“KANSER DAN KIMOTERAPI November 26, 2011 By: admin Category: Kesihatan Dan Anda Sejarah penggunaan kaedah kimoterapi untuk kanser telah bermula seawal tahun 1940an dengan dadah kimo yang dikenali sebagai nitrogen mustards dan asid folik.Secara khususnya ia mula digunakan dihospital2 tentera Amerika untuk merawat kanser limfoma.Dadah kimo dari era awal penggunaanya adalah bersifat dadah sintetik yakni yang dihasilkan dengan adunan bahan2 kimia tertentu didalam makmal. Badan kita mempunyai berbillion sel membentuk pelbagai jenis tisu dan ia membelah pada setiap saat disepanjang kehidupan kita.Apabila kita telah membesar atau dewasa,sebahagian sel2 ini akan berhenti membelah.Apabila kita menjadi tua lebih banyak sel2 badan akan menjadii statik,bermaksud tiada keperluan untuk terus berkembang.Selepas ini sel2 ini akan teraktif semula untuk mengantikan sel2 yang telah rosak atau mati.Umpamanya jika kita tercedera sel2 baru akan diaktifkan untuk mengantikan sel2 yang mati tadi. Namun sel2 kanser tidak mengikuti rutin yang telah ditetapkan ini.Sel2 kanser akan terus membelah dan membahagi secara berterusan tanpa kawalan.Ia bermula dengan satu sel kanser dan apabila ia mula membahagi ia akan membentuk tumor.Tumor yang terus membesar inilah sebenarnya memberi impak kepada kondisi kesihatan kita apabila ia mula menghalang fungsi2 tisu atau organ disekelilingnya.Ia tidak berhenti membesar disatu2 kawasan malah pada satu2 ketika ia berkecenderungan untuk mengembara dari satu lokasi ke lokasi badan yang lain.Istilah ini dikenali sebagai mestatasis. Pertama sekali perlu dingat apabila anda telah disahkan menghidap kanser ia akan pasti melibatkan penggunaan dadah kimoterapi.Walaupun anda telah dibedah,penggunaan dadah kimoterapi adalah perkara wajib untuk membunuh sel2 kanser yang tertinggal pada luka pembedahan atau yang telah bermestasis ke bahagian badan yang lain. Yang keduanya terdapat pelbagai jenis dadah kimoterapi untuk jenis2 kanser tertentu dan adakalanya doktor terpaksa menggunakan kombinasi pelbagai dadah kimo jika mereka mendapati terdapat sel2 kanser telah bermestasis ke bahagian2 organ yang berlainan. Dadah kimoterapi direka untuk mengganggu proses pembelahan sel2 kanser ini dengan merosakkan gene2 dalam nukelius sel2 kanser.Bahkan ia amat berkesan untuk membunuh jenis2 sel kanser yang membelah secara agresif berbanding dengan jenis sel kanser yang tidak agresif. Namun didalam badan kita terdapat jenis sel2 yang juga membelah secara agresif setiap masa.Dan ia akan menjadi sasaran dadah kimo kerana dadah kimo tidak dapat membezakan diantara sel2 sihat yang sedang membelah dengan sel2 kanser yang juga sedang membelah.Sel2 sihat yang diserang olih dadah kimo ini akan diganti kembali olih sistem badan apabila rawatan kimoterapi dihentikan.Namun sepanjang proses pengantian ini pesakit akan merasakan pelbagai simptom seperti keguguran rambut,loya, muntah,kehilangan berat badan,pendarahan dan kerosakkan tisu2 kulit. Antara sel2 sihat yang sentiasa membelah yang menyebabkan ia menjadi sasaran dadah kimo adalah sel2 darah,sel2 dalam mulut,sel2 dalam perut,sel2 dalam usus,sel2 rambut dan sel2 pada kulit.Ini menjelaskan mengapa kita menghadapi simptom2 tindak balas seperti loya,muntah,keguguran rambut dan berlaku pendarahan pada sesetengah bahagian badan atau organ luaran. Terdapat pelbagai jenis dadah kimo dengan fungsi2 yang berlainan atau cara2 yang berlainan untuk menghalang sel2 kanser ini terus membelah.Terdapat jenis dadah kimo yang membunuh sel2 kanser semasa ia sedang membelah dan ada juga jenis dadah kimo yang membunuh sel2 kanser semasa ia sedang berada dalam saluran darah untuk bermestsis. Ini menjelaskan kepada kita mengapa doktor adakalanya menggunakan beberapa kombinasi dadah kimo dalam setiap “cycle” atau kitaran.Ia bolih diumpamakan seperti satu strategi dalam peperangan dimana anda perlu menggunakan