Tuesday, November 3, 2009

BARU SEKARANG....TAPI BELUM TERLEWAT LAGI APA..

Sedar atau tak dek kerana kejahilan aku, sebelum ni tak pernah terlintas dalam kepala otak aku untuk memasang niat nak menunaikan ibadah haji walaupun aku tahu menunaikan haji adalah termasuk dalam rukun Islam. Isteri aku pun ada jugak ajak aku pergi menunaikan umrah. Dah banyak kali isteri aku ajak pergi sana (duit tak simpan lagi pun), bila dia cakap aku sengih je tapi aku tak cakap pun aku tak nak pergi.

Tapi lepas aku menghantar emak dan ayah aku ke kompleks tabung haji kelana untuk ke tanah suci baru terdetik dalam hati aku untuk mengikut jejak langkah emak dan ayah aku. Entah kenapa baru terbukak hati aku untuk memasang niat atau cita-cita untuk ke tanah suci Mekah. Waktu di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya aku dapat rasakan keseronokkan para jemaah yang bakal menunaikan ibadah haji.

Insyaallah, suatu hari nanti aku akan menunaikan ibadah haji menjadi tetamua Allah S.W.T. bersama isteri aku. Amin.

Monday, November 2, 2009

PANGGILAN HAJI


Isnin 26.10.2009 emak dan ayah saya telah selamat berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji. Alhamdulillah, impian emak dan ayah saya serta kami adik-beradik tercapai.

Emak dan ayah saya telah melapor diri di kompleks tabung haji di Kelana Jaya sebab memilih untuk menaiki penerbangan dari KLIA. Penuh sesak jugak la perkarangan kompleks tabung haji tu. Saya bertolak dari rumah Puncak Alam (rumah abang) pukul 6ptg dan sampai lebih kurang jam 6 lebih, ingatkan dah awal dah rupanya ada yang lagi awal. Ada yang dari pukul 5 ptg dah ada kat situ. Kalau mengikut pada surat lapor diri jam 9.30 malam.

Masa kat situ, kebetulan berjumpa dengan budak sekampung kat situ. Nasib baik dia bagi tau suruh ambil pas dengan cenderahati kat kaunter tapi kena bawak surat yang pihak tabung haji keluarkan tu. Maklum le, ni la pengalaman kali pertama kitaorang adik-beradik..hehehehe.

Rasa sebak juga la masa mak ngan ayah saya nak masuk ke komleks sebelum bertolak ke KLIA menaiki bas yag telah disediakan. Saya berdoa kepada Allah S.W.T semoga emak ngan ayah saya dapat menjalani ibadah haji dengan sempurna dan memperolehi haji mabrur. Amin.

Wednesday, October 28, 2009

DAH LAMA DAH

Ni le artikel pertama saya lepas raya, lama gak tak jengok blog sendiri. Sibuk sikit, banyak benda nak buat. Blog kawan2 pun saya dh lama tak jengok jugak. Idea pun dah kering nih..Setakat ni jelah kot bukan apa ni cuma nak panas semula enjin je.

Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA SAHABAT

ASSALAMUALAIKUM. 1SYAWAL 1430 NI KITA AKAN MENYAMBUT HARI RAYA FITRI TANDA KESYUKURAN KITA KPD ALLAH S.W.T SETELAH SEBULAN BERPUASA MENAHAN LAPAR DAHAGA DAN GODAAN NAFSU. DIHARAP AMALAN BAIK YG KITA LAKUKAN INI AKAN BERTERUSAN BUKAN SETAKAT DIBULAN RAMADHAN SAHAJA.

HARI JUMAAT AKU DAH MULA CUTI, JADI BLOG AKU PUN CUTI JUGAK LER...HEHEHEHEHE..MAKLUM LER SIBUK NAK BERAYA BERSAMA ISTERI NGAN ANAK.



PADA SAHABAT YG AKAN PULANG KE KAMPUNG HALAMAN DENGAN MENAIKI KENDERAAN SENDIRI PASTIKAN KENDERAAN DISERVISE DULU DAN PASTIKAN SEMUANYA DALAM KEADAAN BAIK. DAPATKAN REHAT SECUKUPNYA SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN. PADA SAHABAT YANG MENAIKI KENDERAAN AWAM, JANGAN LUPA BAWAK TIKET DAN PASTIKAN TIKET TU TIKET YG SAH TAU..HAAA..LAGI SATU, RUMAH TU KUNCI DAN PASTIKAN SEMUA SUIS DITUTUP.


