Thursday, December 22, 2011

happy birthday to him !

google
happy 24th birthday to my one and only Muhammad Haziq bin Ghazali. Semoga dirimu sentiasa panjang umur, murah rezeki, dirahmati Allah dan bahagia selalu di sampingku. 

p/s : i love u


Monday, December 19, 2011

lelaki tak berpendidikan setaraf boleh ke nak sara anak orang yang tengah belajar tinggi tinggi ni??

lelaki pendidikan setakat spm je tapi da ada kerja tetap and stabil dari segi kewangan. perempuan pulak still study tapi still tak tahulepas graduate nanti dapat kerja terus ke tak? or kene menganggur maybe 1 year ++

persoalan nya disini : kalau lelaki tu nak kat perempuan tu tapi dibantah atas sebab tak de pendidikan yang setaraf, lelaki jenis macam tu memang tak ada keupayaan ke nak menanggung anak dara orang ni?

relevan ke sebab macam tu sekarang ni? any ideas bloggers sekalian??

:)

Sunday, December 18, 2011

cube ingat balik, korang ada buat macam ni tak?? or ada yang lebih extrem??


note : tak boleh guna baju kurung.. nanti tak pasal pasal lengan jatuh terkulai layu di tasik madu.. haha

credit picture : fb persatuan study last minute

oh, terharu jap !

blog aku ada dalam blog list orang lain. sangat terharu oke? hehe.. aku buat blog ni sekadar untuk suka suka jek sebab aku memang suka menulis and bercerita.

aku bukan blogger hebat macam hanis zalikha or irine nadia. cuma seorang yang biasa biasa aja yang tak ada keistimewaan pon. tapi bila aku tengok blog cik adik aida azryn ni, tetiba aku nampak nama blog aku kt dalam blog list dia. wahhh, terharu nya.. terima kasih sebab sudi baca blog saya yang tak berinformasi langsung ni.

aku bukan artis or selebriti hot yang sampai nak tulis mende ni bagai. nanti ada pulak yang cakap orang lain punye blog pon ada jugak dalam blog list si aida ni tapi tak kecoh pon. ok, tu maybe kata kata orang but bagi aku, it's an appreciation. thanks again dear. =)

ok, tata.. get ready for maghrib prayer.

beware of gasctric. its painful !

hari ni aku tak pergi kelas sebab aku kene gastrik malam tadi. yang teruk malam tadi la. ekceli petang tu aku da rasa lain macam da perut tapi aku buat dek je dulu. then lepas maghrib semalam, perut da sakit mencucuk cucuk, sakit yang teramat sangat. malam tadi je aku muntah banyak kali. then, my rumate bawak aku gi klinik. sampai sana da ada 2 3 orang da. aku punye que yang ke 4.

sorang sorang masuk jumpe doktor laaaaaaaaaaaaaaama sangat. dekat klinik tu je aku muntah 3 kali. punye la perit tekak ni toksah cakap laa.. since aku juz makan roti sekeping and megi, after that aku memang tak makan pape da, aku muntah tu keluar air je. sakit sangat perut aku ni duk tahan ke muntah tu. memang sampai ke pagi tadi la aku tak makan pape. rumate aku buat air milo pon aku muntah balik. skali ngan ubat tu keluar balik semua.

kelmarin tu kan aku ada cakap aku gi makan piza kt tepi pantai, so, angin pantai pon banyak la dalam badan. semalam pulak tak makan nasi, aku punye sakit gastrik kali ni memang sakit sangat sebab terlampau banyak angin dalam badan yang memang da sedia ada angin ni.

aku kene inject skali sebab nak reduce pain. sebab memang aku tak tahan sangat. selalu kalo aku minum ubat gastrik yang kaler putih tu, macam da ok sikit tapi yang semalam punye tak jadi pape pon. ekceli inject tu bukan menyembuhkan sakit tu, but it juz reduce your pain. balik umah semalam, member aku tolong urut kan betis and dada. kalau sakit perut, sila urut betis ye.

