Showing posts with label perasaan. Show all posts
Showing posts with label perasaan. Show all posts

04 October 2012

seni lompatan

last week sangat happy join vacation dengan family office ayah.PKD Kuala Selangor.even sebelum ni dah selalu pergi Pangkor, tapi trip kali ni sangat berlainan.semua benda dapat try and buat.so ini sebahagian keseronokan di sana ditonjolkan dengan pelbagai aksi lompatan! haha 


up up and up : akmal


on water with my mother


geng blogger shirt :p


siapa tinggi?ha


nice sangat lompatan ayahku


assume depan tu kolam renang


hoyeahhh!


happy family: )

p/s : free vacation taww,gambar lagi next entry! ('', )

21 September 2012

dan disaat

dan disaat ku termimpi dirimu, aku sudah terfikir itu adalah mimpi
kerap kali mimpi itu hadir membuatkan daku terfikir tentang dirimu
mungkin ianya sekadar mimpi yang biasa-biasa sahaja
dan disaat kamu bertanya khabarku, aku menjawabnya dengan berlengah
seakan-akan aku malas untuk menjawabnya walaupun aku tertunggu
terkadang aku berfikir apakah perlu kamu tahu kesihatanku
sedangkan aku tidak lansung bertanya tentang khabar dirimu
dan disaat aku berada ditempat yang sama dengan dirimu
kamu sering sahaja tidak perasan akan kehadiranku
namun kamu selalu sering mengharapkan aku berada di tempat
yang sama dimana dirimu berada
dan disaat aku makan kau selalu harap aku makan apa yang kamu minati
sedangkan kamu sudah tahu yang citarasa kita sangat berbeza
dan disaat aku ingin memiliki sesuatu yang daku impikan 
kamu tidak mengiyakan yang itu adalah impian kamu juga
namun kamu nyatakan impian itu di laman sosialmu dan 
mungkin tidak terfikir yang aku dapat melihatnya
dan disaat ku bertanya kebenaran tentang keluargamu
kamu sering mengelak sedangkan aku sebenarnya sudah mengetahuinya
dan disaat kamu menawarkan sesuatu tentang hadiah 
aku anggap ianya hanya lakonan semata-mata darimu
dan disaat kau memuji ketinggian dan kekurusanku
kamu mengharap aku memuji dirimu juga,namun jangan haraplah

dan disaat tangkap gambar..hoyeah!

p/s :nukilan untuk menilai tahap bahasa melayu aku yg agak lemah ;p

15 June 2012

Berani

cinta adalah berani.siapa setuju angkat tangan! but antara berani dan ego yang mana akan mengatasi dalam diri kamu dan kamu sekalian.sometimes sebahagian kita mempunyai keadaan HTS. standing for hubungan tanpa status, samada kawan or couple, padahal hati masing sama-sama suka and sentiasa berhubungan.masing-masing takut menyatakan kebenaran tentang hati dan perasaan mereka sesama pasangan.keliru mungkin apa yang akan terjadi selepas keberanian yang diserlahkan menyatakan cinta dan perasaannya.samada hubungan sentiasa rapat or menjadi renggang.tapi jika cinta tiada keberanian sampai bila kita akan sentiasa rasa sakit kerana masih tidak dapat menyatakan cinta kepada yang kita cintai.walaupun bukan kerana ego tetapi kerana takutnya menghadapi kegagalan untuk menerima balasan cinta daripada yang kita cintai.tak pasti ia selalu terjadi dari pihak lelaki atau perempuan.tetapi bagi hati perempuan biasanya dia akan tertarik pada lelaki yang berani menyatakan kejujuran hatinya dengan jelas.



tiada siapa yang memilih untuk kegagalan tetapi berani untuk mencuba!

p/s : pencinta-pencinta dan yang dicintai-dicintai let's go forward!

06 April 2012

kehilangannya



ohh..terkedu rasa di hati
apabila ia hilang..sama sekali
ku tak menyalahkan pencuri itu
sudah memang kerjanya mencuri
tapi ku terfikir mungkin ia suatu kesedaran
untuk diriku mengenali lebih mendalam kehidupan
sebenar di kota...walaupun amat kusayang
tapi aku tahu ianya harta yang sekadar pinjaman
daripadaNYA..ada kegembiraan di setiap kesedihan
begitu juga kesihatan ini, jangan lah suaraku ini hilang dan melarat
sudah ku telan berpaket strepsil, wood dan activefast.
minuman berais sangat menggodaku.....


p/s: saya suka esok cuti wekend!

