Tuesday, 31 May 2016

Adakala kita teringat bukan sebab kita rindu.. tapi sebab ia sebuah kenangan..


Assalamualaikum dan selamat pagi.. Salam Pagi Selasa

Terlalu banyak kenangan dalam hidup kita kan.. dari kita kecil hingga kini pastinya jika dikira kenangan itu mahu beribu atau berjuta jumlahnya.. ada yang sedih... ada yang gembira.. ada yang memalukan.. ada yang istimewa..

Selalunya kenangan yang sedih dan terluka itu lebih banyak kita ingati kerana selalunya kenangan sebegitu yang membuatkan kita menjadi lebih matang dan tabah dalam menghadapi kehidupan.. Ada juga kenangan yang indah yang kita ingat.. tapi mengingatinya juga buatkan kita rasa sedih kerana masa tidak mungkin dapat kita ulang kembali..

Kenangan bertemu dan berpisah selalunya lebih pahit untuk diingat kerana mereka pernah menjadi sebahagian daripada hidup kita.. terutama bila kita pernah punya kenangan indah.. gelak ketawa.. gembira.. sedih malah juga mungkin selisih faham... semua itu menjadi warna warni dalam sesuatu perhubungan.. persahabatan.. dan juga percintaan...

Semalam aku tanyakan seorang sahabat.. jika kita rindu pada seseorang apa yang perlu kita lakukan?? banyak jugalah cadangan yang dia berikan.. antaranya titipkan doa (terutama untuk yang sudah tiada di dunia ini).. call atau text orang tersebut... dan mungkin ingat kembali kenangan bersama..

Banyak mungkin faktor yang membuatkan kita teringat.. kadang bila berada dalam situasi tertentu buatkan kita teringat kenangan itu.. adakala bila kita ke sesuatu tempat.. buatkan kita teringat tempat yang lain.. kadang bila kita gembira atas sesuatu perkara.. kita teringat pula seseorang yang selalu ada bersama tapi mungkin dia dah takde lagi.. atau mungkin tidak dapat bersama lagi..

Pada aku pula ada 3 keadaan yang mudah membuatkan aku teringat kenangan.. satunya adalah cuaca.. apabila aku mula berada di dalam keadaan yang sejuk... atau extreme sejuk.. maka kenangan selama 5 tahun di UK pasti akan datang dalam ingatan.. sebab kenangan rasa sejuk itu terlalu sinonim dengan kenangan lama itu..

Dua.. bila aku sesuatu tempat yang menyerupai tempat yang pernah aku kunjungi maka nama-nama sahabat atau mereka yang pernah aku bersama ke tempat itu akan buatkan aku teringat.. kenangan di tempat ini terlalu banyak.. malah di sekitar tempat kerja.. KL.. KLIA.. Subang.. Langkawi.. Kuching.. Butterworth,, Penang.. juga pernah punya kenangan yang terlalu banyak pada aku...

Tiga.. lagu.. Aku suka muzik.. banyak lagu yang kadangkala bila aku dengar automatik ia akan mengingatkan aku pada seseorang.. ada beberapa lagu yang aku kerap aku 'synchronous' dengan seseorang.. atau aku kaitkan dengan kenangan tertentu atau situasi tertentu.. bab ini jiwang sikit hahaha... aku boleh hidup kalau tak tengok TV.. tapi kalau tak dengar muzik.. uihh payah sikitlah...

Mendengar lagu ini banyak mengundang kenangan silam sebenarnya.. terutama rasa-rasa yang pernah aku lalui

Tetap dalam Jiwa : Isyana Saraswati

Tak pernah terbayang akan jadi seperti ini pada akhirnya 
Semua waktu yang pernah kita lewati bersama 
nyata hilang dan sirna 
Hitam Putih berlalu 
Janji kita menunggu 
Tapi kita tak mampu 
Seribu satu cara kita lewati tuk dapatkan semua jawaban ini 

Bila memang harus berpisah 
Aku akan tetap setia 
Bila memang ini ujungnya 
Kau kan tetap ada di dalam jiwa
tak bisa tuk teruskan 
Dunia kita berbeda 
Bila memang ini ujungnya 
Kau kan tetap ada di dalam jiwa 

Memang tak mudah tapi ku tegar menjalani kosong nya hati 
Buanglah mimpi kita yang pernah terjadi tersimpan tuk jadi history 
Hitam Putih berlalu 
Janji kita menunggu 
Tapi kita tak mampu 
Seribu satu cara kita lewati tuk dapatkan semua jawaban ini 

Bila memang harus berpisah 
Aku akan tetap setia 
Bila memang ini ujungnya 
Kau kan tetap ada di dalam jiwa 
Tak bisa tuk teruskan 
Dunia kita berbeda 
Bila memang ini ujung nya 
Kau kan tetap ada di dalam jiwa 

Tak bisa tuk teruskan 
Dunia kita berbeda 
Tak bisa tuk teruskan 
Dunia kita berbeda 
Tak bisa tuk teruskan 
Dunia kita berbeda 
Tak bisa tuk teruskan 
Dunia kita berbeda 

Bila memang harus berpisah 
Aku akan tetap setia 
Bila memang ini ujungnya 
Kau kan tetap ada di dalam jiwa 
Tak bisa tuk teruskan 
Dunia kita berbeda 
Bila memang ini ujungnya 
Kau kan tetap ada di dalam jiwa

p/s Oh ya.. sekitar bulan ini atau bulan lepas.. aku ada terima text daripada seseorang rakan yang 'perasan' ada beberapa entri dalam blog ini yang aku tulis konon ye ada kaitan dengan dirinya... lalu dia katakan pada aku.. untuk tidak menganggu aku lagi... Untuk rakan itu... Maaflah.. mohon jangan perasan boleh tak??? hanya 2 entri yang awal2 dulu aku ada tulis tentang apa aku rasa tentang dirimu itu pun kerana isu pentingkan diri.. tapi the rest after that.. tidak ada langsung kena mengena pun... Pleaselah.. kalau tak tahu sila tanya.. jangan memandai nak perasan pulak... tak faham kadang-kadang... aku rasa aku tulis tak pernah pun sebut nama sesiapa.. kecuali mereka yang benar-benar rapat sahaja... Please move on ok..

Thursday, 26 May 2016

Day 4: Arriving in Tokyo

Assalamualaikum

Lama sungguh nak sambung entri nie.. tapi gagah juga nak update... ini kerana jika pengalaman ini tidak ditulis, pastinya kenangan ini juga akan tersimpan tanpa dikongsi bersama..

I miss japan... ok.. plan nak pergi semula pada 2017 atau 2018 nanti :)

Sambungan daripada sini
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selepas 'check-in' di hotel dan letak semua beg-beg kami. Kami pun mula bergerak untuk menjelajah tokyo. Tujuan kami nak beli souvenier dan jalan-jalan sahaja. Kami kembali ke Shinagawa Station dan mengambil keretapi ke Takeshita Street. Stesen yang kami tuju adalah Harajuku Station.

 
Shinagawa Station

Jalan Takeshita ini juga dikenali sebagai Takeshita Dori dimana terdapat banyak kedai-kedai butik fesyen bercirikan amerika dan anime. Kami menuju ke Jalan Omotesando yang juga dikenali sebagai Tokyo's Champs-Elysee. Di sini terdapat kedai-kedai yang berjenama.

 LaForet Harajuku dan Tokyu Plaza Omotesando Harajuku


Kami berhenti di sebuah gerai yang menjual pakaian kimono lama dengan harga yang murah. Sebelum tiba ke Tokyo aku dah mula mendapat beberapa pesanan untuk membeli kimono, so misi seterusnya adalah untuk mengambil beberapa gambar kimono dan upload ke facebook untuk sesi 'confirmation' nanti.
 
 Kimono yang terpakai

Kami sekadar melihat-lihat sahaja. Kami mula bergerak ke sebuah kedai bernama 'oriental bazaar' yang terletak di Omotesando. Gerai ini banyak menjual cenderahati dari kimono hingga ke poskad dengan harga yang lebih murah.
 Happi Coat dan Kimono di Oriental Bazaar


 Tidak ada orang lokal yang singgah di sini sepanjang kami ke kedai ini sebanyak 3 kali.. hanya pelancong sahaja yang kami jumpa. Kenapa aku katakan murah? sebab ada sesetengah barangan di sini kami dah bandingkan harga di tempat lain. Kami sekadar melihat-lihat beberapa barangan dan berjanji akan kembali ke sini semula untuk membeli barangan kemudiannya.