hari ni da ok sikit cume aku tak boleh nak gerak laju laju and pantas cam sebelum ni. jalan pon kene slow je. pndek kata nak buat apa kene perlahan la semua. nak sembahyang pon sakit bila nak tunduk. tapi sakit ni ni kan penghapus dosa dosa kecil. so , redha je la..

aku kene gastrik ni da lama. tahun 2009 lagi. tapi dalam 2 tahun aku sakit ni, bila aku kt rumah, aku cuma kene gastrik 3 kali jek. 2 kali masa esok nak raya tahun 2009 and 2010. and the other 1 tu bila tah.. tak ingat. bila kene time nak raya tu, mesti kene pukul 3 4 pagi.. kesian doktor. and the rest memang  aku kene time dekat u ni. biasa lah kan, kt u makan tak terurus, stree lagi and banyak faktor yang menyumbang pada gastrik ni.

apa apa pon, jaga kesihatan sendiri. jangan jadi macam aku ni. sekali da kene gastrik memang selalu akan kene lepas ni. sangat sakit OKE? tak tipu pon. ok bai.

Friday, December 16, 2011

badan aku punye la berangin buat aku sendawa macam monster !

aku ada masalah angin dalam badan ni sejak diploma lagi. precisely aku tak ingat la bila tapi seingat aku maybe masa aku part 3 or part 4 macam tu lah. sebab at that time, rumate aku memang banyak angin. and aku pon tak tahu macam mana aku pon boleh kene sekali. 

fortunately, aku punya angin ni bukan kentut.. kalo tak, mau nak nyorok dalam kain sendiri aja kan? setahu aku yang tak arif ni, angin dalam badan kita ni boleh keluar dengan cara kentut dan jugak sendawa. if i'm wrong, betul kan lah saya.. aku punya angin ni opkos laa sendawa kan? kalo tak tak ada la aku tulis title post aku macam tu. 

masa aku eksiden diploma dulu, nenek sedara aku urut pon dia sendawa sekali sebab dalam badan aku banyak angin. bila ada angin, kita tak boleh makan mende or makanan yang sejuk macam labu air, and masam masam macam tomyam ke, then tak boleh makan daun kesum, kacang panjang or makanan yang menjalar ni, air teh, pulut and banyak lagi la termasuk lah ais. aku ni pulak makanan yang tak boleh makan tu la aku duk hadap sangat. labu air tu feveret aku tu.. so, memang tiap tiap hari aku akan sendawa. sekarang ni pulak, rumate aku pon sama macam aku. banyak angin jugak. so, kitorang memang selalu la sendawa together gether.. 

bila kt kelas, kadang kadang aku control jugak time nak sendawa tapi bila control tu lah yang jadi sakit perut sebab angin tak lepas nak keluar banyak banyak. tapi bila kt rumah, amek kaw. sendawa dah macam monster. serius aku tak tipu. kalau orang tak tahu aku ni permpuan mesti bila dengar aku sendawa dorang akan ingat budak jantan yang sendawa. 

tadi my housemates and I semua pergi makan 3 pan regular pizza(pizza hut ada promosi sekarang. 3 regular pizza for only RM40 but only up to 11pm tonight but dun worry the 2nd coupon is on 19-20 december up to 11pm too plus 3 mushroom soup with the same price but you have to show the coupon) dekat pantai yang angin dia sampai boleh masuk dalam baju and seluar semua and sampai buat tudung kau belipat lipat and sapa yang pergi pantai pakai kain batik memang sure boleh terlondeh punye. tu hah ! punya la nak bagi gambaran angin kuat kan? bila duduk kt pantai, lagi laa.. balik rumah abih semua angin pantai keluar. mula lah aku sendawa tak berenti even tengah type this post pon aku still sendawa dengan maha dasyat nya ! 