23 March 2012

cinta manusia


sukar memahami erti cinta dan sayang
yang selalunya aku terlambat menyedari
cinta yang kusedari hanya dia seorang di seberang sana (bukan malaysia)
namun tidak kesampaian apabila lambat menyambut cinta daripadanya
bertahun penantianku dan mungkin hanya impian sahaja untuknya

ku perlu untuk lupakannya kerana jauh hasrat untuk nya
dan kini aku bersedia untuk menyambut perasaan anugerah ilahi
daripada seseorang yang boleh memikul tanggungjawab untukku
dulu perasaanku belum ke arah itu dan tiada siapa yang ku sambut
maaf untuk yang sebelum ini, kehadiranku mungkin menyusahkan
perasaan-perasaan kaum adam yang ingin cintanya disambut olehku

jauh sekali dulu aku bermadah mengenai cinta atau sayang
kerana dalam fikiranku hanya keseronokan dalam hidup
kawan , ayah, ibu, adik- adik, saundara mara dan geng-geng
dan betulkan dengan kata pepatah inggeris
'love when you're ready not when you're alone'.
dush dush pipi ini hendak ku tampar bagi menyedari
hakikat diriku menjadi dewasa dan perlu ke arah itu
itulah yang diingati oleh ibu padaku anak sulungnya.

semestinya kuharap adalah kebahagiaan untuk
hari esok dan seterusnya hingga ke akhir hayat
semoga kearah yang diredhaiMU dan menggembirakan 
insan-insan disekelilingku.


p/s: 1st time tulis benda ngarut dalam blog.haha cari mood ni;D


26 September 2011

suka jual ikan


agak-agak secara jujur dalam diri kan, suka tak dengan orang yang jual ikan?? haa mesti kata tak suka, tak de klas la..haa tapi kan sebenarnya orang yang jual ikan kat pasar tu paling besh kot.kalau diorang tak ada macam mana nak dapat ikan then nak makan ikan sedap-sedap.ahaks feberet fish. siakap! aiyaiyai..tapi kan yang jual ikan itu tak apa lagi.tapi kalau 'selfish' good bye la..aiyaiyai..kadang-kadang perlu juga kan kalau nak selfish dalam diri, tapi jangan la sampai melampau-lampau dengan trademark 'i love myself + thats all matters' hello..! kat dalam dunia ni, bukan kita hidup sorang-sorang.kalau tak  hidup la dalam hutan kan..aiyaiyai.





apa yang buruknya kalau kita 'selfish' or pentingkan diri sendiri yang sangat tinggi,akan timbul perangai-perangai yang tak manis yang lain.dengan kata lain perangai yang orang lain tak suka.aiyaiyai.yang paling nampak sekali, kedekut la.Ya Allah jauhkan la sifat itu dalam diri ini..Ameen. jangan la sampai nak jadi terlalu berkira tambah-tambah kalau kita hidup dalam ramai-ramai. keluarga di rumah, kawan-kawan di asrama, ngan laki or perempuan masa hadapan, or dengan siapa-siapa sekalipun.jangan sampai sifat pentingkan diri sendiri itu menyebabkan orang lain tidak suka or dengan kata kasar benci, menyampah etc.bila kita dalam sesuatu kelompok tu.. sharing is caring right? even dengan pasangan sangat-sangat sharing dengan yang lain-lain pun perlu kan.ayaiyai.cakap-cakap ni pun tuk diri sendiri.kita manusia biasa.sesiapa pun tak ada yang sempurna tapi cuba untuk menyempurnakan diri sendiri dan memuaskan hati orang lain semampu yang mungkin.apapun saling menghargai antara satu sama lain tu pun perlu! ayaiyai

cara penilaian seseorang itu memang berbeza tapi kita yang hidup ni orang lain yang dapat menilai kita daripada kita menilai diri sendiri.antara cara penilaian seseorang itu:


HALO EFFECT- kecenderungan mengambil sesuatu sifat di dalam diri individu sahaja, sekiranya sifat baik positif la, kalau negatif, sendiri mau ingat la!!

