Thursday, 31 October 2013

I'm flying again this deepavali..

Salam

Tinggal sehari lagi sebelum terbang lagi this weekend.. Trip kali ini ikut tour persatuan wanita.. 1st ever ikut trip persatuan tempat kerja sendiri.. hahaha.. lagipun sebab teringin juga nak pergi sebab utk wanita.. negara nie heaven utk p shopping ahaks..

Oh ya pakwe tak ikut kali nie.. maybe sebab dia dengar geng persatuan wanita.. so ajaklah kawan sorang nie.. kira my senior lah oklah.. InsyAllah.. off this saturday and coming back this tuesday.. rabu keje balik :(

Then till we meet again.. I see you when I see you

My paper based version of currency convertor..
Masih belum decide apa nak shopping kat sana..

Monday, 28 October 2013

Bila jadi isteri perlu ke pandai masak?

Salam

Tadi masa search google resepi terjumpa pulak 1 entri pasal perempuan dan masak. Kalau nak kira zaman dedulu.. anak perempuan kerja wajib ye adalah ke dapur.. paling koman pun kena tahu masak nasi hahaha.. kalau tak pandai masak aihhh membebel lah mak kat dapur..

Budak zaman sekarang.. dengan banyaknya kedai makan.. fast food.. gerai.. pasar malam.. si isteri dan perempuan sentiasa ada peluang untuk beli je di kedai.. tapi adakalanya.. bila dah selalu beli makan kat kedai jek.. masuk masa bertahun.. si suami pasti bosan.. tapi kalau suami steady dan banyak duit.. ambik jek orang gaji yang masak.. (karang bila orang gaji masak sedap.. suami asyik puji.. bini pulak cemburu- kes ini pernah kena pada pangkat mak sedara pakwe)

Arwah ayah aku very tipikal malay man.. meaning.. pada pandangan mata dia... mana-mana anak perempuan dalam keluarga.. hukum kena pergi dapur tuh dah jadi wajib.. jangan berangan nak duk lepak-lepak goyang kaki tengok tv.. Disebabkan aku anak sulung dan perempuan pulak tuh (of course ler kan) maka seawal umur sekolah rendah sudah dipaksa belajar masak nasi dengan mak.. dan bila masuk sekolah menengah.. tak silap masa aku form 3.. aku telah diarahkan oleh mak untuk masak kari.. dan since then.. aku lah yang memasak kat dapur.. sampai ler sekarang nie.. hatta kalau aku balik kg.. maka mak aku pasti takkan lepaskan peluang dera aku masak (hahaha..)

Soal pandai masak atau tidak nie subjektif... ada kelebihan sebenarnya kalau kita pandai masak.. hatta untuk makan sendiri sekali pun.. Pada aku paling utama alasannya sebab Halal.. murah.. menjimatkan..bersih.. terjamin sumbernya.. dan boleh disediakan dalam portion yang banyak.. Kalau beli.. Harga adakalanya mahal.. status halal ada sesetengah tidak terjamin.. kebersihan pun kdg kita tak tahu (tgk kedai mcm ok.. cer masuk dapur??).. dan selalunya portion sikit.. kalau korang jenis suka makan berulang.. membeli ini sedikit rugi.. biasa kedai akan buat portion untuk seorang.. kalau beli banyak2 pulak tak tahan lama sebab lauk-pauk tuh tah bila masa dia masak..

Pada aku.. aku lebih suka masak sendiri terutama jika ianya makanan kegemaran.. melainkan ia adalah hari bosan dan malas masak.. atau hari mau happy2 makan luar.. maka aku akan pergi atau pilih kedai yang memang rasa berbaloi spend duit utk itu.. yelah kita makan bayarkan.. kalau order air tembikai segelas rm6 pastu.. lebih banyak air dari tembikainya (cair dan tawar) rasa berbaloi tak?? baik beli sebijik tembikai pastu blend sendiri lagik puas hati..

Ok persoalannya sekarang nie.. perlu ke seorang isteri tahu masak?? Pada aku perlu sebab memasak itu memberi peluang kepada isteri untuk membuatkan suami lebih menghargai masakan isteri daripada masakan orang lain.. atau masakan yang dibeli di kedai.. Meaning.. walaupun si suami jenis suka makan kat luar.. tapi adakalanya si suami pasti rindukan masakan air tangan si isteri.. paling tidak pun.. kalau isteri masak.. atleast setengah daripada lauk tuh bila suami makan tinggal setengah.. ahaks.. (setuju tak??)