pelbagai jenis senjata dan strategi untuk menghalang musuh menjadi bertambah kuat dan strategi yang lain diperlukan untuk menghalang musuh yang sedang bergerak menuju ke lokasi yang lain atau yang cuba melarikan diri. Dadah kimo ini dimasukkan kedalam badan melalui kaedah suntikkan dan menelan kapsul atau pil.Untuk memasukkan dadah kimo melalui saluran darah doktor biasnya akan membuat pembedahan kecil untuk meletakkan sejenis alat yang dikenali dengan nama “vascular acces device” pada saluran darah utama jantung. “Port” akan diletakkan disini pada satu jangkamasa sehingga anda sudah menghabiskan jumlah cycle yang disyorkan doktor.Dengan cara pembinaan “port” ini bolih mengelakkan suntikkan berulangkali pada bahagian tangan umpamanya kerana ia lebih sukar dan lambat untuk dadah2 kimo sampai kedestinasi yang ditentukan.Terdapat pelbagai terma kimoterapi yang digunakan bergantung kepada tahap dan jenis kanser. 1. Adjuvant chemotherapy digunakan untuk membunuh saki baki sel kanser yang masih ada selepas pembedahan untuk mengelakkan “reoccurence”.( berulang ) 2. Neoadjuvant chemotherapy digunakan untuk mengecutkan sedikit saiz tumor sebelum pembedahan dilakukan.Terdapat satu kondisi dimana saiz tumor yang sangat besar tidak memungkin pembedahan dibuat kerana ia akan menyebabkan kecacatan ketara kepada struktur sesuatu organ.Adakalanya ia untuk mengelakkan risiko pembedahan yang agresif yang menyebabkan berlaku terlampau banyak pendarahan.Diantara jenis2 kanser yang paling kerap menggunakan kaedah ini ialah kanser colon atau rectal camcer.kanser paru2 dan kanser payudara. 3. Induction chemotherapy digunakan untuk menggalakkan proses penyembuhan atau semasa proses “remission”.Adakalanya doktor gemar melakukan “induction chemotherapy” dahulu kepada jenis2 kanser yang agak kronik dengan menggunakan dosage yang tinggi dengan harapan dapat menghalang perebakkan seterusnya.Ini untuk memberi masa kepada doktor untuk mencari kaedah2 rawatan yang paling tepat dan bersesuaian dengan jenis kanser yang dihadapi. 4. Consolidation chemotherapy digunakan setelah “remission” dan untuk mengelakkan kanser berulang. 5. Maintenance chemotherapy digunakan untuk menggelakan berulangnya sel kanser dan biasanya digunakan untuk jenis2 kanser tertentu dan diberikan dengan dosage yang lebih ringan. 6. Palliative chemotherapy pula digunakan untuk menggurangkan kesan himpitan kanser atau tumor dan ia biasanya tidak mengecutkan saiz tumor. Jumlah “cycle” yang diberikan adalah bergantung kepada jenis dan tahap kanser,keupayaan pesakit untuk pulih dari kesan sampingan dan keupayaan jenis2 dadah kimo yang digunakan.Misalnya adjuvant chemotherapy” bolih sahaja mengambil masa beberapa bulan.Setiap “cycle” dipisahkan oleh 1 ada 2 minggu untuk membolihkan pesakit pulih dari kesan sampingan.Jarak yang terlampau panjang antara 1 “cycle” biasanya tidak elok kerana sel2 kanser akan kembali bertambah dan risiko sel2 kanser membina “imuniti” terhadap jenis dadah kimo yang digunakan.Apabila ini berlaku doktor akan menggunakan jenis yang lebih berkuasa dengan kesan sampingan akan menjadi lebih teruk akibat “dounle dosing” ini. Jika sel22 kanser tidak berkurangan malah makin bertambah dan pesakit tidak dapat bertolenrensi dengan jenis2 dadah kimo yang lebih kuat doktor biasanya menghentikan kimoterapi dan pesakit akan dinasihatkan untuk pulang dan mencuba kaedah2 lain.Pada keadaan ini keadaan pesakit sebenarnya amat parah kerana terpaksa berdepan 1 lagi keadaan ia itu kemusnahan antibodi dan sel2 sihat. Terdapat beratus jenis dadah2 kimoterapi dengan fungsi2 berlainan.Kesemua dadah2 kimoterapi ini dibahagikan kepada beberapa kategori yang dikenali dengan nama “chemotherapy agent”. Alkylating Agents Jenis2 dadah yang termasuk dalam kategori ini adalah yang paling kerap digunakan.Ia berfungsi dengan cara merentasi secara langsung ke atas sel2 kanser