APAPUN DIKESEMPATAN NI AKU NAK UCAP SELAMAT HARI RAYA PADA SEMUA SAHABAT-SAHABAT BLOG YG SUDI JENGOK-JENGOK BLOG AKU NI WALAU TAK CANGGIH MACAM BLOG ORANG LAIN DAN AKU JUGAK NAK MINTAK MAAF KALAU ADA SALAH SILAP YG AKU BUAT SELAMA BERBLOG NI..HEHEHEHE....

SEDIH PLAK RASENYE YEK. RAMADHAN DAH MENINGGALKAN KITA, MUDAHAN DAPAT BERTEMU LAGI DENGAN RAMADHAN TAHUN DEPAN. AMIN.

p/s: jangan lupa baca doa yek.mudahan semuanya selamat.


Wednesday, September 16, 2009

GEMBIRA TAPI SEDIH

Beberapa hari saja lg semua umat Islam akan menyambut hari raya setelah sebulan berpuasa. Aku pasti semua org akan gembira tapi aku macam biasa ntah kenapa bila dah penghujung ramadhan mesti aku rasa gembira campur sedih. Gembira, mestilah nk menyambut syawal bersama keluarga dan yg sedihnya ramadhan dh nk meninggalkan kita..Bila ingat2 semule berapa kerat je amalan yg aku buat. Terawikh? Tak sampai pun sebulan aku pi..

Dan yg buat aku lagi rasa tak berapa seronok apabila isteri aku telefon semalam, dia bg tau kemungkinan dia akan dipindahkan ke Kuala Lumpur. Macam mana ngan anak kami yg comel tu? Seingat aku, aku isteri n anak sempat tinggal bersama sebulan je sblm isteri aku bertukar tempat kerja tp sekarang ni kemungkinan kena bertukar tempat kerja lagi jauh...sedih beb.

Aku berharap isteri aku akn di tempatkan satu tempat ngan aku (daerah). Dapat tinggal serumah, baru seronok. Bila balik keje dpt tgk anak n isteri. Semoga ramadhan dan syawal yg bakal tiba akan membawa keceriaan kapada aku sekeluarga.

E-KAD RAYA PERTAMA AKU

Assalamualaikum..ni e-kad raya yg pertama aku dpt drpd edan coba..ada gak sahabat nk bg e-kad raya...hehehehehe. Terima kasih. Nampak meriah sikit blog aku...haaaahahaha..

Monday, September 14, 2009

SHOPPING LAGI

Semalan aku ngn isteri pi shopping lg, kali ni baru beli baju untuk anak..Gaji baru masuk hehehe..Kitaworang pi shopping kt area Temerloh. Mula2 masuk the store. Aku pi area pakaian kanak2..kt sini le antara bhgn yg paling sibuk n bhgn yg paling letih untuk pekerja bhgn tu sebab kene lipat smule pkaian..kesian diorang. Pilih punye pilih dapat le 2 pasang baju untuk anak aku.Nasib baik ada less.

Lepas tu isteri aku plak nk beli baju untuk aku..malu plak rasenye tp dh isteri aku ni beria sngt nak beli, aku pun pilih ler (tak nak menghampakan permintaan isteri la katakan). Aku amik le selai RM69.90 (rege lepas less). Selesailah pelaburan kami kt pasaraya tu.

Pastu pi kt BTM (baju tradisional melayu) nak cari baju kurung utk mak aku plak. Tiap2 tahun beli baju kurung n tudung pasai tak tau nk beli apa lar..dah siap beli terus balik umah sebab anak tinggal ngan akak ipor..nak bawak takut ler musim2 skarang ni..

Sekarang ni yg tak beli lagi baju untuk ayah n isteri aku. Aku ingat nak pi shopping kt Kuantan. Isteri aku tak mintak pun aku beli baju kat dia, tp takkan aku tak mau beli baju kt dia kot, biar le same2 pakai baju baru raya nanti, ye tak? Aku sebenarnye tak kisah pun kalau tak ada baju baru sbb baju tahun lepas pun lawa lg..

