SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Friday, August 26, 2011

HIDAYAH ALLAH DI BULAN RAMADHAN.....

Hidayah Allah ada dimana mana sahaja, carilah semuga anda berjumpa.
Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor, Sheryl Chew Hong Wah atau nama barunya Huda Chew Hong Wah nekad mendalami ajaran Islam sepenuh masa.

Bercakap kepada Suara Keadilan, beliau kini merasa lebih tenang selepas memeluk Islam, yang disifatkan beliau sebagai agama yang bersifat universal.
“Saya merasa amat tenang selepas saya memeluk Islam dan amat meyakini agama ini adalah agama yang benar.

“Ia bukan hanya milik orang Melayu atau bangsa Arab tetapi ia milik semua manusia,” katanya.
Menurut Huda, beliau turut melahirkan rasa terharu dengan sokongan berterusan semua pihak terutama guru dan sahabat karibnya, Faridah Abdul Karim yang juga Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Cabang Gombak.

“Sejak berita saya memeluk Islam tersebar, rakan-rakan Facebook saya semakin bertambah.
“Tetapi yang lebih buat saya terharu ialah dokongan berterusan dan kata-kata semangat dari semua pihak terutamanya kak Faridah,” katanya.

Sementara itu, di Facebook, beliau kini menggunakan nama Huda Chew Hong Wah (Cheryl).
Huda sah bergelar muslim kira-kira 3 petang semalam di pejabat Jemaah Islam Malaysia (JIM) Taman Melawati, Gombak dan disaksikan rakan-rakan terdekatnya yang turut menitiskan air mata menyaksikan majlis itu.

Huda yang bermaksud ‘petunjuk’ dalam bahasa Arab sebelum ini banyak mendalami Islam menerusi kenalan yang menghadiahkan tafsir Al-Quran dan buku-buku agama dari rakan-rakan terdekat.
Difahamkan, sebelum ini Huda Cheryl sudah mula berpuasa dan mendalami Islam berperingkat-peringkat sebelum mengambil keputusan memeluk Islam ketika hari ke 24 umat Islam menunaikan ibadah Ramadhan.


PENDIRIAN HARUSSANI BUKTI BN LEMAH



PAS Perak menyifatkan pendedahan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berhubung perpecahan Melayu mempunyai asas dan keadaan itu akan terus berlaku sekiranya pentadbiran Najib tidak berusaha memperbaiki keadaan.

Ketua Penerangannya Perak Ahmad Nuri Al-Amin berkata, tiga perkara asas yang dibangkitkan Harussani mengenai perpecahan orang Melayu perlu menjadi intipati rakyat pada pilihan raya umum ke-13.

Dalam Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti kelmarin, Harussani (gambar) berkata, perpecahan Melayu yang berlaku disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah.

Harussani juga berkata, orang Melayu berpecah selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998.

“Kenyataan tersebut sewajarnya perlu dijadikan intipati dan teras pertimbangan rakyat dalam memilih pemimpin yang benar-benar layak untuk memelihara amanah rakyat dalam ruang dan peluang yang ada semasa pilihan raya umum ke-13.

“Peringatan itu jelas membawa mesej agar jika pemimpin yang lemah, tidak amanah dan rasuah masih dipilih untuk memerintah maka ia akan hanya menjadikan bangsa Melayu makin berpecah dan sentiasa mundur,” kata Ahmad Nuri dalam satu kenyataan.

Merujuk pula kepada kes penyelewengan yang berlaku di Perak, Ahmad Nuri berkata gejala rasuah dalam kepimpinan arisan Nasional (BN) tidak dapat dibendung lagi.

“Kenyataan Harussani bertepatan dengan apa yang telah didedahkan oleh PAS Perak sejak dari dulu lagi. Antaranya apa yang dinyatakan oleh Dewan Pemuda PAS Perak Februari lalu berkaitan seorang exco kerajaan negeri Perak yang telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Hal yang sama juga dapat diperhatikan dari pendedahan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak April lepas berkenaan satu dokumen membabitkan penyalahgunaan kuasa yang berunsur rasuah oleh seorang exco kerajaan negeri Perak,” katanya.

Tambah beliau, pendedahan penyelewengan yang berlaku di Perak membuktikan kesahihan kenyataan Harussani.

“Gambaran-gambaran ini jelas menunjukkan kesahihan kenyataan Tan Sri Harussani tentang kelemahan, pengkhianatan dan amalan rasuah kerajaan BN yang tidak mampu dibendung oleh ulama kerajaan dari terus berleluasa.