So inilah satu cara daripadanya untuk mengoda suami hahahha... sebab itu ramai lelaki selepas kawin perutnya naik.. selera makan masakan isteri.. Selain daripada itu.. kalau kita jenis suka jemput kawan datang rumah makan-makan.. kepandaian skill si isteri memasak juga sedikit sebanyak untuk menyumbang kepada menjaga airmuka suami.. yelah.. bila org puji masakan isterinya.. suami yang dapat pujian melambung-lambung biasanya kan... (ini bukanlah maknanya.. sengaja nak tunjuk bini pandai masak pulak.. menunjuk dengan orang.. salah tuh)

Dulu masa aku di UK.. agenda lepak melepak kat rumah ke kawan adalah benda wajib untuk kawan-kawan rapat aku.. sebenarnya secara tak langsung.. masyarakat kat sana akan menilai perempuan daripada skill memasak yang ada.. Ada juga kadang-kadang keluarga yang baru sampai.. segan nak ajak orang dtg rumah sebab tak pandai masak.. tapi sebab selalu dah buat makan-makan.. dari tak tahu terus jadi terer..

Skill memasak aku pun banyak improve sebab aku tinggal di luar negara 6 tahun.. memang takde pilihan lainlah kalau nak makan masakan malaysia.. melainkan masak sendiri.. ditambah pulak pakwe aku jenis yang cerewet makan.. tahun pertama kawin dulu.. selalu gak tak sependapat dengan citarasa masakan aku yang dia selalu compare dengan mak mertua aku huhuhu.. tensen.. tapi lepas tuh ok dah..

Did I tell you I been test for the whole week to cook something that my hubby has decided?? Yeah ini kes masa baru awal2 nak rapat.. antara banyak2 benda yang dia nak test aku.. dia p test bab masak.. Seminggu aku kena masak benda-benda yang dia nak.. dari nasi goreng.. mee goreng.. roti sardin.. sampailah nasi minyak.. bab masak nasi minyak nie aku kantoi sebab tak tahu resepi.. jalan penyelesaiannya?? Aku call mak aku kat kampung.. lepas tuh kena bebel biasalah mak kan.. yang best.. mak aku siap tahu sapa yang suruh aku masak hahahaha.. sampai dia sebut.. 'ahhh si Z suruh ko masak lah nie.. kan mak dah kata bla.. bla' uihhh aku kalau nak ingat balik bebelan mak aku pasal kena tahu masak nie.. aku rasa setahun pun belum abis cerita hahaha... Endingnya aku lulus cemerlang dan tak gagal hahaha.. lepas tuh aku dan dia makan kat gerai jek hahaha.. aku dah malas nak masak.. Apa kes.. p dating bawak bekal (aku buat tau seminggu benda tuh.. siap bawak bekal naik komuter dari Kajang p Klang hahaha,, pastu makan kat tepi bukit dekat istana lama klang tuh ahakss..)

Bagi yang rasa tak tahu masak.. jangan risau.. ada banyak peluang untuk belajar masak.. kalau tak reti masak senang jek.. masuk youtube dan tengok cara chef masak.. ikut langkah demi langkah.. yang penting basic masak tuh kenalah tahu.. periuk kuali mana nak guna untuk apa... macamana nak rasa garam gula.. macamana nak potong bahan2 (inipun boleh tengok youtube.. melambak mat salleh tunjukkan cara potong bawang..)

Zaman sekarang nie nak memasak dah mudah.. program kat tv banyak tentang cara memasak.. mana yang boleh kita buat.. kita buat.. kalau tak sesuai.. kita improvise.. kita tukar ikut selera kita.. takde sapa nak marah.. orang marah kalau tak boleh makan atau hangus litak jek..

Oh ya baru-baru ni aku ada order sebuah buku masakan daripada MPH online (kes dari entri buku si t.a.t.a) maka terorder ler pulak 4 buah buku harga kurang dari RM60 (semua buku BM.. pecah rekod.. sebab selalu beli buku BI jek). Sebenarnya tertarik dengan buku ini sebab beberapa hari lepas terdengar dari 1 rancangan radio channel english.. author buku nie buat promosi buku resepi nie kat radio.. harga amatlah murah hanya RM10 sahaja.. kalau beli online ada diskaun dan hanya RM8.. Beli kat MPHOnline


Why this book is a must have?

The idea to publish OMG Can Cook recipe book was result of an inter-company cooking event in late 2012 that engaged the employees of OMD and PHD (the two award winning agencies under the OMG umbrella). With the generous involvement of several industry partners to organise, design, write, publish and launch it, this cookbook is slated to make a difference to the not so fortunate. 