Sahabat blog pun mesti pi shopping jugakkan? Apapun bershopping lah dgn berhemah yekk...

Friday, September 11, 2009

NAK BELI MINYAK WANGI


Sekarang bnyak iklan tentang minyak wangi onedrop perfume. Tingin gak aku nak bli satu set. Betul ke dia punye wangi thn lama? Ada sape2 penah pakai x? Lagi satu minyak wangi ni bleh pakai wat solat n bleh la wat pakai pi solat ari raye nanti.

Aku bukan hape, nak beli yg mehei tu x mampu ler..hehehe. Yang mehei tu mmang ler thn lama dia punye bau tp rege cecah ratus beb. Ceghite pasai mnyak wangi ni aku ada satu kisah la yg aku alami (tekene) masa aku mule2 keje dulu. Member serumah aku ni ada la bwk balik bnyak mnyak wangi pelbagai jenama..dia kate minyak wangi ni kawan dia bwk balik dr oversea (dia pun tekene gak ngan kwn dia kot). Setelah terpengaruh aku pun pilih la satu jenama polo yg botol warne biru sbb yg ni abg pun aku penah pakai, mmng wangi beb.(ori punye). Melayang la aku punye ongkos RM80, kalau tak salah aku la.

Aku pakai tak dan sat dah ilang dia punye bau...cit...sah aku dah tekene. Bila aku komplen kt kwn aku dia kata wangi je n thn lama jer sebab dia pakai mnyak wangi aku pi mandi n dia kata bau tu ada lagi.Mmng la ada tp bau nak tk nak je mungkin dia tak bg kene air kot.

Ari minggu aku pi la pasar mega (carboot sale) dkt ngan stadium shah alam, pusing punye pusing aku nampak la satu gerai yg jual minyak wangi maka aku tertengok ler satu botol minyak wangi sebijik yg macam aku beli tu bau pun same dah le rege dia brapa hinggit jer...cis..cis dan cis lagi..tekono den.

Lepas ari tu kalau ada org jual apa2 seluar jin libas ke jam casino ke yg diorang kata lari dr kastam lah aper2 lah jgn harap aku nak beli.
Berbalik pada ODP, korang penah try ker? OK tak? heheeheee...kalau bagus apa salahnya aku try..

Tuesday, September 8, 2009

AKTIVITI AKU

Hari sabtu lepas aku pi shopping barang untuk anak..bnyk gak la aku melabur kt tokey-tokey kedai tu..tapi baju raya dia tak beli lagi, aku beli barang lain dlu. Banyak lg yang tak beli tapi poket dah kering..waaaa....

Semalam hari isnin cuti sempena Nuzul Al-Quran. Aktiviti aku padat sikit, biasa aktiviti todo..hehehe..Aku, isteri n abang ipor sponsor makan untuk berbuka kt masjid jadi aku kena la tolong apa yang patut.

Pagi aku pi masjid tolong abah (pak mertua) aku masak tapi aku cume tolong potong bawang jerr n wat apa-apa yang patut. Lepas solat zuhur aku tolong abang ipaq aku plak wat kebab, aku tolong bakar daging..penat wooo...panas lagi..

Siap goreng daging kebab kena tidokan anak plak pasal mama dia kata dia tak nak tido. Aku kene la guna kepakaran aku untuk tidokan anak.. sekejap je aku buai terus lena..nak ayah dia jugak yg tidorkan. Anak ayah la katakan..aku pun tido sekali la..letih..


Lepas solat asar aku bagi anak makan (dah jaga) sebab mama dia ada keje kt dapur. Siap bagi makan anak aku tolong bakar ayam plak..panas woooo..baju bau asap lagi..pastu terus pi mandi bersiap nak pi masjid utk berbuka. Satu keluarga pi...walaupun aku penat sikit tapi seronok.

Semoga di bulan Ramadhan ini membawa keberkatan pada kita semua. Amin..

