Wednesday, December 30, 2009
Perlawanan Futsal Persahatan DPPKBG-DPPKPR
KEJOHANAN FUTSAL PIALA PESURUHJAYA PAS PERAK
Thursday, December 3, 2009
FUTSAL ORANG MUDA GENG KITA
Gantang telah turut memeriahkan majlis tersebut. Gimik pelancaran program 'Orang Muda Geng Kita' telah disempurnakan oleh Mohd Nordin Jaafar, Yang DiPertua PAS
Bukit Gantang. Majlis tersebut tidak juga ketinggalan melancarkan Kempen 'RM1 Selamatkan Bolasepak Perak' yang telah disempurnakan oleh Raja Ahmad. Penyertaan oleh hampir 14 pasukan telah menjadikan pertandingan tersebut meriah dan telah berakhir sekitar jam 3.00 pagi.
HarakahDaily.Net/-
Wednesday, December 2, 2009
Diari Mujahid...
Pilihanraya Bagan Pinang
Tarikh : 11 Oktober 2009
Tempat : Bagan Pinang, Negeri Sembilan.
Pemuda-pemuda Kelab Penyokong BN
Poster calon disimbah cat merah
JAMBORI UNIT AMAL
Tarikh : 31 Oktober - 2 November 2009
Tempat : Sungai Besar, Selangor
Dama n Abg Din
Aktiviti tarik tali... Bukit Gantang tidak ketinggalan
Tarikh : 7 November 2009
Tempat : Markaz Taman Melewar, Selangor
-PSU-
Thursday, September 17, 2009
Singgah sahur
Aktiviti bermula dengan tidur di Masjid Sungai Bemban, Trong pada malamnya. Aktiviti diteruskan dengan Qiamullail pada pukul 4 pagi. Pada pukul 4.50 pagi, para AJK bersiap dan bertolak ke rumah yang telah dikenalpasti untuk singgah sahur.
Lebih kurang 15 minit perjalanan, kami tiba di Kg Nibong. Ketibaan kami di rumah tersebut disambut oleh 2 orang warga emas dalam lingkungan 60-an. Ketua Pemuda selaku ketua rombongan (gambar : ketua pemuda bersama tuan rumah) telah berbual2 terlebih dahulu untuk mengetahui latar belakang kehidupan tuan rumah tersebut.
Menceritakan mengenai kehidupan seharian yang agak dhaif, sedikit sebanyak memberikan keinsafan kepada kami untuk menghargai nikmat pemberian Allah. Menggunakan sumber air dari sungai yang melalui melalui parit selebar satu kaki di tepi rumah, menceritakan sedikit sebanyak kepayahan pasangan tua ini. Anak-anak yang duduk berjauhan daripada mereka, menyebabkan mereka sukar untuk pulang dan tambahan pula, anak-anak juga tidak mewah untuk kerap pulang atau menghantar bantuan kewangan buat ibu dan bapa mereka. Tambahan pula, keadaan kesihatan yang tidak begitu stabil menyebabkan mereka tidak boleh bekerja kuat untuk mencari nafkah.
Kehadiran kami cukup diraikan pada pagi itu . Kadangkala, hal ini membuatkan kami terfikir bagaimana mereka yang di bawah paras kemiskinan ini boleh berbuat demikian sedangkan kehidupan seharian cukup menekan mereka hanya untuk sesuap nasi.
Selesai berbual, kami terus menjamah hidangan yang telah dibawa untuk dimakan bersama memandangkan jam menunjukkan 5.20 pagi. Berlaukkan daging masak merah dan sup ayam, kami makan beramai-ramai. Tergambar dari riak wajah mereka, keseronokan dapat makan secara berjamaah dan terasa diraikan. Persiapan Ustaz Daniel yang cukup unik untuk bersahur yang dibawanya bersama di dalam sebuah beg, mengagumkan kami.
Seterusnya, bila tiba waktu Subuh, azan dilaungkan di rumah tersebut dan kami telah bersama-sama solat berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Khairul.
Selesai solat Subuh berjemaah, kami meminta diri untuk meneruskan aktiviti. Alhamdulillah, aktiviti yang telah dijalankan ini cukup menginsafkan dan memberi gambaran betapa nikmatnya sebuah anugerah kehidupan, ditambah pula dengan suasana Ramadhan.
Betapa inilah hakikat menjadi pemimpin, jikalau kita ingin menjadi kerajaan. Sewajibnya kita berpegang kepada prinsip 2 Saidina Umar, "kenyangkan perut rakyat".
Trong, yang rata2nya penduduknya miskin dan dhaif di bawah seorang ADUN Barisan Nasional , membuatkan kami tertanya-tanya....apa yang UMNO dan BN buat selama ini???
Wallahua'lam.
-PSU-
Sunday, September 13, 2009
Tamrin Pemuda
Program Tamrin Pemuda semalam menarik dan ada kelainan berbanding tamrin2 sebelum ini.
Program yang serba ringkas, bermula dari berbuka puasa, modul pertama bermula. Berbuka dengan kuih-muih dan bubur lambuk, agak mengejutkan buat beberapa peserta. Ada yang sebelum berbuka, menarik tangan penganjur bertanya, “Takdak nasik ka?”. Mendengarkan soalan itu, penganjur menjawab “Takdak”. Tak pasti kecewa, sedih atau pun selamba mendengarkan jawapan tu. Akan tetapi, itulah hakikatnya apabila tuan rumah lewat diberikan duit untuk membeli barangan.
Selesai solat Maghrib peserta tamrin yang tidak berapa ramai memandangkan ramai yang tidak hadir, kembali ke meja makan. Menghadap saki baki kuih dan bubur lambuk, peserta tidak berkata banyak. Sebat je! Janji masuk perut…nak tunggu menu seterusnya, lepas tarawih.
Azan Isyak berkumandang. Solat Isyak dan tarawih dikerjakan. Memandangkan masa tidak banyak terisi, ketua pemuda meminta dibuat 20 rakaat untuk mengisi masa lapang. Selesai tarawih 20 rakaat, beserta 3 rakaat witir, peserta ke meja makan sekali lagi…kali ini menu kedua menyusul..bihun goreng. Sambil bersembang memenuhi masa dan merapatkan ukhuwah, acara melipat kad raya untuk diedarkan ke PASTI turut sama dibuat.
10 minit sebelum ke pukul 12, sedikit liqa’ ringkas diadakan. Taarruf ringkas dan dialog diadakan bersama Ustaz Akmal selaku wakil pemuda negeri. Seterusnya, sesi wajib naum pun bermula meskipun ramai yang masih mengaum….
Sehingga 30 minit sebelum ke pukul 4, seorang sahabat datang dan bertanya, “handphone ada?” kerana seorang peserta telah hilang handphone. Melihat handphone di sisi, saya mengatakan ada, sambil mata melihat handphone yang kedua yang di”charge” pada malam itu. “Alamak, dah hilang”. Bermula sesi mencari. 2 handphone hilang pada malam itu. Dipendekkan cerita, dalam pukul 4.15 pagi, handphone pertama yang telah diset “alarm”nya ditemui di dalam bonet kereta seorang sahabat.
Handphone kedua pula akhirnya ditemui setelah sahabat yang mengambil itu mengaku mengambilnya. Alhamdulillah, diperkenankan oleh Allah untuk bertemu semula dengan handphone itu . Selepas itu, solat dimulakan kira2 jam 4.30 pagi.
Alhamdulillah, sesi tamrin semalam menyajikan modul yang amat “real”, tarbiyah dari Allah buat peserta tamrin semalam. Alhamdulillah, dalam sejam proses mencari, akhirnya ditemukan kembali oleh Allah kedua-dua handphone itu dengan tuannya kembali. Cepat benar doa dimakbulkan pada malam tadi… agaknya malam Lailatul Qadar kot? Amin…
p/s : kata Ustaz Fahmi, agaknya kalau di sekolah, teruk budak tu kena… Nasib baik atas nama tarbiyah ja…. Subhanallah, indahnya berjemaah…
-Wallahua’lam-
Thursday, August 13, 2009
Bahasa Rasmi UMNO ( seni warisan turun temurun )
Kononnya merekalah pejuang bangsa yang ulung. Setelah tergadai maruah Melayu, Islam, kini mereka muncul entah dari mana dengan sepanduk-sepanduk memaki hamun. Tak terkecuali yang bersongkok pun nak sama memaki hamun. Inilah UMNO pengkhianat bangsa. Pejuang-pejuang UMNO akan melenting bila ada pihak yang akan membuka pekung mereka satu persatu.
Kata-kata kesat menjadi bualan harian mereka. Tanpa segan dan silu. Kononnya menjadi amaran pada penentang mereka. Buat anak-anak mereka, inilah contoh tauladan yang harus diikuti. Maki hamun dan menjadikan bahasa kesat bahasa rasmi UMNO dulu, kini selamanya.
Tuesday, July 28, 2009
MENJELANG HIMPUNAN 1 OGOS: 1,893 hari di bawah kezaliman ISA
Tue | Jul 28, 09 | 7:59:23 pm MYT
MENGHARUNGI kehidupan di bawah kongkongan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang begitu lama, bukanlah sesuatu yang diimpikan sebelum ini. Namun, inilah yang dikatakan ISA.