dan menggangu DNA sel2 kanser menyebabkan ia tidak mampu membelah.Walaupun ia sesuai digunakan terhadap semua jenis kanser namun ia lebih kerap digunakan untuk jenis2 tumor yang membesar dengan agak perlahan.Ia juga kerap digunakan untuk kanser lukemia. Klik pada PDF diakhir tulisan ini untuk nama2 dadah kimo yang termasuk dalam kategori “alkylating agents” dan kemungkinan2 kesan sampingannya. Antimetabolites. “Antimetabolites” adalah dadah yang berfungsi dengan mengganggu DNA sel2 kanser seterusnya menghalang proses sintesis sel2 kanser.Olih kerana sel2 kanser membahagi dengan pantas dari sel2 sihat,ia memberi impak yang lebih kepada sel2 kanser berbanding sel2 yang sihat.Struktur jenis2 dadah kimo dari kumpulan “antimetabolites” mempunyai persamaan dengan beberapa jenis vitamin dan asid amino dalam badan kita.Dadah2 kimo dalam kumpulan ini membantu dalam rawatan kanser dengan menghalang pembahagian sel dan seterusnya menghalang pertumbuhan tumor. Anti tumor antibiotic Antibiotik antitumor diambil dari sejenis kulat yang denali “Streptomyces”.Dadah2 kimo ini digunakan secara meluas untuk merawat dan menyekat perkembangan tumor dalam badan. “Anti tumor antibiotic” berfungsi seperti radikal bebas yang menerobos jauh kedalam DNA sel2 kanser dn menghalang pembelahan seterusnya sel2 kanser tersebut.Ia biasa digunakan bersama kombinasi dadah2 kimo yang lain untuk jenis2 kanser tertentu seperti limfoma,kanser paru2 dan kanser otak jenis mestatasis.Adakalanya penggnaannya dihadkan kerana bahan2 toksidnya sering mendap didalam paru2 bersama sel2 kanser yang mati. Monoclonal antibodies Kelompok dadah kimo jenis ini bolihlah dianggap terbaharu yang digunakan semenjak tahun 1997 selepas diluluskan olih pihak FDA.Jenis dadah kimo ini berkerja dengan cara melekapkan dirinya kepada sel2 kanser yang menyebabkan sistem imun mengenali sasarannya dan seterusnya menyerang sel2 kanser tersebut.Ia kerap digunaan bersama sama sinaran radiasi yang bertindak sebagai jurupandu untuk sampai kepada sel2 kanser. Diantaranya yang palng kerap digunakan ialah “Alentuzumab”,”Avastin”,”Zevalin”,”Erbitux,Retuxan,Vertibix dan “Herceptin.Ia biasa digunakan terhadap kanser2 payudara,”head and neck”,”paru-paru,”non hodgkin lymphoma”,lukemia kronik dan kanser usus. Selain itu terdapat lagi agen2 kimoterapi yang lain.Antaranya seperti berikut. Epipodophyllotoxins Taxanes Vinca alkaloids Topoisomerase Inhibitors Platinums Plant alkaloids Setiap ketagori dadah2 kimo ini memberikan kesan2 sampingan yang berbeza beza mengikut tahap dosage dan jumlah cycle yang terpaksa diberikan.Ia bolih sahaja terdiri dari kesan2 sampingan yang agak ringan seperti loya,muntah dan demam atau yang lebih parah seperti kerosakkan kekal pada saraf2 tertentu dan kemusnahan buah pinggang.Sila klik pada file PDF diakhir artikel ini untuk informasi jenis2 dadah kimo dan jangkaan kesan sampingan yang dibawa bersamanya. Kimoterapi Dan Kos Ada satu perkara yang tidak berapa difahami olih sebahagian besar pesakit2 kanser atau “care taker” pesakit kanser di Malaysia mengenai kos yang melibatkan dadah kimoterapi.Anda mungkin berpendapat apabila doktor telah memutuskan untuk menggunakan kaedah kimoterapi,anda menyerahkan semua urusan2 tersebut kepada kebijaksanaan doktor. Biasanya anda tidak bertanya apakah jenis dadah yang akan digunakan.Anda tidak bertanya apakah terdapat jenis dadah kimoterapi yang lebih baik selain yang beliau cadangkan untuk jenis kanser anda.Apakah keburukkan jenis dadah yang beliau cadangkan dengan yang terbaik yang terdapat dalam pasaran.Dan anda tidak bertanya berapakah harga dadah kimo yang terbaik tersebut. Jika anda tidak dilindungi insuran dan hanya bergantung kepada ihsan kerajaan,dan beliau mendapati kanser anda tiada peluang untuk disembuhkan dengan penggunaan dadah kimo yang biasa ( bermestasis ),ada kemungkinan besar anda akan disuruh pulang