penat la sendawa ni. kalau nak tahan tahan, baik tak payah la.. bila keluar angin yang macam monster punye sendawa tuw, lega nya ya rabbi ! tuhan je yang tahu.. nak sendawa tu sendawa jek. nati tak pasal pasal masuk toilet tadah bontot sampai begegar air duk kentut.. haha.. ok, aku sekadar cakap BUKAN DARI PENGALAMAN AKU. BUKAN OK? 

ada sapa sapa tahu macam mana nak kurangkan angin selain dari minum eno halia yang sangat tak sedap tuw? any ideas friends? 


sory, gambar ambik dari dalam kereta
 akibat angin kuat dan ombak besar di pantai dungun


Wednesday, December 14, 2011

tuan rumah sewa aku ni kadang kadang sooo annoying

aku balik kelas tadi pukul 12.30. at that time tuan umah sewa aku ngan segerombolan anak dia da ada kt rumah sewa aku sekarang ni yang dulu nya umah dia. sekarang ni da pukul 3 lebih da.. dia nak duduk sini sampai petang ke?? apa laa??

nampak tak title post aku tu?? tuan umah annoying kan?? memang pon. laki dia tu kadang kadang datang sini time kami semua pergi kelas sebab nak ambik barang la hape laa. suka hati kau je ek? memang la rumah ni kau yang punya tapi kan aku semua yang bayar sewa. at least hormat la sikit kitorang ni. kau datang sini nak ambil barang barang kau dalam stor tu ambik je la.. kitorang tak pernah hadap langsung..

dari pukul 12 kau semua datang sini tak kan tak siap siap lagi nak ambik barang kau semua dalam stor tu? bawak anak ramai ramai jangan laa suruh main dalam rumah ni.. cuba laa suruh angkut barang letak dalam kete and berambus cepat cepat. ni du kt luar bilik aku kau duk mencangkul hape tengahari buta ni??? bengang betol la..

memang tak la kalau nak kami semua layan kau.. keje masing masing banyak hokey (padahal keje ngapdet blog) cuba tengok jam tu. dah pukul 3.30 da kan. kalo dari tadi kau suruh kami kami ni tolong angkat barang barang kau sekali da lama da kau balik kn? tadi aku tengok bilik sembahyang besepahhh..

kau nak kemas ke lepas ni? memang tak la kan. sebab da datang hari tu pon balik macam tu je.. biskut biskut yang belepek atas lantai kami semua la yang kemas balik.

mood : marah nie.. Grrrrrrrr!!!

ada aje yang tak kena bila try makan kt tempat lain..

hai semua..assalamualaikum and gud night... ok, ekceli da pagi da pon kalo mengikut teori. okeh, ni nak cerita sikit. korang pernah tak pergi makan kt tempat yang korang tak penah pergi lagi or dalam ayat simple and mudah dan jelas lagi paham, makan dekat bukan tempat biasa.

aku sekarang belajar kt dungun and aku tak duduk hostel sebab semua budak degree tak boleh duduk hostel sebab kena bagi peluang kt budak diploma lah kononya.so, bila da duduk kt luar ni kan, memang i used to eat kt luar la.. sekarang ni da jarang sangat da masak kt umah sewa sebab tak sempat. balik kelas da penat, tahu nak tido aje. even a little bit jimat kalo masak sendiri, tp it takes time laa.. nak kene pootong ayam, potong sayur, masak tu, masak ni.. kalo makan kt kedai, oder je tru phone, bila siap akak kedai call then gi makan. see, network tu kene ada even dengan akak restoran waima warung sekalipun.

selalunya my hosmate and I memang selalu gi makan dekat warong kenanga yang dekat ngan rumah kitorang. kat situ lauk dia memang banyak, sedap and puas hati kalau makan. tapi kalo kau pergi after isya', lama la sikit kene tunggu nye. nak dijadikan cerita, bila da selalu sangat makan kat tempat sama, teringin laa jugak nak pergi try kt tempat lain. ekceli, da banyak kali jugak kitorang makan kt tempat lain, tapi most of the time memang kt situ laa aku selalu pergi nya.