Siapa pun boleh menjadi mangsanya dengan hanya disyaki mengancam keselamatan negara. Jantung anda akan terhenti seketika apabila secara tiba-tiba rumah anda diserbu dan digeledah oleh orang-orang yang bersenjata.
Lebih tragis lagi apabila anda dibawa keluar dengan tangan bergari secara kasar di hadapan anak isteri. Tentu anda dapat bayangkan betapa hancurnya hati ahli keluarga mangsa ISA itu. Ataupun pada suatu ketika, sewaktu anda dalam perjalanan ke tempat kerja atau mahu pulang ke rumah, tiba-tiba kenderaan anda dipintas. Kunci kenderaan anda dirampas dan secara kasar anda diseret ke sebuah kereta lain.
Tangan digari dan anda dimaklumkan yang anda ditahan atas mengancam keselamatan negara. Bagaikan gasing fikiran anda berputar mencari apakah kesalahan yang telah anda lakukan sehingga mengancam keselamatan negara itu. Tekanan fikiran ini akan bermain sejak anda ditahan hingga ke lokasi rahsia di mana anda ditempatkan.
Lokasi rahsia
Seterusnya hinggalah ke sesi soal siasat selama dua bulan di lokasi rahsia tersebut. Dalam sesetengah kes tekanan perasaan ini berterusan hingga beberapa tahun anda ditahan di Kem Tahanan Kemunting (Kemta). Inilah peristiwa hitam yang pernah dan sedang dilalui oleh ratusan tahanan ISA.
Inilah keperitan saya alami sejak ditahan pada 2001 yang deritanya membekas hingga hari ini. Sama ada yang dituduh sebagai kumpulan Al-Maunah, Reformasi, Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM), Kumpulan Jemaah Islamiah (JI) dan Kumpulan Daulah Islamiah (DI).
Hingga kini masih terdapat tahanan yang ditahan menjangkau lapan tahun. Saya pernah bersama mereka di Kemta. Dr Abdullah bekas pensyarah dan Mat Shah Satray, bekas juruteknik di Dewan Bahasa dan Pustaka. Kedua-duanya terkenal di kalangan orang tahanan sebagai tahanan berakhlak, sopan santun dan tidak membuat masalah pada orang lain juga kepada penguasa kem. Tetapi kenapa mereka ditahan begitu lama?
Inilah kezaliman ISA yang amat sukar fahami kerana ia satu tahanan tanpa bicara. Mereka boleh menahan sesiapa saja yang disyaki, tanpa membawa ke muka pengadilan. Dan mereka boleh menahan mangsa selama mana yang dikehendaki. Bukan atas keselamatan negara, sebaliknya atas prinsip tahanan yang tidak mahu tunduk kepada kezaliman ISA itu.
Sebagai contoh, Dr Abdullah amat tegas apabila berhadapan dengan anggota Cawangan Khas (SB) yang turun memantau tahanan setiap enam bulan sekali. Ia mengambil kesempatan setiap pertemuan itu berhujah dengan SB berdasarkan fakta al-Quran dan hadis. Beliau antara tahanan yang banyak bertukar SB, kerana mereka tak sanggup mendengar apa yang disifatkan sebagai ceramah oleh SB.
Belum insaf
Lalu beliau dianggap tahanan yang masih belum insaf. Begitu juga dengan Mat Shah yang tidak berminat bertemu dengan SB kerana dianggapnya tidak memberi faedah. Dia didera atas sikap itu. Juga dikatakan sebagai satu tindakbalas pihak berkenaan terhadap isterinya, Norlaila Othman yang menjadi aktivis dalam Gerakan Mansuh ISA (GMI).
Ramai beranggapan tahanan ISA akan mendapat sedikit keselesaan pada zaman Abdullah Ahmad Badawi. Bukan sahaja sebagai Menteri Dalam Negeri, dia juga sebagai Perdana Menteri.
Sifat lemah-lembutnya dan juga ilmu agama yang dimilikinya diharapkan keadaan tahanan, khususnya kebajikan keluarga mereka diambil perhatian. Rupa-rupanya keadaan sebalik berlaku, malah lebih teruk daripada era sebelumnya, ketika Dr Mahathir Mohamad berkuasa. Abdullah sudah tentu tahu, dalam Islam antara golongan yang perlu mendapat perlindungan pemerintah adalah wanita dan kanak-kanak di samping lelaki tua.
Dalam satu kes, Abdullah telah mengarahkan tangkapan ke atas isteri tahanan anggota JI iaitu Yazid Syufaat sebagai satu ugutan pada suaminya yang dikatakan tidak mahu bekerjasama dengan SB.
Menangis keseorangan
Isteri muda ini ditangkap di dalam rumahnya di Ampang ketika bersama anak perempuannya yang baru berusia lebih kurang empat tahun. Ketika si ibu dibawa pergi di tengah-tengah malam, anak itu menangis keseorangan tanpa dikasihani oleh anggota polis bertugas.
Anda bayangkan, bagaimana perasaan seorang ibu yang dipaksa keluar meninggalkan anak kecil sedang meraung ketakutan tanpa ditemani sesiapa.
Hampir 60 hari dia ditahan untuk soal siasat oleh Bukit Aman. Setelah dibebaskan, dikenakan pula tahanan daerah selama enam tahun. Suatu sekatan semata-mata untuk menyusahkan pergerakannya mencari nafkah, juga melawat suaminya di Kemta.
Satu peristiwa berdarah dalam Kemta yang masyarakat luar tidak tahu secara meluas berlaku pada 8 Disember 2004. Ia berlaku di blok T2B yang penghuninya seramai 12 orang terdiri dari orang tahanan (OT) anggota JI dari Indonesia, Filipina dan Malaysia.
Beberapa hari sebelum operasi, anggota UKP dari Kajang, Pulau Pinang dan Taiping telah ditempatkan di Kemta. Dalam kesempatan pertemuan dengan Pangarah Kemta ketika itu, sempat saya mengingatkan beliau jangan bertindak sebarangan terhadap OT tersebut. Bak kata orang, bagai anjing menyalak bukit. Manalah pandangan dan nasihat orang seperti kami nak didengari.
Berkebun sayur
Pagi 8 Disember 2004 itu, kegiatan harian kami seperti biasa. Joging, main badminton dan berkebun sayur. Tanpa disedari lebih kurang jam 9.00 pagi, semua wardar yang bertugas di semua blok (enam blok) diarah meninggalkan semua blok dengan mengurung tahanan tanpa diawasi.
Suatu arahan luar biasa yang dikatakan bercanggah dengan etika penjara. Yakni wardar tidak boleh meninggalkan orang tahanan atau banduan tanpa pengawasan. Inilah ISA, segala-galanya boleh berlaku.
Ringkas cerita di ruangan yang terhad ini, pihak berkenaan telah melakukan provokasi bagi mewujudkan suasana tidak aman antara UKP dan OT di blok T2B. Lebih 100 UKP yang lengkap dengan topeng serta pakaian keselamatan, merempuh masuk menyerang OT.
Dalam insiden itu semua OT dipukul semahunya, hingga ada yang pengsan, patah jari, cedera di kepala, betis dan anggota badan lain. Saya dan rakan-rakan dari blok T3 yang jaraknya kurang dari 100 meter dapat saksikan dari celah-celah lubang zink dinding blok, bagaimana OT yang cedera diusung seperti binatang ke tempat rawatan.
Hampir semuanya dibasahi darah baju warna putih mereka. Sepanjang hari itu mereka tidak mendapat rawatan yang sewajarnya, begitu juga makan dan minum. Mereka dilayan betul-betul macam binatang.
Pada malam baru seorang demi seorang dibawa ke hospital Taiping menerima rawatan selanjutnya. Ada maklumat yang menyebut, doktor yang merawat OT, amat terkejut dengan kecederaan serius yang dihadapi setiap mereka. Hingga mereka mencadangkan OT ambil tindakan mahkamah terhadap pihak terbabit.
Degil
Tak cukup di situ, esoknya operasi berjalan pula di blok-blok lain. Kali ini mereka mencari OT yang dikategori sebagai degil atau selalu menyusahkan pihak kem. UKP yang bersikap ganas masuk ke blok T4A dan T4B mengasari sasaran mereka dengan diseret keluar ke tempat asingan (blok T 1) yang jaraknya hampir 200 meter.
Sepanjang perjalanan itu, mereka dipukul, sepak terajang, maki hamun hingga ada yang mencabar 'Allah turun bantu OT'.
Terdapat juga wardar Kemta yang dendam sangat dengan OT telah ambil kesempatan memaki dan meludah OT yang dibawa melintasi mereka. Paling menyedihkan, terdapat OT yang dikategori sebagai ustaz, dibogel dan dihumban secara kasar ke dalam lokap blok.
Mungkin sukar untuk anda percaya, tetapi itulah yang telah berlaku. Selepas tragedi berdarah itu, kami dan keluarga mulai mendapat layanan buruk daripada pihak Kemta dengan alasan mereka mendapat arahan daripada KDN.
Begitulah sekelumit daripada segunung kezaliman ISA. Kami yang menderitai kezaliman ini diminta mengakui bahawa pemerintah yang ada ini baik, adil, bertanggungjawab dan tahanan kami ini adalah wajar. Jika tidak, kami dianggap tidak insaf, sebagai balasannya kami merengkok dalam kem tahanan tahun demi tahun.