Friday, September 4, 2009

NAK PI BELI BAJU RAYA


Hari sabtu ni aku ngan isteri cadang nak pi shopping sikit nak pi beli baju anak. Maklum le ni tahun pertama beraya ngan anak..hehehehe.Sebelum ni pun aku dah pi tengok-tengok dah baju budak-budak ni..die punye harge makaih..ngalahkan harga baju org dewasa. Ada yg cecah sampai RM50 sehelai..ish..ish..ish..nasib baik utk baju melayu(anak) isteri aku dah siap beli kain..mak mertua tolong buatkan.

Untuk baju melayu tahun ni aku pakai yang tahun lepas punye cume butang je yg baru tu pun isteri aku yg belikan...hehehehe..baju ngan seluar raya tengok la dulu kalau ada bajet lebih, kene utamakan isteri dulu. Untuk mak ngan ayah aku pun aku kena pikir gak nak bali apa, takkan tiap-tiap thn yg same je (baju kurung, tudung, baju melayu, baju kemeja & kain pelekat)..semua ni abang2 aku pun mesti beli punye untuk mak n ayah aku tp aku nak beli apa yek untuk mak n ayah aku?

Apapun aku sedar tanggungjawab aku dah bertambah selepas bergelar suami dan seorang ayah serta tanggungjawab aku sebagai seorang anak terhadap kedua ibubapa.

Wednesday, September 2, 2009

DULU DAN SEKARANG DIBULAN RAMADHAN


Assalamualaikum..minggu lepas cuti 3 hari, apa lg lepas keje aku terus la balik umah sewa, kemas apa yg patut terus ler merempit blik Kampung. Semangat nk bebuke kt Kampung la katakan. Heeehehehehe..biasa la mak aku buat cucur udang. Tapi aku bukan nak citer pasal cucur udang tp perbezaan yg aku rasa (perasan) masa aku kecik-kecik dulu dibulan ramadhan ngan mase aku dh bekeje.
Memang tak dinafikan zaman kanak-kanak adalah zaman yg paling syok. Betoi tak? Masa aku bebudak dulu aku rajin le pi bebuke kt masjid, makan dalam talam..berebut-rebut..sedap wooo. Lepas makan terus solat maghrib lps tu balik umah antar bekas minuman kat umah. Lepas tu keluar smule jumpak kawan2.

Masuk waktu isyak, aku ngan kawan-kawan pi le smule masjid untuk solat isyak ngan solat terawih. Aku solat terawih ikut suka hati aku je..orang lain buat lapan rakaat aku buat sepuluh kadang-kadang ikut rajin..teruk betoikan? Waktu org tengah solat terawih ni le macam-macam dentuman boleh dgr..kaki meriam dgn meriamnya kaki mercun ngan mercunnye lar... Kadang-kadang aku pun tekejut, bebudak ni main betul-betul dkt ngan masjid.Nasib baik imam tak melatah. Ramai btoi bebudak dtg masjid. Ada yg solat ada yg dtg nak main, maklum ler..mlm bulan pose ni la aku ngan bebudak lain dibenarkan keluar waktu malam oleh mak ngan ayah masing-masing.

Waktu bulan pose ni jugak la ada yg cari sumber pendapatan lebih ngan jual kerang rebus. Jual kerang rebus ni dh jd macam trend. Asal tiba je bulan pose mesti ada org jual kerang rebus. Kerang rebus ni pun aku punye peberet gak..meleleh aiyaq mata sebab diapunye sambal pedas wooo..

Tapi tu semua dulu la masa aku budak-budak . Sekarang ni waktu solat terawih dah tak ada budak-budak, org mude pun boleh kira ngan jari sebelah tangan je. Yang ada golongan ibu dan ayah-ayah yang rata-ratanya berumur lebih dr 65 tahun. Aku terpikir gak mana pi nye budak-budak ni...patut la tak ada budak-budak, budak yg dulu tu dh besar dah merantau cari rezeki kt rantau orang termasuk la aku..heeehehehe..yang ada pun cucu-cucu je tu pun berapa org je..yg lain tunggu nak dekat hari raya la baru balik kampung.

Mercun? Meriam? dah tak sehebat dulu. Kalau meriam ni, sekali meletup bergegar cermin tingkap kat umah..satu kampung dengar. Tapi aku tak main ler, mercun pun aku tak berani nak main..pasai aku ni penakut sikit..lg pun kalau ayah aku tau sah-sah la talipinggang hinggap kt betis aku. Org jual kerang rebus pun dah tak ada agaknya.

