Sunday, August 11, 2013

Selamat hari raya~

Posted by ~NuFa~ at 5:14 PM 0 comments
Assalamualaikummmm....

Alhamdulillah dah selesai pun kita menunaikan ibadah pose... Kullu 'am wa antum tayyibin... Taqaballahuminna waminkun... Tahun nih, 1st time ktorg beraya kat mesir nih... Sepanjang ktorg belajar kat sini, ktorg pakat2 balik malaysia every time summer break... Tapi tahun nih, ktorg tak dapat beraya kat malaysia sebab final exam yg nak dekat... Satu rumah pakat tak nak balik sbb klu balik msia mesti ktorg tak study... Ada jer yang balik, alhamdulillah, itu rezeki mereka dapat balik dan diorg nih ada kekuatan yg luar biasa nak study kat msia. Thumb's up for them... Well, as yang tak balik, ktorg kena lah beraya kat egypt nih... So, ktorg prepare lah sedikit sebanyak nak mimic raya kat msia... 

One of it is biskut raya


1st homemade biskut raya is biskut makmor... Resepi from bonda pot aka fa-aja-aja... 
2nd cornflakes coklat... Resepi, cari kat internet, and ubah suai ikut apa yg ada kat dapur...Sepatutnya ada cup dia, tp xjumpa cup kecik2 tuh (malas nak kuar panas2 summer nih) Jd nyer, letak atas baking sheet, after dah sejuk masuk dlm bekas besar... 2nd day raya lagi dah habis... Haha... 
3rd kuih raya is biskut mazola... Resepi by my aunt... 

Sekarang dlm proses nak habis kan biskut makmor dan biskut mazola... Every time tgk movie study group, semua biskut ada dpn laptop atas meja... Haha... Opppsss! Mcm makan jer lebih xp

Itu cerita untuk biskut raya... 

Klu kat msia, mesti ada rendang, ketupat, lemang, lontong, kuah kacang dan etc... Alhamdulillah, ktorg dapat buat almost all of it... 

Kat sini nak crt mcm mana nak buat rendang ayam... Tp resepi nih xada sukatan, pandai agak2 ajer... Dan resepi nih dah diubah suai ikut apa yang ada kat egypt dan apa yg ada lagi stok yg ktorg import dari msia.....

Bahan2:


Bawang merah-setengah blend n stengah lagi racik.. Nih bukan bwg merah, nih bawang besar... Kat sini xada bwg merah kecik2...


Bawang putih-sama macam bwg merah tadi

Kunyit- diblend [gmbr lupa amik :p] import dr msia... Tp bleh jer guna serbuk kunyit...


Cili boh-sepatutnya ada cili padi jugak, tp xada stok... Hehe... Both of it kena guna...


Halia- kat sini ada jual fresh halia kat A2Z hypermarket atau bleh guna serbuk halia yg jual kat kedai2 rempah...


Serai- a day before raya baru dapat serai... Beli dari ustaz kat cairo...

Santan- lupa amik gmbr daaa... haha.. Ktorg guna santan tin jerrr... Hehe... 
Kerisik- ktorg import dr msia... =p Tp bleh jer buat sendiri...


Ayam- org panggil nih ayam daging... Bkn ayam kampung... Klu ayam kampung, lambat empuk...

Bahan2 yg lain yg xada stok: lengkuas and cili padi...

Cara2: sng jer... Campurkan semua bahan tadi dlm satu periuk besar (kecuali santan dan kerisik) Periuk ktorg nih masih xcukup besar ikutkan... 

Then, gaul...



Dah gaul, perap ayam dalam 2-3 jam... Sbb nih ayam daging, kita xyah masak lama sgt... Takut hancur... Lepas dah perap, on api, after 5 min, bleh masukkan trus santan... 



Then, bila dah kering skit, letak lah kerisik... So, after a while... Jadilah mcm kat gmbr kat bawah nih... Klu nak lagi kering, just biar jer atas api... Klu nak jadi serunding, biar lah lagi lama xp


Ktorg kena bahagi kan dua rendang nih, sbb tak cukup ruang nak kacau...