All profits from this recipe book will be distributed to several food-related causes in Malaysia this year, with the first round of donations, estimated to be around RM20,000, coming later this summer.
Source from here

Resepi buku ini mudah sangat.. ada 24 resepi semuanya.. dari starter.. main course hinggalah dessert.. dan tak mahal sangat pun.. cuma RM10 kalau beli di kedai buku.. Paling utama setiap keuntungan daripada hasil jualan buku ini akan didermakan pada mangsa-mangsa bencana yang memerlukan barangan makanan dan sebagainya.. Ini maknanya.. dengan membeli buku.. anda juga berpeluang menderma.. and you always know that your money goes to those who really need it.. Disebabkan itu maka aku beli buku ini tanpa teragak-agak.. dan anda pun boleh juga kan.. ;)

Pada mereka yang nak belajar masak yang simple dan mudah.. this book is one you must buy.. I promoting it because of the good caused... lagi satu kalau suami nampak isteri beli buku resepi adalah macam nampak gaya isteri tuh ada usaha sikit nak upgrade skill diri hahaha (isteri pun kena pandai promote diri gak.. bukan takat promote diri kat boss je)... kalau kita dapat masak sesuatu yang belum pernah buat sebelum nie.. mesti suami nampak.. wah ada perubahan dan usaha tangga kejayaan.. Apa pun.. kalau percubaan pertama kurang berjaya.. jangan putus asa.. cuba lagi dan lain.. percayalah.. practice make perfect.. dan satu lagi masaklah dengan penuh kasih sayang dan baca bismillah.. ada keberkatannya.. (bolehlah selawat.. doakan yang baik-baik.. dan senyum...) Memasak dengan takde mood atau terpaksa atau muka masam.. memang hasil masakan itu akan out sikit.. trust me.. been there and done that.. Sebab itu style aku.. kalau memang takde mood nak masak memang aku takkan masak dan prefer beli kat luar.. ;) sesekali you deserve a break kan

p/s Hari ini mau masak ketam butter creamy versi chef Anis Nabilah.. pernah buat sekali dulu.. memang sedap.. hari ini nak buat lagi tapi nak improvised bagi ada color merah-merah sikit ;)
 
Nak cuba resepi crab creamy butter Chef Anis?
Boleh layan video nie ;)
Kan senang belajar masak.. tgk video jek

Friday, 25 October 2013

Rompak.. ragut.. ini sudah serius..

Salam

Suddenly rasa nak ulas isu nie... Recently kita semua tahu kejadian yang kecoh dalam 2 hari ini sahaja.. Kes pegawai bank dibunuh.. dan kes org mati kena tikam kat stesen LRT.. This is serious.. sebelum tuh kecoh kes mati kena tembak... guru.. pekedai.. lelaki perempuan kena tembak kat tarffic light...

Isu nie tidak berhenti di situ.. terkini seorang kawan bagitahu kes rompakan berlaku di pagi hari sebelum pergi kerja.. kawan baru buka pintu pagar rumah.. tetiba datang parang panjang nak pancung leher kiri kanan.. hari yang sama jek ada 5 kes ragut dan rompak sekitar tempat aku nie..

Last year somewhere middle of the year.. masa kereta UK aku baru seminggu parking kat rumah.. 5 buah rumah sekitar deret rumah aku kena rompak.. yang best semua rumah cikgu.. diorg buat operasi bila tuan rumah pergi kerja.. cikgu cikgi kan keluar awal.. kecoh juga masa tuh...

Bila terjadi begini.. siapa yang tak rasa takut... aku sendiri ada pengalaman bilik aku pernah kena pecah masuk masa duduk menyewa bilik di seksyen 7 Shah Alam akhir thn 90an.. habis barang2 kena sepah.. ambik duit.. hatta al-quran aku pun dia selak dan campak ke lantai.. (teruk kan)..

Latest... rumah mak aku kat kampung pun kena masuk.. masa tuh dia ikut rombongan ke perlis.. Alhamdullilah takde brg kemas dan duit yang hilang.. yang hilang hanya jam tangan seiko adik lelaki aku (hadiah hantaran bertunang haritu.. bagus juga hilang sebab dia pun dah putus tunang dgn minah tuh-ada kes sikit).. laptop dia pun elok jek kat ruangtamu tak kena curi..  Bila tanya mak.. ohh rupanya dia ada amalkan doa selepas subuh.. doa supaya barang tak hilang.. bagus jugakan.. jadi amalan..

Pernah juga kadang tengok video orang tengah memandu bila berhenti kat traffic light.. cermin kereta sisi kena pecah dan bawa lari beg..