“Gejala rasuah ini masih menular di dalam BN yang memerintah termasuk di Perak. Kami yakin rakyat boleh menilai dan melihat sendiri sepertimana yang telah dinyatakan oleh Tan Sri Harussani,” katanya.

Saturday, August 20, 2011

PILIHANRAYA SEMAKIN HAMPIR.....


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberitahu pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja dan ia tidak berikat kepada keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan pilihan raya.

Namun katanya, kerajaan akan cuba melaksanakan sebarang cadangan penambahbaikan yang dibuat oleh jawatankuasa itu sebelum pilihan raya umum.

"Kami akan cuba, pasti ada sesuatu yang boleh dilakukan dengan kadar segera, sesuatu yang mungkin akan mengambil sedikit masa. Jadi, apa yang kita boleh lakukan dengan segera, kita akan lakukannya dengan segera," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato'Onn semalam.

Najib yang juga presiden Umno berkata bentuk-bentuk penambahbaikan pilihan raya akan dibincangkan dan ditentukan oleh semua wakil parti-parti politik yang menyertai jawatankuasa tersebut.

Najib juga memberitahu, jawatankuasa itu hanya akan diketuai oleh parti majoriti dan bukannya pembangkang.

Beliau juga berkata pengagihan jumlah wakil jawatankuasa secara sama rata seperti yang dituntut oleh pembangkang juga tidak akan dipertimbangkan kerana ia bergantung kepada kekuatan sesuatu parti.

Minggu lalu, Pakatan Rakyat mengemukakan tujuh syarat untuk menyokong jawatankuasa itu antaranya ia mestilah diketuai oleh parti pembangkang.

Pengarah Stretegi PKR, Rafizi Ramli berkata, tujuan utama Pakatan mahu meletakkan wakilnya untuk mengetuai jawatankuasa mengenai reformasi pilihan raya itu adalah untuk mengelakkan sebarang manipulasi oleh parti pemerintah.

“Kalau jawatankuasa itu diketuai oleh Umno atau orang yang rapat dengan pimpinan kerajaan sekarang, sudah tentu ada risiko (iaitu) agenda jawatankuasa tersebut disalahguna untuk melengah-lengahkan dan juga memberi kelebihan (kepada Umno-BN),” katanya ketika dihubungi Tv Selangor minggu lalu.

Menurut Rafizi, kesangsian terhadap ketelusan Najib semakin meningkat apabila perdana menteri itu gagal mengotakan janjinya terhadap tuntutan rakyat untuk berkumpul di Stadium Merdeka ketika himpunan Bersih 9 Julai lalu.

Malah beliau turut menyatakan kekhuatirannya sekiranya jawatankuasa ‘dwi-partisan’ itu nanti hanya bertujuan untuk meredakan kemarahan rakyat yang sedang memuncak terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) walhal berniat melengah-lengahkan reformasi pilihan raya.

“Rakyat mahukan jawapan dan tindakan daripada mereka (kerajaan). Jadi saya rasa Najib sekurang-kurangnya perlu memberi tindakbalas. Tapi tindakbalas yang bagaimana? Kalau ianya hanya pengumuman, kemudian tidak ada tindakan konkrit dan melangkah ke pilihan raya umum tanpa melakukan perubahan yang dituntut oleh Bersih.

Thursday, August 18, 2011

NAJIB AJAK RAKYAT HAYATI KANDUNGAN AL QURAN??

Bersempena kedatangan 17 Ramadan iaitu hari Nuzul Qur'an, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Facebooknya telah mengajak rakyat Malaysia yang beragama Islam supaya menghayati kandungan Al-Quran.

“Sempena Nuzul Al-Quran 17 Ramadan ini, saya harap rakyat Malaysia beragama Islam mengambil peluang menghayati kandungan kitab suci ini.

“Lebih-lebih lagi di zaman teknologi maklumat (IT), kemudahan seperti internet dan aplikasi telefon pintar mampu mempermudahkan penghayatan Al-Quran,” kata Najib (gambar).

Alangkah bagusnya jika apa yang dituturkan itu juga turut dipatuhi Najib sendiri sebagai ketua kerajaan yang beragama Islam untuk turut mentaati perintah Allah yang terkandung dalam Al-Quran dalam urusan pentadbirannya seperti mana yang disuarakan kepada rakyat Malaysia.

Jika tidak, itu namanya hipokrit dan tak jujur dalam pertuturan. Manis mulut ajak rakyat hayati Al-Quran tetapi diri sendiri tidak mahu ambil pedoman dari Al-Quran dalam urusan pentadbiran. Al-Quran sekadar dijadikan bahan pertandingan setiap tahun tanpa menjadikannya sebagai panduan tertinggi dalam urusan kehidupan.

