimata dan juga anak umi "aisha humaira'"...jangan nakal-nakal eh,sian umi..:-)
Posted by ..::بشرى::.. at 10:38 PG 0 comments