Alhamdulillah...
Plan ke Ayer Keroh tahun ni hampir tak jadi sebab Mak dan Pak tiba-tiba kemalasan untuk berjalan-jalan.
Apa-apa pun, mujurlah diorang ubah fikiran sebab kesiankan aku yang tak berjaya mendapat kawan atau pengangkutan untuk ke sana.
(mana taknya- 10 hari lagi nak bertolak baru bagitau tak nak pergi; mana nak cekau orang last-last minute camtu?!)
Memang tepat pada sasaran. Jauh lak tu! Bayangkan betapa kuatnya tangan dia untuk tarik string recurve bow tu...
Tapi jangan risau, diorang lepak dalam sangkar kaca- so whatever you do, keep away from the glass!
Tu pun tak berapa laku sebab sellling point dia 'bergambar dengan gajah-RM10.00'.
Abang kakak oii, zaman sekarang ni, paling busuk pun orang ada camera phone ler... Korang kena cari idea lain untuk dapat duit tambahan ni!
Dari jauh nampak macam pedang-pedang terhunus tapi foto yang aku amik kurang menyerlahkan gambaran tersebut.
Al-maklum ler kit lens, dah tu tembak lak dari jauh (berani ke ko nak buat close up dengan depa ni?!)...
Ingat nak tunjuk beza antara yang dok tengah panas terik dengan yang dok kat teduhan skit. Begitu aku dok frame punye frame, alih-alih tercrop badan yang hijau tinggal kepala aje.
Nak repeat shot dah beralih lak diorang ni...
Selaaaaamat di atas takhta..."
Selambe rock sungguh lemur sekor ni.
Eh, tapi anak ikan bukan ke binat... OOOPPSSS!!!
Amik gambar ni sebab dalam cahaya matahari tu, nampak macam lantai hutan tengah terbakar...
Simbolik :P kunuuuunnn...
Ikut maklumat member sorang ni, akan ada pembaharuan besar kat sini tahun depan! Kalau panjang umur, tahun depan kita jengah lagi, insyaAllah :)
Tu la rutin aku kalau ke Ayer Keroh ni. Lagipun, memang tu je yang sempat dikunjungi. Tapi aku sentiasa ternanti-nanti nak ke mari, tak pernah jemu...