KLIK SINI



Bakers1171 - Homemade & Halal


Monday, November 29, 2010

AQIQAH

Aqiqah ialah menyembelih binatang ternakan (al-An’am) yang dilakukan sebagai tanda kesyukuran

kepada Allah di atas bayi yang baru dilahirkan.


Aqiqah hukumnya sunat muakkad.

Sabda Rasulullah SAW :

"Setiap anak menjadi gadaian sehingga disembelih aqiqahnya pada hari ketujuh kelahiran,

dicukur rambut dan diberi nama"

Sebaik-baik aqiqah ialah disembelih dua ekor kambing @ dua bahagian drp lembu/kerbau/unta bagi bayi lelaki dan seekor kambing @ satu bahagian drp lembu/kerbau/unta bagi bayi perempuan.


Waktu yang paling afdhal bagi aqiqah ialah hari ketujuh kelahiran bayi. Namun, ia boleh dilakukan sehingga bayi tersebut mencapai umur baligh.

Daging aqiqah tidak wajib disedeqahkan kepada orang fakir miskin, memadai dengan mengadakan

jamuan/kenduri dengan menjemput orang ramai.


Syarat Sah Aqiqah

syarat sah aqiqah ialah:

(a) Berniat aqiqah ketika menyembelih.

(b) Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.

(c) Memenuhi syarat-syarat sembelihan.

(d) Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut

(e) Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran @ bila-bila masa

sebelum anak tersebut baligh

(f) Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.


Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut:

Binatang/Umur
 Biri-biri/

1 tahun atau lebih

Kambing

2 tahun atau lebih

Lembu/kenbau

2 tahun atau lebih

Unta

5 tahun atau lebih

Sunat-sunat Aqiqah ialah:

(a) Dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran.

(b) Menyembelih ketika matahani sedang naik (pagi).

(c) Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan.

(d) Memberi nama yang baik kepada bayi

(e) Berdoa ketika hendak menyembelih.

(f) Daging dimasak manis.

(g) Tidak mematahkan sendi tulang binatang tersebut ketika dimasak.

(h) Daging aqiqah disunatkan buat jamuan atau kenduri dengan menjemput
seluruh penduuduk kampung


Hikmah Aqiqah

1 Tanda kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan zuriat.

2 Menggalakkan amalan sedekah.

3 Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.

4 Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.

5 Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.

6 Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan kebaikan

Sunday, November 28, 2010

WANITA DAN BENCANA

Amaran !!!

SAYA merasakan perlu memberi ingat kepada saudara-saudara sekalian kepada satu bencana yang akan berlaku sebagaimana yang telah diberi amaran oleh Rasulullah saw di dalam beberapa hadisnya dengan sabdanya yang bermaksud:

" Takutlah kamu kepada Allah SWT dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum perempuan."

Kita melihat di akhir-akhir ini kaum wanita menjadi fitnah dan bencana yang digunakan oleh mereka yang bertujuan untuk meruntuhkan akhlak umat Islam. Mereka menjadi sasaran apabila batang tubuh mereka dijadikan alat untuk mengiklankan barang-barang jualan walaupun barang-barang tersebut tidak ada kena mengena dengan kaum wanita. Batang tubuh wanita dijadikan punca kepada maksiat apabila berlaku kelakuan mendedahkan aurat di kalangan mereka.

Allah SWT menentukan bahawa Rasulullah saw mendidik keluarga dan isteri-isteri baginda terlebih dahulu sebelum memberi pendidikan kepada orang lain sebagaimana firman Allah di dalam al-Quranul Karim yang bermaksud:

"Wahai nabi, katakan kepada isteri-isterimu,jika kamu sekalian inginkan kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya Aku berikan kepada kamu, kemudian Aku ceriakan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan rasul-Nya (kebahagiaan) hari akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan kepada sesiapa yang berbuat baik di antara kamu pahala yang besar."

Begitulah Allah SWT memerintahkan Rasulullah saw supaya mendidik isteri-isteri baginda supaya berpegang dengan agama dan mendidik keluarganya supaya mematuhi perintah Allah SWT.

Kita melihat kedua ibu bapa pada hari ini kurang memberi perhatian kepada pantang larang agama terutamanya di dalam perkara menutup aurat di kalangan anak-anak perempuan mereka. Beranggapan bahawa menutup aurat hanyalah satu adat dan budaya semata-mata dan bukannya ada kaitan dengan agama, tidak ada kaitan dengan dosa pahala dan hari akhirat.