LACK OF OBJECTIVE-  penilai tidak tahu objektif yang hendak dinilai!, ni lagi susah, nampak je salah orang lain!

PERSONAL BIAS- pilih kasih, sikap penilai yang berat sebelah, tidak melakukan penilaian secara telus!


p/s: ayaiyai..ayaiyai...great song! ce teka?? 

22 September 2011

# 3 Spontaneous Thursday


purple still no 1 !

07 September 2011

18 August 2011

#1 Spontaneous Thursday


so kita hidup untuk saling melengkapi

13 August 2011

hot peri-peri

tak ada gosip panas or meletup disini.tapi rasakan sendiri jika ingin meletup-letupkan organ dalaman anda apabila mendapatkan hot peri-peri or more lagi extra hot peri-peri.ahaks apa lah yang aku sebenarnya merepek-repek kan pasal hot peri-peri.kalau korang nak tahu ni adalah sos.puas hati la lau pekena sos ni..haha tambah-tambah ambil set yang hot spicy tuk food yang nak makan tu.mana korang nak dapat benda ni.ada je jual kat kedai.kalau tak pergi je makan kat nando's.tu la yang aku nak cerita ni.berbuka puasa di nando's with my ayahanda and bonda.thank you so much ek.luangkan masa untuk anakanda..hahaha

last-last ayahanda makan ngan sos tomato..manis je;)


since aku pernah makan nando's selama ni.aku tak pernah tempah makanan.memang orang lain yang tempah.aku  tahu makan je.haha memang benda paling menarik sos dialah.memang suka.bak kata bonda ' eh..tak pedas ke??pergh cool gila ' haha.orang jawa kan.kalau makan tak pedas rasa tak sah kot.haa even aku ni suka makan makanan atau lauk yang kale dia jarang-jarang or pudar.senang kata macam masak sup ke tomyam ke 'lauk bening' ke.tapi mesti pedas.tak tahan pedas tu memang tapi rasa puas hati makan.tak percaya tanya sume orang jawa camne kalau dia makan.haaa tapi memang cian kat ayahanda semalam.merah-merah berair dah mata.itulah jangan berani-berani lagi tempah yang hot.tambah plak sos dia pun memang hot.ahaa.memang meletup-letup rasa perut kat dalam tu.he hopefully pasni boleh terima ye if bonda and anakanda nak makan kat 'chilis' yang ramai sangat orang tu..muahahaha silap-silap ayahanda minum air je kang.apapun berbuka puasa yang sangat menarik dan manis.('',)


p/s:apa pun makan buka puasa jangan sampai tak ingat dunia ek~

08 August 2011

just a dream


(Uh uh uh)


I was thinking about you 
Thinking bout me 
Thinkin bout us (us)
What we gunna be?
Open my eyes, (Yeah)
 it was only just a dream...

tiba malam-malam ni layan lagu just a dream.erm..diminta semua mimpi indah berkenaannya ini pergi sebab realitinya memang tak kan berlaku.realitinya dah berlaku tapi bukan seperti yang kuimpikan.sila mimpi ini jangan terjadi lagi.jangan ganggu tidurku lagi.



rama-rama purple gak nak!

sedar bahawa ianya seperti rama-rama semakin kalian mengejarnya semakin jauh ia terbang meninggalkan kalian, biarkan rama-ramamu terbang kemana saja ia suka, siapa tahu apabila ia lelah dan tidak sedar akan kewujudanmu ia bakal mengibaskan sayapnya kearahmu menumpang teduh dari panas hujan badai, duniawi yang engkau tidak sangka mungkin saja rama-rama yang kau kejar itu bukan rama-rama yang Allah peruntukkan untukmu...

p/s : hope mimpi indah yang lain muncul lah ;p

21 July 2011

bring you the good life

actually sekarang ni diba tengah sibuk menghabiskan  sisa-sisa as a student kat maktab.bulan ni fulltime kat sekolah tuk buat projek.kertas kerja memanjang.ahaa.tahun depan bermula lah kerjaya as a real teacher.wow macam tak percaya takut pun ada.where?ha jawapan tu paling memeritkan nak diterima soon.pray for me k.hope dapat posting tempat yang dimohon.lalalala.apapun semua orang mengidamkan apa yang diimpikan.itu adalah ketentuan ilahi.and mr right pn.he good life.let's  enjoy this songs.one of feberet band diba.~





some of the lyrics:


''Oh this has gotta be the good life
This has gotta be the good life
This could really be a good life, good life

Oh this has gotta be the good life
This has gotta be the good life
This could really be a good life, good life

Say oh, got this feeling that you can't fight
Like this city is on fire tonight
This could really be a good life''



p/s : go go da blue! malaysia pn..oppss:)



21 June 2011

when you smile


keep our smile for final sem PISMP Jan 08

02 June 2011

it's up to you


just dedicate pada seorang kawan rapat ni..ikut dia lah kalau dah rasa diri tu betul.selama berkawan beberapa tahun ni masih tak kenal lagi secukupnya nya kot.please jangan marah tanpa soal selidik..hu abaikan siapa orang tu.cuma luahan perasaan..huahua

29 May 2011

kisah hati

Alyah -Kisah Hati




Tak semua yang kita impikan dalam percintaan akan dapat dengan mudah.segala yang berlaku adalah ketentuan yang maha esa.nyawa bukan milik kita namun cinta yang dianugerahkan adalah suatu kenangan terindah~


20 May 2011

fenomena Nur Kasih


iklan-iklan,itulah yang kita lihat pada hari ini dan antara yang mendapat perhatian ialah iklan promo filem Nur Kasih The Movie.ia dilihat menjadi fenomena apabila drama Nur Kasih ini telah mencapai rating yang sangat tinggi iaitu 19 Juta.bersamaan dengan tarikh 19 May filem ini mula ditayangkan dengan filem Pirate.memang mendapat saingan ketika penjualan tiket.Filem Nur Kasih ini dijangkakan menarik dan mendapat perhatian dari semua lapisan masyarakat berkesimnambungan dari drama.Dilihat program di TV3 juga memaparkan mengenai fenomena Nur Kasih seperti 360 dan pada petang ini Al Kuliyah.Pengarah yang cukup terkenal dan hebat Kabir Bahatia juga antara faktor filem ini mendapat perhatian kerana selalunya tidak menghampakan seperti filem Sepi sebelum ini.
Untung dapat pergi Jordan

my review after watching this movie yesterday:


kisah cinta suci antara keluarga,isteri, anak dan ibu
kisah kehidupan islamik yang sangat bagus 
hidup ini banyak dugaan
kesempitan membuatkan kita dekatkan diri dengan pencipta


jom kita layan antara OST filem ini:


  Bertemu Cinta (Mila)


Tanpamu ( Sabhi Sadda & Helena )



 


p/s: jangan tak tengok tau filem ni!;)

18 May 2011

turn to exam fever



erk..demam ke? tak boleh la..esok kan nak exam, so hari ni la baru betul-betul nak baca dengan serius nota-nota exam.So demam sekejap..Tido buku, Tengok tv buku, Muka buku pun..haaa Makan pun buku..sempat plak layan kupon Mcd hari ni..Sempat juga berbincang-bincang dan studi la kununnya kat sana.Kondusif gak cuma mata menyilau nak tengok orang je..haa apa pun..untuk semua IPG students yang menghadapi exam minggu ni.Selamat berjuang dan buat sehabis baik..(dah macam pengakap plak).hee Doakan yang terbaik untuk semua.


Bittaufiq Wannajah

Good Luck!

Selamat Berjaya.


Sempat lagi ni..sebelum midnight nanti;)


p/s: dah-dah nak solat asar and stud..;)


Photobucket

17 May 2011

tragedi beca

terdetik juga dihati ini apabila ingin menulis coretan tentang beca adalah permainan kanak-kanak.Apabila riang melihat anak-anak sepupuku serta sepupu-sepupuku bermain beca disekeliling rumah.Sebelum dan selepas sekolah terdengar gelak tawa mereka beramai-ramai.Tanpa disangka juga beca itu rupanya menjadi tragedi dan menyebabkan keadaan menjadi sayu pada hari minggu baru-baru ini.Seluruh keluarga mendapat berita apabila sepupuku menaiki beca mengalami kemalangan dengan sebuah lori pada petang hari.Pada ketika itu beliau dalam perjalanan mengambil anak-anaknya di sekolah.keadaannya yang agak kritikal dan mengalami pembedahan di kepala dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.Saya sempat menziarahinya bersama keluarga yang lain pada hari minggu yang lepas.Pada ketika itu beliau berada di Unit Rawatan Rapi dan tidak sedarkan diri.Diharapkan semoga beliau cepat sembuh.


Keadaan selepas kemalangan

p/s: Selamat Hari Guru..lambat sehari..beliau juga seorang guru Add Math.


Photobucket

12 May 2011

jangan padamkan!

tolong jangan padamkan! apabila kita berada di dunia ini..macam-macam yang kita inginkan dan mahukan.apa yang kita inginkan kadang-kadang tidak semua akan tercapai..namun harapan itu sangat besar untuk mendapatkannya.maka biarlah harapan itu sentiasa ada mengiringi hidup kita seharian supaya lebih bersemangat.ambillah tauladan daripada kisah lilin ini.


jangan padamkan!



Terdapat 4 lilin yang menyala,

Sedikit demi sedikit habis meleleh.
Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka.



Yang pertama berkata: “Aku adalah keindahan. Namun manusia tak mampu menjagaku: maka lebih baik aku mematikan diriku saja!” Demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.



Yang kedua berkata: “Aku adalah Kasih Sayang. Sayang aku tak berguna lagi. Manusia tak mau mengenalku, untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala.” Begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.



Dengan sedih giliran Lilin ketiga bicara:”Aku adalah Cinta. Tak mampu lagi aku untuk tetap menyala. Manusia tidak lagi memandang dan mengganggapku berguna. Mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya.” Tanpa menunggu waktu lama, maka matilah Lilin ketiga.



Tanpa terduga…
Seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar, dan melihat ketiga-tiga Lilin telah padam.
Karena takut akan kegelapan itu, ia berkata: “Eh apa yang terjadi?? Kalian harus tetap menyala, Aku takut akan kegelapan!”
Lalu ia mengangis tersedu-sedu.



Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata:
"Jangan takut, Janganlah menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat
selalu menyalakan ketiga Lilin lainnya:
Akulah H A R A P A N “



Dengan mata bersinar, sang anak mengambil Lilin Harapan, lalu menyalakan kembali ketiga Lilin lainnya.



Apa yang tidak pernah mati hanyalah H A R A P A N yang ada dalam hati kita….dan kita masing-masing semoga dapat menjadi alat, seperti sang anak tersebut, yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali Keindahan, Kasih Sayang dan Cinta dengan HARAPAN-Nya…



p/s: Harapanlah yang membuat orang untuk lebih baik lagi, di masa sekarang dan masa yang akan datang. Jadi jangan padamkan semangat dan harapanmu untuk hidup yang lebih baik



Photobucket

28 March 2011

air mata chaca vs nana


tepat 20 minit tamatnya sinetron sejuta cinta mashanda..muahaha tak boleh kacau kalau tengah tengok sinetron..apa yang boleh diba kata..kesian kat chaca..nangis sokmo..tapi delvin tu pun senang juga menangis kan...hee suka tengok drama tu tapi geram pun ada...penyiksaan terhadap perasaan chaca...namun nana tak boleh gak dapat mengatasi tangisan chaca dan delvin...sebab tangisan nana adalah kegembiraan dan kesyukuran terhadap kejayaan usahanya selama menuntut ilmu di sekolah.

my sis: nur amanina

congratulation to my sister tuk result spm yang diperoleh..hope akan dapat lebih berjaya pada masa akan datang..airmata yang dapat dicurahkan atas kegembiraan ni adalah kepuasan dan penghargaan terhadap diri nana...kesyukuran juga..alhamdulilah..terima kasih nana...tahniah juga kepada semua calon spm 2010 yang berjaya dan yang kurang berjaya teruskan usaha,,rezeki itu datang kat mana-mana apabila kita berusaha.

p/s: jeles sebab dye kalahkan result kakak dye ni..huahua

Photobucket