Boneka, kau bernyawa,
jika tidak kenapa kau tertawa?
Boneka, kau bernyawa,
jika tidak kenapa ada air dimata?
Boneka, kau bernyawa,
jika tidak kenapa kau masih menggenggam rahsia?
Boneka, benar kau ada nyawa,
jika tidak untuk apa kau masih di sana?
Untuk hari-hari yang tercela dimana kita dipaksa menjilat laba,
untuk dekorasi-dekorasi pentas ini yang bukan pilihan kita untuk bersandiwara,
untuk bait-bait nestapa yang kekal meladeni semua kata,
dan untuk gelak dan tawa yang membobrokkan sakitnya hari muda kita...
Kita masih bernyawa...
Boneka, kau bernyawa,
supaya menjadi saksi pada semua...
Boneka, kau bernyawa,
agar hari esok mengharapkan semua kembali sempurna...
(Aku dan kau masing-masing punya watak, tapi latarnya sama...)
Nota Kaki Bergelang Tali Hitam: Hey 'gorgeous' , jangan ditahan tangis itu...Tangisan adalah bukti bahawa lu masih bernyawa...Lu masih berperasaan...Kenapa gua berkata sedemikian? Kerana gua turut berada dalam 'teater Bumbung Tiris Lantai Terhiris' ini...
Rasanya, gua sudah membawakan watak yang bukan mahu gua selama 20 tahun...Walaupun sudah 20 tahun gua berdoa agar teater Bumbung Tiris Lantai Terhiris ini tamat, tapi masih sama saja...
Oh, cuti pertengahan semester merangkap cuti Tahun Baru Cina ini, gua banyak menghabiskan masa bersama teman-teman kampung gua: Apis Deqih, Ijat Sotong, Wan Cabai, Pian Abah, etc...Nama teman-teman gua ni pelik-pelik sikit hahaha...
Tapi, jutaan juta terimakasih buat sahabat hidupmati gua, Pali dan bestbro gua, Bal untuk hari-hari yang membuatkan gua tersenyum sebentar...(Pali, baik atau buruk aku, aku nak hang tau aku teramat-amat sayangkan hang...)
Dan, oh ya, pagi tadi, bangun dari tidur, ada pesanan ringkas yang berbunyi sebegini, " Awak ada kat na? nak bayar hutang tak?hehehe..."...Jadi, gua pergi mengambil dia di rumah, pergi menonton The Green Hornet bersama ex gua masa sekolah dulu..Terima kasih kerana masih ingatkan gua...Maaf, gua bukan lagi orang yang berkepala gila-gila seperti dulu...Thanx, Yana...
Carta PanasFM Kali Ini: No Voices In The Sky (Motorhead), Pyre Of Souls Seasons Of Pain (Danzig), dan A Broken Man And The Dawn (Volbeat)...
p/s: Kita tak berdaya
untuk bersuara...