Rasulullah saw memberi tahu di dalam hadisnya Israk dan Mikraj bahawa baginda melihat ada perempuan yang digantung kepalanya di dalam neraka jahanam kerana mendedahkan aurat. Ini menunjukkan bahawa perkara aurat bukannya perkara yang boleh dipandang ringan. Ada ibu bapa yang tidak mengambil kisah apabila anak-anak mereka mendedahkan aurat di khalayak ramai lalu berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini seperti zina, rogol dan sebagainya, maka pada masa itu barulah kedua ibu bapa merasa susah dan malu. Puncanya ialah kerana mereka tidak mendidik anak-anak dengan didikan yang betul.

Rasulullah saw pernah memberi tahu dalam hadisnya bahawa Allah SWT akan memasukkan kedua ibu bapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan kemudian mendidik mereka secara didikan agama.

Sahabat bertanya: "Kalau ada dua orang anak perempuan?

" Baginda menjawab: "Ya, walaupun dua orang."

Dapat difahami daripada hadis ini, iaitu kalau orang dapat menjaga anak-anak mereka dengan baik dan mengikut adab-adab Islam, akan dimasukkan ke dalam syurga, maka sebaliknya sesiapa yang tidak peduli terhadap pendidikan anak-anak akan menjadi sebab untuk dimasukkan ke dalam neraka.


Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Wahai orang-orang beriman, selamatkan diri kamu dan keluarga kamu daripada azab neraka." (Surah Al-Taharim: ayat 6).

Rasulullah saw mengajar kita cara mendidik anak sebagaimana sabdanya yang bermaksud:

"Suruhlah anak-anak kamu sembahyang apabila berumur tujuh tahun. Pukul mereka apabila berumur sepuluh tahun jika tidak juga sembahyang serta pisahkan tempat tidur mereka."

Bukan sahaja kita wajib memerintah dan memukul anak-anak apabila berumur sepuluh tahun kerana tidak sembahyang tetapi juga hendaklah dibuat perkara yang sama ke atas mereka apabila tidak melakukan suruhan-suruhan agama yang lain seperti menutup aurat, puasa dan lain-lain. Ramai ibu bapa pada akhir-akhir ini menjaga anak-anak mereka seolah-olah hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti memelihara ayam, itik, lembu, kerbau dan kambing yang hanya bertujuan menggemukkan badan sahaja.

Percayalah apabila anak-anak itu diajar dengan akhlak yang baik, anak-anak itu akan memberi faedah kepada orang tuanya semasa hidup dan selepas mati, semasa sihat dan semasa sakit, di dunia dan di dalam kubur. Kita tidak mahu anak-anak yang menjadi beban dan celaka kalau tidak pandai mendidik mereka.

Walaupun sekadar tidak menutup aurat, anak-anak kita akan membawa celaka semasa hidup dan selepas mati.
Marilah kita kembali kepada Allah dengan memberi perhatian kepada diri kita dan kepada anak isteri kita dengan jangan membiarkan mereka membuka aurat di khalayak ramai dan bergaul secara bebas yang kemudiannya akan membawa mala petaka kepada diri mereka, keluarga, masyarakat dan negara, seterusnya membawa bala di akhirat kelak kepada kita.

Wednesday, November 17, 2010

SALAM AIDILADHA


Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)


Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

Wednesday, November 10, 2010

Tipu Daya

Hadith :
Dari Huzaifah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Dajal selalu membawa air dan api. Api itu sebenarnya adalah air sejuk, sedangkan air sebenarnya adalah api. Kerana itu waspadalah kamu agar tidak celaka.

(Riwayat Imam muslim)

Tuesday, November 2, 2010

Keistimewaan Tanah Haram Madinah













Nama-nama Madinah

1. Thabah

2. Thaibah

Sempadan Tanah Haram Madinah

1. Dari arah utara dan selatan ialah sejauh 12 batu iaitu di antara 'Ayr dan Thur.

الْمَدِينَةُ حَرَمٌ مَا بَيْنَ عَيْرٍ إِلَى ثَوْرٍ

Tanah Haram Madinah adalah di antara 'Ayr dan Thur. Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Turmizi, Ahmad dan al-Baihaqi.

'Ayr adalah nama sebuah bukit yang masyhur di Madinah. Sementara Thur ialah sebauh anak bukit yang teletak di sebelah Bukit Uhud di utara Madinah. Bukit Uhud adalah termasuk dalam Tanah Haram Madinah.

