Sunday, December 29, 2013

"..lidah yang membelit leher,

Tersedak dek janji yg membusung.."



Nota Kaki: Gua tak malu untuk mintak maaf dgn adik-adik gua yg masih kecil kerana telah lama gua sibuk dgn peluh berbanding darah. 

Gua terlalu sibuk mngejar impian. Terlalu sibuk mahu menjadi dgn attitude rock n roll. Dan walaupun sekarang sekeliling mengiktiraf gua sebagai real-life rockstar, gua rasa dah tiba masanya utk gua mesti menjadi abnormal dgn merasa kehidupan manusia normal.

Gua tetap seorang rocker. Bezanya rocker yg hanya menghayun gitarnya dengan tangsn sendiri..

Sunday, December 22, 2013

AKU PENIPUAN

"..ada sesuatu di balik rahsia:

Ianya penipuan.."


Nota kaki: lu akan kecewa apabila memberi. Kerana fitrah manusi mahukan satu galang ganti atas apa yg diberi.

Gua tahu gua mungkin sekadar galang ganti. Tp tak mengapa. Gua sering begitu sembunyi di blk tak mengapa..haih.

Rutin harian yg melecehkan tp sekurang-kurangnya membuatkan gua sedikit sibuk dari berdepan hipokrasi.

Malas betul gua mahu berfikir. Gua terlalu percayakan satu kepercayaan dulu hingga rosak hati gua sekarang. Dan sekarang hanya ada satu percaya sahaja.

Oh ya bercakap berkenaan impian, perasan tak kita lepskan terlalu banyak. Semakin besar semakin terlupa kita.

Sebagai contoh, terlalu byk yg gua ingin kongsi tp gua terlupa gua ada hati. Baik gua kongsi dgn hati gua sendiri.


Saturday, December 14, 2013

FRAGILE

"..nyawa manusia setebal kabus:

Yg enteng polos apabila cuba direngus.."


Nota kaki: Abah masih tidak stabil. Masih dibawah sesi radioterapi sebelum kemoterapi. Yang Maha Segala ada, itu yg gua percaya.

Gua sudah hampir kehilangan segala-galanya. Sama seperti dulu yg bezanya sekarang gua sentiasa tersenyum. Jika dulu kala dihimpit dunia erat, tiada lain selain meracun diri. Gua semakin kuat kiranya. Rocker tak pernah mati.

Gua tinggalkan kekuatan gua, si dia cinta pertama juga terakhir gua mudah-mudahan, demi masa depan bersama. Tak lama sayang, sikit saja lg..

Gua pernah kehilangan banyak puteri cantik yg penuh dgn kasihsayang kerana bodohnya gua. Tetapi kali ini, bkn lg puteri malahan si rusuk kiri gua..

Jika rockstar ini mati, kuburkan dia dengan penulisannya.

Rock hard. Rock on. Live fast die young \m/


Sunday, December 8, 2013

ABAH (THOSE GOOD ALL DAYS) #2

"..abah.

Dengar tak abangah panggil?
Ya.. hari-hari abangah panggil.
Abah buka mata bah..
Lihat siapa yg pulang..

Abah,
Bila satu antara kita mula bicara,
Akhir bualnya tak seperti yg kita sangka.
Bila satu antara kita berada sama,
Masa begitu keji tak melepaskan kita..
Itu dulu dan ia berparut sesal sekarang..

Abah,
Dapat dengar tak abangah panggil?
Ya..setiap minit abangah panggil,
Abah buka mata bah..
Lihat siapa yg pulang..

Abah,
Abangah tunggu abah setiap sore,
Nak abah mandikan abangah,
Abangah nangis bila abah tonyoh abangah,
Tp hari-hari abangah tunggu abah..
Itu dulu tp ia berbunga kerinduan sekarang..


Abah,
Dengar abangah bah..
Setiap saat abangah harap abah dengar,
Buka mata bah..

Abangah pulang.."

Nota Kaki: Abah sedang kritikal. Chemotheraphy bakalnya.

Gua dlm perjalanab pulang. Tuhan sempatkanlah..

Friday, November 22, 2013

TANGGAL-TANGGAL TERAKHIR SEORANG LELAKI MAHAL

"..aku tidak memberitahu
 dunia bahawa engkau milikku,

aku beritakan pada dunia bahawa
aku yg menyerahkan diri padamu.."