This is my mother's recipes... Tak pernah pun terfikir utk buat sendiri. Selama nih just tengok mak masak n buat mcm mana jer... Tp alhamdulillah, lepas lah gian nak makan rendang raya2 nih... Hehe... sebelum, sedang dan selepas masak sikit2 wasap ngan mak.. risau takut tak jadi...huhu...

Mesti korng pelik kan knp ktorg buat banyak sgt rendang?? Haha... Ktorg buat utk potluck utk raya pertama...

So, apa jerlah yang ktorg buat raya nih?? Haha... Stay tune... Dah ponek(penat) taip! InsyaAllah sambung lagi esk yer... 

Wasalam!

Tuesday, February 26, 2013

our first concert together...

Posted by ~NuFa~ at 2:37 PM 0 comments
salam'alaik...

last Saturday, there was festival for celebrating our seniors graduation one day long... 
in the morning we fight for our pediatrics exam. so, we don't participate in the morning.. and miss the most exciting part-the graduation itself, where our senior taking their degree certificate.. but, alhamdulillah, when arrived at the conference hall where the graduation ceremony is taking place, a few seniors are there and we can snap a picture or two with them and congratulate them... 

in the evening, we volunteering in Zagazig medical team in doing medical check up for visitors... that day we  got our new vest ;) 
 
that evening, we attend a nasyid concert =D inteam is coming all the way from malaysia... we dress up a bit... here we are ;)
the concert start on 6.30 pm in tentative, but, in real, it start on 7.00pm.. the concert cost us about LE 20 for package D... it is a bit far behind, but, its okay.. 
it started with 'dhikir barat' performance from kelatans' student.. after that inteam perform for about 2 or 3 hours i think... a few song they sang that i can recall, 'setanggi syurga', 'nur kasih', 'akrab persahabatan', 'ya hanana', a few zikir, their new song and etc.
  the concert finished at 11.30 pm if i'm not mistaken (too tired already that time...)
the picture is taken from where i sit, and using my phone.. so, it is a bit far and poor quality :(
alhamdulillah, everyone satisfied and enjoy the performance... a good way to release tension from exam that morning... at the end, everyone complaining of tired [a long day of non rest, with mentally, emotionally and physical exhausted] and the next day we got classes, so, after solat, all of us went to the dreamland =P hehe... 
so, that is the story from last saturday...

that's all from me :)
thanx for reading~ 
with love,
nufa

Sunday, August 19, 2012

Selamat hari raya! ;)

Posted by ~NuFa~ at 7:42 AM 0 comments
Salam'alayk~

Takaballahumunna waminkum!
Minal aidil wal faizin...
Kullu 'am wa antum bikhair...

Maaf zahir dan batin

Dari nufa sekeluarga ;D dan dari kami penulis2 blog Doctors Who?...

P/s: padat, cepat dan ringkas.. Mencari masa sblm tido :p

Monday, August 13, 2012

Ini warisan tok nenek moyang Intan Payung

Posted by intanpayung at 10:11 AM 2 comments

Yong yong dan yob yob sekalian.. harini teman nak ceghite pasal resipi turun temurun Haji Mansor. Sesiape yang dah ghase, teman gerenti kome akan ketagih! 

Resipinyaaaaa......


Resipinyaaa.....



Okay,enough loghat perak. I'm not good at it anyway. Resipi ni namanya 'Rojak Mangga'. Rojak bukan sebarang rojak, rojak ni resipinya sangat berlainan dengan apa yang kita makan kat kedai kedai. Kalau buat dekat rumah opah kat Kampung Layang Layang Kiri, Bota Kiri ni gerenti semua orang berebut. Makan sambil tengok cerita. Tak dapat bezakan srot srett sebab tgk cerita hindustan atau sebab pedas rojak mangga ni. Simple je..Can I just proceed to the methods? Here we go..


1.  Pertama sekali kita perlukan mangga mudaaaaa...
2.  Hiris kecik kecik agar memudahkan proses kita nak menumbuk numbuknya nanti.
3.  Lepas tu kan.. Ambik lesung pipit batu, dah taruklah bahan bahan macam kat gambat atas ni -garam sesudu penuh teh-gula sesudu besar-cili merah satu-cili hijau taruk 5 je tau. Aritu tertaruk 7 bijik, memang berasap!! Belacan jangan lupa.
4.  Tumbuklah kesemua bahan-bahan di atas. Jadilah seperti di atas. Lepas tu taruk kicap masin ikut kesedapan tekak dan lidah anda. Dah siap!! Jap, masukkan dalam peti sejuk. Lagi sedap!