untuk menguruskan hari2 anda.Ini amat berbeza dengan sekiranya anda mempunyai sumber kewangan yang banyak,mereka akan mencuba pelbagai jenis dadah kimo sehingga semua duit anda habis atau mencuba pelbagai kaedah yang lain. Inilah yang berlaku kepada Steve Jobs,pengasas Apple yang menjalani pembedahan pemindahan hati yang menelan ratusan ribu USD.Sekiranya anda seorang kakitangan kerajaan,kerajaan mempunyai “budget” tertentu untuk penggunaan jenis2 dadah kimo dan ia diberikan peruntukkan mengikut gred tangga gaji anda.Kebiasaanya anda perlu mengeluarkan duit anda dahulu untuk membeli dadah2 kimo yang disyorkan doktor dan akan digantikan kemudian.Dan ini pun saya difahamkan mempunyai pelbagai jenis karenah birokrasi yang memakan masa berbulan bulan sehingga ada yang tidak sempat diselamatkan kerana menunggu dadah kimo yang tak kunjung tiba. Adakalanya hospital2 di Malaysia tidak mempunyai stuk jenis2 dadah kimo yang mahal dan terpaksa dipesan dari luar negara dan ini memerlukan kerajaan menggunakan duit anda dahulu sebelum kerajaan mengantikan semula kemudian.Jika anda tiada sumber kewangan,dadah kimo yang anda perlukan tidak akan dipesan. Terdapat pelbagai kualiti dadah kimo yang dihasilkan olih syarikat2 yang berbeza dengan harga2 yang berbeza.Dadah2 kimo yang terbaharu biasanya mempunyai harga yang sangat tinggi dengan beberapa fungsi yang dipertingkatkan hasil penyelidikkan yang terbaharu . Dadah kimo yang paling murah dan paling umum digunakan untuk kebanyakkan jenis kanser adalah 5-Fluorouracil atau 5 FU 50mg berharga dalam lingkungan RM300 satu unit.Ia biasanya digunakan bersama kombinasi dadah kimo yang lain seperti “leucovorin” dan dadah jenis 5 FU ini telah berusia hampir 40 tahun. Ia sering digunakan untuk kanser usus,perut,payudara, pangkerias dan “head and neck cancer”.Tahukah anda dadah kimo jenis ini memberikan kesan sampingan yang amat teruk seperti pendarahan,penurunan bilangasn sel darah putih yang drastik,kerosakkan kulit dan kuku,loya dan muntah,radang mulut dan kerongkong,keguguran rambut,diarhea yang teruk.Dan dadah kimo jenis ini telah amat kurang digunakan di barat kerana raputasinya yang buruk dari segi kesan sampingan yang ditimbulkan dan ketidak berkesannya sangat terhad. Sementara dadah kimo yang lebih baik dari 5 FU adalah Camptosar, Eloxatin, Avastin dan Erbitux juga bolih digunakan untuk jenis kanser yang sama namun harganya adalah lebih mahal.Umpamanya Camptosar berharga hampir Rm1000 untuk 2ml.Walaupun semua dadah kimo mempunyai kesan sampingan yang hampir serupa namun apa yang lebih penting disini ialah keupayaan sesuatu jenis dadah kimo itu bertindakbalas dengan tumor semaksima yang bolih dan dalam jangkamasa yang singkat.Camptosar dikata lebih rfektif berbanding 5FU. Namun disana ada lagi jenis2 dadah kimo terbaharu yang mampu melakukan lebih baik dari Camptosar umpamanya Avastin (bevacizumab) dan Erbitux.Avastin umpamanya adalah jenis dadah kimo terbaharu digunakan untuk kanser usus mampu untuk merosakkan saluran darah yang dibina olih tumor untuk mendapat bekalaan makanan dan seterusnya membuat tumor kelaparan.Dalam satu kajian yang dilakukan dadah Avastin mamput mengecutkan tumor sehingga 23 peratus.Selain kanser usus,ia juga digunakan untuk kanser buah pinggang,kanser paru2,kanser payudara dan kanser otak. Berapakah pula harga dadah Avastin.Ia berharga dalam lingkungan RM10,000 untuk satu bulan.Jika anda terpaksa menggunakannya selama satu tahun kosnya adalah RM100,000.Saya hanya mengemukan sekadar satu contoh sebagai panduan sekiranya anda terpaksa melalui kaedah kimoterapi supaya anda benar2 memahami bagaimanakah kronologi yang terpaksa anda tempuhi.Dan jika anda memang berkemampuan untuk jenis2 dadah kimo yang lebih effektif,anda perlu memberitahu doktor anda. Umpamanya anda mempunyai pelbagai jenis harta yang bolih dijual untuk membeli jenis dadah kimo yang