Tapi tu semua kenangan aku dulu la waktu bebudak dulu..korang sumer mesti ada gak kenangan waktu budak-budak dulu kan.......

Friday, August 28, 2009

JUADAH KEGEMARANKU DI BULAN RAMADHAN


Assalamualaikum..apabila datang bulan Ramadhan kita dapat lihat bermacam-macam jenis kuih dan laukpauk dijual di pasar ramadhan yangmana jarang-jarang kita jumpa dibulan-bulan lain.
Macam biasa la, juadah seperti gambar kat atas ni adalah "peberet" aku dibulan Ramadhan (bulan lain pun peberet gak). Makanan ni ler aku tibai waktu berbuka n lepas balik dari solat terawikh. Murtabak, rojak mee, cucur udang dan air soya adalah aku punye "peberet" lerr..tapi kalau cucur udang aku lagi suke yang mak aku buat, cicah ngan kuah kacang..perghhh....tapi kalau aku nak makan cucur udang yang mak aku buat aku kene la balik kampung.hehehehe...
Korang pun mesti ada makanan peberet kan? Apa korang punye makanan "peberet" haa? hehehehehe...

Thursday, August 27, 2009

KHASIAT BUAH KURMA


Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya :
"Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".
Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
(Surah Maryam : 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
(Hadis riwayat Ahmad)
Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata :
"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.
Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :

Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.
Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah S.W.T.

Tuesday, August 25, 2009

PENGGUNAAN PENUTUP MULUT DAN HIDUNG (MASK) DIKALANGAN MASYARAKAT



Semua sedia maklum dunia sedang dilanda Virus Ifluenza A(H1N1) yangmana virus ini boleh mengancam nyawa. Tetapi berapa ramaikah dikalangan kita yang sedar atau tahu bagaimana virus ini boleh merebak, siapa yang berisiko tinggi terhadap jangkitan H1N1 dan sejauh mana peranan mask dapat mengurangkan risiko terhadap jangkitan virus ini. Diharap maklumat di bawah sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada kita semua.

1) Bagaimanakah Influenza A (H1N1) merebak?
-Virus influenza A (H1N1) berjangkit daripada manusia ke manusia yang lain melalui titisan cecair pernafasan (iaitu ketika bercakap, bersin atau batuk).
-Sesiapa sahaja yang berhubung rapat (kira- kira 1 meter) dengan mereka yang mempunyai gejala selesema seperti demam, bersin, batuk, selesema, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk terdedah kepada titisan cecair pernafasan yang berjangkit.

2) Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?
-Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
-Individu berusia 65 tahun dan ke atas
-Kanak-kanak dan remaja (<>

3) Apakah peranan mask di dalam suasana penjagaan kesihatan?
-Penggunaan mask boleh mengurangkan jangkitan influenza.
-Nasihat penggunaan pelindung muka haruslah disertakan dengan latihan cara penggunaan yang betul, saiz yang tepat (contoh : mask N95), bekalan yang tetap dan kemudahan pelupusan mask yang betul.
-Surgical maskboleh digunakan jika tiada hubungan secara langsung dengan pesakit H1N1. Ia juga boleh dijadikan sebagai alternatif jika bekalan mask N95 tidak mencukupi (bagi situasi ini, mask N95 hanya perlu digunakan untuk prosedur percikan/semburan).

4) Apakah peranan mask di dalam masyarakat ?
-Tiada bukti yang kukuh mengenai pemakaian mask terutamanya di tempat terbuka. Tetapi, ia boleh digunakan di tempat tertutup dan mempunyai hubungan secara langsung dengan mereka yang disyaki menghidap influenza.
-Orang awam boleh memakai surgical mask di rumah atau di dalam kawasan kejiranan, terutamanya jika mereka berhubung secara langsung dengan individu yang disyaki menghidap influenza. Contohnya semasa memberi rawatan dan penjagaan kepada ahli keluarga.
-Memakai mask membolehkan mereka yang disyaki menghidap influenza melindungi mulut dan hidung mereka dan juga membantu mengawal sebaran titisan cecair, juga sebagai sebahagian adab batuk.
-Mask juga boleh disarankan kepada mereka yang berisiko tinggi semasa mereka berada di kawasan yang sesak.