2. Dari arah timur dan barat pula juga sejauh 12 batu iaitu di antara 2 kws berbatu hitam di kedua-dua belah pihak berdasarkan hadis Rasulullah SAW ;

حَرَّمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا بَيْنَ لَابَتَيِ الْمَدِينَةِ

Rasulullah SAW telah menjadikan kawasan yang terletak di antara dua kawasan yang berbatu hitam di Madinah sebagai Tanah Haram. Hadis riwayat Muslim dan al-Baihaqi. Lihat juga hadis riwayat Bukhari dan Ahmad dalam lafaz yang berbeza.

Ringkasnya, sempadan Tanah Haram Madinah adalah 12 batu dari segenap penjuru, timur-barat dan utara-selatan.

Keistimewaan Tanah Haram Madinah

1. Madinah adalah tempat yang berkat, tempat yang penuh dengan kebaikan.

عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّهَا طَيْبَةُ يَعْنِي الْمَدِينَةَ وَإِنَّهَا تَنْفِي الْخَبَثَ كَمَا تَنْفِي النَّارُ خَبَثَ الْفِضَّةِ

Dari Zaid bin Tsabit dari Nabi SAW, beliau bersabda : Ia Thaibah iaitu Madinah. Ia mengenepikan segala keburukan sama spt api yang menghilangkan kekotoran pada emas. Hadis riwayat Muslim.

2. Sesiapa yang sabar hidup di Madianh atau mati di Madinah, akan mendapat syafaat Rasulullah SAW.

لَا يَصْبِرُ أَحَدٌ عَلَى لَأْوَائِهَا فَيَمُوتَ إِلَّا كُنْتُ لَهُ شَفِيعًا أَوْ شَهِيدًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِذَا كَانَ مُسْلِمًا

Sesiapa yang sanggup dan sabar menanggung kesukaran tinggal di Madinah, lalu dia mati (di Madinah), maka aku akan memberi syafaat dan menjadi saksi di hari kiamat, jika dia seorang Muslim. Hadis riwayat Muslim.

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَبَرَ عَلَى لَأْوَائِهَا كُنْتُ لَهُ شَفِيعًا أَوْ شَهِيدًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Daripada Ibnu Umar, beliau mendengar Rasulullah SAW berkata : Sesiapa yang bersabar dengan kesukaran tinggal di Madinah, maka aku akan memberi syafaat dan menjadi saksi kepadanya pada hari Kiamat. Hadis riwayat Muslim.

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يَمُوتَ بِالْمَدِينَةِ فَلْيَفْعَلْ فَإِنِّي أَشْهَدُ لِمَنْ مَاتَ بِهَا

Dari Ibnu Umar, Rasulullah SAW telah bersabda Sesiapa yang mampu/dapat mati di Madinah, hendaklah dia berusaha ke arah itu, sesungguhnya Aku menjadi saksi sesiapa yang mati di sana (Madinah). Hadis riwayat Muslim.

عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ اللَّهُمَّ ارْزُقْنِي شَهَادَةً فِي سَبِيلِكَ وَاجْعَلْ مَوْتِي فِي بَلَدِ رَسُولِكَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Dari Umar RA bahawa beliau berdoa : Ya Allah, kurniakanlah aku syahid di jalanmu, matikan aku di negeri Rasulmu SAW (Madinah). Hadis riwayat Bukhari.

عَنْ عَامِرِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَكَلَ سَبْعَ تَمَرَاتٍ مِمَّا بَيْنَ لَابَتَيْهَا حِينَ يُصْبِحُ لَمْ يَضُرَّهُ سُمٌّ حَتَّى يُمْسِيَ

3. Makan kurma atau kurma ajwah di Madinah akan terhindar drp racun dan sihir.

Dari 'Amir bin Saad bin Abi Waqas dari bapanya bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa yang makan 7 kurma pada waktu pagi di Madinah tidak akan mendapat kemudharatan drp racun sehingga waktu petang. Hadis riwayat Muslim.

مَنْ تَصَبَّحَ كُلَّ يَوْمٍ سَبْعَ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً لَمْ يَضُرَّهُ فِي ذَلِكَ الْيَوْمِ سُمٌّ وَلَا سِحْرٌ

Sesiapa makan 7 kurma ajwah setiap pagi, dia tidak akan mendapat kemudharatan drp racun dan sihir pada hari tersebut. Hadis riwayat Bukhari.