 Sepanjang proses saya menghasilkan Rojak Mangga Warisan Turun Temurun ini... 

1)  Cili banyak kali masuk mata!! Tension! Mak kata sebab saya asyik gelakkan adik sebelum tu. Saya ejek ejek adik saya donut. Kan dah kena. Saya mengadu kat abah kata cili balik balik masuk mata. Abah pulak kata "Kakak, ada satu petua macamana taknak bagi cili masuk mata masa tengah menumbuk." I know it's a trap,but I still asked what's the petua. "Petuanyaaa..kita kena minat!" Pap! Setepek lagi kena. 



2)  Tiba tiba adik muncul dari ruang tamu and hulurkan spec mata hitam ni untuk mengelakkan mata masuk cili lagi. T__T





3)  "Ya Allah.... abang, tengok ni kakaknya tumbuk rojak mangga habis bersepah sepah memercik mercik satu dapur!!" Mak report kat abah! Ciss mak ni! Itu pun nak report! Oh ye, untuk mengelakkan daripada mak anda report kat abah korang pulak, eloklah anda tumbuk mangga tu berasingan daripada awas-awasnya. Kalau tak, nasib anda sama macam saya.

4)  "Seumur hidup mak, mak tak pernah tengok orang buat kerja macam kakak. Kakak nilah orang pertama. Kejap kejap ambik gambar. Kejap kejap ambik gambar. Semua benda nak ambik gambar. Ishh... pelik mak!" Hehehee... sebab nak update blog la mak..


P/s : Perempuan memang tak boleh berkongsi dapur!! Selamat mencuba..




Till then..

Intan Payung

Friday, August 10, 2012

Alhamdulillah,rezeki ramadhan

Posted by fa aja aja at 5:24 AM 2 comments

Bulan Ramadhan memang bulan yang berkat!

Alhamdulillah natijah imtihan kami yang baru sahaja habis 2 minggu lepas telah keluar..

saya dan 4 penulis "Docswho" yang lain telah lulus imtihan tersebut dengan jayanya dan kami ready untuk ke tahun 5 !

Paediatric and Internal Medicine,be good to us yah =P

another 2 years and half to go to get out title as a "Dr."  insyallah :)

Thanks a lot for the prayers from our family and friends,,without them,we can't go this far..

Salam ramadhan..gunakan  10 malam terakhir ini sebaik-baiknya..semoga bertemu Lailatul Qadar..aminn ya Rabb!







Wednesday, August 8, 2012

Kitten in the house

Posted by drbalqis at 8:14 AM 2 comments
Salam,

Petang tadi terdetik dihati nak belek-belek kamera sebab dah lama tak buka sejak balik dari KL hari tu.Bila dah buka tu gatal lah pula tangan ni nak gambar-gambar.Memandangkan adik saya baru ja keluarkan anak-anak kucing tu,lagi-lagi bila dorang jalan terkedek-kedek kat depan saya,so saya jadikan mereka subjek saya.hehe geram tengok,cute sangat.Setiap tahun bila saya balik mesti ada anak kucing baru,aktif betul mama dorang ni,rasa nak sekeh je.T_T

Balik Malaysia ni Alhamdulillah saya tak rasa penat dan haus yang amat sangat sampai nak pengsan macam di Mesir.Kalau kat Mesir hantam air masa berbuka tu memang wajiblah sampai kami buat 3 jag air untuk 5 orang.Dasyat kan?hehe.Panas tu memang tak boleh cakaplah,sampai kena pakai kain yang dibasahkan letak kat muka untuk kurangkan rasa bahang tu.Alhamdulillah kat sini sejuk damai je,malam-malam kena pakai stoking sebab sejuk sangat sebab selimut saya,yang saya ambik dari Etihad tu kecik.Tegar sungguh saya pakai selimut kecik ni walaupun banyak selimut kat rumah ni.haha









Kucing-kucing kat rumah saya bukanlah kucing parsi yang biasa kat rumah2 anda,hehe but they still cute kan?