Dipetik dari Bernama, Najib menyatakan, Al-Quran bukan sekadar memberi pedoman ibadah tetapi juga boleh menjadi petunjuk pelbagai bidang kehidupan manusia seharian merentasi zaman.

Bagus ajakan Najib tapi beliau perlu tauladani dahulu dalam pentabirannya supaya rakyat juga turut menerima limpah rahmat dan hidayah Allah apabila sesebuah negeri itu ditabdir dengan iman dan taqwa.

Sudah tentu tiada lagi penyalahgunaan kuasa, tidak menutup aurat, rasuah, songlap wang rakyat, agih harta kekayaan negara sesama anak beranak dan sebagainya.

Yang lebih penting, urusan tadbir negara dapat diurus dengan cemerlang dan telus kerana ia sebahagian dari panduan yang telah ditetapkan Allah seperti yang terkandung dalam Al-Quran dan diajar oleh nabi SAW.

NAJIB AJAK RAKYAT HAYATI KANDUNGAN AL QURAN??

Bersempena kedatangan 17 Ramadan iaitu hari Nuzul Qur'an, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Facebooknya telah mengajak rakyat Malaysia yang beragama Islam supaya menghayati kandungan Al-Quran.

“Sempena Nuzul Al-Quran 17 Ramadan ini, saya harap rakyat Malaysia beragama Islam mengambil peluang menghayati kandungan kitab suci ini.

“Lebih-lebih lagi di zaman teknologi maklumat (IT), kemudahan seperti internet dan aplikasi telefon pintar mampu mempermudahkan penghayatan Al-Quran,” kata Najib (gambar).

Alangkah bagusnya jika apa yang dituturkan itu juga turut dipatuhi Najib sendiri sebagai ketua kerajaan yang beragama Islam untuk turut mentaati perintah Allah yang terkandung dalam Al-Quran dalam urusan pentadbirannya seperti mana yang disuarakan kepada rakyat Malaysia.

Jika tidak, itu namanya hipokrit dan tak jujur dalam pertuturan. Manis mulut ajak rakyat hayati Al-Quran tetapi diri sendiri tidak mahu ambil pedoman dari Al-Quran dalam urusan pentadbiran. Al-Quran sekadar dijadikan bahan pertandingan setiap tahun tanpa menjadikannya sebagai panduan tertinggi dalam urusan kehidupan.

Dipetik dari Bernama, Najib menyatakan, Al-Quran bukan sekadar memberi pedoman ibadah tetapi juga boleh menjadi petunjuk pelbagai bidang kehidupan manusia seharian merentasi zaman.

Bagus ajakan Najib tapi beliau perlu tauladani dahulu dalam pentabirannya supaya rakyat juga turut menerima limpah rahmat dan hidayah Allah apabila sesebuah negeri itu ditabdir dengan iman dan taqwa.

Sudah tentu tiada lagi penyalahgunaan kuasa, tidak menutup aurat, rasuah, songlap wang rakyat, agih harta kekayaan negara sesama anak beranak dan sebagainya.

Yang lebih penting, urusan tadbir negara dapat diurus dengan cemerlang dan telus kerana ia sebahagian dari panduan yang telah ditetapkan Allah seperti yang terkandung dalam Al-Quran dan diajar oleh nabi SAW.

Saturday, August 13, 2011

MONOPOLI KRONI...RAKYAT YANG MENANGGUNG BEBAN


Pakatan Rakyat mengutuk monopoli syarikat-syarikat besar Malaysia yang dikuasai kroni Umno-BN kerana langsung tidak membantu mengurangkan beban rakyat Malaysia.

Jawatankuasa Bajet Alternatif PR berpendapatan, hal ini bertentangan dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini.

Menurut ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad ini dapat dilihat dengan perkara paling asas iaitu makanan ruji rakyat Malaysia, beras.

"Beras merupakan monopoli paling besar. Satu-satunya pengimport dan pengedar adalah Bernas. Walaupun dalam harga subsidi, jika kita benarkan orang lain import beras, dengan pasaran dan ekonomi, beras boleh dijual dengan harga lebih rendah dari Bernas," terang beliau dalam sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat semalam.

Dengan sinis Dr Dzulkefly berkata, hal ini seharusnya dijawab oleh Najib sendiri yang tidak berpijak pada bumi nyata dengan pengumuman bantuan namun menaikkan kos kehidupan rakyatnya.
"Najib tahu hal ini salah tapi tetap dilakukan. Kenapa beri kepada kroni? Kita taknak buat andaian, mungkin mereka beri bantuan dan sokongan untuk pilihan raya. Biar parti politik buat analisis mengenai perkara ini," kata beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat PAS.