4. Tempat berkumpulnya iman (Islam)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْإِيمَانَ لَيَأْرِزُ إِلَى الْمَدِينَةِ كَمَا تَأْرِزُ الْحَيَّةُ إِلَى جُحْرِهَا


Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda Sesungguhnya iman akan berkumpul di Madinah sebagaimana berkumpulnya ular ke sarangnya. Hadis riwayat Bukhari.


5. Bebas daripada Dajjal dan penyakit taun.

عَنْ أَبِي بَكْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْمَدِينَةَ رُعْبُ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ لَهَا يَوْمَئِذٍ سَبْعَةُ أَبْوَابٍ عَلَى كُلِّ بَابٍ مَلَكَانِ

Dari Abu Bakrah RA dari Nabi SAW, beliau telah bersabda : Tidak akan masuk ke Madinah Dajjal, di situ (Madinah) ada 7 pintu, setiap pintu dijaga oleh 2 malaikat. Hadis riwayat Bukhari.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَدْخُلُ الْمَدِينَةَ المَسِيحُ وَلَا الطَّاعُونُ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, beliau telah bersabda : Dajjal dan penyakit taun tidak akan masuk ke Madinah. Hadis riwayat Bukhari.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى أَنْقَابِ الْمَدِينَةِ مَلَائِكَةٌ لَا يَدْخُلُهَا الطَّاعُونُ وَلَا الدَّجَّالُ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, beliau telah bersabda : Di sempadan Madinah terdapatnya Malaikat, Dajjal dan penyakit taun tidak akan masuk ke Madinah. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
عَنْ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ مِنْ بَلَدٍ إِلَّا سَيَطَؤُهُ الدَّجَّالُ إِلَّا مَكَّةَ وَالْمَدِينَةَ لَيْسَ لَهُ مِنْ نِقَابِهَا نَقْبٌ إِلَّا عَلَيْهِ الْمَلَائِكَةُ صَافِّينَ يَحْرُسُونَهَا ثُمَّ تَرْجُفُ الْمَدِينَةُ بِأَهْلِهَا ثَلَاثَ رَجَفَاتٍ فَيُخْرِجُ اللَّهُ كُلَّ كَافِرٍ وَمُنَافِقٍ


Dari Anas bin Malik RA dari Nabi SAW, beliau telah bersabda : Tidak ada satu negeripun, kecuali akan dimasuki Dajjal kecuali Makkah dan Madinah yang setiap pintu gerbangnya ada malaikat-malaikat yang berbaris menjaganya. Kemudian Madinah menggoncang penghuninya tiga kali, sehingga, Allah mengeluarkan seluruh orang kafir dan munafik."Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


6. Allah SWT telah menjaga penduduk Madinah drp perancangan jahat musuh dan memeliharanya drp amalan bidaah.

مَنْ أَرَادَ أَهْلَ هَذِهِ الْبَلْدَةِ بِسُوءٍ يَعْنِي الْمَدِينَةَ أَذَابَهُ اللَّهُ كَمَا يَذُوبُ الْمِلْحُ فِي الْمَاءِ

Sesiapa yang hendak berbuat jahat (tipudaya) kepada penduduk Madinah, nescaya Allah akan mengazabnya (menghancurkannya) sebagaimana larutnya garam dalam air. Hadis riwayat Muslim dan Ahmad.


حَدَّثَنَا عَاصِمٌ قَالَ قُلْتُ لِأَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَحَرَّمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ قَالَ نَعَمْ مَا بَيْنَ كَذَا إِلَى كَذَا فَمَنْ أَحْدَثَ فِيهَا حَدَثًا قَالَ ثُمَّ قَالَ لِي هَذِهِ شَدِيدَةٌ مَنْ أَحْدَثَ فِيهَا حَدَثًا فَعَلَيْهِ لَعْنَةُ اللَّهِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ لَا يَقْبَلُ اللَّهُ مِنْهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ صَرْفًا وَلَا عَدْلًا