:D

Saturday, August 4, 2012

Things to do before going back to Malaysia

Posted by intanpayung at 2:45 AM 1 comments
July and August. Each year. Tarikh yang normallah tu untuk pelajar pelajar di mesir balik ke kampung halaman masing masing di Malaysia. Namun begitu..Cewah, 'namun begitu' ayatnya! Okay okay sambung. Namun begitu, sebelum pulang ke Malaysia, memang ada ada acara wajib yang perlu dilakukan.

Tapi tahun ni, ini kali pertama merasa berpuasa di bulan Ramadhan kat Mesir. Serious best. Meriah. Terasa kemeriahan  dengan tanglung digantung hampir setiap bangunan. Tapi kena kuat mental dan fizikal lah ya.. Dengan suhu 46 celcius. Subuh pukul 3 pagi, maghrib pukul 7. Lepas tu elektrik wajib takde siang sejam, malam sejam. Kami sayang bumi. Earth our katanya. Terawihnya Awesome! Memang selagi boleh kami pergi terawih berjemaah. Sampai ada satu masjid tu, Pelajar Malaysia diberi kepercayaan untuk imamkan solat terawih. Bangga tak? Bangga tak? Tapi kena datang awal, kalau tak penuh. Pernah sekali tu kami lewat (memang tak pernah awal pun rumah kitorang ni), dahla takde musyrif kan, main keluar je, bila terserempak dengan ustaz tengah jalan " Antum nak pergi mana? Ada musyrif tak ni?" masing masing hanya mampu hehehehe je.. Terusla ustaz memusyrifkan kami. Syukran ustaz. Semua masjid kat kampung salam tu penuh. Terpaksalah round satu salam tu check satu satu majid mana yang tak penuh. Dahlah dengan aku yang bagi direction yang sangat tak boleh diharap. Sesat jadinya. Sampai Miza kata
 "Intan,ko duduk diam diam kat belakang. Kalau harap kau tunjuk jalan,dah habis terawih baru sampai!" 
 Si Fa pulak
 "Intan,kau ni bagi direction mengalahkan ustaz,macam lagi rajin pergi masjid daripada ustaz."
 Sob..sob.. Pilihan terakhir? Masjid depan dewan wehdah. Semangat ni. Tapi tengok saf lelaki sebaris je. Gadis arab sebelah saya pegang Quran masa solat. Lenguh lenguh lutut kami. Sebab? Satu rakaat imam tu baca 4 mukasurat Quran. Habiskan 1 juzuk dalam 8 rakaat. Kejang kejang la jugak kaki. Si Fa dah sampai terduduk duduk dah. Balik tu masa moreh Qis tanya
"Esok terawih kat mana kita?"
Semua senyap. Pandang satu sama lain. We shared a look.Then masing masing tersembur gelak! Ok, dah melalut. Okay, acara wajib yang dimaksudkan ialahh... membeli belah di Hussein!

Di hadapan Masjid Hussein. Ada makam Saidina Hussein, cucu Rasullah.
Hussein ni kalau kat Malaysia kira macam Masjid India la jugak.. Tapi penuh dengan barangan yang sinonim dengan Mesir. Key chain, baju bajan yang ada tulis I Love Egypt whatsoever tu laa. Ok,memang saya reka pun bajan tu.I don't think it's a real word. Macam macam lagi ada contohnya minyak wangi/minyak atar, herbatusauda/barakah , herba zafran, inai, kayu koka, jubah etc..

Pakcik ni mintak ambikkan gambar dia dengan cucu dia. Bila bagi dia tengok gambar tu terus "MasyaAllah.. Helwa MasyaAllah.."
Haritu kakak sulung saya merengek nak beg kulit unta, saya pun layankan jela. Belikan satu untuk mak. Belikan minyak wangi untuk opah. Belikan perisa shisha yang Nufa kirim, cream baraka yang Tiqah Mamat pesan, beli tudung untuk diri sendiri. hehe.. Habis je exam pukul 11 terus gerak ke Cairo. Sampai rumah pukul 2.30pagi, terus masak sahur untuk housemates, pack barang barang nak balik Malaysia, pukul 12 tengahri terus gerak ke airport. Memang saya tak tidur pun untuk 3 hari tu.