Oriental Bazaar

Selepas berjalan-jalan sekitar Omotesando, kami mula bergerak pula ke Takeshita Street untuk melihat fesyen remaja jepun. Ketika ini hari sudah semakin gelap dan kurang kelihatan gadis-gadis comel yang selalunya berdiri di pintu masuk untuk menjemput pelanggan masuk. Kami sekadar melihat-melihat dan mengambil gambar sahaja.
 Takeshita Street atau Takeshita Dori


Tidak ada apa yang kami beli di sini, kami lebih sekadar melihat-lihat sahaja. Lagipun baru sampai ke Tokyo, kami merancang untuk datang semula nanti untuk membeli souvenier sebelum pulang. Sedang kami berjalan, kami terjumpa kedai King Kebab, aku lebih teruja sebab ianya halal.. so apa lagi.. kami naik ke tingkat atas dan mula membeli kebab. Kanako dan Nuch turut membeli kebab. Kami beli bungkus dan makan di bahagian bawah kedai tersebut.

King Kebab Harajuku

Selesai makan, kami singgah pula ke Daiso Harajuku dan membeli beberapa barangan yang kami berkenan.


Selesai membeli belah serba sedikit, kami mula bergerak balik ke hotel. Hotel kami menyediakan bas pergi-balik ke Shinagawa Station. Ini amat memudahkan kami. Malah hotel yang kami tinggal juga berhampiran dengan stesen keretapi ke Haneda Airport.

Sampai ke hotel, kami sambung makan makanan segera yang kami bawa dari negara masing-masing. Masa inilah aku ambil peluang upload gambar-gambar di facebook. Ketika ini aku mendapat beberapa pesanan 'confirmation' membeli kimono daripada 2 sahabat baik, aku maklumkan pada kanako yang esok kita perlu ke Harajuku semula untuk membeli beberapa kimono di gerai tepi jalan dan juga di Oriental Bazaar. Selesai bersembang kami pun berehat untuk perjalanan seterusnya esok..

Tuesday, 3 May 2016

Why did sometimes we feel empty and lonely?

Salam Petang Selasa

Selamat hari pekerja walaupun dah lepas 2 hari... Tak kisahlah kan.. janji masih ada masa dan peluang..

Why.. back to the question.. and why did I'm asking this question??? Something bad.. something happen??

This is just a thought that been in my mind sometimes this week... I think at certain point in life people would feel this way.. either its coz by someone.. or situation or even incident... We would feel that way.. and sometimes we try to figure out the solution.. but its difficult to get the answer... having a partner in life is a blessing.. but sometimes we need friends to make our life more meaningful and colorful...

I think I had try my best to become someone that always try to understand everyone.. either families.. sibling.. friends.. lovers.. partner.. BFF... but I started to question myself today.. Have they ever tried to understand me instead.. or even thought or think about me.. or at least try to understand how I feel.. What I have been thru.. what I had done for them... sometimes I used to question myself.. would I ever deserve to be love at all.. would anyone love me as who I am.. except my bad. my rough.. my mistake.. my stupidity.. my selfishness...

Question all this.. doesn't even get me to answer any of those questions... I think it make me more drifting away from the main point... but I just let it be.. I might not have the answer now.. but I hope I would get the answer finally later in life... It might be anywhere or after certain situation that I have to face later.. or maybe when someone would be kind enough to explain to me.. and give me the answer in a good way..

I think I had come to a point that all things in my life have change faster and faster and I really struggling to catch it up... I'm almost out of breath.. I'm trying to breathe and inhaler deeper and sucking all that I could but its not as easy as it takes..

Life is meaningful and colorful if we choose to live it that way.. Life could be gruesome and grumpy.. if we always see and think opposite... but as a human.. sometimes there are days that we choose to see life in bad way and start judging people and ourselves...

 p/s Life please be easy on me... Lets take things one at the time.. and enjoy all the moments...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...