Dari `Ashim ia berkata: Aku bertanya kepada Anas bin Malik: Apakah Rasulullah saw. telah mengharamkan Madinah? Anas menjawab: Ya, iaitu antara gunung ini sampai gunung ini, maka barang siapa yang berbuat bidaah di Madinah. Ia melanjutkan: Kemudian ia berkata lagi kepadaku: Ini adalah ancaman, barang siapa yang berbuat bidaah, maka ia akan terkutuk oleh laknat Allah, para malaikat serta seluruh manusia dan Allah tidak akan menerima taubat dan tebusan darinya pada hari kiamat. Hadis riwayat Muslim.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمَدِينَةُ حَرَمٌ فَمَنْ أَحْدَثَ فِيهَا حَدَثًا أَوْ آوَى مُحْدِثًا فَعَلَيْهِ لَعْنَةُ اللَّهِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ لَا يُقْبَلُ مِنْهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَدْلٌ وَلَا صَرْفٌ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi saw. beliau bersabda: Madinah itu adalah tanah haram. Barang siapa yang berbuat bidaah di dalamnya atau melindungi seorang pembidaah, maka ia akan terkutuk dengan laknat Allah, para malaikat dan seluruh manusia dan Allah tidak akan menerima taubat serta tebusannya pada hari kiamat. Hadis riwayat Muslim.

7. Segala barang dagangan diberkati (sukatan).

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَدِمْنَا الْمَدِينَةَ وَهِيَ وَبِيئَةٌ فَاشْتَكَى أَبُو بَكْرٍ وَاشْتَكَى بِلَالٌ فَلَمَّا رَأَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَكْوَى أَصْحَابِهِ قَالَ اللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيْنَا الْمَدِينَةَ كَمَا حَبَّبْتَ مَكَّةَ أَوْ أَشَدَّ وَصَحِّحْهَا وَبَارِكْ لَنَا فِي صَاعِهَا وَمُدِّهَا وَحَوِّلْ حُمَّاهَا إِلَى الْجُحْفَةِ

Dari Aisyah RA., ia berkata: Kami tiba di Madinah, ketika kota tersebut dilanda wabah penyakit sehingga Abu Bakar dan Bilal mengeluhkan keadaan itu. Ketika Rasulullah saw. menyaksikan keluhan para sahabatnya, beliau berdoa: Ya Allah, jadikanlah kami sebagai pecinta Madinah sebagaimana Engkau membuat kami mencintai Mekah bahkan lebih besar lagi, bersihkanlah lingkungannya, berkatilah untuk kami dalam setiap sha` serta mudnya (sukatan) dan alihkanlah wabah penyakit (Madinah) ke daerah Juhfah. Hadis riwayat Muslim.

إِنَّ إِبْرَاهِيمَ حَرَّمَ مَكَّةَ وَدَعَا لِأَهْلِهَا وَإِنِّي حَرَّمْتُ الْمَدِينَةَ كَمَا حَرَّمَ إِبْرَاهِيمُ مَكَّةَ وَإِنِّي دَعَوْتُ فِي صَاعِهَا وَمُدِّهَا بِمِثْلَيْ مَا دَعَا بِهِ إِبْرَاهِيمُ لِأَهْلِ مَكَّةَ

Sesungguhnya Ibrahim telah mengharamkan Mekah dan mendoakan penduduknya dan sesungguhnya aku pun mengharamkan Madinah sebagaimana Ibrahim telah mengharamkan Mekah. Dan sesungguhnya aku juga berdoa agar setiap sha` dan mudnya (sukatan/timbangan) diberkati dua kali ganda dari yang didoakan Ibrahim untuk penduduk Mekah. Hadis riwayat Muslim.



Perbezaan Tanah Haram Madinah dgn kawasan lain (Tanah Halal)

1. Binatang buruan di kwsn ini adalah HARAM diburu, dan pokoknya yang masih hidup dan tumbuh sendiri dan bukan ditanam oleh manusia haram ditebang/potong sama ada oleh mereka yg berihram atau tidak, kecuali binatang berkenaan amt merbahaya dan biasanya akan menyerang manusia.

عَنْ جَابِرٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ إِبْرَاهِيمَ حَرَّمَ مَكَّةَ وَإِنِّي حَرَّمْتُ الْمَدِينَةَ مَا بَيْنَ لَابَتَيْهَا لَا يُقْطَعُ عِضَاهُهَا وَلَا يُصَادُ صَيْدُهَا

Ibrahim telah menjadikan Makkah sebagai Tanah Haram, sementara Aku pula menjadikan Madinah sebagai Tanah Haram meliputi kawasan di antara dua kawasan berbatu hitam. Pokoknya tidak boleh dipotong dan binatang buruannya tidak boleh diburu. Hadis riwayat Muslim.