Keadaan ini mengingatkan saya apa yang sering disebut oleh Allahyarham Presiden PAS, Ustaz Fadzil Nor dalam mengulas isu ISA ini. Menurut beliau, "apakah adil pada kamu apabila menangkap orang, diikat kaki tangan, dipukul, disepak, diterajang, dikilas tangan dipijak sampai patah kaki, sumbat mulut lalu ditanya orang itu, sakit atau tidak. Sudah tentulah pelaku-pelaku ini terdiri dari orang-orang yang tidak waras."
Beberapa hari sebelum bebas, saya didatangi oleh salah seorang pegawai kanan Bukit Aman. Dia berpesan pada saya agar memaklumkan kepada pihak tertentu atau NGO yang berusaha menghapuskan ISA, bahawa ISA ini tidak akan dihapuskan walaupun terdapat 1,000 NGO membantah.
Harungi kezaliman
Sehingga ini tak ada mana-mana pihak yang saya maklumkan kecuali pada Saari Sugaib yang menziarahi saya setelah dibebaskan. Sepanjang pengalaman 1893 hari mengharungi kezaliman ISA itu, saya yakin apa yang dkatakan pegawai berkenan benar.
Ini kerana, yang menguasai isu ISA ini, sama ada daripada KDN atau Bukit Aman, terdiri daripada mereka yang hatinya keras tidak lut dengan nasihat agama dan hilang kemanusiaan mereka.
GMI, NGO dan parti politik pembangkang sememangnya tidak mampu untuk menghalang keegoan pemerintah. Hanya kebangkitan rakyat sahaja yang dapat menyelesaikan isu ini. Rakyat yang tidak mempunyai maklumat atau memandang remeh isu ini, tak akan bersuara, apatah lagi ke jalanan membuat bantahan.
Terutama pada saat ini, masih menjadi bualan Perdana Menteri baru membebaskan 13 tahanan sebaik saja menganti Abdullah. Rakyat tentu tak tahu bahawa ini satu sandiwara. Mereka diperjudikan semata-mata untuk kepentingan PM baru, Najib Razak.
Tentu kita masih ingat, tiga minggu selepas Abdullah ambil alih kuasa 15 orang tahanan anggota Al-Maunah telah dibebaskan sehari menjelang Aidilfitri pada November 2003. Desas-desus pembebasan mereka ini telah kami dengar tiga bulan sebelum itu. Namun mereka dikambinghitamkan untuk kepentingan politik Abdullah.
Dua minggu selepas itu, saya didatangi SB dari Bukit Aman. Antara perbualan kami menyentuh isu pembebasan anggota Maunah itu.
Sambut raya
Disebutkan pada saya antaranya: "Cuba hang fikir, apabila mereka balik menjelang raya, bukan saja tangan mereka, tapi tangan isteri, anak-anak dan ahli keluarga masing-masing akan angkat doa berterima kasih pada Abdullah kerana dapat menyambut raya bersama keluarga di rumah. Tentu mereka kata Abdullah baik."
Sandiwara ini berulang lagi pada giliran Najib. Tetapi cacat lakonannya kerana tidak semua anggota Hindraf dan JI dibebaskan. Namun Makkal Sakthi yang ditunjukkan oleh masyarakat India berjaya memberi tekanan hingga semua anggota Hindraf dibebaskan. Tinggal lagi anggota JI dan DI.
Semasa muktamar PAS yang lalu, saya bertemu dengan Norlaila, isteri Mat Shah. Menurutnya ketika itu, seminggu lagi beliau akan ke Geneva atas urusan merayu pihak antarabangsa membebaskan suaminya. Dia yakin suaminya akan dibebaskan penghujung Jun yang lalu.
Itulah antara kezaliman ISA, isteri dan anak-anak diberi janji-janji manis. Akhirnya penantian itu berakhir dengan kehampaan.
Tidak lengkap isu ini tanpa menyentuh keadaan anak isteri sepanjang kami ditahan. Sebaik saja ditahan, rumahtangga menjadi kelam kabut, khususnya isteri menjadi tidak tentu arah. Mana nak melayan kerisauannya, terpaksa pula memujuk hati anak-anak kecil yang merindui ayah mereka, juga kejutan anak-anak remaja yang terpaksa menghadapi masyarakat yang pelbagai ragam.
Cuba bayangkan, bagaimana anak-anak remaja ini, khususnya kami daripada KMM yang dituduh membunuh dan merompak. Media membesarkan tajuk ini dengan menyiarkan gambar-gambar kami selaku penjenayah sepanjang Ogos hingga hujung tahun 2001. Waktu ini ada anak-anak kami menghadapi peperiksaan UPSR ,PMR, SPM, STPM dan di pusat pengajian tinggi.
Mohon cerai
Terdapat dalam beberapa kes di mana isteri terpaksa memohon cerai atas tekanan pihak tertentu. Anak remaja yang meninggal kampung kerana tak selesa tinggal lagi dengan fitnah terhadap ayah mereka. Tak kurang pula anak-anak ini yang terpaksa tangguh pengajian kerana masalah ekonomi dan tekanan perasaan.
Paling menyedihkan apabila pihak berkuasa langsung tidak mempedulikan kebajikan keluarga tahanan. Malah terdapat kes di mana pihak tertentu diarah menghalang individu memberi sumbangan wang pada keluarga tahanan.
Pada awal tangkapan ramai yang simpati hulur sumbangan sama ada ketika datang ziarah atau memasukkan wang dalam akaun bank. Dengan halangan itu, akhirnya tak ada lagi sumbangan individu, kecuali NGO atau saluran politik pembangkang.
Ada juga yang simpati, lalu bantu membawa keluarga tahanan ke Kemta seminggu sekali. Dengan halangan daripada pihak tertentu, akhirnya terpaksa menaiki bas ke Kemta. Lebih menderita jika isteri tinggal jauh. Ada dari Sabah.
Teringat saya pada seorang rakan tahanan yang terkenal dengan kesabarannya. Selalunya, apabila pulang daripada bertemu isteri, wajahnya ceria dengan pelbagai cerita baru yang dibawanya.
Air mata mengalir
Suatu hari dia pulang dengan agak kesedihan. Selepas makan dan solat jemaah Zuhur saya ke biliknya. Dalam berbual air matanya mengalir. Katanya, dia terkenangkan betapa setia isterinya bersusah payah datang menemuinya sewaktu dia baru 10 hari melahirkan anak lelaki. Kerana tahu suami berhajatkan anak lelaki, dia tak sabar-sabar datang membawa anak itu untuk ditunjukkan pada dia.
Tidak ada lagi orang yang mahu menghantarnya, lalu isterinya naik bas dari Banting seawal pagi menuju ke KL. Kemudian ambil bas dari Puduraya ke Kamunting. Makan masa hampir enam jam. Di pintu utama masuk kem, dia terpaksa pula jalan kaki hampir satu kilometer ke tempat pendaftaran pelawat.
Usaha mengumpulkan ratusan ribu rakyat mengadakan protes memansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 ini wajar dipandang serius oleh semua pihak. Masih banyak lagi babak-babak kezaliman di sebalik tabir ISA.
Memang benar jumlah tahanan sekarang kurang 10 orang, tetapi amaran daripada Menteri Dalam Negeri baru-baru ini kepada pihak tertentu, membayangkan Kemta bakal dipenuhi penghuni lagi.
Seperti dikatakan, tidak ada kuasa yang boleh menyelesaikan isu ini melainkan kuasa rakyat. Kita lakukan ini bukan untuk kita, tetapi buat generasi akan datang. Bukan sahaja ISA bercanggah dengan ajaran agama, penahanan tanpa bicara ini bercanggah juga dengan fikrah dan hak asasi manusia.
Bekas tahanan seperti saya dan rakan-rakan lain masih lagi dibimbangi dengan pantauan seolah ugutan.
Kehidupan harian kami tidak selesa seperti dulu, terutama perbualan telefon kami dirakam. Ada yang dipaksa memaklumkan pada Bukit Aman jika menerima panggilan dari luar negara. Tak kurang pula yang ditahan pasport oleh KDN juga sukar membuka akaun bank.
Ramai antara kami yang keluar terpaksa terkapai-kapai mencari nafkah hidup. Pekerjaan dulunya telah hilang. Yang terlibat dalam perniagaan, terbantut bisnes. Saya umpamanya, terpaksa menanggung hutang hampir RM200,000 akibat projek ternakan ayam yang tersadai sebaik ditahan lebih lima tahun.
Bukan senang bagi saya untuk mengumpul wang dengan jumlah sebegitu banyak dalam usia separuh abad ini.
Apa yang dialami oleh mangsa ISA, terutama mereka yang lebih daripada tiga tahun dalam tahanan, gelora hidup keluarga mereka seharusnya mengamit simpati daripada kita.
Bebas suami tercinta
Bayangkan Norlaila sanggup pergi ke Geneva semata-mata dengan hasrat membebaskan suami tercinta, juga menyatakan kezaliman ISA di mata dunia, mengapa kita tidak sanggup beberapa jam sahaja menyambut seruan pihak tertentu untuk memberi sokongan dalam usaha menghapuskan ISA.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz pernah mengingatkan pihak berkenaan bahawa tiap helai bulu roma, setitik peluh dan air mata yang gugur atau keluar dari tubuh tahanan tanpa bicara ini, maka akan dipertanggungjawab hadapan Allah kelak.