Personally.. memang risau.. amat2 risau.. Semoga kita semua sentiasa dalam keadaan selamat dan sihat ye..

p/s Maybe this is part why I feel like insecure recently.. 5 tahun duduk di UK.. aku jarang sangat dengar kes2 samun rompak begini.. malah rumah kat sana cermin tingkap takde grill pun.. pernah lah ada 1 2 kes tingkap kena pecah.. tapi terpencil sangat.. Bukan nak compare.. tapi bila selalu sangat dgr kes rompakan dan kecurian berlaku pada keluarga sendiri.. dan pernah juga dgr kes kawan2 lain.. Risau tetap risau..

Layan coffee pun best..
This is an old picture..
1 pagi masa lepak2 kat starbuck selepas kerja tukang cuci dedulu
Class kan.. tukang cuci breakfast kat starbuck.. ahaks ;)

Bila rasa ada sesuatu yang tak kena atau sebenarnya I'm missing something??

Salam jumaat

This feeling has been going on for a couple of days.. Tak tahu apa yang tak kenanya.. but something somewhere I feel incomplete.. I feel sort of lost.. maybe a bit of stress.. errmmm.. just feel like I sort of misplace something or missing something something..

This thought has been on and on.. but I can't figure out what is it.. Harapnya things getting better soon... I hope so lah kan..

This few weeks.. oklah.. not too busy not to easy.. 50-50... takdelah sibuk nak balik lewat.. pkl 5 dah standby nak balik rehat2 lebih awal.. and things just goes on like always..

Suddenly.. I feel like I in the middle of writer block syndrome.. Tak mampu nak tulis panjang-panjang this time.. I might need a break kot..



Location : Adam Lai Restaurant Sri Gombak during Iftar 2013

p/s Feel like eating something delicious and can make you happy.. 
Ada cadangan??

Friday, 18 October 2013

Coffee Blend.. Pesal sejak 2 menjak nie aku macam teringin bangat..

Salam Jumaat

Dulu masa kecik-kecik.. kopi O antara hidangan wajib kat kampung.. arwah atok, nenek dan ayah adalah pengemar kopi o.. dulu-dulu selalu gaklah tumpang minum.. rasa memang best sebab tuh kopi kampung..

Then after 5 tahun bermastautin di UK... kopi terus menjadi peneman setia aku waktu pagi di uni.. sampai jek ke department.. kopilah minum pertama yang aku buat kat bilik kerja aku... berlainan pulak kalau kat rumah.. aku prefer minum teh.. terutama teh Twining Ladygrey.. rasanya dia memang best.. hampir ketagih jugalah setiap malam.. sampai aku biasa buat1 teko penuh  kadang refill 2 3 kali gak..

Penangan minum kopi menjadi amalan setiap pagi kat department dulu bukan sebab saja-saja suka.. tapi keadaan cuaca yang sejuk terutama waktu pagi dan kadang sepjg hari.... menyebabkan ramai yang menjadi penggemar kopi atau teh.. You don't have a choice.. kalau tak minum kopi.. I think it quite hard to warm-up..

Balik malaysia.. amalan minum kopi nie sort of stop kejap.. menu minum pagi aku dah tukar jadi air milo.. ditambah pulak masa tuh aku rajin ambik supplement vitamin C.. yang mana minuman berkafein adalah antara pantang larang.. akupun macam stop kejap minuman kegemaran aku tuh.. baik kopi atau teh.. macam jadi larangan keras pulak.. Sekarang macam dah malas pulak makan vitamin C.. itu yang mula langgar pantang larangan tuh :(

However.. recently 2 months back.. Masa aku melepak kat coffee bean depan Lowyat (sebab nak setup notebook anak buah aku yang baru beli).. aku order coffee ais di situ.. that moment sort of like a flash back.. how I used to enjoy coffee very much last time.. since then.. I'm sort of addicted.. dulu aku pengemar hot coffee.. even starbuck kat uk pun antara port lepak aku yang biasa.. sejak balik mesia.. entah aku macam takde feel nak lepak kat starbuck.. but since that incident at coffee bean.. aku jadi addicted tuh ice blended coffee.. Ini menyebabkan.. tiap kali terpergi ke cool blog.. chatime.. coffee classic.. Aku dah auto pulak.. akan order coffee blended.. either it's mocha.. cappuccino..  or even white coffee..

Recently.. since nescafe ada introduce ipoh white coffee.. So that give me an idea to create my own version of ice coffee blended.. and the result?? Supperbb... Cuma whipping cream jek tak jumpa kat sini (al-maklum. I stay at pekan kecik jek ahaks)

Resepi my own version of ice white coffee blended:

1 pek kecik instant Nescafe Ipoh White Coffee (Hazelnut flavour)
1 cawan (or more) susu coklat dutch lady (nak susu biasa pun ok-terpulang)
sedikit air
5 6ketul ais (ikut suka)
Blender (lesung batu boleh kalau sanggup ler ahaks)
Whipping cream (kalau ada.. kalau xde pun ok gak)
p/s ada yang tambah susu pekat, coklat vanila.. coklat syrup..terpulang.. (my version simple dan cepat.. kalau duk kat tempat terpencil mcm I nie.. this recipes is enough)

Cara-caranya:
Masukkan semua bahan dalam blender.. tutup dan blend...
Masukkan dalam cawan dan boleh spraykan whipping cream kalau naklah
Letak straw dan apa lagi.. minum ler..


This is my version of white coffee ice blended..
Buat malam tadi.. 
Masukkan dalam bekas cool blog (recycle..)
Bekukan..
Apa lagik tapau bawak kat ofis..
Jimat cermat amalan mulia ;)

Nak cuba?
Silakan ;)

Thursday, 3 October 2013

Adakalanya menonton satu drama buat kita rasa feeling-feeling cinta..

Salam Khamis

Sejak 3 minggu ini.. aku mula ada 1 kegilaan yang pasti meruntun hati dan sanubari setiap pkl 9malam rabu dan khamis.. Dulu aku tak faham kenapa orang sanggup tunggu depan tv untuk menonton cerita korea.. now.. it's my turn.. aku pulak tersangkut dengan 1 drama ini..

Bagi yang ada astro.. boleh nonton drama ini setiap hari rabu & khamis di channel 393 One.. Drama korea bertemakan romantik seram komedi.. bertajuk 'The Master's sun'


Apa yang best sangat drama nie.. Ceritanya Romantik + komedi + seram..

Kisah seorang gadis (Tae yang atau Tae gong shil) yang boleh melihat hantu selepas terbabit dalam kemalangan dan sering diganggu dengan hantu-hantu yang selalu mengekorinya.. Dia bertemu pulak dengan seorang jejaka hensem tinggi lampai.. seorang CEO syarikat Kingdom (Joo Joong-woon).. dan pertemuan itu menjadikan jejaka itu seorang pelindung kepada gadis ini.. tiap kali gadis ini pegang atau sentuh lelaki ini.. hantu tadi akan tertiba hilang.. ini menyebabkan gadis ini mula rasa seronok dan menganggap lelaki ini seorang insan yang istimewa..

Namun begitu.. Jejaka ini pulak seorang yang pentingkan diri.. dan hanya memandang keuntungan semata-mata.. di awal pertemuan lelaki dan gadis ini.. lelaki ini menganggap gadis ini tidak ada kepentingan kepadanya.. namun apabila gadis itu diresapi oleh roh bekas teman wanitanya (Cha Hee Joo).. pandangan lelaki ini mula berubah terhadap wanita itu.. dia menjadikan gadis ini sebagai aset untuk terus berhubung dengan roh bekas teman wanitanya kerana sebelum dia mati.. dia telah bersubahat dengan penculik untuk menyembunyikan kalung bernilai 10 billion.. Misi gadis itu adalah untuk cuba mendapatkan maklumat daripada roh teman wanitanya bagi mendapatkan semula kalung tersebut..

Gadis ini mula diambil bekerja di syarikat kingdom sebagai tukang cuci dan kemudianya dinaikkan pangkat sebagai pegawai perhubungan khas sebagai cover-up bagi membolehkan gadis ini bekerja dekat dengan Joong Woon. 

Walau pun begitu.. setiap pertemuan demi pertemuan dan insiden demi insiden yang dilalui oleh gadis itu yang berhadapan dengan hantu atau roh.. dia pasti akan dapat menyelesaikannya.. setiap episod ada kes hantu yang perlu diselesaikan dan yang bestnya jejaka tadi walau degil dan pentingkan diri dia pasti tak sampai hati nak biarkan gadis itu seorang diri.. dia pasti akan datang menolong gadis itu.. adakalanya juga sebagai pelindung dan penyelamat..

Pada masa yang sama juga jejaka lain iaitu ketua bahagian keselamatan  (Kang Woo) syarikat kingdom itu turut meminati gadis itu dan mula mengesyaki hubungan istimewa antara gadis itu dan Joong woon.. Dia merupakan pengintip dan pegawai peribadi tak rasmi Joong Woon yang diupah oleh ayah joong woon sendiri. Beberapa insiden pertembungan dan episod cemburu hingga membawa kepada salah faham, kang woo yang asalnya berpura-pura mengaku meminati Gong Shil semata-mata untuk mendapatkan maklumat akhirnya berterus terang mengatakan dia tidak pernah pun meminatinya.. walhal ketara dia sebenarnya sudah jatuh hati.. lagi satu.. dia nie nampak macam tough.. tapi sebenarnya dia takut hantu.. ahaks...

Drama ini mengingatkan aku kepada kesamaan dengan cerita 'ghost whisperer' lakonan Jennifer Love Hewitt.. Bezanya jennifer dalam ghost whisperer sudah ada teman/suami yang sentiasa menyokongnya.. manakala dalam drama 'the master's sun' ini, Gong Shil menemui seorang jejaka yang nampak amat pentingkan diri namun.. sebenarnya sisi lain jejaka ini juga romantik dan ada belas kasihan.. Aku suka mereka bersama..

Ada juga sisi gatal si gadis yang sentiasa cuba mencari peluang untuk memegang tangan Joong woon.. kerana dengan sentuhan begitu.. setiap hantu yang mengekorinya pasti akan hilang apabila tersentuh anggota badan joong woon.. macam ada magnet penghalau hantu.. Ada juga beberapa episod Joong Woon dengan sukarela akan memegang tangan atau memeluk gadis ini terutama bila dia ketakutan.. Sweet sangat hahaha... dalam nampak eksen tuh.. ada juga lembut hatinya.. part nie yang best hahaha..

Sudah lama tidak menonton drama yang mampu membuatkan hati rasa feeling cinta dan tersenyum seorang diri.. ada lawak dan romantisnya.. Antara episod yang aku suka adalah episod 6, dimana Gong Shil dipertemukan dengan hantu anjing tentera yang datang meminta Gong Shil untuk membantu tuannya.. Siap ada lagu Nobody lagi dalam episod ini dan antara episod yang mampu membuatkan airmata rasa nak menitis dan bermulalah episod yang menonjolkan Joong Woon mula jatuh hati pada Gong Shil..

Berminat nak menonton? Boleh saksikan setiap hari rabu dan khamis di channel 393 Astro One HD atau di
http://www.gooddrama.net/korean-drama/the-masters-sun-episode-1

 

Hyolin(효린) (Sistar)-Crazy of you(미치게 만들어)
Antara OST 'The Master's Sun' 

Hong Dae Kwang - 너와 나 (You And I)

 Yoonmirae(t 윤미래) _ Touch love (터치 러브)

Why should I be afraid of a dead person, the living are scarier..

A dead person has no power except for their feelings.

If your heart is lying, the pain gives you the answer

Wednesday, 2 October 2013

Singapura 11 senarai pada pandangan mataku..

Salam

Walaupun trip aku ke sana sekadar 1 hari sahaja.. mungkin tidak cukup untuk aku buat penilaian.. Izinkan aku buat sedikit ulasan.. Ini adalah 11 perkara yang aku rasa +ve dan -ve tentang singapore

1- Bersih.. Ya aku tak nafikan bandar ini cukup bersih.. jarang nampak papan tanda jalan yang berconteng, ada stiker kena tampal-tampal.. shopping complex yang bersih (macam kat KL jek lebih kurang)..

2- Sistem MRT yang lebih tersusun.. semua in 1 stop.. tak jauh beza dengan sistem underground yang pernah aku naik di London dan Paris.. tapi di singapore ianya lebih bersih dan tersusun.. di London tidak semua stesennya ada elevator.. masih ada yang gunakan tangga.. manakala di paris pulak.. ada sesetengah MRT tuh kena buka pintu secara manual.. (lebih klasik) dan sesetengah stesennya agak kotor.. Singapore lebih tersusun... kalau nak compare dengan KL.. sistem transit kita banyak sangat.. komuter.. LRT.. STAR.. semuanya tidak bersambung secara berhampiran dan berlainan stesen dan tiket.. di sana 1 kad boleh pakai untuk semua..

3- Shopping complex.. merata-rata tempat ada.. yang best sekali pada aku adalah vivocity sebab bersambung dengan sentosa express dan boardwalk untuk ke pulau sentosa.. shopping nie all in one for leisure.. boleh lepak kat sini sambil rendam kaki.. boleh jalan kaki byr 1SGD ke pulau sentosa.. and do your thing.. ramai yang ke sini sebab nak USS Universal Studios Singapore.. Belum teruja lagi nak pergi sebab dah pernah pergi ke Disneyland Paris 2 Kali.. Pada aku tak jauh beza.. sangat.. yang bezanya character cartoon dan set permainan.. kalau aku masuk pun confirm malas nak main set2 yang ada ahaks..

4- Makan? Untuk makanan halal agak terhad.. kena hati-hati sikit kalau nak makan di gerai biasa kena tengok tanda halal.. tapi fastfoodnya halal.. so takde masalah.. but kena perhatikan jugalah tanda halal tuh..

5- Sikap.. Aku ada lalui pengalaman pahit tentang sikap diskriminasi bangsa india kat sana.. panggil untuk order makan sebanyak 2 kali dia boleh buat tak tahu.. kedai nie berdepan mustafa center jek.. tapi aku sempat begang tahap nak menyumpah juga sebab sombong giler pekerja tuh macam tahap tokei kedai.. hampir juga aku doakan kedai tuh bangkrap hahaha.. sakit hati punya pasal.. akhirnya kami endup makan di gerai makan Ahmad group berdepan dengan jalan Serangoon road.. kat situ memang ramai orang melayu makan.. dan pekerjanya pulak orang kelantan.. ramah mesra.. selepas kena pengalaman pahit si india yang sombong tuh.. kami jumpa orang melayu yang mesra rasa terubat sikit hati..

6- Kalau nak ke kedai yang lebih kurang macam mydin.. ada 1 tempat yang dikenali sebagai Mustafa Center.. naik MRT turun di Seranggon Rd.. jalan kaki sikit dah sampai.. bangunan nie buka 24jam.. macam-macam ada.. harga?? takdelah murah mana.. rasanya shopping kat Mydin USJ tuh lagik murah.. tapi kat sini memang ramai org yang shopping sakan jugalah.. kalau nak jalan sekitar indian arcade.. boleh turun di Little India..

7- Tempat lepak dan jalan-jalan.. kat sini banyak tempat yang bercirikan artistik.. yang boleh kita datang lepak-lepak sambil jalan-jalan macam di Merlion park.. (aku tak pergi sebab dari MRT Raffles Park kena menapak lagik.. masa nie kaki dah sakit tahap gaban dah.. tak mampu nak teruskan perjalanan), esplanade, marina bay, garden by the bay, botanical garden, pulau sentosa dan etcs..

8- Area melayu.. Bugis street.. kawasan yang ada shopping gerai-gerai.. Kami lalu jek.. tak sempat nak singgah sangat.. lagipun memang takde plan nak beli apa-apa.. maybe next time kot kalau rasa ter pergi lagi ke singapore..

9- kalau tourist boleh beli Tourist day pass.. 1 hari SGD20 (termasuk deposit SGD10- pulangkan kad dapat balik ler).. atau kalau nak jalan dekat2.. boleh ambik EZLink card.. SGD12, sgd5 harga kad takkan dipulangkan.. baki SGD7 boleh digunakan untuk tambang naik mrt atau bas.. tapi pastikan nilai dalam kad tidak kurang SGD3 kalau tak kad takleh guna sampailah kita topup.. Disebabkan aku hari tuh memang nak round singapore.. maka ambil tourist pass 1 day tuh.. tidak semua stesen ada jual kad nie.. tapi kalau turun di Queen st dengan ambil bas dari JB sentral.. bayar RM2.50.. turun bas jalan kaki sikit dah jumpa MRT bugis St nie..

10- Bas stesen untuk JB-Singapore di Queen street amatlah daif (tempat lain aku tak pasti.. tapi stesen nie yang famous kalau dtg dari JB-dahlah tuh beratur punyalah panjang)... sistem MRT aku salute.. stesen yang teratur dan bersih.. tapi malangnya sistem bas transitnya menyedihkan.. ada pun sekadar platform yang buruk.. kena beratur panjang pada tempat yang separuh berbumbung.. kalau hujan.. memang confirm basah kuyup.. sistem kutip tiket yang masih manual.. ada apek letak baldi kecik atas meja.. tiap kali lepas bagi tiket... pulun kira duit tambang secara manual.. pada aku it's time to changelah.. Buatlah proper bus station yang berbumbung dan ada tempat duduk..

11- Pekerja mereka banyak yang berumur dan tua.. baik dari kaunter tiket.. hingga kepada kaunter McD.. rata-ratanya agak berusia.. aku terkejut jumpa lelaki cina tua yang dah berkedut seribu bekerja sebagai tukang cleaner di McD.. terus jatuh kesian sebab kat sini kita takkan jumpa golongan macamtu bekerja di fastfood... atau jaga kaunter (kecuali bgnan kerajaan).. rata-rata bila tengok kedai di shopping complex yang bg service semuanya golongan berusia.. did wonder mana pergi golongan remaja diorang ekk.. maybe tak minat bekerja macam tuh kot.. 