paling mahal dan sudah tentu ianya lebih efektif dan berkesan untuk jenis kanser yang anda hadapi.Disana masih terdapat jenis2 dadah kimo yang terbahru untuk jenis2 kanser yang lain.Kebanyakkan hospital kerajaan akan memulakan dengan jenis2 dadah termurah dahulu dan jika ianya tidak berkesan anda biasanya akan dimaklumkan jika doktor berhasrat untuk menggunakan dadah kimo jenis yang terbaharu. Dan ini bergantung kepada kedudukkan kewangan anda.Satu perkara yang perlu difahami,jika anda telah pernah menggunakan dadah kimo untuk jenis kanser yang terdahulu,dadah kimo yang sama tidak bolih digunakan untuk kanser yang telah bermestasis ke organ lain kerana sel2 kanser tersebut telah menjadi imun kepada dadah kimo terdahulu.Olih itu doktor biasanya mencadangkan penggunaan dadah kimo yang lebih kuat yang sudah tentu melibatkan kos yang tinggi.Inilah sebabnya majoriti penghidap2 kanser yang berulang ( bermestasis ) sering dihentikan rawatan kerana salah satu faktor yang utama ialah ia bakal melibatkan kos dadah kimo yang sangat mahal. Kesan sampingan dan kaedah menanganinya Secara umumnya kimoterapi akan mendatangkan kesan2 sampingan berikut Anemia Anemia adalah berkaitan dengan berkurangnya sel2 darah merah dalam badan.Gejala anemia akan menyebabkan anda sering kepenatan atau berasa amat lemah.”Care taker” perlu memastikan pesakit kanser yang ada gejala ini tidak dibebankan dengan kerja2 berat seperti mengemas rumah,memasak atau membasuh pakaian.Pastikan pesakit diberi rehat secukupnya dengan hanya melakukan aktiviti2 ringan. Namun menghabiskan masa dengan hanya berbaring dikatil juga tidak baik malah pesakit perlu dibawa untuk membuat senaman2 ringan seperti berjalan di taman sekurang2nya 1 jam sehari diawal pagi atau petang.Pesakit harus tidur dengan cukup,sekurang2nya 8 jam sehari. Makan makanan2 yang tinggi protin seperti daging segar,telor dan pelbagai jenis sayuran.Amalkan minum susu kambing segar setiap hari.Minum air dengan cukup samada air tanpa klorin atau jus buah2an yang tidak dicampur gula.Pesakit harus minum air sekurang2nya 8 ke 10 gelas sehari. Adalah baik untuk pesakit mengambil supliment2 tambahan untuk tujuan penambahan darah kerana kebiasaanya pesakit kanser yang menjalani kimoterapi bukanlah pemakan yang baik akibat gejala2 seperti loya dan muntah.Jus “monavie” adalah baik untuk membekalkan nutrisi2 yang diperlukan disamping pengambilan “capsules blood nutrient” sebagai sokongan untuk menambahkan jumlah darah.Pesakit harus dibawa berjympa doktor jika sekiranya gejala anemia ini menjadi bertambah teruk seperti kerap pitam,sukar bernafas,berasa terlalu lemah dan degupan jantung tidak sekata atau laju. Menolak makanan. Sesuatu yang umum untuk pesakit kanser yang menjalani kimoterapi adalah hilang selera makan, berasa tidak lapar dan deria rasa berubah.Ini adalah kerana sel2 deria rasa yang termusnah akibat dari serangan dadah kimo.Pesakit harus melupakan seketika mengenai perubahan kepada deria rasa ini kerana adalah penting untuk makan untuk mempercepatkan pertumbuhan sel2 baharu. Pesakit tidak harus dipantangkan kepada pelbagai jenis makanan yang berkualiti cuma mengelakkan pengambilan gula,makanan2 ringan dan makanan yang dijeruk kerana jenis2 makanan ini tidak menyumbang kepada nutrisi2 yang diperlukan untuk membina sel2 yang baru.Pesakit perlu digalakan makan bersama keluarga,makan sambil membaca atau menonton rancangan2 kegemaran atau makan sedikit dan kerap. Pesakit perlu sentiasa aktif dengan aktiviti2 ringan kerana ia bolih membuat pesakit berasa lapar dan seterusnya mengambil makanan,Jika pesakit tidak bolih menerima makanan pepejal “care taker” perlu menyediakan makanan2 berbentuk cecair seperti sup,bubur atau jus buah2an segar.Adakalanya penambahan rempah ratus kedalam makanan sangat baik untuk membangkitkan selera makan. Olih kerana pesakit kanser amat perlu untuk mengelakkan jenis2 