Justeru, sedikit masa dan keringat kita semasa perhimpunan itu tentunya akan dipetanggungjawab juga hadapan Allah kelak. Bukan sahaja memberi sokongan kepada kegigihan Norlaila serta keluarga Dr Abdullah, lebih jauh daripada itu adalah kita bersama-sama dengan golongan yang menentang kezaliman.
Dalam satu himpunan, satu langkah, satu hasrat dan satu suara rakyat Malaysia: HAPUSKAN ISA! _
Demi Islam, demi Melayu, demi keadilan yang tidak mengenal kaum, bangsa dan warna kulit. Tegakan keadilan, hancurkan kezaliman.
sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21925&Itemid=1
Friday, July 24, 2009
Siapa Pengkhianat Bangsa??
UMNO bukan sekadar mengkhianat bangsa, malah lebih berat mereka mengkhianat agama. Masjid-masjid, surau-surau dirobohkan. Mereka jugalah yang menggalakan maksiat di muka bumi negara yang agama rasminya Islam. Pusat-pusat hiburan, kedai-kedai judi merekalah yang luluskan lesenya.
UMNO merupakan pengkhianat bangsa Melayu apabila mereka memutuskan untuk merampas kerajaan negeri Kelantan. Satu-satunya kerajaan negeri Melayu yang bersungguh melaksanakan dasar Islam dalam pentadbiranya. Mereka lebih cemburu apabila kerajaan Kelantan menampakan prestasi yang baik dikalangan rakyat. Kelantan menjadi contoh negri yang demokrasi apabila keadilan diberikan tanpa mengira kaum.
UMNO memang pengkhianat bangsa Melayu. Tanah-tanah rizab Melayu banyak yang dijual kepada pengusaha-pengusaha untuk dimajukan. Tanah itu akhirnya tergadai untuk kepentingan tauke-tauke kaya dan kepentingan pengkhianat bangsa ini.
UMNO mewujudkan ISA untuk kepentingan mereka. Kononnya ISA untuk kepentingan negara, tapi mereka yang ditahan adalah individu yang menggugat UMNO. Dalam sejarah penahanan ISA, Melayulah yang banyaknya ditahan. Bagi Melayu yang menyokong akta ini, anda menyokong penindasan terhadap kaum Melayu. Layaklah untuk bersama dengan pengkhianat bangsa.
UMNO DULU, KINI, SELAMANYA PENGKHIANAT BANGSA MELAYU.
Kuliah isu babi untuk Umno Kedah
Zulkifli Yahaya
Sat | Jul 25, 09 | 5:56:59 am MYT
UNTUK kali ketiga Umno di Kedah telah berjaya menghasut orang kampung untuk mengadakan demonstrasi membantah (apa yang disifatkan mereka) kewujudan pusat ternakan babi di tempat mereka.
Demonstrasi yang diadakan di Sungai Tok Pawang itu mengecam kerajaan negeri kerana kononnya membenarkan pembukaan pusat babi di kampung itu.
Demonstrasi pertama berhubung isu babi ini didakan di Jabi. Ia diikuti dengan demonstrasi di hadapan Majlis Daerah Pendang. Semua dalang dalam demonstrasi itu adalah pemimpin Umno tempatan. Buktinya setiap kali demonstrasi diadakan, pemimpin Umno yang turut hadir muncul memberi ulasan.
Babi sangat sensitif dengan orang Melayu. Mudah sangat bagi Umno membangkitkan kemarahan orang kampung (yang tidak faham isu sebenar) terhadap pihak lain, terutamanya terhadap kerajaan negeri Kedah, iaitu hanya dengan menjaja cerita kononnya kerajaan negeri akan membenarkan pusat babi akan dibuka di kampung mereka.
Sejak dulu, kini dan selamanya, Umno akan terus menerus memperdaya orang Melayu dengan isu-isu yang tidak berpijak di bumi nyata.
Saya pernah menulis keluaran lalu bahawa kewujudan pusat pemotongan babi tidak semudah membuka gerai roti canai tepi jalan. Tetapi hendak menjelaskan sesuatu isu kepada Umno bukan perkara mudah.
Hendak cerita bab hukum hudud terpaksa ambil masa berpuluh tahun untuk fahamkan mereka (itu pun sampai sekarang masih belum faham) inikan pula nak cerita isu babi yang tidak pernah tercatat dalam mana-mana kitab terdahulu dan tidak diajar pula di surau-surau.
Saya akan cuba menceritakan dalam bahasa yang mudah difahami oleh ahli-ahli Umno supaya lepas ini mereka tidak ghairah lagi untuk adakan demonstrasi demi demonstrasi setiap kali terdengar ura-ura pusat pemotongan babi akan diadakan di sesuatu tempat.
Cadangan dari pengusaha
Pertama, cadangan mewujudkan pusat pemotongan babi mestilah datangnya dari pengusaha. Ia bukan datang dari Menteri Besar atau anggota Exconya. Menteri Besar dan Exco bukan pengusaha babi.
Banyak kerja lain mereka nak buat untuk kesejahteraan rakyat. Pengusahalah yang mesti bertungkus lumus ke hulu ke hilir mencari tapak yang difikirkan sesuai.
Jika dalam setiap demonstrasi isu babi tajaan Umno mereka mengecam kerajaan negeri kerana kononnya bercadang 'mahu membuka pusat babi', itu adalah tuduhan tidak betul. Cadangan lokasi semuanya datang dari pengusaha.
Lokasi di Jabi, Pendang dan Sungai Tok Pawang; semuanya baru di peringkat cadangan. Sewaktu peringkat cadangan, Umno tidak perlu kerah orang kampung membantah lagi kerana terdapat beberapa proses yang terpaksa dilalui oleh pengusaha.
Setelah pihak berkuasa tempatan menyiasat Jabi dan Pendang, ia tidak sesuai kerana tiada zon penampan dengan kawasan penempatan orang ramai.
Di mana tempat pun pengusaha perlu dapatkan sokongan dan kelulusan pihak berkuasa tempatan, pihak penguasa tanah dan Jabatan Alam Sekitar. Semua jabatan tersebut menetapkan piawaian tertentu sebelum memberi kelulusan. Salah satu jabatan tidak beri sokongan maka permohonan akan tertolak. Pengusaha perlu cari lokasi lain pula.
Mungkin pengusaha boleh guna 'cara mudah' iaitu menyogok pegawai dari jabatan yang memberi kelulusan. Tapi kaedah itu juga sukar untuk berlaku kerana para pegawai tahu dosa pahala, atau sekurang-kurangnya mereka takut akan siasatan SPRM.
Mereka mungkin pernah bermimpi dibelasah dan dihumban melalui tingkap oleh penyiasat SPRM. Walaupun cuma mimpi, tapi menakutkan juga.
Selepas tiga pihak tadi memberi kelulusan, barulah sokongannya diajukan kepada menteri berkaitan. Menteri yang berhak keluarkan permit pusat pemotongan babi, berasaskan sokongan tiga pihak tadi. Menteri juga berhak untuk tidak keluarkan permit walaupun disokong tiga jabatan tadi.
Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah yang dianggap sebagai bakal Menteri Besar Kedah oleh sebahagian ahli Umno menyalahkan kerajaan negeri kerana tidak menjelaskan kepada penduduk tempatan mengenai pembukaan pusat pemotongan babi. Sebab itulah, katanya, berlaku demonstrasi bantahan oleh penduduk. Dato' Bashah rupanya termasuk di kalangan ahli Umno yang tidak faham.
Kerajaan akan menerangkan kepada rakyat setelah lokasi tersebut diluluskan oleh Menteri. Pihak berkuasa tanah, kerajaan tempatan dan Jabatan Alam Sekitar akan diminta memberi penjelasan kepada penduduk tempatan. Kalau baru di peringkat cadangan, apa yang hendak dijelaskan kepada rakyat? Lulus ke tidak pun belum tahu.
Umno nampaknya beriya-iya sangat nak menjuarai isu babi bagi menarik sokongan rakyat, khususnya orang Melayu. Sebenarnya mereka tersilap. Penutupan pusat babi haram di Kampung Berjaya yang tidak dapat dilakukan oleh Umno selama 30 tahun, sewaktu jadi kerajaan, cukup untuk jadi pukulan maut kepada Umno.
Umno patut cari isu lain untuk mencari pengaruh, bukan isu babi. Walhal sewaktu jadi kerajaan dulu, Umno tidak pernah sentuh isu babi.
Di Sungai Tok Pawang. Nun dicelah bukit sana dikhabarkan terdapat ladang babi haram yang dibuka secara kecil-kecilan. Orang kampung semua tahu, tapi tidak pula kedengaran dulu Umno mengadakan demonstrasi membantah.
Tiba-tiba apabila terdapat ura-ura sebuah pusat pemotongan babi mahu diwujudkan di situ, wujud pula bantahan. Sepatutnya mereka lega dengan adanya pusat pemotongan sebab ia akan 'menghapuskan' babi-babi yang diternak.
Pernah terjadi sewaktu bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad sedang berucap di sebuah perhimpunan rakyat yang diadakan di sebuah kampung Siam di Daerah Pendang, seekor babi terlepas dari kandang dan meluru di celah-celah orang ramai sehingga menimbulkan kegemparan.