Nak shopping dekat Hussein ni kena pandai. Sebab memang tempat pelancong. Memang peluang diorang la kalau nak kapak kita. Bahasa arab basic tu at least kena tau.  Diorang pun pandai jugak cakap melayu. Entah siapa la ajar kan.. Mula mula tu okay lagi  "Harga murah! Harga Murah!" tapi bila dah sampai
" Harga gila! Harga gila! Jangan beli! Harga Mahal! Betul betul gila!" Siapa punya kerjalah yang ajar ammu arab ni cakap camni.. Lagi satu, kalau boleh takyahla lagi beli dekat awal awal hussein tu. Mahal. Masuk dalam dalam sikit baru murah. Tapi zahmah la (sesak). Boleh tak selebihnya saya bagi gambar yang bercerita? Dah mengantuk dah ni nak taip..

Ni baru kat kawasan hadapan Hussein. Kat belah dalam dalam lagi sesak.


Dengan Cik Qis sementara tunggu kawan kawan lain selesai solat.

Bersama 2 orang beradik ni. Kak Ya & Dilaa.

Diorang dah ready dah juadah untuk berbuka puasa.

Antara yang popular di Mesir, minyak wangi/minyak atar. murah je. Wangi wangi pulak tu. Botol kecik 5LE=RM2.50. Entah macamana boleh tersama pulak Qis and ammu ni posing. Dua-dua korek pegang telinga.

Maidah Rahman

 Okay, sekarang nak cerita pasal Maidah Rahman. Orang arab ni sangat pemurah orangnya. Tambah tambah bulan puasa. Macam macam diorang akan sedekah. Berlumba lumba mengerjakan kebajikan di bulan mulia. Kalau korang dekat jalan raya, nak nak pulak dekat waktu berbuka, ramai je akan tahan kereta/van korang bagi makanan & minuman untuk berbuka. Di setiap kawasan pulak mesti akan ada Maidah Rahman. Maidah ni maksudnya hidangan. Rahman pulak maksudnya pemurah. So overall hidangan pemurah. Free of course. Siapa yang sedekah makanan boleh bagi kat sini. Kalau nasib baik boleh dapat duit sekali. Haritu sempatla rasa dekat Hussein. Dari jauh lagi pakcik arab tu panggil naik makan. Masuk masuk, separuh dah penuh dengan budak melayu. Haha.. Batch kitorang jugak,semua muka penat baru lepas shopping. Dapat pulak rezeki orang bagi makan kan.. Say what? Alhamdulillah..

Hidangan Pemurah yang disediakan. Ada nasi, daging,jeruk, halwa, roti ish & rus bilaban. Sedap.

Muka muka kelaparan.

Hahah.Kantoi.

Adik adik yang duduk depan kitorang. Malu malu kucing pulak bila gambar kena ambik.

Tapi satulah, kena makan elok elok. Dah orang sedekah. Kalau boleh habiskan. Tanda terima kasih. Kalau tak boleh nak telan pun makanan tu, senyap je. Jangan offer kat orang arab depan meja. Nanti korang akan dapat banyak lagi. Hahaha..


Kak Ya & Nola

Lepas tu kami bergerak ke Nola. Punyalah pusing pusing cari Nola. The only trademark yang saya ingat ialah ada lampu berjurai jurai dekat pokok besar. Sekali bila dah sampai tiada lagi lampu lampu tersebut. Dengan nada bengkek nya driver kitorang cakap "Mananya lampu berjurai jurai??" Sekali lagi, sengih jela yang mampu. Mana nak tau diorang pergi cabut pulak lampu tu!


Asian Food. Sebenarnya nak makan Korean Food tapi tak tau jalan.. =(

Dilaa & Faz

Me & Qis

Ala ala kuey tiaw.



This tastes so good you know. Shrimp noodle soup. Walaupun saya tak boleh makan udang, saya bantai je sebab  nampak sedap.

Ok, saya tak tau nak buat penutup camna. Bye jelah!


Till then,

Intan Payung..
 

Doctors Who? Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos