Saturday, 9 July 2011

OFF TOPIC

hai assalamualaikum..

harini taknak cerita panjang,cuma nak inform yang aku dah lama tak update blog sebab sibuk yang melampau..anak buah aku nak kawin,so tolong-tolong dia buat persiapan..kemas kemas,kuar beli barang,siapkan bilik pengantin,gubahan hantaran,doorgifts and everything..ni pun aku tengah penat gila,tak larat dah rasa nak tulis pape skarang..esok aku cuba come out dengan satu topik baru okay?tapi tak boleh nak janji lagi ni..nanti pas dah settle hal kahwin anak buah aku tu,aku upload gambar k?okay la,tu je la yang aku mampu tulis untuk malam ni..adios!

Wednesday, 22 June 2011

Entri Kesembilan : Baju Nikah


hai assalamualaikum,jawab sayang tak jawab dosa :)

untuk entri hari ni,topik ni memang sentiasa bermain-main dalam kepala aku..oleh kerana aku taknak bersanding,so aku cuma memerlukan satu baju saja..penat fikir,nak sewa kat butik pengantin ke nak jahit sendiri kat designer tailor?so bila aku fikir-fikir,aku buat keputusan untuk jahit sendiri je,bukan apa boleh buat kenangan :) hehe selalunya orang cakap membazir sebab lepas ni dah tak tau nak pakai pergi mana kan?tapi bagi aku senang je,jangan la duk buat baju tu lip-lap lip-lap sampai in the end korang cuma simpan lam almari je..aku cuma nak buat baju nikah yang simple je,simplicity is the best..yang penting cantik kan?hehe

so kalau dah nak wat sendiri tu,mesti la nak kena cari design pulak kan?sebenarnye aku dah mula berangan pasal baju nikah ni sejak lepas bertunang lagi,bulan januari hari tu..hehe excited punya pasal,pastu dah start cari-cari design yang rasa2 berkenan di hati..search internet,belek-beleh majalah pengantin..tiba-tiba mata aku terus terpaku kat satu baju ni


mind the colors,sbb aku scan from magazine je..korang boleh tengok website AlteliaAmani untuk tengok design yang cantik-cantik..untuk tengok design je lah,kalau nak upah jahit baju kat situ,mau berdarah hidung!haha sebab price range kat situ sangat lah mahal,starting dari rm1800 untuk upah jahit termasuk beadings sahaja,belum masuk kain lagi..so kalau korang rasa duit korang berkepuk sampai dah tak tau nak buat apa,buat makan anak cucu pun tak habis,boleh la upah kat situ..mak tak mampu..huuu T.T tapi beadings dia memang cantik tau!

so oleh kerana aku tak mampu nak upah kat situ,aku terus ajak encik tunang pergi butik MajuBridal untuk tanya pasal design baju..tanya punya tanya,Cik Anie kata dia boleh buat..YEAYYYY!!kat sini pun boleh jahit dan buat beadings tau,harga pun aku boleh kata murah


beadings yang penuh sarat..cantik gila kan?pas bincang design,jenis kain apa sume,Cik Anie kata upah menjahit siap dengan lining dan veil yang ada beadings n lace patch sikit-sikit rm250..bagi aku dah murah dah tu..kain pulak Cik Anie suruh beli sendiri je..sebab dia takut kalau dia yang beli,aku tak berkenan..dia bagitau la jenis2 kain yang dia nak..YADA YADA

nak terus beli kain,encik tunang cakap awal sangat lagi,so kitorang tangguhkan dulu sebab masa tu baru around early february..sampai la bulan 4,duk rasa awal lagi..sebab masa tu kitorang plan nak kawin bulan 11,tapi tarikh lum tetap lagi masa tu..pastu tiba-tiba bila dah tetap tarikh,rupa rupanya dah anjak ke bulan 9..ambik kau,awal 2 bulan..aku dah mula rasa serabut perut,duk fikir itu ini takut tak sempat nak tempah apa-apa yang nak kena tempah..tinggal masa lebih kurang 5 bulan je lagi..dengan secepat kilat nya aku ajak encik tunang pergi cari kain untuk buat baju

one thing pasal kedai kain kat kuala terengganu ni,pilihan yang ada sangat-sangat lah limited..Cik Anie dah warning jangan beli kain jauh-jauh sangat,kalau ada emergency nak kena beli kain extra bukan ke susah?so aku cari area sekitar sini je la..cari punya cari,takde yang berkenan di hati..encik tunang pun tak berkenan,plus dia dah penat pusing kedai kain..orang laki,mana la suka benda-benda macam ni..boring kata dia..pastu pit stop last yang kitorang pergi ialah kedai Salem Aziz Textile..kedai ni kiranya cawangan Jakel lah untuk area pantai timur..kebetulan pulak Jakel tengah ada promotion untuk kain pengantin sepasang (Japanese Satin 4m 4m + Lace 2m + kain samping songket nipis free) dengan harga rm230..korang rasa okay tak harga tu?hari last promotion pulak tu,aku pun terus rembat sebab tengah cuak punya pasal..dah dapat lace,aku sambung cari kain chiffon untuk buat kain dengan kain net untuk veil..


itu la dia rupa kain yang aku dah beli..dah siap bermanik berlabuci apa sume..asalnya aku ingat nak cari warna putih,pastu warna putih dah takde stok..tengok-tengok warna cream pun mcm okay,so jadi la warna baju kitorang warna cream..pastu call la Cik Anie,cakap nak hantar kain apa sume kan..sekali nak luruh jantung bila Cik Anie kata dah tak ambik tempahan sebab takut tak sempat nak siapkan,sebab dah bertembung dengan orang tempah baju raya..aku pulak kawin 2minggu lepas raya...huwaaaaa masa tu aku cuak dah..nak sewa baju,kain pun dah beli..pastu cakap punya cakap,Cik Anie setuju jugak amik tempahan aku..alhamdulillah..baju melayu encik tunang pun dah hantar tailor dan dah siap jahit pun :)

paling awal Cik Anie leh siapkan baju tu pun 30 Ogos..31 Ogos tu dah raya okey?nasib lah,suka tangguh kerja lagi kan?padan muka aku..sebab dah cuak campur sebal,aku gi la amik body measurement kat butik..pastu bincang sampai puas hati,cuba baju,pakai veil apa sume..Cik Anie kata nak buat veil aku mcm ni lah lebih kurang..tambah batu-batu sikit kasi berat sikit kata Cik Anie


tapi aku ni suka tengok-tengok dan research kat internet,gatal lagi nak tengok design baju nikah..adahal dah gi tempah dah..tiba-tiba rasa berkenan pulak dengan baju yang tak pakai lace,cuba chiffon kosong potongan moden,pastu buat beadings yang tak heavy..











nampak sangat-sangat simple and sweet kan?pastu tiba-tiba huuuuuuu rasa MENYESAL..tapi nak sedapkan hati,aku cuma cakap dalam hati "apa yang cantik kat badan orang,tak semestinya cantik kat badan aku"..padahal menyesal tak sudah




untuk kain pulak aku suka yang potongan kembang dan meleret,sebab boleh bagi efek tinggi kan?tapi mak aku tak bagi buat pulak,dia cakap tak elok..apa-apa pun aku suka jugak tengok baju pengantin yang colorful,nampak lain dan ceria kan?especially warna turquoise




untuk baju sambut menantu nanti,aku ingat nak pakai kaftan ni je..tu pun kalau kat kedai still ada stock..sebab belum beli lagi..huhu


oleh kerana aku masih dibaluti rasa kecewa,malas dah nak menaip (alasan)..okay lah,till then..TATA!

Entri Kelapan : Candy/Dessert Table


assalamualaikum w.b.t

hari ni tengah ada mood nak menaip,so boleh update banyak sikit..okay aku tipu,ni bukan entry menaip tapi entry bergambar..ni part yang aku paling rasa teruja masa tengah cari gambar sebab cantikkkkk sangat!so korang pun sila rasa teruja macam aku jugak please?pretty please?haha terima kasih kepada pakcik google sebab provide banyak idea untuk aku nanti :) please be informed yang entry ni memang banyaaaaak gambar okay?sorry kalau aku buat korang jenuh scroll mouse..hehe bukan apa,sebagai rujukan untuk aku sendiri je :)i'm warning you,kalau malas nak scroll banyak-banyak,please go for the next entry je terus

macam-macam boleh letak..gumballs,marshmellow,candies,lollipop,cotton candy,cupcakes,macaroons,apam polkadot,cakes..pastu boleh hias sesuka hati..oh teruja!!!!boleh buat ikut tema jugak kan?




























































budak-budak mesti excited nak serbu kalau buat kan?ke aku je yang over-excited?haha okayy dah boleh pengsan..bye!


notakaki : sorry kalau ada gambar yang redundant