Sementara itu, ahli parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong pula mengulas mengenai pertukaran saham antara Air Asia dan Sistem Penerbangan Malaysia yang dikatakan bakal mewujudkan 'kartel' atau monopoli dalam industri penerbangan negara.

Menurut Chin Tong, ia hanya akan menambah beban rakyat khususnya dari sabah dan Sarawak kerana kemungkinan tambang penerbangan domestik akan meningkat.

Hal ini ada asasnya kerana pengelola lapangan terbang negara ini Malaysian Airport Holdings Berhad dilaporkan mahu menaikkan cukai lapangan terbang dari RM14 ke RM65 bagi penumpang antarabangsa dan RM7 ke RM32 bagi pengguna domestik minggu ini.

"Khazanah pada masa yang sama meningkatkan cukai lapangan terbang menerusi MAHB. Semua ini dikawal oleh Khazanah. Semua ini berlaku pada waktu yang sama. Ini pasti bakal membunuh sektor penerbangan awam di negara ini dan membebankan pengguna iaitu rakyat Malaysia," kata beliau.

SPR MEMANG KERJA UNTUK PEMERINTAH/UMNO


Jawatankuasa Pemandu Bersih melahirkan kekecewaannya atas respon balas yang diberikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersabit tuntutan sebuah pilihan raya yang bersih dan adil oleh pertubuhan bukan kerajaan itu.

Dalam satu kenyataan media semalam, Bersih mendakwa SPR dilihat secara terus-menerus memberikan ulasan yang memudaratkan muafakat kerjasama ke arah pilihan raya yang lebih adil sebaliknya lebih "beria-ia mempertahankan parti pemerintah".

Malah menurut kenyataan media itu lagi, jawatankuasa itu sangat kecewa dengan cara Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang didakwanya terus mengambil pendekatan konfrontasi melampau dan tidak produktif.

"Kami telah menyatakan berulangkali bahawa matlamat Bersih 2.0 adalah sistem pilihan raya yang bersih dan adil untuk semua rakyat Malaysia, bukannya untuk memburukkan mana-mana institusi atau mempromosikan sebarang agenda politik," katanya.
Menurutnya, Bersih 2.0 hanya berminat untuk melihat pilihan raya yang bersih.

"Sekiranya BN atau mana-mana parti menang melalui pilihan raya yang bersih dan adil, maka matlamat kami telahpun tercapai," tegas kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, Bersih berpendapat SPR dan Wan Ahmad mesti menumpukan perhatian mereka dengan melibatkan diri bersama-sama masyarakat madani bagi memperbaiki institusi awam dan "bukannya terlibat dalam perang mulut dengan parti-parti politik".

"Ulasan terkini yang dibuatnya, mengancam kewibawaan awam berkenaan sifat 'non-partisan' SPR yang diperlukan untuk mengekalkan keyakinan orang ramai.

"Membuat kritikan politik merupakan tugas seorang timbalan pengerusi sebuah parti politik, dan bukannya tugas timbalan pengerusi SPR," tambah kenyataan itu.

Berikutan itu, katanya, Bersih 2.0 berharap SPR menumpukan tenaganya untuk menyelesaikan masalah besar, yang dikesan pada daftar pemilih seperti “skandal Mismah”.

Perkara itu, menurut gabungan NGO itu, mendedahkan perkembangan membimbangkan mengenai pemberian hak mengundi kepada seseorang yang diragukan kewarganegaraannya.

"Masalah daftar pemilih lain termasuk kejadian pengundi bernama 'Kg Baru', penyelewengan yang serius berkenaan pengundi berganda serta alamat penuh sesak dan sebagainya.

"SPR sepatutnya memberi perhatian untuk membetulkan masalah ini dengan segera dan bukannya mempertahankan serta menjadikan perkara ini sebagai isu politik yang menjejaskan kewibawaan semua pihak," tegas kenyataan itu lagi.

Mengenai isu pengesahan biometrik, katanya, Bersih 2.0 memandang serius laporan terbaru bahawa pihak polis sedang menyiasat penyelewengan sistem biometrik yang digunakan untuk mendokumentasi pekerja asing.

"Lebih tepat lagi, ianya merupakan kelemahan yang akan membolehkan penipuan pilihan raya secara besar-besaran sekiraya hanya sistem biometrik sahaja digunakan untuk mencegah pengundi hantu.

"Kami masih belum mendengar hujah-hujah meyakinkan tentang kenapa kaedah dakwat kekal yang lebih murah, mudah dan lebih berkesan tidak patut dipakai," tambahnya.

Related Posts with Thumbnails