Bagaimana sebenarnya kita menilai dalam satu-satu design? Adakah mengikut cita rasa kita yang melihat, trend semasa, atau idea pengkarya yang cuba disampaikan. Dalam membuat penilaian dalam apa-apa pun karya seni memang sukar, sebabnya.. seni sangat subjektif. Kerana tu jugak la.. apa yang cuba di ketengah oleh pengkarya kadang-kadang mendapat tentangan daripada para penilai. Tak boleh nak kata apa la.. sebab para penilai lazimnya mesti dari kalangan otai-otai lama. Yang membentangkan karya pula dari generasi baru. Di situ la selalunya berlakunya konflik dan timbul persoalan. Adakah penilai mempunyai cita rasa berbeza atau masih melalui jalan-jalan zamannya, dengan kata lain masih berpegang trend zaman-zaman otai. Si pengkarya pula, adakah karya yang dibuat tu benar-benar cuba untuk menyampai sesuatu yang baru, atau terlalu melangkaui zaman semasa sehinggakan karya itu tidak terima akal, atau jugak buat ikut syok sendiri, sebab nak tunjuk pandai lebih.
Kita sebagai anak seni seharusnya bijak untuk menilai sesuatu karya. Untuk menilai dan memahami karya pula, perlu juga ada ilmu, tak la kita mengikut ajaran sesat nak menghasilkan karya. Tidak la juga main sedap mulut bila nak memberi komen atau pendapat pada karya orang lain. Ilmu yang patut ada untuk menjadi warga seni, bukan la sekadar mempelajari pendidikan seni kat skolah atau U, tapi juga ilmu-ilmu lain sama ada akademik, atau ilmu dalam kehidupan seharian kita. Sebabnya seni ni tak lari dari naratif hidup manusia , alam semula jadi, alam benda dan alam mistik.
Sebenarnya dalam melihat karya yang baik, atau mempunyai WOW! factor (wow= kira sekali pandang dah sebuk wow, kiro hebak sangat la tu.. sifu aku cakap) dalam sesebuah design, yang pertamanya memang la sedap mata memandang. Tapi harus dingat kita juga sebenarnya melihat idea yang disampaikan, ketilitian dan kekemasan dalam kerjanya dan juga melihat sesuatu yang unik, yang mempunyai kelebihan dia sendiri.
Kebanyakan sekarang orang melihat seni hanya yang indah, yang cantik. Ianya tidak menjadi masalah kerana memang dah lumrah manusia nak yang cantik-cantik saja. Pilih calon pun nak yang cantik-cantik. Tidak menjadi masalah juga dalam lukisan, kiranya dia ada bakat , pandai melukis , dan sememangnya lukisan itu memang sekadar lukisan dan tidak ada cerita disebaliknya, pastinya pengkarya itu mesti dihargai.
Yang menjadi masalahnya karya-karya yang mempunyai naratifnya sendiri, Memerlukan alasan yang kuat kenapa karya itu perlu dikatakan bagus dengan memberi sedikit hujahan. Di sini la bakal menimbul sedikit pertelangahan idea. Kat sini la kita melihat betapa penting pengkritik seni memainkan peranannya. Ini ada pro dan kontranya kerana sama ada menjadi pedebatan ilmu, atau pedebik pedebuk. Sekiranya dua-dua pihak (pengkritik/penilai dengan pengkarya) ada ilmu yang kuat, sesi ini kan menjadi perkongsian ilmu.
Kisahnya di sini, bagaimana , sekiranya penilaian itu diberi atas dasar cita rasa. Kalu mata dia sedap memandang, bagusla kata dia. Kalu dia tak suka, karya tu bakal disebutnya sampah. Kalau dia suka orang tue, banyak pujian orang tu dapat, ntah-ntah siap pujian besertakan pakej makan tengahari dan tolong hantar balik rumah. Tapi Kalu dia anti, pandang sebelah mata pun tak nak, tak pun cakap “ok la..tu”, tak pun paling perit, “ “ko pegi la buat balik”. Tak kisah sangat kalu berulang kali kita buat, sebab , itu la proses pembelajaran dalam dunia seni. Apa yang meralatkan sebenarnya, idea tidak dilihat tapi melihat bentuk, mesti nampak cantik, mesti kena siapkan banyak artwork. So macm mana nak faham, orang melihat kerja berdasar kan kuantiti atau kualiti( tetiba aku terpikir buat tajuk kualiti vs kuantiti.. so coming soon).