Secara spontan Dr Mahathir berkata, "Biag pi lah, dia pun nak mai dengag (ucapan) jugak ...."
Di sekitar perkampungan masyarakat keturunan Siam itu, mereka membela babi macam orang Melayu bela kambing empat lima ekor di tepi rumah. Tidak pernah terdengar pula sejak dulu ahli-ahli Umno atau wakil rakyat BN setempat buat demonstrasi membantah orang Siam bela babi dalam kampung.
Sekarang baru nak jadi juara babi, tak payahlah ... _
sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21884&Itemid=1
Thursday, July 23, 2009
Pro Isa Vs Anti ISA
Layaklah digelar mereka yang menyokong ISA ini adalah dikalangan peyokong kezaliman dan pembenci keadilan dan kemanan. Mereka menyokong perkauman dan tidak mencintai perpaduan. Himpunan MANSUH ISA telah lama diaturkan dan mendapat sokongan menyeluruh. Walau begitu, pro ISA dan sekutunya ingin cuba menyaingi dan menimbulkan huru-hara terhadap rancangan awal anti ISA.
Mereka cuba menggentarkan anti ISA dengan mengumumkan penyertaan persatuan seni bela diri menyertai mereka. Mereka menyokong ISA dengan hati yang tertutup terhadap realiti dan ilmu. Realitinya akta ini zalim. Sudut ilmunya, akta ini tiada satu hujah pun dari agama mempertahankan akta yang zalim ini. Melayu ??? Terbela Melayu tergadai agama Islam. Bukanlah dikalangan Melayu jati yang hanya sibuk memperjuangkan kemelayuannya tapi menggadaikan agamanya.
Wednesday, July 22, 2009
Isu Teoh yang Dipolitikan
Jika laporan penyelewengan terhadap Pakatan Rakyat, mereka akan memprosesnya segera. Berlainan jika laporan mengenai penyelewengan terhadap BN. Mereka akan mengambil masa, malah setelah disiasat, tiada tindakan pendakwaan dijalankan. SPRM kini menjadi agen kepada BN bagi menjatuhkan kredibiliti Pakatan Rakyat. Di Perak, bagaimana terbuktinya satu kes yang mengaitkan exco Pakatan Rakyat ketika itu ( Jamaludin dan Osman Jailu ) yang kini menjadi bebas, mengaitkan mereka dengan sebuah projek perumahan yang tidak wujud.
Kematian mendiang Teoh Beng Hock di pejabat SPRM menambahkan lagi titik hitam SPRM sejak penubuhanya menggantikan BPR. Isu ini tidak dipoloitikan oleh Pakatan Rakyat. Apatah lagi ianya hanya sebagai menegakkan keadilan bagi mangsa. Secara tidak langsung, mangsa ialah seorang kakitangan kerajaan Pakatan Rakyat. Yang mempolitikan isu ini adalah BN yang dangkal ilmunya pada politik.
Tuesday, July 21, 2009
Satu Tindakan Bodoh dari PEWARIS
Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) bersama sepuluh NGO Melayu bakal memimpin "rakyat Malaysia yang cintakan keamanan" berhimpun di Pasar Seni di ibu negara bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap ISA.
Timbalan Presiden II Pewaris, Rahimuddin Md Harun ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan rancangan itu.
Katanya, dengan berpakaian putih, mereka akan berhimpun pada jam 1 tengah hari dan mengumpulkan tandatangan orang ramai meminta kerajaan mengekalkan akta tersebut.
"Kita juga bercadang hantar memorandum (mengekalkan ISA) kepada Yang di-Pertuan Agong jika dibenarkan," katanya.
Perhimpunan tersebut yang bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" dibuat serentak dengan Himpunan MANSUH anjuran GMI yang ingin berarak ke Istana Negara. "
Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/109002
Satu tindakan yang bodoh dari pendokong UMNO. Kenapa digelar pendokong UMNO?? Tema perhimpunan pun ikut Pak Najib punya idea. Agak bodoh tindakan mereka, apabila memilih tarikh yang sama dengan GMI. Memang Malaysia ada kebebasan bersuara. Tapi tindakan bersuara dengan sengaja menimbulkan pertembungan, banyak negatif dari positif yang akan terhasil.
Akta ISA adalah akta yang zalim. PEWARIS pula adalah penyokong kezaliman ( akta ISA ). Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada masa ini bukan lagi undang-undang keselamatan negara sebaliknya menjadi undang-undang keselamatan kepada tokoh dan pemimpin parti yang memerintah kata Tuan Guru Haji Hadi, Presiden PAS.
Saturday, July 18, 2009
Kerajaan UMNO Perak Perlu Bubar Dun.
Inilah masa yang sesuai bagi UMNO dan BN untuk menunjukkan mereka masih mempunyai jatti diri dan tidak hanya mengharapkan 3 orang Adun yang melompat parti walhal mereka menang atas tiket Pakatan Rakyat. Ini perkara yang amat memalukan yang berlaku dalam dunia ini.
Mandat bersih perlu untuk menerajui kerajaan dan bukannya hasil dari lompat melompat kerana ini budaya yang tidak bermoral. Tunjukkan kehebatan UMNO dan BN dengan membubarkan DUN Perak.
Friday, July 3, 2009
Isu Kerajaan Perpaduan Henti kan atau dikenakan tindakan Disiplin Parti.
Demikian ditegaskan oleh Naib Presiden PAS yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.
"Penegasan ini hendaklah dipatuhi oleh semua peringkat kepimpinan parti.
"Sebarang huraian dan kenyataan yang cuba memprovokasi isu ini akan mengundang pelbagai reaksi dan membuka semula ruang fitnah dalam jamaah," katanya
Sekiranya fenomena ini berlaku kata Tuan Ibrahim, Jawatankuasa Disiplin Parti akan bertindak bagi menyelamatkan parti dari pergolakan yang sangat merimaskan ahli ini.
Ingatan ini katanya hendaklah dilihat secara serius oleh pimpinan parti di semua peringkat.
"Kita sebenarnya telah terlepas dari satu ribut yang boleh menggoncang keutuhan dan setiakawan kita. "Atas sifat Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti, ingatan ini perlu dikeluarkan bagi menjamin isu ini tidak dibangkitkan lagi," katanya
Justeru, katanya sebarang pandangan yang berbeza boleh disalurkan melalui saluran dalaman parti, bagi mengelak ia disalah ertikan oleh media arus perdana.
"Saya peringatkan semua apa yang diingatkan oleh Rasulullah 'Fitnah ialah sesuatu yang sedang tidur, jangan ada sesiapa yang mengejutkannya'," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. -
Wednesday, July 1, 2009
Tindakan DAP Kedah Keluar Pakatan Rakyat Perlu dibiarkan?.
Kisah Dan Tauladan
Dia dok berjalan melilau-lilau dalam masjid. Orang tengah sembahyang, dia tak sembahyang-sembahyang. Bila imam salam, tiba-tiba orang tu mari duduk. Bila imam baca doa, dia angkat tangan penuh khusyuk dan tawadduq sampai menangis-nangis. Selesai imam baca doa, dia terus bangkit bersalaman dengan imam dan semua jamaah sambil menangis-nangis dan cakap "saya minta maaf banyak-banyak", tapi orang lain semua senyum. Tiba-tiba orang menjerit.."hoi..tak payah salam dengan muslimat…depa dah maafkan dah” Rupa-rupanya dia nak salam dengan muslimat sama.
Siapa Tu?= Cerita seorang jamaah, dia la yang tangkap Dr. Badrul Amin lepas baca doa. Dulu dia tu FRU…orang sembahyang…dia tak sembahyang. Orang baca doa..dia tadah tangan. Habih orang sembahyang…dia pukui orang sembahyang.
Nak dijadikan cerita…Anak dia belajor kat universiti, ikut orang sembahyang kat Masjid Kampung Baru. Bila anak dia kena pukul, anak dia mula fobia tengok FRU. Bila tengok bapak dia, dia mula takut. Akhirnya tak pernah balik ke rumah sampai sekarang. Tu pasai dia merayau dari satu masjid ke satu masjid cari anak dia.
Bila kita tanya dia pasal apa dia pukul orang, dia kata dia ikut arahan. Betui tak betui dia tak peduli. Dia ikut arahan…bukan ikut Tuhan.
Tuesday, June 30, 2009
UMNO Selamanya Tidak Boleh Dipercayai!
Begitulah perangai UMNO sekarang ini, mereka telah memainkan sentimen demi masa depan bangsa melayu dan islam maka semua Parti melayu perlu bersatu. Malangnya dibuat semasa UMNO mengalami kemerosotan undi dan begitu lemah. Talian hayat UMNO cukup kritikal dan memerlukan suntikan apa sahaja yang boleh. Mereka cuba memikat Pas untuk berkerjasama dengan menggunakan media massa untuk memancing Pas ke arah kerjasama dan pembentukan kerajaan perpaduan. Tetapi percayalah UMNO akan menyingkirkan Pas apabila mereka telah kuat.
Kenyataan Pas bersama Pakatan Rakyat baru-baru ini berjaya memantahkan usaha sesetengah agen UMNO yang melobi ke arah Negara Perpaduan yang dikatakan telahpun melobi beberapa orang pimpinan Pas. Pada padangan peribadi saya jika dibiarkan usaha mereka tanpa sekatan akan mengakibatkan Pas kehilangan kepercayaan pengundi bukan melayu. Saya ada diberitahu oleh beberapa orang penyokong kelab, jika Pas berbaik dan bergabung dengan UMNO maka mereka akan keluar dari kelab secara beramai-ramai.