makanan yang menjadi pemangkin kepada kesuburan sel2 kanser,penjaga perlu bijak dengan menggunakan alternatif2 tertentu dalam mengolah jenis2 makanan yang digemari pesakit.Umpamanya pengambilan telor adalah dicadangkan menggunakan telor organik seperti “omega eggs” yang direbus bukan digoreng.Pengambilan makanan atau minuman bercoklat seperti milo atau oats bolih diberikan kerana adakalanya amat penting pesakit menjadi segar dan bertenaga dari dia menjadi lemah dan tidak berdaya. Bahkan pakar permakanan kanser mengesyorkan pengambilan koko atau coklat yang bolih didapati dari kedai membuat kek.Coklat tersebut dikanalpasti mempunyai agen2 pemusnah sel kanser.Gunakan minyak masak olive untuk tujuan mengoreng.Pengambilan susu pula harus terhad kepada susu kambing atau susu soya segar.Gunakan beras perang sebagai alternatif beras yang biasa atau selang selikan penggunaanya.Penjaga perlu bijak mengolah pelbagai jenis makanan kegemaran pesakit tanpa terlalu banyak pantang larang dan jangan menghadkan waktu makan pesakit. Pendarahan Berlaku pendarahan selepas menjalani kimoterapi adalah gejala serius dan doktor anda perlu diberitahu mengenainya.Antara gejala2 pendarahan adalah seperti berikut # pendarahan yang tidak berhenti untuk beberapa minit akibat luka # keluar darah dari hidung atau mulut # pendarahan pada najis,air kencing atau diluar dari kitaran haid atau najis berwarna hitam # timbul bintik2 merah pada kulit # terjadi kebenkakkan pada anggota badan Gejala yang timbul akibat dari pendarahan adalah seperti masaalah penglihatan atau kabur,berasa amat mengantuk dan sakit kepala yang teruk.Segara ke hospital jika berlaku pendarahan2 yang disebutkan diatas. Infeksi Kesan sampingan dadah kimoterapi yang terburuk adalah kerana ia mengakibatkan kemusnahan kepada antibodi.Pesakit kanser yang menjalani kimoterapi biasanya perlu kepada rawatan segera kerana kemusnahan antibodi menjadi ancaman terbesar kerana keadaan bakal menjadi amat buruk walaupun mereka hanya mengalami demam ringan atau selsema.Penjaga harus memaklumkan kepada pendaftar hospital atau klinik untuk membolihkan pesakit “jump que” sekiranya terdapat gejala2 berikut kepada pesakit. # demam yang tidak sembuh atau suhunya melebihi 100 ferenheight # kerap batuk dan sakit kerongkong # sakit kepala yang teruk atau selsema melebihi 1 hari # sakit ketika membuang air kecil atau air kencing bercampur darah atau kotor # bengkak atau ulser dalam mulut # sakit dalam telinga atau telinga berdesing # kesejukkan atau berasa amat sejuk dalam suhu biasa # timbul ruam pada sebahagian besar kulit # sakit atau terasa sengal pada bahagian leher # berlaku kebengkakkan pada bahagian2 badan atau timbul ketuat Pesakit juga amat perlu menjauhi diri dari mereka yang menghidap penyakit2 yang mudah berjangkit seperti mereka yang demam,selsema dan yang menghidap penyakit kulit.Sebaiknya pesakit perlu sentiasa mengelakkan diri dari berada ditengah2 orang ramai dan mengelak tempat2 yang tidak bersih.Tempat tidur pesakit mesti berada dalam keadaan bersih dan cadar,bantal perlu digantika setiap hari.Basuh tangan dengan bersih atau gunakan sabun antiseptik.Penyediaan makanan perlu dalam keadaan bersih.Penjaga perlu ingat pesakit yang menjalani kimoterapi adalah sangat rapuh ( fragile ) kerana mereka mudah diserang olih bakteria dan virus akibat kemusnahan antibodi. Keguguran rambut Gejala keguguran rambut amat biasa dialami olih mereka yang menjalani kimoterapi kerana sel2 rambut membelah setiap hari dan ini menjadikannya sasaran kepada dadah kimoterapi.Kebiasaanya rambut mula gugur selepas 2 atau 3 minggu selepas menjalani kimoterapi dan akan mula kembali normal atau tumbuh selepas 2 atau 3 bulan.Walaupun ia bukan merupakan sesuatu yang perlu dibimbangi namun ia bolih diminimakan untuk memberikan kesan psikologi yang positif kepada pesakit seterusnya dapat membantu ia pulih