Nota kaki : Dia nama pertama dalam blog gua. Gua serah pada Yang Maha Segala agar namanya yg terakhir. Banyak yg gua risaukan. Tapi esok tak siapa tahu.

Gua dah tak rocker? Heh, gua tak peduli. Sekali untuk pertama kalinya, tawanya manjanya setianya marahnya rengeknya bebelnya tangisnya dan segala yg ada padanya lebih bernilai dari diri gua. 20 tahun gua teguh dengan prinsip gua, gua serahkan padanya.

Sedikit lagi untuk ke tahun depan. Bersabarlah sayang.

Jarak adalah musuh. Masa adalah si cerewet. Kita teguh. Takkan meleret.



Ketawalah di samping gua. Kerana hari-hari gua
yg penuh dengan kesedihan terubat dengan hadirnya dia.

Wednesday, November 20, 2013

SEPOTONG AYAT TENTANG CINTA

"..jika aku tak layak ke syurga-Mu,

izinkanlah dia menjadi kunci
untuk aku ke situ.."



Nota kaki: Gua sedar gua ini tak layak untuk ke syurga apatah lagi berbaring di laman indahnya. Namun jika dapat gua pimpin dan lihat dia melangkah ke syurga, itu sudah cukup :)

Pertama kali dalam hidup gua, gua butakan mata gua. Gua paku hati gua. Gua tinggalkan dunia gua. Kerana dia.

Gua sentiasa senyum. Gua menjadi sangat comel. Hahahaha.

Wednesday, November 6, 2013

SANG PUNGGUK

"..Aku mula merasa
bagaimana pedihnya
pungguk rindukan bulan.."


Nota kaki: Sedang mencuba lag.






Tuesday, October 15, 2013

ADA SESUATU DI DEPAN TAHU

Masa? Faktab. Semakin lu besar semakin lu rasa palat gila. Awat cepat sangat masa jalan. Tapi kekadang lu mintak cepat masa tu berambus. Ironi, huh?

Banyak gua nak palit kat satu-satunya diari gua ni.Tapi itulah, kekangan masa. Sampai kekadang untuk diri sendiri pun macam terbengkalai. Tapi sebenarnya, masa untuk diri sendiri tu adalah masa kita dengan mereka-mereka yg istimewa.

Gua tak dapat dan sangat malas untuk palitkan apa yg jadi sebelum ni. Tapi gua tetap mahu ceritakan sebahagian yg sangat ekslusif :) . 

Syukur Yang Maha Segala tetap ada walaupun dulu sejadah itu lu buat bantal bila tadak alas. Alhamdulillah.

Gua dah mulakan kehidupan gua sebagai hamba kolar-putih. Gua rasa selesa di situ. Walaupun macam tertekan dengan cara baru, tapi gua kena gasak jugaklah, kan? Gua terfikir untuk berada lama di situ, gua kena cuba. Satu benda yg gua suka bila mulakan hidup baru di satu tempat, orang tak tahu apa lu pernah buat dulu. Semua jadi baru.

Oh, ya minggu lepas hari pertunangan salah sorang sahabat baik gua merangkap partner in crime, Ngut. Juga dianugerahkan masa berharga dengan juga sahabat-sahabat paling sweet gua ada, Jab my dragon dan Aida si cantik Adelageda.

Dan untuk pertama kalinya untuk di setiap saat gua, gua risaukan pasal seorang gadis. Gua mahu tahu, benar-benar tahu di mana dia, dengan siapa dia, dah makan?, Buat apa tu?...Haha. Manis sekali.

Kita belajar dari sebelumnya untuk hari selepasnya. Dapat? Gua tak pernah berikan setiap saat gua untuk si cantik si  cantik sebelum ini. Gua minta maaf. Tapi kalianlah yg mengajar gua untuk berada di samping kaum Hawa. Gua yakin kali ini :) 

Dia cakap banyak. Dia suka gelak, gelaknya kuat. Dia selalu tersasul perkataan bila cakap. Dia cerita satu benda tiba-tiba masuk cerita lain lepas tu cerita balik. Dia cakap tak lapis. Dia cakap itu, itulah jawabnya. Dia comel jegilkan mata. Dia manis bila senyum. Dia memang kelakar. Dia raja pawaka serigala  bila marah. Dia dengar bila dengar. Dia dengar walaupun tak faham. Dia manja dalam caranya.

Dia menjadi priority gua. Dia buat gua selesa. Dia kasar tapi buat gua sabar. Bila jalan, dia mengiring rapat mendekat. Bila makan dia cerewet. Bila malam dia lelap awal. Matanya coklat. Pipit kiri. Juling comel. Dia terlalu istimewa untuk diceritakan. Gua mengaku, untuk kali ini gua serahkan diri gua. 

Terpisah sesudah 10 tahun, kembalinya selepas tahajud. Lelaki mahal ini menyerahkan harganya pada dia :)

Esoklusa kita tak tahu apa jadi. Apa ada. Kita cuba. Rock on. 

Thursday, October 3, 2013

BERENANG- RENANG DI TANAH KERING

"..seperti menjadikan angin sebagai rokok.."


Nota kaki: Hari-hari lu bangun nak risau pasal itu pasal ini. Penat jugak sebenarnya. Bangun mandilah jawabnya. Gua tengah cuba. 

Kuarantin diri. Belajar jadi sabar ni kan mcm lu belajar main instrument musik. Awal-awal mcm nak hempuk saja gitar tp bila dah cantik main asyik jadi.


Sunday, September 29, 2013

SENGAJA

"..Setiap tahun,
tarikh itu datang, sengaja..

Setiap tahun,
ada seseorang,
menunggunya datang, sengaja..

Di setiap tahun itulah,
tak pernah lelah dia merungkai keserabutan,
lalu dianyam semula menjadi satu keindahan,
walaupun bukan untuknya tp mungkin berguna..

Setiap tahun,
cuma di tahun ini,
dia sengaja melupakan,

sengaja.."



Nota kaki: Kerana dia gua tahu apa maksud menjadi lelaki. Ramai dari kita yg akan belajar dari kehilangan. Tapi percayalah kata gua, gua sedang semakin kuat kerana gua percaya dia juga semakin kuat.

27hb September. Gua takkan pernah lupakannya. Oh ya, gua sedang menerbangkan layang-layang, tp bukan layang-layang yg dulu :) . Doakanlah ia terbang cantik.

Sunday, September 15, 2013

RAJA KESIMA

"..jika air mata itu
mahkota kesedihan,
maka akulah rajanya.."


Nota kaki: Gua tak pulang. Gua sangat bersedih jalang.

Semoga ke Jannah.

Friday, September 13, 2013

AKU DI SINI UNTUK DIA DI SANA

"..kamu kekuatanku,
kamu kesabaranku,
kamu kesetiaanku..

bila aku bertanyakan di mana kamu,
aku benar-benar mahu tahu apa tujumu,
kerana aku di sini masih lagi kehilangan,,

bila aku bertanyakan tentang makanmu,
aku benar-benar risaukan tentangnya,
kerana aku di sini berteman kelaparan..

bila aku bertanyakan tentang tidurmu,
aku benar-benar bermaksudkannya,
kerana aku di sini tak lena asyik berfikiran..

kerana aku mahu
kelak akulah kekuatanmu,
kelak akulah kesabaranmu,
kelak akulah kesetianmu..


Nota kaki: Dua minggu ini sangat berat. Bukan dua minggu, tapi bulan ini rasanya. Cuma gua pernah berada dalam keadaan yg lagi menakutkan dari ini dulu. Jadi, sudah alah kiranya. Gua sedang mengejar masa depan, satu benda yg gua tak pernah fikir untuk gua lakukan dulu.

Gua tak takut lapar. Gua tak takut merempat. Gua tak takut jatuh. Tapi gua takut dia tak mampu untuk menahan semua itu. Untuk pertama kalinya gua menjadi seorang realist, bukan lagi idealist. Rockstar ini sudah hampir mati untuk hidup kembali sebagai manusia biasa. 

Gua nak minta maaf untuk masa yg singkat. Maaf buat keluarga, sahabat-sahabat. Gua rasa ini pengorbanan yg terpaksa gua buat. 

Gua serahkan hati ini untuk dia. Tidak mengapa jika dikeronyok buang. Kerana gua cuma mahu menyerahkan, bukan untuk balasan.




Monday, September 9, 2013

BAIT-BAIT DALAM HAYATKU

i. I'm Afraid

You said that you love the rain,
but you stretch out your umbrella
when it rains..

You said that you love the sun,
but you find a shade when it shines..

You said that you love the wind,
but you close all the windows
when it blows..