Berapa serius situasi ini tidak saya ketahui, tetapi saya kira mereka serius kerana propaganda yang hebat dari media massa BN. Malah ada dikalangan ahli-ahli Pas juga terpedaya dengan dakyah media-media ini, seolah-olah usaha ke arah kerajaan perpaduan telah diperingkat akhir pembentukannya. Walhal mandat perlu dibuat melalui Mesyuarat Agung bukannya keputusan 2-3 orang pimpinan tertinggi parti.
Namun kenyataan bersama yang dibuat oleh Pakatan Rakyat menghilangkan terus mitos kerajaan perpaduan seperti ibarat setan lari terkentuk-kentuk apabila azan dikumandangkan dan sekarang semua orang boleh berlapang dada dan meneruskan agenda Pakatan Rakyat memenangi PRU 13 nanti dan memerintah Malaysia dengan majoriti mudah.
Oleh- Mohd Idris Bin Hj. Zakaria (Timbalan Ketua Pemuda DPPK Bukit Gantang).
Friday, June 19, 2009
UMNO nak berpaut pada PAS
Muhyidin Yasin hanya mengukur pada ramainya ahli Parlimen BN dalam parlimen. Dia lupa akan kebangkitan rakyat yang semakin hari membenci BN. Jika benar mereka berani mari buktikan dahulu dengan pembubaran Dun Perak. Kita tengok sapa jantan ( Pakatan Rakyat ) sapa pondan ( BN ). Di Perak, kerajaan seumpama Kerajaan Perpaduan dalam mimpi UMNO, tidak akan berlaku. Rakyat menderita kemiskinan, kesusahan dan segala macam kepayahan.
Isu kerajaan perpaduan bukan isu parti, tapi isu peribadi. PAS bukan macam UMNO malah jauh bezanya. PAS yang ditunjangi Majlis Syura adalah parti yang mendasari perbincangan bukan pandangan. TGHH mengeluarkan pandangan, tidak bererti itu satu keputusan dari PAS. Umum tahu memang PAS ikhlas. UMNO terus memuji PAS ikhlas, membenarkan lagi PAS memang ikhlas. Ni nasihat ikhlas buat UMNO. UMNO umpama orang yang ingin bercinta, tapi bertepuk sebelah tangan.
PAS tidak akan menyambut pelawaan UMNO dalam isu kerajaan perpaduan. Umpama mimpi di siang hari. Sedikit sebanyak, kami di Perak tahu apa yang TGNA rasakan di Kelantan. Dengan kejadian rampasan kuasa yang amat kotor dalam sejarah, kami tidak akan menyokong kerajaan perpaduan dalam mimpi UMNO. UMNO tepuk tangan sekarang tengok orang PAS tepuk dahi.
Tapi UMNO tak sedar diri. Masalah sendiri tak mahu selesai. Tak habis-habis nak timbulkan masalah pada orang. Memang UMNO sejak azali perangai macam tu kot?? Kalau dah selesai masalah rasuah, masalah dalaman, dan pemimpin yang zalim, baru la bawa paperwork Kerajaan Perpaduan kepada Pakatan Rakyat. Kalau bawa sekarang, " JUST FORGET ABOUT IT ".
Tuesday, June 16, 2009
Al-Hussain, Kami nak curi Idea ni boleh tak?
Hari ini, saya dan beberapa rakan buat operasi pendaftaran pendaftar pemilih baru dikawasan kami di Sungai Rokam dan Pekan Razaki.
Kami juga mengadakan kunjungan ke beberapa rumah yang sebelumnya telah kami kenal pasti bagi tujuan tersebut.
Operasi hari ini agak mengembirakan kerana kami berjaya mendaftarkan seramai 50 orang pengundi baru sambil bersantai . Bermula jam 8.30 pagi hingga ke tengahari.
Terima kasih kepada petugas-petugas
Tuesday, June 9, 2009
Hentikan kenyataan keliru, tiada hasrat bawa PAS kepada BN - Timbalan Presiden PAS
Tue Jun 09, 09 4:34:59 pm MYT
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa bersetuju dengan saranan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali agar seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menghentikan segala kenyataan yang boleh mengelirukan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat khususnya mengenai Kerajaan Perpaduan.
Jelasnya sewaktu dihubungi Harakah hari ini, isu kerajaan perpaduan ini telah menimbulkan banyak salah faham pelbagai pihak.
"Apa yang dimaksudkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ialah PAS tidak menutup ruang perbincangan dengan sesiapa dan tidak pula menyebut hendak membawa PAS kepada Umno dan Barisan Nasional.
"Jadi, akibat daripada kekeliruan kenyataan ini, saya ingin menyebut sebagaimana saya nyatakan dalam ucapan penggulungan Muktamar PAS, PAS tidak pernah mempunyai hasrat untuk membawa PAS kepada Umno dan Barisan Nasional," tegasnya.
Nasharudin menjelaskan PAS tidak pernah membesarkan mengenai Kerajaan Perpaduan ini dan sehubungan itu katanya, tumpuan PAS ialah untuk memperkukuh parti dan Pakatan Rakyat serta bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Kecil Manik Urai.
Sementara itu, Mustafa dalam sidang akhbar yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini merayu seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat supaya menghentikan kenyataan yang berkait dengan isu-isu yang boleh memberi kekeliruan kepada penyokong PAS khususnya berkaitan dengan kerajaan perpaduan.
"Saya menggunakan perkataan merayu kerana saya tidak ada autoriti untuk arah. Jadi saya merayu khususnya pimpinan PAS agar tidak ada sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan yang akan memberikan barangkali gambaran serta persepsi negatif.
"Tugas saya hari ini bersama jentera pilihan raya PAS ialah lawan dengan Barisan Nasional. Berbicara mengenai Kerajaan Perpaduan adalah tidak relevan pada waktu ini. Sebab apabila kita menggunakan apa istilah pun mengenai kerjasama ini, ia 'misleading'.
"Sebab kerjasama kita hari ini adalah dengan Pakatan Rakyat. Kalau 'engagement' ya. Kita nak bercakap dengan MCA dan MIC tidak ada masalah. Bercakap tidak salah,"katanya.
Dalam pada itu beliau turut memberi respons kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang meminta PAS memberi penjelasan mengenai pembentukan kerajaan perpaduan.
"Saya tidak salahkan Guan Eng membuat kenyatan itu. Saya tahu memang ada dilontarkan oleh Presiden PAS mengenai Kerajaan Perpaduan ini. Tapi ia hanya satu teori dan konsep. Pada saya sekadar melontarkan itu tidak salah,"katanya.
Jelas Mustafa, isu mengenai Kerajaan Perpaduan pernah dilontarkandalam mesyuarat PAS tetapi tidak pernah dibincangkan sehingga menjadi satu keputusan.
Mustafa juga menyatakan beliau dimaklumkan ada perbincangan antara Abdul Hadi dengan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tentang konsep Kerajaan Perpaduan.
Beliau turut difahamkan Abdul Hadi, Anwar dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi memberi penerangan mengenai perkara tersebut.
"Saya tidak tahu apa respons Tuan Guru Nik Abdul Aziz selepas itu. Dan selepas itu berlaku peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib.
"Sebab itu, bagi saya mungkin Tuan Guru Abdul Hadi apabila beliau maklumkan perkara tersebut kepada Anwar sebagai pemimpin Pakatan Rakyat, mungkin dia mengandaikan maklumat tersebut sampai kepada DAP.
"Tetapi apabila DAP mengatakan tidak tahu mengenai perkara ini, maknanya maklumat tersebut tidak sampai kepada DAP," jelasnya.
Beliau berpandangan, kenyataan yang timbul adalah disebabkan berlaku salah faham mengenai isu Kerajaan Perpaduan ini. Bagaimanapun katanya, isu ini tidak akan berbangkit setelah diberi penjelasan.
Justeru katanya, dalam perjumpaan dengan pemimpin Pakatan Rakyat akan datang, isu mengenai Kerajaan Perpaduan ini akan dapat diterangkan oleh Presiden PAS. - azm _
sumber : http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=3866215878650117875
Monday, June 8, 2009
UMNO Nak menangguk kat Air Keruh
BODOH PUNYA UMNO. Meja pun tak buka lagi ada hati nak buka semula. Sudah-sudahlah dengan perangai kamu. Banyak la yang termakan gula-gula UMNO. Kononnya PAS nak gabung dengan UMNO. PAS tak ingin bekerjasama dengan parti zalim seoerti UMNO. Bagi mereka yang ingin mengetahui mengenai keadaan PAS, tanyalah pimpinan PAS dan veteran PAS. Kalau tanya TV3,TV1, semua saluran TV dan Radio kat Malaysia ni, serupalah macam nak baiki moto pergi ke klinik gigi. Lepas tu minta doktor gigi tolong repair moto.
