August 18, 2011

he hates leopard

My husband hates leopard printed designs on clothes.
He just couldn't accept it.
Even the small2 things like baby mittens.
Ingatkan leopard je, sekali corak2 zebra pun kene reject.


Both pics taken from SandCastle Kid's Boutique


Jangan kan kate anak die, dgn bini die skali die tak approve pakai shawl yg ade unsur2 leopard.
Satu-satunye corak binatang yg dia bleh accept is cow hahaha ok cow printed on babies clothes are cute thou.

Actually entry ini tercipta pas tgk gambar kat bwh ni. This is ridiculuos la tapi, hubs sayang this is for you hahaha







August 16, 2011

homesick

saya homesick.
tapi setiap kali balik still rasa janggal.
i know time heals, but i'm very sure it's not that fast.

sekarang... balik sebab rindu abah je...
dah takde feeling mcm i miss my bedroom, i miss my bantal etc.

i miss those times, bila tiap2 kali balik, mama akan masak all my favourite dishes;
especially ikan terubuk bakar and masak lemak ketam.
confirm ada!

i miss the feeling that someone remembers what i like and what i don't like.
i miss my mama, badly.

luckily, opah is there to make me feel good.
i have to drive about 1 hour from ipoh just to feel welcomed home again.
opah akan masak sedap2 kalau tau ku nak balik.
tapi opah masak tetap takkan sama dgn mama masak.

well, life goes on dib.
take it or leave it.

agaknya sebab masa pun beredar. i'm now married to the man i love.
sekarang dah takde istilah "my bedroom, my bantal" anymore.
semua dah kena share.
even "my fav place to eat cendol" pon dah jadi "our fav place to eat cendol"

again, life goes on.


August 7, 2011

seminggu sudah berpuasa

Cikebum at 18 weeks


Cepat btol Ramadhan datang, tup tup dah seminggu kita berpuasa.
So far Alhamdulillah, puasa penuh lagi walaupun terawih on and off, cikebum memberikan kerjasama yg baik, you're strong kan baby?

Cikebum is almost 24weeks in my womb, another 16weeks to go.
Sangat aktif bila ku duduk diam2 tgh buat kerja kat ofis ke, masa tgh berbaring2 kt sofa sambil tgk drama petang2 ke, bergegar2 perut kena tendang.
Kadang2 tergelak sorang2, sebab bila dia start tendang, ku akan sembang2 dgn dia, and seronoknya dia tendang balik, mcm kasi respond, such an amazing feeling :)


Last week hubs and I went to the Parenthood Expo at Midvalley. Tapi ku dah start survey2 barang2 yang nak dibeli kat online shops dulu sebelum pergi. Just to know the price range, so that nanti takde la pergi expo then terpengaruh dgn perkataan SALE padahal harga sama je. Tapi, memang tak sangka langsung, harga kat expo for certain items mmg sangat2 murah. For example, if kat Mothercare harga dia rm400 plus, kat online shop bleh dapat around rm290, tapi kat expo dapat rm260. Besar jugak ape beza rm30 tu. Tapi sebab we all pergi dgn budget yang dah memang fix, grab jela barang2 within the budget, although balik tu rasa rugi sangat tak beli certain items sebab harga memang murah compared to online shops. Nak buat camno, kang tak makan nasik plak kang sebulan sebab bankrap awal2 kat expo..

I know setengah orang maybe rasa awal lagi nak beli barang baby, ramai yang tunggu dah 7 or 8 months baru beli segedabak sekali, but not for hubs and I. Kalau nak harap kitorg kumpul duit then beli kemudian mmg tak terkumpul la duit tu. So kitorg akan beli barang sikit2 setiap kali dapat gaji. So hujung2 tu kitorg bleh concentrate utk bayar yg paling penting; hospital fee. Well, lain orang lain cara kan.

Oklah, nak panaskan lauk untuk berbuka, harini masak kari ayam saje.
Top up dgn kuih muih dan laksa dari bazar, hehe.