Oleh kerana Madinah mempunyai banyak pokok dan tumbuhan berbanding dgn Tanah Haram Makkah, terdapat beberapa pengecualiaan berbanding dengan Makkah. Di antaranya ialah ;

Hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib RA di mana Rasulullah SAW telah menjelaskan dengan panjang lebar tentang kisah pengharaman tanah Madinah.

لَا يُخْتَلَى خَلَاهَا وَلَا يُنَفَّرُ صَيْدُهَا وَلَا تُلْتَقَطُ لُقَطَتُهَا إِلَّا لِمَنْ أَشَادَ بِهَا وَلَا يَصْلُحُ لِرَجُلٍ أَنْ يَحْمِلَ فِيهَا السِّلَاحَ لِقِتَالٍ وَلَا يَصْلُحُ أَنْ يُقْطَعَ مِنْهَا شَجَرَةٌ إِلَّا أَنْ يَعْلِفَ رَجُلٌ بَعِيرَهُ

Tidak HARUS dicabut rumputnya, tidak HARUS diganggu binatang buruannya. Tidak boleh diambil sesuatu yang tertinggal/tercicir tanpa tuan di dalam kawasannya (Luqathah) kecuali bagi mereka yang mahu mengiklankannya. Tidak boleh membawa senjata utk membunuh. Sebarang pokoknya tidak patut dipotong kecuali seseorang itu mahu memberi makanan kepada untanya. Hadis riwayat Abu Daud.

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُخْبَطُ وَلَا يُعْضَدُ حِمَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَكِنْ يُهَشُّ هَشًّا رَفِيقًا

Dari Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Tidak boleh dipatah atau dipotong pokok di kws larangan Rasulullah SAW, tapi boleh kalau dikaitkan daunnya dgn cermat. Hadis riwayat Abu Daud.


Keistimewaan Masjid Nabawi dan Maqam Rasulullah
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Solat di masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik drp 1000 solat di tempat lain selain drp Masjidil Haram. Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Turmizi, Ibnu Majah, Ahmad dan Malik.


عَنْ ابْنِ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ عَنْ أَبِيهِ قَالَ تَمَارَى رَجُلَانِ فِي الْمَسْجِدِ الَّذِي أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَى مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ فَقَالَ رَجُلٌ هُوَ مَسْجِدُ قُبَاءَ وَقَالَ الْآخَرُ هُوَ مَسْجِدُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هُوَ مَسْجِدِي هَذَا

Dari anak Abu Said al-Khudri, dari ayahnya, beliau berkata, 2 lelaki telah berselisih pendapat tentang manakah masjid yang diasaskan atas dasar taqwa (spt yg dijelaskan dlm al-Quran). Salah seorng berkata, ia adalah masjid Quba' dan seorang lagi berkata, ia adalah masjid nabawi. Lalu Rasulullah SAW bersabda ; ia adalah masjidku ini (Masjid Nabawi). Hadis riwayat Muslim, Nasaie, Turmizi, dan Ahmad dlm lafaz yang berbeza-beza.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلَاثَةِ مَسَاجِدَ مَسْجِدِ الْحَرَامِ وَمَسْجِدِي هَذَا وَالْمَسْجِدِ الْأَقْصَى

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, beliau bersabda : Tidak perlu seseorang itu bersusah payah bermusafir kecuali untuk menuju 3 masjid iaitu Masjidil Haram, Masjidku (Masjid Nabawi) dan Masjid al-Aqsa. Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Turmizi, Ibnu Majah dan Ahmad dlm lafaz yang berbeza-beza.


عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم مَنْ زَارَ قَبْرِى وَجَبَتْ لَهُ شَفَاعَتِى

Dari Ibnu Umar bahwa Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa yang menziarah kuburku, Wajib ke atasnya Syafaatkku. Hadis riwayat ad-Daruqutni.

من زارني بعد موتي فكأنما زارني في حياتي

Sesiapa yang menziarahiku sesudahku mati (kuburku), maka seolah-olah dia menziarahiku semasa aku masih hidup. Hadis riwayat ad-Daruqutni dan al-Baihaqi.


مَا بَيْنَ قَبْرِي وَمِنْبَرِي رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ

Tempat di antara Kuburku dan Mimbarku (Raudah) adalah salah satu taman daripada taman syurga. Hadis riwayat Ahmad, Nasaie, Baihaqi dan Tabarani.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...