dengan cepat. Itulah sebabnya pakar perubatan ada mengesyorkan pemakaian wig jika pesakit menjadi botak akibat rambut gugur.Potong pendik rambut pesakit untuk mengelakkan rambut senang gugur.Tidur dengan menggunakan skaf yang lembut.Basuh rambut atau kepala tanpa menggunakan shampoo atau gunakan shampoo herba yang lembut.Pakai topi atau skaf ( tudung ) ketika berada diluar rimah terutamanya dibawah sinaran matahari. Cirit berit ( Diarrhea ) Diarrhea biasa berlaku kepada pesakit kanser yang menjalani kimoterapi kerana dadah kimo sering mengakibatkan sel2 dalam jaluran perut termusnah.Antara gejala2 yang mungkin timbul adalah seperti pening,demam dengan suhu yang tinggi,kekejangan otot atau pendarahan dalam usus yang ditunjukkan melalui najis yang disertai darah.Jika pesakit mempunyai masaalah diarrhea, sesetengah jenis makanan adalah dicadangkan untuk dielakkan seperti # susu atau makanan dan minuman tenusu # makanan berempah,berminyak dan yang digoreng # jauhi makanan yang membina gas # makanan tinggi fiber # minuman yang ada kafien seperti kopi dan teh Minum kerap air tanpa klorin untuk menggantikan air yang hilang dari badan.Makan makanan yang mudah hadam seperti pisang,nasi putih,biskut.telor.daging ayam tanpa kulit,ikan,kentang yang direbus,roti bakar,yogurt dan mee kuning. Perkara terahir yang anda perlu fahami mengenai kimoterapi ini ialah ia bukan merupakan kaedah untuk menyembuhkan kanser terutamanya jenis2 kanser yang melibatkan organ2 dalaman.Ia adalah satu kaedah untuk memanjangkan hayat pesakit kanser untuk beberapa bulan dan tahun.Saya akan menulis mengenai perkara ini pada masa akan datang.Dan sebagai tips permulaan anda perlu baca mengenai kenyataan berikut. ”
Rawatan kanser payudara secara bukan pembedahan mengikut perspektif Pakar Onkologi Klinikal
|
Kanser payudara adalah antara masalah kesihatan yang paling biasa di kalangan wanita di Malaysia. Sebanyak 4500 kes baru di kenal pasti setiap tahun dan kemungkinan kanser payudara berlaku adalah 1 daripada 19 wanita sepanjang hayat mereka. Di Malaysia kekerapannya separuh daripada bilangan kes yang terdapat di United Kingdom atau Amerika Syarikat yang menghadapi kes kanser payudara yang semakin meningkat. Kanser payudara adalah antara punca maut (daripada kanser) yang utama di kalangan wanita. Walau bagaimanapun di Amerika Syarikat terdapat kekurangan dalam kadar maut baru-baru ini. Ini adalah kerana pengesanan awal serta kemajuan dalam rawatan terutama sekali dalam penggunaan kemoterapi bagi kanser tahap awal. Oleh itu memang penting untuk memulakan program bagi pengesanan awal serta memahami opsyen mengenai rawatan yang wujud demi melihat kekurangan kes maut akibat kanser payudara di Malaysia juga.
Secara umum, rawatan bagi kanser payudara termasuk:
Pesakit mesti sedar bahawa mereka tidak akan dirawat oleh satu orang sahaja. Penyakit ini memerlukan beberapa jenis kepakaran termasuk patologi, radiologi, pakar pembedahan dan onkologi. Pembedahan masih merupakan rawatan utama, pakar onkologi akan mengendalikan terapi seterusnya. Pesakit mula-mula menjalani X-ray atau skan dan tisu kanser mereka akan dikaji untuk ditentukan sebarang faktor risiko tinggi sebelum jenis rawatan yang terbaik dicadangkan. Pesakit kemudian akan diberitahu tahap kanser mereka sebagai awal (tahap 1 atau 2)atau maju/lewat (tahap 3 dan 4) kanser.
Kanser tahap awal bermakna kanser ini masih kecil dan terhad ke kawasan kecil. Kanser jenis ini senang dirawat tanpa pembedahan yang radikal. Tujuan rawatan jenis ini adalah untuk:
Kanser tahap maju terutama tahap 4 biasanya tidak dapat dirawat dan tujuan rawatan bukan untuk memulihkan tetapi untuk menjaga mereka dan mengawal penyakit. Ini bermaksud mengawal penyakit selama boleh dan mengurangkan kesakitan dan masalah kesihatan lain yang berkait. Secara umum rawatannya untuk meningkatkan mutu hidup bagi masa yang tertinggal.