Selamat berpuasa !


anyway, congrats to my bestie Nana, another mommy-to-be in the house ! ;D

July 11, 2011

half way to go


20weeks already !



but baby still malu nak tunjuk bebird or not hehe.

kalau gi shopping mall skang mmg ske jalan2 tempat baju2 infants, tp dinasihatkan beli natural colors la kan sbb belum tau gender, tapi lama2 boooosannn la ok earth color, pa&ma die suke striking colors, hubs nak beli mesti ade unsur2 biru, ako plak pantang nampak pink2 purple2 mule la over react, last2 beli hijau, takpon merah.

next week ada detail check-up. dear baby, plis kangkang kejap time doc scan okay, penat da pa&ma gaduh kt shoping mall. papa awak konfiden sgt awk boboy sbb adik bradik pa&ma lelaki2 belaka, sorg je pompuan dlm family. mama x kesah awak ni lelaki ke pompuan (walaupun baju2 gegirl kiuttttt sgt2), nanti mama train awak awal2 lg bwk gi tempat2 yg mama ske pegi, so that awak tak cranky mase mama test2 baju ke test2 makeup ke wahahaha.

gambar scan ade dlm cd kt umah, tapi kalau kat umah mmg tak terbukak nye laptop, agak tak kuasa. penat mengadap komputer sehari suntuk kat ofis. i'll upload here later.


dr segi progress, i don't remember the numbers. semua ada kat gambar scan tu. yg pasti beratku naik around 2kgs/month. doc kata average. kalau 3kg dia akan suruh reduce makan salty foods, sebab kalau berat naik byk sgt, ada possibility nak kena high blood pressure. and kalau berat sgt, nanti kaki bengkak2 katanya.. kalau berat tak naik pun susah jugak, mcm baby tak develop. so walaupun ngeri dengar berat sendiri, tapi takpelah asalkan baby sihat.

and, i started to feel the kicks since week 17 !

actually memula tak perasan pun, pastu rasa mcm gerak2 dlm perut, ingatkan angin ke. lama2 baru boleh recognize, tapi still feeling sorg2, last2 panggil hubs and suruh die letak tangan kat perut, and the baby kicked ! hubs terkejut and asked me back? " tu die tendang ke? mcm dugggggg skali kat perut" and i was surprised that hubs can feel it too, so confirm la, tu baby tgh training kick-boxing kot.

nowadays baby sgt aktif after my lunch hour, pastu time2 maghrib, time tgh rileks2 jap baru sampai umah, and sebelum tido bila sembang2 dgn dia, baby akan tendang cm kasi respon :)


that's all for now. ganbarou ne baby, few months left till i can kiss you for the first time. semoga selamat semuanya, amin.

June 23, 2011

I forgot that I privated this blog ;p

Actually nak tukar layout la konon2 maka privatekan lah kejap, TETAPI nan adooo.. terlupa trus huhu

tapi nothing much to update pun, kalau ade pun sume about the pregnancy journey, menyampah plak kan org bace kang, tapi pike2 balik sesape nyampah takde sape2 pun halang dia tekan "X" kat atas window ni ;p

Anyway, now i'm almost 18 weeks of pregnancy, cepat sungguh rasenye, tup tup da gemuk (T_T)

So meh nak cite pasal my 1st trimester (~12 weeks)
Setengah org bernasib baik tak mabuk2, muntah2, rilekkk je, so memula mmg fikir positif la that i'm not having any morning sickness, TETAPI nan adooo jugak

1. Ketidaklaratan. Sampai je rumah, terus cari katil, by 8.30pm tu, hubby kena gosok belakang badan dgn vicks, and sapu vicks kat hidung, tarik selimut, and i'm off to wonderland. tak laaaaaarat sangat.

2. Hilang selera makan secara besar-besaran. dinner memang tak lalu. lunch memilih. ade 1 kedai kat bawah ofis ni, tiap2 kali lepas makan kat kedai die, masuk ofis terus cari toilet muntah balik. ade sekali tu baru sesudu masuk mulut, terus rase len macam, tapi makan jugak sebab lapar kan konon2 kang tade tenaga, tapi memang series lepastu terus cari toilet and muntahkan semua.