malam semalam, nak pergi makan nasi lemak pak cik kete api tapi tutup la pulak. and kt situ ada satu restoran yang agak ramai jugak orang and ada big screen lagi kalau nak tengok tv. sempat la jugak aku tengok cerita nilapura yang tak best tuh semalam. aku punye oder mee goreng mamak and my rumate mee bandung. sumpah tak sedap. mee aku hangit and mee bandung pulak rasa and bau hanyir. HANYIR ok. aku rasa sesudu pon kembang tekak.

bila komen kt tauke tu, dia cakap nak buat yang lain but aku rasa dia just alter the previous one tu je sebab sekejap sangat da siap yang baru. tapi bau mee bandung tu still sama then kitorang decide nak bungkus that mee and bagi kt member yang laki. laki semua makan. tapi yang tak best nya, pagi td si member aku tu cakap yang dalam mee bandung tu ada lalat sekor. kesian la pulak bagi kt dorang kan. tapi nak buat macam mana..

bila makan kt tempat lain, at the end selalu aku cakap ngan rumate aku "kita memang tak boleh makan tempat lain selain warong kenanga tu". tadi makan kt restoran lain, balik satu rumah bau ikan kering, belacan, asap and sume2 laa bau kt kedai tu. sebab nya sume bawak balik bau dari kedai..

warong kenanga jugak yang paling best ..

Tuesday, December 13, 2011

final exam is on the way?? aku tak ready pon lagi nak final.. adehhh

assalamualaikum... hai semua... aku ada lagi seminggu je nak belajar then study week and then final exam. cakap pasal final exam je, aku ade satu simptom yang memang dari diploma dulu aku tak boleh nak buang.. aku mesti rasa sakit perut tiap tiap kali nak masuk exam hall.. bukan sakit perut nak berak ke ape, tapi sakit perut sebab too nervous. aku pon tak tahu kenapa boleh jadi macam tu tapi everytime nak final macam tu laa yang selalu jadi. 

tadi dah tengok exam punye schedule. my first paper is on 4th january.. next year okey? ( macam lambat lagi aje)and the rest paper tu aku ada gap 2 hari je. last paper tu la lucky sikit sebab gap 4 hari. for this sem, aku ada 5 paper yang masuk exam and the other 2 paper tu, 100% based on assessment. yang 2 paper tu biasalah BEL and ARAB. aku ambik arabic as my 3rd language. 

BEL tu sape sape student uitm memang tahu la kan.. some sort like english class laa.. but every sem main course dia lain lain laa.. BEL sem ni pasal interview. so through out the semester ni memang blaja pasal interview laa.. phone interview, face to face interview, macam  mana korang nak interview and sume la pasal interview.. last 3 week, sengsara aku tunggu phone call interview.. nak berak pon tak senang. nak tengok wayang pon phone kene pegang sbb miss tu memang akan call bila bila masa yg dia free and aku free la. but at the end, the 3rd week tu baru kene giliran aku.. before this, kalau nak tidur, nak makan, nak masak phone memang kene ada dlm poket aje.. tapi bila phone aku duk jauh tgh sedap sedap tido tu laaa mis call nye..

aku sebenarnya tak ready langsung lagi nak final ni.. bukan lama lagi tau.. tapi dengan keje yang melambak lambak, assignment lagi, group project, arabic drama, roleplay, tests, quizzes.. there's so many thing yang tak siap ! bila nak buat semua ni? entah lah.. asyik asyik entah la but at the end, bila due date sume keje siap.. cume hectic laa sikit.. memang tak tidur malam laa.. tapi walau macam mana banyak sekalipon keje aku, test aku, quiz aku, aku still online dengan jaya nya.. kenapa? da memang hobi.. haha

ok, da laa.. tu aje yang aku rasa nak cakap kt sini sekarang.. kalau ada story lain lagi nanti malam malam kang or esok or lusa or maybe next week aku story mory.. aku suka berblog but for this moment aku lagi suka jd silent reader kt blog orang lain.. nak tulis blog sendiri malas. idea tadak !