Memang bodoh UMNO nie. Dasar nak pecah belahkan orang dari dulu, kini, selamanya. Khairy Jamaludin, Hishamudin husin nie satu lagi puak yang kononnya dengan kenyataan mereka boleh melemahkan Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat berunding bukan macam UMNO dan sekutunya. Depa ingat apa yang keluar kat TV tue kita boleh percaya. Padahal TV tue jadi tempat tengok sampah je. Ye lah, dah hari-hari muka tu je keluar. Rakyat pun dah menyampah. Hari-hari tipu,bohong terus menerus.
Telah disepakati PAS akan bekerja mengukuhkan Pakatan Rakyat. Dengan jentera PAS di seluruh Malaysia, PAS akan terus mengukuhkan Pakatan Rakyat demi menumbangkan musuh yang sama iaitu UMNO/BN. Semakin hari, semakin banyak usaha mengukuhkan Pakatan Rakyat. UMNO/BN teruslah cemburu dan berusaha merosakkan Pakatan Rakyat. Tapi setiap hari makin membongkarkan keteguhan Pakatan Rakyat. Dengan ikrar yang satu, Pakatan Rakyat akan menguburkan UMNO/BN di bumi Malaysia ini. Menolak kezaliman dan membangkitkan keadilan.
Friday, June 5, 2009
KEPUTUSAN PENUH PEMILIHAN JAWATANKUASA PEMUDA PAS PUSAT 2009-2011
Timbalan pengerusi Tetap - Aris Awang (menang tak bertanding)
Ketua Pemuda - Ust Nasaruddin Hassan (menang tak bertanding)
Timbalan Ketua - Ustaz Azman Shapawi (menang tak bertanding)
Naib ketua - Sabki Yusuf
Ahli Jawatankuasa
1. UST RIDHUAN MOHD NOOR 197UNDI
2. UST NIK ABDUH NIK ABD. AZIZ 194 UNDI
3. YB FIRDAUS JAAFAR 176 UNDI
4. UST MOHD NAZRI CHIK 165 UNDI
5. SUHAIZAN KAIYAT 165 UNDI
6. YB NASIR ZAKARIA 152 UNDI
7. UST KAMAL SHAARI 145 UNDI
8. KAMARUZAMAN MOHD 139 UNDI
9. KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL 139 UNDI
10. MUHAMMAD ADRAM BIN MUSA 135 UNDI
11. ABDULLAH BIN KARIM 127 UNDI
12. DR. RAJA ISKANDAR BIN RAJA YAAKOB 126 UNDI
KEPUTUSAN PEMILIHAN JAWATANKUASA ULAMA PAS PUSAT
Timbalan : Ustaz Tuan Ahmad Yaakob (MTB)
Naib : Dr Mahfodz Mohammad (MTB)
Ahli-ahli Jawatankuasa
1.Ustaz Husin Awang 193
2.Ustaz Abdul Ghani Shamsudin 186
3.Ustaz Nik Zawawi Salleh 186
4.Ustaz Saleh Sani Harun 156
5.Ustaz Abu Bakar Abdullah 153
6.Dato' Ustaz Mohd Daud Iraqi 152
7.Ustaz Abdullah Abd Razak 152
8.ustaz Hasan Mohamad 143
9.Ustaz Ismail Noh 138
10.Ustaz Mohd Zain Abd Rahman 138
11.Ustaz Mohamad Mustafa 131
12.Ustaz Abdullah Husin 129
Pemeriksa kira-kira :
Hj Ibrahim Omar 188
KEPUTUSAN PEMILIHAN JAWATANKUASA MUSLIMAT PAS PUSAT
TIMBALAN PENGERUSI TETAP (162)Wan Hamidani Wan Ahmad
KETUA (136)Nuridah Mohd Salleh, Ustazah
TIMBALAN KETUA (142)Siti Zailah Mohd Yusoff, YB.
NAIB KETUA (MTB)Mumtaz Md Nawi, YB.
AHLI JAWATANKUASA KERJA
1. Wan Ubaidah Omar, YB.(196)
2. Halimah Ali, YB. Dr. (173)
3. Mastura Hj Mohamad (173)
4. Aiman Athirah Al Jundi (162)
5. Najihatussalehah Ahmad, Dr.(158)
6. Siti Mariah Mahmud, YB. Dr. (156)
7. Rosni Adam, Dr. (155)
8. Azizah Khatib Mat, Ustazah (147)
9. Salbiah Abd Wahab (147)
10. Nurul Huda Yusof Rawa (135)
11. Wardatul Jannah As Sofea (125)
12. Fatimah @ Zainab Ibrahim, To' Puan (122)
PEMERIKSA KIRA-KIRA (2)
1. Basmatul 'Uyun Yusof
2. Wan Hasna Wan Ismail
Wednesday, June 3, 2009
Tuesday, June 2, 2009
Saya pasti undi abg mat..kp dppk
3 Hantu Kejar PM Rakyat
Hantu kedua : Hantu ini namanya hantu suasa. Pada mulanya hantu ini bernama hantu perak. Tetapi oleh kerana ia telah menglami susut nilai, ia cuma hantu suasa sahaja. Hantu ini telah menyebabkan najib tercebur dalam satu quicksand yang sukar baginya untuk timbul dan keluar daripadanya.
Hantu ketiga : Nama hantu ini ialah hantu beruk. Hantu ini adalah seekor beruk yang bergayut dibelakang najib dan sentiasa mengarah ngarah akan segala sesuatu yang najib hendak lakukan. Kalau tidak ikut apa kehendak hantu beruk ini, maka Najib akan dikokang belakangnya. Masalahnya hantu ini bertaraf tun.
Wednesday, May 27, 2009
Lupa Skrip
Yang muncul hanyalah Husam, dan Zahid tidak kelihatan. Mungkin pada ketika itu, Zahid takut hendak berdepan dengan hampir 10, 000 penonton yang hadir di dataran tersebut dimana tempat berlangsungnya forum tersebut. Namun kali ini, pentas yang disediakan adalah media arus perdana yang mana jutaan rakyat Malaysia menunggu untuk detik tersebut disiarkan.
Amat menghampakan apabila yang muncul bukanlah dua orang tokoh tersebut, tapi seorang yang menggelar dirinya penentang rasuah yang bernama Ezam Mohd Noor. Dulu Ezam berada bersama dengan PKR menentang UMNO. Kini dia bersama UMNO menentang PKR. Ezam berkata, dia kagum dengan UMNO yang banyak kes rasuah dan membongkarnya.
Tuesday, May 26, 2009
UMNO Mogok Kenyang?
Monday, May 25, 2009
Sheikh Qardawi - Mogok lapar tidak haram bahkan dituntut !
>>>>
Bertentangan dengan Islam
Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR dan FADZILAH BAHARUDIN
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 25 Mei - Umat Islam dinasihatkan supaya menjauhi kempen mogok lapar kerana ia tidak wujud dalam Islam dan bertentangan dengan pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, syariah dan akhlak Islamiah.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut berkata, mogok lapar bercanggah dengan al- Quran, sunnah, ijmak ulama, qias dan sumber perundangan Islam yang lain.
Jelasnya, sebarang perkara yang boleh membawa kemudaratan kepada nyawa, akal, minda, harta dan keluarga adalah haram di sisi Islam.
"Andai kata seseorang yang mogok lapar itu meninggal dunia, maka ia seolah-olah membunuh diri sendiri," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rancangan pakatan pembangkang untuk mengadakan mogok lapar selama tiga hari bermula esok selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Noh Gadut yang juga bekas Mufti Johor berkata, mogok lapar ditunjangi oleh kehendak perasaan dan hawa nafsu serta sama sekali bertentangan dengan konsep kemanusiaan dalam Islam.
Tambahnya, orang yang mogok lapar sama seperti golongan yang berputus asa dalam perjuangannya sedangkan Islam melarang umatnya berbuat demikian.
"Mogok lapar berbeza dengan puasa. Dalam Islam, puasa bertujuan menahan diri hanya untuk mendekatkan diri kepada Allah dan ini termasuk puasa wajib, sunat dan nazar,'' katanya.
Beliau juga menasihatkan orang Islam di negara ini supaya bertenang dan percaya kepada qada dan qadar Allah kerana setiap perkara yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.
"Percaya kepada qada dan qadar merupakan salah satu daripada Rukun Iman. Dalam Rukun Iman, sekiranya kita menolak salah satu daripadanya, maka terbatallah kesemuanya.
"Dalam surah al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud janganlah kamu mencampakkan diri dalam kebinasaan. Maka sesungguhnya seseorang itu tidak boleh melakukan perkara tersebut kepada dirinya dan juga orang lain kerana ia boleh menjejaskan kesihatan,'' ujar beliau.
Terdahulu, Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin menegaskan orang Islam sama sekali diharamkan daripada terlibat dalam mogok lapar walaupun bertujuan memberi sokongan kerana mereka wajib menjaga nyawa sendiri.
Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu mereka yang menyertai kempen mogok lapar anjuran pakatan pembangkang esok melakukannya hingga mati sebagai seorang pahlawan demokrasi.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali dalam nada yang sinis berkata, pihak terlibat hanya mahu mencari publisiti murahan dan berharap pihak media tidak memberi ruang kepada mereka.
Beliau yang kesal dengan tindakan tersebut berkata, tindakan pakatan pembangkang itu hanya akan mencemarkan imej negara.
"Kita mengalu-alukan tindakan mereka. Tetapi jika mereka mahu buat mogok lapar, pastikan mereka buat sampai mati. Nanti kita akan tabur bunga kepada mereka sebagai pahlawan demokrasi," jelasnya dalam kenyataan di sini hari ini.