That's why I am afraid,
that you will say the same
to me too..

(Puisi cinta hebat ini adalah mahakarya Qyazzirah Syeikh Ariffin. bukannya milik Williams Shakespere seperti yang diuar-uarkan.Satu-satunya puisi cinta kegemaran gua.)


ii. Al I'tirof

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga-Mu,
namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu..

Ampunkan dosaku terimalah taubatku,
sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar..

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai,
dengan rahmat-Mu ampunkan daku oh Tuhanku..

Wahai Tuhan selamatkan kami ini,
dari segala kejahatan dan kecelakaan..

Kami takut kami berharap kepada-Mu,
suburkanlah cinta kami kepada-Mu..

Kamilah hamba yg mengharap belas dari-Mu..

Wahai Tuhan ku tak layak kesyurga-Mu,
namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu..

(Ada yg berkata ini adalah karya dari penyair terkenal Abu Nawas sewaktu di hujung nyawanya. Ada juga yg berkata ini adalah karya masyur Imam Syafie. Puisi ini merangkumi setiap ilmu Islam seperti nahu, mantik, dan etc. Gua akui, syair ini sentiasa menitiskan air mata gua.)


Nota kaki: Kedua-dua mahakarya puisi di atas adalah deklamasi monolog gua seharian sejak kebelakangan ini. Bait-baitnya sentiasa memeluk lembut hati gua. 

Bila melihat mereka semua memulakan karier dengan pakaian yg kemas, kenderaan yg selesa, makan yg mewah, gua tersenyum dgn penuh rendah diri. Lelaki kurus ini cuma menumpang seketika. Haha gua tetap rocktar cuma bezanya gua yg dulu cuma semakin mahal dalam kitaran hidup.

Gua tak memancing duyung, gua cuma mahu mengubah laut si duyung menjadi istana terindahnya.


Saturday, August 31, 2013

SI DUYUNG KECIL

"..aku berenang-renang mencarimu
untuk membuktikan sesuatu tentang itu.."


Nota kaki: Gua pernah membuktikan bahawa gua adalah pencinta paling setia. Dan gua pernah membuktikan lelaki mahal itu memang wujud.

Cuma kali ini, gua mahu membuktikan yg gua mampu menyerahkan segala-galanya dengan sebenar-benarnya.

Dengan nama Tuhan, gua akan cuba.

Thursday, August 29, 2013

QIYAS MASA

"..ada seminit yg tertinggal
di belakang satu jam:
tak siapakan sedar
kecuali si saat..

yg berdetik bunyi adalah kedepan,
yg dibelakang diam sembunyi berisi.."


Nota kaki: Gua ingat lagi mcm mana gua bermimpi tentang stage besar, dengan gemilauan lampu-lampu deko, laungan dari bawah yg menjerit bertenaga, lalu gua pilih untuk berjalan pergi dari situ.

Gua rasa mulut gua ni memang mulut neraka. Haha. Sebab tu gua cuba untuk tak byk cakap. Mudah-mudahan telinga gua telinga syurga, yg banyak bersabar dengan segala.

Gua sekarang suka betul dengan ayat klise ini yg dulu sangat gua benci: Biarkan mereka berkata apa kerana mereka tak mengerti cerita. 

Saturday, August 24, 2013

MAAFKAN AKU SI CANTIK, AKU SEDAR

"..jika ada dendam di hatimu,
aku tahu akulah akarnya..

Tuhan pernah menitiskan hujannya
namun aku yg berlindung di balik
bumbung buatan.."


Nota kaki: Jika ini harganya, gua tak minta lebih cukup jika dpt gua lakukan apa yg sepatutnya 10 tahun yg lepas. Tapi, seperti yg bermain di minda lu, mana bisa masa dijual beli utk kembali. 

Gua cakap jujur, gua sangat sukakan pantai. Gua sangat sukakan pantai. Sangat.

Tuesday, August 20, 2013

EGO DAN PISTOL

"..ego kata tembak saja aku agar puas hatimu,
pistol jawap aku tunggu air matamu jatuh dulu.."


Nota kaki: Ego ini adalah syaitan tahu. Bila lu berjaya bunuh dalam diri lu, ia merasuk orang lain pula. Ia sesuatu yg ironi sebenarnya. 