ok, bai.. esok ada test pagi.. gud luck for me =)


Saturday, December 10, 2011

aku nak merapu je malam ni.. so, takde title for this entry

esok hari ahad.. kalau kt terengganu hari ahad dah kerja, budak da kene pegi sekolah, student da kene pegi kuliah, lecturer da kene mengajar, kedai kek sweeden da bukak, nak bayar bil TM pon da boleh and semua laa.. pendek kata hari ahad semua da kene beroperasi.

aku sangat tak suka bila weekend aku kene kacau ngan modul and ceramah whatsoever sebab aku takde masa nak tidur lama, masa nak meronggeng, masa nak tengok cerita korea, running man.. sebab masa weekend je boleh nak buat semua tu kan? and aku akan rasa minggu ni paaaanjangggg sangat sebab time weekend pon kau kene pakai baju kurung, hari2 g kuliah pon pakai baju kurung..

bila kelas da stat macam biasa, kerja menimbun, esaiment bederet, mana nak test lagi, kuiz lagi.. by that time mula laa aku rasa stress.. jalan pun tak nak senyum aje.. (perlu ke mention?) makan pon banyak.. (tak stress pon aku makan banyak jugak)


ohh.. thursday.. i wish you can come faster this week

tu laa kau ! lama sangat tinggal.. sampai tak tahu nak buat apa..

buruk ! ye.. blog aku sekarang ni sangat buruk rupa nya.. dalam 3 bulan aku bersara temporarily ni, memang aku tak bukak langsung blog lama aku ni.. dah nama pon kau delete kan, kalau nak bukak kene undo delete laa balik.. bodoh ! 

sekarang ni bila aku rasa nak menulis balik, tangan kau ni gatal sesangat pegi tukar layout baru tapi tak reti.. sudah nya.. blog kelihatan sangat buruk rupa.. nak mengedit balik, it takes time.. nanti laaa.. sekarang ni aku tengah sibuk ya rabbi.. mana ada masa nak mengadap mende leceh macam ni even aku always ada masa untuk tidur . 

aku dah tak ingat macam mana nak bagi blog aku ni cantik beseri bak morning glory.. ada sapa2 yang rajin takk???

budak zaman sekarang super moden sampai nak mengeja pun dah tak pandai !

tadi aku duk godek godek facebook, tetiba jumpa satu print screen nie..


haa, amek kau.. super duper besar aku kasi.. kalau tak nampak buta..  budak budak zaman sekarang nie pelik sesangat aku tengok.. makin cangih, makin moden, makin nak kiamat dunia, bukan jadi lagi alim, lagi baik, lagi bijak lagi nak menambah pahala tapi makin tak reti nak mengeja.. aku pon tak reti nak baca.. nak kata terencat, macam zalim la pulak kan? tapi what else I can say? it sounds damn silly

restored balik blog lama

assalamualaikum...

hai semua yang tertunggu tungu aku (ada yang tunggu ke ) aku pun tak tahu kenapa aku restored balik blog lama aku ni.. maybe keinginan nak menulis tu da meluap luap mencurah ke ladang gandum hamek kau  (super hyperbola)

okey laa.. for this moment aku ada a few things nak share dengan korang semua.. apa dia tu, tunggu next entry.. 

aku tak pernah harap ada orang baca blog aku, tapi bila aku delete blog aku nie, rasa macam terharu pulak bila ramai yang tanya "ehh, kenapa blog dah tak ada??" at least ada juga yang sudi baca blog aku yang sangat tak berinformasi ni even hanya sekangkang kera.. ok, merepek !