23 March 2012

cinta manusia


sukar memahami erti cinta dan sayang
yang selalunya aku terlambat menyedari
cinta yang kusedari hanya dia seorang di seberang sana (bukan malaysia)
namun tidak kesampaian apabila lambat menyambut cinta daripadanya
bertahun penantianku dan mungkin hanya impian sahaja untuknya

ku perlu untuk lupakannya kerana jauh hasrat untuk nya
dan kini aku bersedia untuk menyambut perasaan anugerah ilahi
daripada seseorang yang boleh memikul tanggungjawab untukku
dulu perasaanku belum ke arah itu dan tiada siapa yang ku sambut
maaf untuk yang sebelum ini, kehadiranku mungkin menyusahkan
perasaan-perasaan kaum adam yang ingin cintanya disambut olehku

jauh sekali dulu aku bermadah mengenai cinta atau sayang
kerana dalam fikiranku hanya keseronokan dalam hidup
kawan , ayah, ibu, adik- adik, saundara mara dan geng-geng
dan betulkan dengan kata pepatah inggeris
'love when you're ready not when you're alone'.
dush dush pipi ini hendak ku tampar bagi menyedari
hakikat diriku menjadi dewasa dan perlu ke arah itu
itulah yang diingati oleh ibu padaku anak sulungnya.

semestinya kuharap adalah kebahagiaan untuk
hari esok dan seterusnya hingga ke akhir hayat
semoga kearah yang diredhaiMU dan menggembirakan 
insan-insan disekelilingku.


p/s: 1st time tulis benda ngarut dalam blog.haha cari mood ni;D