>>>>>>>http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0526&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm<<<<
Saya tidak mahu mengulas panjang memandangkan beliau mempunyai autoriti untuk mengeluarkan pandangan tersebut. Tapi penulis di sini ingin menjelaskan bahawa Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mogok lapar yang bertujuan mendedahkan kezaliman dan kejahatan pemerintah bukan sahaja tidak haram bahkan dituntut oleh syarak dan menjadi kewajipan kepada semua umat Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka !
Ikuti terjemahan fatwa beliau tersebut :
Ianya dipetik dari www.qaradawi.net :
Sebagai respon terhadap " Mogok Lapar" yang telah dilancarkan oleh Tahanan Palestin dalam Penjara Israel pada 15 Ogos 2004 maka Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah menyeru :
“ Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka ! Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar ! atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka ! …”
Fikirkanlah ...
"
sumber : http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=58
Antara dua Yusuf Qardhawi dan Noh Gadut, agak-agak kenyataan mana yang boleh pakai???
Noh Gadut ni bukan ke duduk di negeri Johor darul UMNO?? Masa-masa begini barulah rujuk kitab buat fatwa. Kenapa time Jom Heboh Harussani Zakaria saja yang keluarkan fatwa ia haram?? Ni la ulamak boneka pimpinan taghut.
Thursday, May 21, 2009
Virus Katak Berbahaya Juga?
Pandangan pembubaran DUN Perak sangat dipersetujui oleh majoriti rakyat Perak, tetapi doktor-doktor UMNO dan BN masih ragu-ragu dan masih mahu membiarkan fenomena 'virus katak' ini diselesaikan dengan Sidang DUN Khas, apa kesudahannya kita tunggu dan lihat.....
Konspirasi atau Mengaut Keuntungan Dalam Sensara?
Beliau percaya kenyataan Woodland ada agenda tersembunyi yang boleh membangkitkan kesangsian pada masa depan.Melalui forum konspirasinya itu, Icke cuba mempertikaikan mengapa kerajaan Amerika beria-ia menyumbang dana yang begitu besar dalam penyelidikan wabak selsema.Pembinaan Senjata BiologiJika seseorang individu boleh mencipta vaksin bagi sesuatu virus, sudah pastilah individu tersebut tahu segala selok-belok pembiakan virus tersebut. Maka kerja-kerja untuk menyebarkan virus selsema adalah lebih mudah dari membina vaksin.
Indvidu seperti Dr. Ralph Steinman disyaki sebagai salah seorang yang terlibat secara aktif dalam agenda tersembunyi ini iaitu penyelidikan dan pembinaan senjata biologi ini.Ralph Steinman disyaki kerana kerja-kerja beliau dibantu oleh saintis-saintis dari pasukan US Navy. Steinman mempunyai ramai pakar-pakar di makmal Universiti Rockefeller tetapi arahan dari Bush untuk bekerjasama dengan saintis-saintis tentera amat meragukan. Tambahan pula makmal Institute Trudeau berada di lokasi yang sama dengan makmal US Navy iaitu di Saranac Lake, New York.Amerika adalah antara negara yang paling berminat dalam pembinaan senjata biologi sejak 1918 lagi.
Keinginan Amerika dalam pembinaan senjata biologi ini menyebabkan kerajaan Amerika menghabiskan lebih USD700 juta sejak zaman Presiden Franklin D. Roosevelt.Pembinaan bioweapons dilihat sebagai satu-satunya cara bagi menghadapi kekuatan negara-negara luar khususnya negara Islam. Senjata biologi tidak memerlukan peperangan, ia hanya memerlukan seorang atau dua orang meletakkan sebaran tersebut di tengah-tengah orang ramai.Walaupun Presiden Amerika, Richard Nixon telah mengumumkan penamatan sebarang projek
penyelidikan pembinaan senjata biologi pada 1969, itu semua merupakan helah semata-mata. Tindakan Nixon dilihat seperti seorang pencinta alam.Kita perlu sedar bahawa pengumuman yang dibuat pada 25 November 1969 itu adalah satu helah. Ini kerana pembatalan projek yang sudah menelan lebih USD700 juta secara mengejut amat menghairankan banyak pihak.Analisis kebanyakan penganalisis politik bahawa Amerika akur dengan Protokol Geneva tidak boleh diterima pakai. Memang Amerika menandatangani tetapi, membatalkannya secara mengejut menimbulkannya tanda-tanya.Pandangan kami ialah, pembatalan program bio weapons pada 1969 adalah helah untuk pembinaan senjata biologi pada masa depan.
Ini kerana, National Security Advisor bagi Presiden Richard Nixon ketika itu ialah bapa peperangan Yahudi, Dr. Henry Alfred Kissengger.Pembukaan Semula Program Senjata BiologiSemenjak berlakunya kejadian 11 September 2001, Amerika mempromosi sepenuhnya istilah “terrorism”. Bagi kes senjata biologi, istilah ini digunakan dimanipulasi oleh pentadbiran George Bush bagi mendesak US Senate membenarkan pembukaan semula Biological Weapons Programme (BWP) yang ditutup oleh Ricahrd Nixon.
Senat bersetuju dengan usul pentadbiran Bush atas alasan kemungkinan pengganas menggunakan senjata biologi dalam serangan-serangan gerila.Kes sebaran Antrax, Selsema Burung dan kini Selsema Babi sentiasa digembar-gemburkan dengan pengganas walaupun ia direka-reka. Amerika sehingga hari ini bertindak seperti biasa untuk mencari alasan membuka Program Senjata Biologi mereka.Kaedah yang digunakan adalah sama iaitu menyebarkan wabak, mengorbankan beberapa nyawa di Amerika, kemudian membuat teori kemampuan pengganas menggunakan senjata biologi.
Dan teori itu dipopularkan sepenuhnya melalui artikel-artikel dan forum-forum di televisyen dan akhbar.KesimpulanWalaupun selsema babi itu kelihatan seperti serangan alam, tetapi ia tidak mustahil boleh dimanipulasikan bagi kepentingan pihak tertentu. Amerika adalah antara negara yang paling cepat bertindak dalam sebarang kes selsema di dunia.Amerika adalah negara yang paling cepat mendapat vaksin bagi kes-kes selsema sebelum ini.
Israel telah lama mengkaji DNA bangsa arab bagi mencari senjata biologi atau wabak penyakit yang sesuai hanya boleh merosakkan atau menghapus bangsa arab sahaja dan tidak memudaratkan bangsa lain, tetapi sehingga kini ia belum berjaya dihasilkan. Ada juga tuduhan penyakit dicipta untuk melariskan ubat tertentu seperti virus komputer dicipta untuk memboleh syarikat software antivirus melariskan jualan masing-masing. Betul atau salah itu tak tahu la, tapi banyak teori tentangnya dikemukakan pelbagai pihak.
Amerika juga adalah antara negara pelik. Setiap kali berlaku isu selsema di dunia, maka setiap itulah pasukan tenteranya menerima peruntukan tambahan..Kes Anthrax dan Selsema Burung sahaja telah menyebabkan ;-Biodefense Medical Research and Development menerima peruntukan USD1.6 juta setahun sejak 2003-Program baru National Biodefense Analysis and Countermeasure Center dibentuk.-600,000 orang tentera Amerika diberi imunisasi bagi menahan serangan wabak selsema tetapi rakyat Amerika tidak diberi.
Isu selsema babi amat sesuai dengan kenyataan White House sendiri pada 28 April 2008 yang menyebut;“Bioterrorism is a real threat to our country. It’s a threat to every nation that loves freedom.. Terrorist groups seek biological weapons; we know some rogue states already have them…. It’s important that we confront these real threats to our country and prepare for future emergencies.”
Blog Archive
-
▼
2009
(49)
-
►
July
(11)
- MENJELANG HIMPUNAN 1 OGOS: 1,893 hari di bawah kez...
- Siapa Pengkhianat Bangsa??
- Kuliah isu babi untuk Umno Kedah
- Pro Isa Vs Anti ISA
- Isu Teoh yang Dipolitikan
- iklan ceramah perdana
- Satu Tindakan Bodoh dari PEWARIS
- Kerajaan UMNO Perak Perlu Bubar Dun.
- Isu Kerajaan Perpaduan Henti kan atau dikenakan ti...
- Tindakan DAP Kedah Keluar Pakatan Rakyat Perlu dib...
- Kisah Dan Tauladan
-
►
June
(11)
- UMNO Selamanya Tidak Boleh Dipercayai!
- UMNO nak berpaut pada PAS
- Al-Hussain, Kami nak curi Idea ni boleh tak?
- Hentikan kenyataan keliru, tiada hasrat bawa PAS k...
- UMNO Nak menangguk kat Air Keruh
- KEPUTUSAN PENUH PEMILIHAN JAWATANKUASA PEMUDA PAS ...
- KEPUTUSAN PEMILIHAN JAWATANKUASA ULAMA PAS PUSAT
- KEPUTUSAN PEMILIHAN JAWATANKUASA MUSLIMAT PAS PUSAT
- KENANGAN PROGRAM BARU NI
- Saya pasti undi abg mat..kp dppk
- 3 Hantu Kejar PM Rakyat
-
►
July
(11)