5) Apakah kegunaan surgical mask?
-Mask membantu menghentikan penyebaran titisan cecair daripada tersebar.
-Juga membantu percikan cecair daripada memasuki mulut atau hidung mereka yang memakai mask tersebut.
-Mask haruslah dipakai sekali sahaja dan dibuang dengan cara yang betul selepas digunakan.

6) Bagaimanakah cara menggunakan mask dengan betul?
-Letakkan mask untuk menutup mulut dan hidung dan ikat dengan cermat bagi mengurangkan ruang di antara muka dan mask.
-Semasa digunakan, elakkan daripada menyentuh permukaan di bahagian dalam mask tersebut
- Setelah anda menyentuh mask, contohnya semasa menanggalkannya, bersihkan tangan dengan sabun dan air atau menggunakan pencuci tangan berasaskan alkohol.
--Tukarkan kepada mask yang baru jika mask yang digunakan telah lembap/berlengas/rosak.
Jangan menggunakan kembali mask, ia adalah khas untuk sekali penggunaan sahaja.

-Adalah perlu diingatkan bahawa disamping penggunaan mask, langkah pencegahan umum yang lain seperti membasuh tangan dengan betul dan adab batuk adalah amat penting bagi mencegah jangkitan influenza.

7) Saranan WHO berkaitan dengan Kebersihan Tangan
Bagi individu yang sihat :
Kekalkan jarak sekurang- kurangnya 1 meter daripada individu yang disyaki menghidap influenza :
-Jangan menyentuh mulut dan hidung.
-Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun dan gunakan bahan pembersih tangan berasakan alkohol, terutamanya jika menyentuh mulut dan hidung dan permukaan yang mungkin boleh tercemar.
-Seboleh- bolehnya, elakkan kontak rapat dengan mereka yang sakit.
-Seboleh- bolehnya juga, elakkan berada di tempat sesak;
-Dapatkan pengudaraan yang baik di kediaman anda
dengan sentiasa membuka tingkap.


Bagi individu yang disyaki mengalami influenza :
Tinggal di rumah jika anda berasa tidak sihat dan patuhi arahan doktor ;
Kekalkan jarak sekurang-kurangnya 1 meter dari mereka yang sihat dan dan pakailah mask bila mempunyai kontak dengan ahli keluarga.
Tutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin dengan tisu atau sapu tangan bagi menghalang penyebaran titisan respiratori. Segera buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan cuci tangan dengan sabun dan air.
Pastikan pengudaraan di rumah adalah baik.


Untuk Maklumat Lanjut Sila Klik Alamat Di bawah
http://h1n1.moh.gov.my/PenggunaanMaskDalamKomunitiBI.php

Thursday, August 20, 2009

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN


Lusa Insyaalah, seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan bulan ramadhan al-mubarakh. Semoga kedatangan ramadhan ini akan lebih bermakna buat kita umat Islam dan mudah-mudahan kita dapat mendekatkan diri kita dengan Allh S.W.T dan mengeratkan lagi hubungan kita sesama umat Islam. Insyaallah.

KENYATAAN MENTERI BESAR KELANTAN


Majlis Fatwa putuskan kenyataan MB Kelantan salahNILAI: Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan memutuskan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kononnya ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa ahli atau penyokong parti itu ke syurga adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar. Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata isu berkenaan sebenarnya sudah dibincangkan sejak 2000 lagi dan jawatankuasa itu memutuskan bahawa ketentuan sama ada seseorang Islam masuk syurga atau neraka hak mutlak Allah SWT. [BERITA PENUH]


DR-TODAK : Semakin lama ana tengok tok guru yg tak berapa tok guru ni cakap seperti tidak menggunakan akal yang waras. ana dulu pun kagum dengan Datuk Nik Abdul Aziz ni, tapi sekarang ni ana tengok dia seperti orang kebanyakan yang tak pernah bersekolah. Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan nik aziz kebanyakannya berunsurkan kepentingan politik semata seolah-olah DNAA ni sudah hilang jati diri.