3. Takleh masak. tak suka masak. tak suka bau dapur. tak suka menumis sambal. hubby memula fikir bini dia mengada2, orang lain morning sickness, bini dia pon nak psiko diri sendri kan nak sickness2.

so one day dia request nak sambal ikan. sebab dah selalu sangat makan kat luar, kesian la plak kan. maka ku gagahkan jugak la menumis untuk suami tercinta. KONON la. masa masak tu dah feeling nak uwekk uwekk dah tapi tahan. siap masak, panggil hubs makan, and ako melepek atas sofa sebab rasa penat sangat. tapi hubs pujuk makan sikit nanti lapar. maka makan. habis makan cuci tangan ondeway nak gi sofa balik memang perut bergelodak habis aa lari gi toilet and muntah balik semua.

sejak tu hubby percaya kalau perempuan mengandung cakap dia tak boleh, or dia taknak or dia tak lalu or dia tak suka, sila jangan suruh. MEMANG tak boleh. sekian.

4. Mengidam. mintak kat hubs nasi kandar, laksa utara dgn ketam goreng cili. nasi kandar nak kat kedai KAYU je mamak len taknak. sib bek ade selai kat USJ, so settle, hati senang. cet.

laksa nak laksa utara, padahal yg paling senang dapat mesti la asam laksa, kat mana2 pun ada. taknak. nak laksa UTARA jugak. ni bukan mengada2 okay, ni series craving gila mcm kalau tak dapat sedih gila. penat pike mane nak cari laksa last2 teringat kat kl sentral ade kedai tu jual laksa. yg ni hubs layankan jela, sebab dekat ngn tempat keje kan.

ketam tu mmg tak dilayan aa sebab suamiku seorang yang malas mengharung jam di hari minggu utk ke tempat jauh2 seperti port klang. kalau port klang pun die kate jauh, jangan harap la dapat makan seafood di melaka. sampai ku givap dan membeli ketam di supermarket nak masak sendiri. tabah tak?

tu pun satu hal la tau masak kari ketam je. paksa hubs g carefour nak cari rempah kari ketam, takde. siap bergaduh2 aa dlm carefour tu sebab hubs mmg tak penah jumpa kari ketam and tak percaya wujudnya serbuk rempah kari ketam, die bleh cakap adabi dah stopkan pengeluaran la ape la. last2 balik rumah.

dalam kereta tu call cousin yg dok kat penang, sebab kitorang punye mak adik beradik kan, so kalau mak ako penah masak kari ketam maksudnye mak die pun mesti la penah masak kari ketam. mengadu2 nak kari ketam sampai nangis2 dalam kete sebab hubs tanak layan. seemuaaaaaaaa orang cakap serbuk kari tu wujud. last2 my cousin gi tangkap gambar serbuk kari tu and post kat facebook, baru lah hubs pecaya. so agaknya pas tgk bini die berlinang2 air mata nak makan, die drive la sampai tesco, nak cuba cari lg sekali, tup tup adaaaaaaaaa terus ku borong berpeket2 hahaha.

balik rumah semangat kongkangkongkang kat dapur sambil ingat resipi arwah mama ajar, and finally siaplah kari ketamku tanpa nenas (1st trimester takut nak makan nenas). nenas tak nenas sedaaaaaaapp jugak okay. hehe.


kesimpulannya, lelaki2 sekiranya anda sedang membaca, mengidam masa pregnant tu menda series wei korang jgn main2. ini bukan mengada2, ini series punya kes ni kalau tak dapat bleh nanges woo hehe. cmtu gak dgn morning sickness. bukan saja2 nak muntah tau. blame the hormones.

but i'm already in my 2nd trimester now. things are getting better. insyaAllah akan menulis lagi bila2.

bye for now.
doakan keselamatan kami sekeluarga.
Amin.