Itulah komen ringkas yang aku boleh bagi tentang singapore pada aku.. Syurga shopping? aku tak rasa begitu.. maybe kalau betul2 ada sales.. mungkin sahaja dapat harga lebih murah..Aku dengar time xmas atau newyear.. katanya masih murah kalau convert ke RM.. Aku tengok ramai yang shopping sakan perfume kat mustafa center.. pada aku.. kalau nak beli perfume baik pergi langkawi sebab situ macam-macam boleh angkut sekali.. tapi kalau nak beli juga no hal.. 2 perfume elizabeth arden boleh dapat sekitar SGD44 jek.. lebih kurang RM115 utk 2 botol.. oklah murah juga tuh.. originalitinya? itu tak pasti.. maybe ori kot.. Aku hampir juga terbeli tapi stok perfume pun masih byk so memang tak beli apa pun..

Apa juga I did enjoy the trip to singapore.. Imigresen Singapore yang check passport aku pun ramah orangnya.. (perempuan) hehehe.. so selain daripada sikap seorang penduduk tempatan yang agak sombong tuh.. aku suspek dia pun bukan local singapore.. silap2  bangla jek..

Orchard Rd
Branded shopping outlet

Little India Street

Water area top roof Vivocity inFront Harbour
Masa nie ambil peluang rendam kaki yang sakit tuh.. lega sikit

Tuesday, 1 October 2013

Kata rindu tapi kadang terlupa juga.. Maafkan saya ye :)

Salam

Wahh sudah masuk bulan 10.. Hampir terlupa terus mahu menulis di sini.. bukan tak ingat.. tapi terlupa hehehehe.. sebenarnya kalau aku bagi alasan sibuk mesti korang kata.. biasalah ler tuh.. takde alasan lain.. Tapi percayalah.. ituah hakikatnya..

Banyak kali juga nak singgah ke sini tapi sebab 2minggu berterusan aku keluar menyelia pelajar maka memang takde masa nak ngadap notebook merangkap menulis blog.. Rindu juga tapi kesibukan buatkan aku tidak ada pilihan..

Alhamdullilah minggu ini barulah terasa dapat bernafas semula.. sebab keluar outstation menyelia budak praktikal sekitar 3 minggu.. di sambung dengan kerja/cuti weekend yang lepas ke selatan tanahair.. sempat jugalah menyeberang tambak ke negara pernah dilanggar todak tuh.. Kaki sakit akibat turun naik mrt.. bila berjalan sakit kaki pun masih terasa.. betis rasa dah bengkak... lama sungguh tak berjalan begitu.. walhal dulu merayap lagi ligat masa di London pun takdelah sampai sakit kaki camnie.. Aku suspek kasut yang aku pakai itu tidak lagi sesuai buat teman aku berjalan.. kena mencari kasut yang lebih sesuai... Aku takleh bayangkan nanti p Osaka n Tokyo dengan kasut yang aku pakai aritu.. rasanya boleh tertanggal kulit tapak kaki aku karang.. Apa juga trip ke singapore yang serba ringkas dan tak sempat nak jelajah habis sebab dah sakit sangat kaki tuh.. masih tetap enjoy walaupun bila convert nilai duit tuh rasa macam mahal.. but untuk aku kalau convert pound sterling lagik mahal hehehe.. so it's an experience ler.. adalah sikit jalan p oversea.. walaupun bukan 100% feeling oversea.. jadilah kan..

Alhamdullilah.. hari ini budak diploma mula exam paper aku.. Esok.. kelas dan minggu ini bolehlah melepak menyiapkan kerja yang bertangguh.. bulan 10 nie lebih banyak spend masa di ofis.. dan sibuk menyibuk nak raya aidiladha nanti... Masuk bulan 11.. sibuk kembali sebab nak ke Vietnam lawatan persatuan.. diikuti dengan kerja rasmi di Shah Alam seminggu dan mungkin sambung untuk menyelia pelajar praktikal kalau sempat..

Sekejap dah nak raya Haji kan.. rasa macam baru jek raya puasa.. baju yang aku hantar lepas ambik baju raya kemarin.. dekat 2 bulan barulah siap... merasalah kot pakai baju baru untuk raya haji lak ahaks.. Hari ini pakai baju cotton yang kawan aku jual.. panas rupanya kain nie.. rasa macam berasap (lagipun cuaca memang panas giler hari ini pun).. Aku mula terasa nak makan ABC.. tak tahulah apa pasal.. maybe sebab rasa macam tekak kering sangat dan panas sangat kot..

Ada banyak cerita nak story.. ingat nak share cerita ke KK.. tak sempat lagi.. juga pengalaman ke Singapore.. nantilah kalau dah sampai mood ok..

MRT Bugis Street Singapore..
Where our journey around singapore started..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...