Dulu PAS sibuk melaungkan Islam dan hudud. Sekarang tiada lagi kedengaran. Tu baru kena gertak sikit dengan barua-beruanya. Tapi apa yang jelas ana rasa Pas mempergunakana nama Islam untuk kepentingan politik peribadi mereka. Apakah negara kita sekarang bukan sebuah negara Islam? Berbalik kepada kenyataan DNAA, yang mengatakan penyokong UMNO tidak akan masuk ke Syurga, ana terfikir adakah DNAA mengeluarkan kenyataannya ini mengikut akal yang waras atau mengikut nafsu politiknya. Bagaimana pula dengan orang kafir yang menyokong Pas, adakah mereka ini akan masuk ke syurga? Siapakah nik aziz yang dapat menentukan syurga atau neraka untuk seseorang?

Sebagai seorang muslim ana berharap tokoh poitik yang disegani oleh penyokong pas ini tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh maenimbulkan kekeliruan terhadap masyarakat Islam. Dunia...dunia..kita semua tahu akhirat adalah yang kekal abadi tetapi kenapa kita masih taksub dengan dunia yang bersifat sementara ini.....

Thursday, August 13, 2009

Dari Dulu Sampai Sekarang...Macam-Macam...


Dari ana kecik sampai besar macam-macam cerita ana dgr tentang pemimipin Umno. Ana masih ingat lagi waktu ana sekolah rendah, masa tengah makan, waktu rehat (bawah pokok). Masing-masing bawak bekal. Waktu tu tak macam zaman sekarang, budak sekolah sekarang ni banyak bawak bekal duit bukan bekal makanan. Dalam tengah dok makan tu, sorang ana punye kawan ni cerita la pasal pemimpin dan politik (dasyat gak kecik-kecik lagi dah sembang bab ni). Dia cakap nenek dia bagi tau kat dia Dr Mahathir (PM waktu tu) nak jual negara Malaysia. Ana yang waktu tu tak tau langsung apa-apa pasal politik ni takut jugak dengar apa yg kawan ana bagi tau tu. Mane taknya, negara nak kena jual. Sapa pulak yg akan perintah negara? Mana ana nak tinggal nanti? "Jahat batul Dr mahathir ni negara sendiri pun nak dijualnya". Tu la apa yg ana pikir sebagai seorang budak.

Tapi hari ke hari tahun ke tahun ana tengok tak ada gaya pun Dr Mahathir nak jual negara. Negara Malaysia makin membangun ada la...orang kata dia zalim tapi tak pernah pulak ana dengar dia seksa rakyat, tolong rakyat ada. Masa nak buat kereta nasional ( PROTON ), ramai yang cakap macam-macam. "Ni kerja membazir, tak dak paedah!". Tengok-tengok dia jugak yang beli kereta Proton, siap bawak anak-beranak, pusing satu Malaysia plak tu. Sama la jugak dengan Putrajaya, orang cakap dia bina mahligai dia lah kt Putrajaya siap tunjuk kat dalam harakah dia punya gambar (mahligai)..tapi la ni ana dah tak dengar dah cerita-cerita fitnah tentang mahligai tu.. tapi ada pulak cerita fitnah baru pulak. macam-macam la.. korang sendiri pun lebih tahu dari ana.

Satu lg kisah yg ana masih ingat tentang perasaan benci pengikut PAS ni terhadap pemimpin UMNO..ini berlaku masa ana dok lepak kat rumah kawan ana la, sambil tu tengok berita kt tv tup..tup keluar la berita tentang Dr Mahathir..dengan pantas kawan ana terus tutup tv katanya meluat tengok muka Dr Mahathir..Sampai mcm tu sekali asuhan pengikut2 PAS terhadap anak2 diorang.."macam ni ke org2 yg dikatakan berjuang atas nama Islam !"

Tapi biasa la manusia ni, bila seketul daging yang ada kat dalam badan tu dah sakit dia akan buat apa saja asalkan dapat memuaskan nafsu serakah dia tu!. Adakah Islam mengajar kita untuk bermusuh sesama Islam? Bermusuhan bukanlah langkah bijak seorang pemimpin "Dunia-dunia......jual orang lagi bagus dari jual unta"