Memilih jenis rawatan selepas pembedahan bergantung kepada beberapa faktor. Ini termasuk tahap kanser, umur pesakit, sama ada pesakit tersebut telah putus haid, status reseptor hormon, serta laporan keadaan tisu. Terapi kombinasi sangat penting bagi mencapai kadar pulih yang tinggi dalam kanser payudara. Jadi memberi kemoterapi, radioterapi dan/atau terapi hormon bagi penyakit tahap awal tetapi risiko tinggi boleh meningkatkan kemungkinannya pulih.
Di Malaysia lebih kurang 50% hingga 60% daripada jumlah pesakit yang hadiri di pusat perubatan adalah pada tahap I & II penyakit tersebut dan masih boleh di rawat. Walau bagaimanapun, lebih kurang 15-20% daripada pesakit mungkin tidak dapat dirawat jika mereka pada tahap 4 atau datang untuk rawatan lewat. Sebagai bandingan, lebih 80% daripada pesakit di United Kingdom dan Amerika Syarikat, jatuh dalam kategori dapat dirawat.
Sebab para pesakit datang lewat adalah kerana beberapa faktor. Ini termasuk kekurangan kesedaran mengenai penyakit ini, lewat menjalankan diagnosis, pesakit mencari terapi alternatif atau takut akan hospital atau rawatan.
Perkara terakhir yang membimbangkan adalah persepsi masyarakat umum mengenai rawatan kanser terutama mengenai kemoterapi dan radioterapi. Mereka menggunakan istilah seperti ‘radioterapi membakar/melecur kulit’ dan kemoterapi pula ‘membunuh sel buruk dan sel baik’ (dan akhirnya membawa maut) menjadikan si pesakit terlalu waswas mengenai menerima rawatan yang baik. Publisiti yang negatif seperti ini serta kurang kesedaran dan pemahaman mengenai kanser menggalakkan si pesakit mencuba rawatan alternatif sebagai rawatan pertama. Mereka mempercayai bahawa perubatan alternatif atau herba menyebabkan kurang kesan sampingan negatif serta menawarkan kadar pulih yang baik.
Adalah mengejutkan bahawa sesetengah orang yang menjalankan rawatan alternatif adalah dari golongan berada dan mempunyai kebolehan mendapat maklumat terkini melalui internet serta sumber bacaan kanser yang senang diperoleh. Kumpulan ini biasanya membuat keputusan mengenai rawatan mereka berdasarkan sumber bacaan mereka serta pemahaman maklumat tersebut (atau boleh dikatakan salah faham) dan kemudian mencari rawatan alternatif yang menjanjikan rawatan tanpa kesan sampingan. Memang sedih untuk melihat kes wanita yang datang ke hospital selepas mencuba rawatan alternatif yang gagal pada tahap maju. Sebenarnya, jika mereka datang ke hospital untuk rawatan pada permulaannya dan tidak mencari rawatan alternatif, kemungkinan besar mereka dapat dirawat. Wanita ini mengalami penderitaan yang boleh dielak dengan kanser yang membesar dan bernanah dan kemudian diberitahu oleh pengamal rawatan alternatif ini bahawa itu adalah satu perkara biasa dan adalah sebahagian daripada “proses pulih”.
Oleh itu adalah penting untuk memastikan kempen kesedaran kanser berfokus bagi penyaringan dan pengesanan awal tetapi juga berfokus tentang keperluan terapi yang sesuai. Pengesanan awal serta rawatan yang patut menyelamatkan nyawa dan menjimatkan wang!
|
Salam semua,
ReplyDeleteTahukah anda mengenai kebaikan durian belanda?
Jom try jus anti kanser durian belanda sebagai rawatan alternatif mahupun pencegahan, 100% asli. Menurut kajian perubatan, ianya kaya dgn acetogenin yg mempunyai kekuatan melawan sel kanser 10000x kali ganda dari rawatan kemo. Digabungkan dgn perahan delima ( sgt baik untuk pesakit kencing manis ),kurma dan madu lebah yg tinggi khasiatnya seperti yg tertulis dlm Al Quran. Jus ini amat sesuai untuk penghidap kanser,kencing manis mahupun darah tinggi. Semua penyakit ada ubatnya kecuali mati, x salah mencuba, mudah mudahan ianya dpt memberi sinar baru dlm hidup anda, inshaa Allah.
hubungi 019-2277492 atau email saya graviola79@gmail.com utk keterangan lanjut
lawati ad kami utk melihat detail produk di
http://amboi.com.my/6687-jus-anti-kanser-durian-belanda-khasiat-lebih-hebat-dari-rawatan-kemo-sinar-baru-rakyat-malaysia/details.html