Bercakap tentang citarasa. Aku bagi contoh, ni sekadar contoh tau.. kita ada 45 student, contoh la.. dan si penilai ni suka design ala-ala vektor. Berkonsepkan vektor, memang suka giler la.. boleh kata kipas susah mati untuk design vektor.. so bila nak work pelajar mesti nak ala-ala guna vektor.. subject matter apa pun nak guna vector. Korang andaikan la di akhir semester, diorang kena wat pameran/degree show. Mesti dalam bagunan pameran semua ala-ala vector, sampai poster biskut marry pun nak vector.. so dimanakah variasinya dalam karya. Di manakah kelebihan dalam sesebuah karya. Walaupun semuanya cantik-cantik, tetapi dimanakah idea pelajar, keunikan pelajar, dimanakan kah kreativiti pelajar memanipulasi teknik penghasilan karya. Yang kita nampak sama, iaitu cita rasa penilai, belum kompom semua A. So disini kita melihat idea pelajar agak tersekat. Audien tak nampak, apa sebenarnya yang dekat dengan mereka. Apa pengalaman yang ada melalui karya... (senario ni sekadar contoh)
Bolehkan proses pembelajaran berlaku dalam hal ni? Untuk jawapan aku , sekiranya belaku sistuasi ini. Proses pembelajaran berlaku tetapi atas usaha sendiri, di mana kita melakukan berulang kali, bila sesuatu yang kita buat itu silap, atau tidak kena pada cita rasa dia. Lagi satu bila banyak kali kita menghasilkan karya, di sini mungkin kta dapat pilih karya yang terbaik. Tapi ralat sekiranya kita tak dapat maklum balas yang baik dari penilai sendiri, kalu suruh buat balik, di mana silapnya. Tolong tunjukan budak baru belajar.
Sebagai penilai kita memang bebas memberi kritikan rasional, tetapi perlu diringi dengan alasan yang juga rasional. Bila kita memberi komen, di mana hujahan kukuhnya. Kita tidak boleh menghentam perkarya begitu saja tanpa ada rasional jalan penyelesaian. Kita tak boleh juga bila dah suruh buat semula karya tu, tetapi tak tau apa sebbnya, dan apa silapnya. Di sini la penilai perlu memberi ilmu yang diorang ada. Supaya berlaku proses pembelajaran. Selain itu, sepatutnya kita yang membimbing budak baru belajar ini perlu ada inisiatif untuk memberi motivasi kepada pengkarya. Ni ,, kita dah hentam, kutuk artwork dia, pastu diam tanpa penjelasan, nak suruh dia buat balik. Hmmm rasanya tidak la kut orang ada kesungguhan untuk buat semula. Jangan la sesekali mepelekehkan artwork pengkarya, pastu nak malukan dia depan orang, lagi-lagi depan junior,..Peehhh. Respekla sebagai manusia, dah macam kena pijak. Macm mana nak get along, jadi kawan, atau anda sendiri ,nak dihormati sekiranya tak menghormati karya orang lain. Karya adalah bebas, tapi tak lari dari ilmu seni tu sendiri. Bukan cita rasa.
Jadi kita sama-sama la pikir, apa bila melihat karya adakah , ikut rasa kita, atau menghayati dahulu idea yang cuba nak disampaikan. Kiranya idea pengkarya itu tidak cukup memuaskan atau kurang menarik, apa kata kita memberi cadangan dan memperkembangan lagi idea yang dia ada. Memberi inovatif dalam karyanya. Dalam hal ini kita sama-sama akan belajar. Dari segi kecantnkan design, kita kongsi teknik-teknik, kerana bakat manusia lain-lain( bakat vs latihan vs idea vs ilmu).. setakat ini saja huruf-huruf yang ditekan. Sekian..
(cerita ini tiada kaitan dengan sesapa yang mengenal diri aku)