Gua tengah teruk gila sekarang. Tapi gua masih senyum. Seakan-akan tiada apa-apa. Bukan sebab nak sembunyikan dari orang lain, tp rasanya itulah sebab mengapa manusia tersangat perlukan Tuhan dan konsep ketuhanan dalam diri.

Gua akan memulakan kerja awal bulan depan. Syukur amat. Tapi opportunity costs tersangat banyak. Hablumminnannas itu bukan perkara mudah sebenarnya. Harus terus.

Gua selalu meletakkan doa gua kepada-Nya ke atas 'dia'. Dan gua harap Tuhan tetap mengizinkan gua terus menadah tangan gua yg terlalu kotor ini. 

Wednesday, August 14, 2013

SEMUA SEDANG MENGANJING

"..drama, carekarama, sinetron, blablablabla
di kaca tv semua anjing. Anjing anjing anjing!

lagu-lagu di radio juga sama anjing. Anjing
anjing anjing semua anjing!

Kenapa menyalak aku? Kenapa kenapa kenapa?.."


Nota kaki: Orang tak tahu apa lu lalu, segala macam mak nenek orang boleh tohmah. Teguh terus, rockstar tak pernah mampus.

Tuesday, August 13, 2013

GENGGAM

"..sebesar manapun telapak tangganmu,
genggamlah segenggam butir-butir beras:

pasti takkan semua dalam genggaman.."



Nota kaki: Lu boleh cuba puaskan semua hati. Tapi cuma sekadar cuba. Takkan bisa kesemuanya. Faktab bukan? Hati lu rosak sendiri jadinya. Tapi, kiam itu penawar.

Setelah hampir tujuh tahun, gua kembali membuka sehelai surat yg 'pertama'. Surat tentang gua dan dia. Tentang kita.

Gua kutu lagi. Tadak duit. Tadak gitar. Sorang-sorang duduk tepi pantai tengok bulan sabit.

Yg jadi seterunya, gua bukan nak khurafat bagai, tp Diaridosa ini sekali gua post sekali berpaling. Mampuslah, biar gua seorang saja yg faham ayat ni.

Monday, August 12, 2013

7 BALANG KUIH (SELAMAT HARI RAYA)

"..terisi maaf, pintalah dan hadamkanlah.."



Nota kaki: Selamat hari raya. Tahun ni gua tiada kemeriahan sangat. Gua akan merindui Ramadhan lg. Minta maaf kpd semua yg membaca ya. Gua sudah berhenti dari menjadi seseorang yg sempurna, kerana rasanya kesempurnaan itu bukan untuk kita. Bukan untuk gua. 

Friday, August 2, 2013

HARI-HARI MURKA DAN TITISAN-TITISAN HUJAN

"..hati bobrok yang polos seketika
ditaksir titisan-titisan hujan,
aku kaget dikiam
kedatanganmu.

Aku percaya akan kedatangan hujan-
cukuplah jika hanya sekadar rintik,
yang mana akan selalu,
mungkin ada sebagai
awanku.."


Nota kaki: tulisan ini pernah gua palitkan dalam pos yg lepas, November 17 2010. Gua ulang pos kembali atas beberapa sebab. Salah satunya mungkin gua sudah lupa benar apa itu 'puitis' agaknya. 

Diam itu subjektif yang objektif. Mungkin.

Saturday, July 27, 2013

MENGASALNYA ASAL


"..di mana pantai menghampar, di situ pasir melantai.
di mana langit membiru, di situ awan mahu berlagu.."



Nota kaki: Cubalah meletakkan hati di setiap hati. Tak terdaya tak mengapa asalkan mencuba. Kita tak mungkin dapat memuaskan semua hati, tapi hati mesti tetap ada mencuba.

Thursday, July 25, 2013

SETANGKAI BUNGA HATI #3

Terasa seperti mahu menulis panjang. Panjang. Berkajang. Kajang. Lama gua bertafakur, tajuk apa ya untuk kali ini. Nah, gua biarkan saja dulu. Gua semak pos-pos yg lama. Aduh, rasa sudah banyak perubahan dari sudut bahasa. Dari gaya bahasa. Dari sebalik bahasa. Entahlah, kita ini cuma kita kan. Cucuk besi di hati pun mungkin tetap tak tetap iktikadnya.

*ke lagu 'Okyrro' dari For A Minor Reflection*

Kenapa gua jarang menulis panjang lagi? Cuma beberapa untaian perkataan yg berbentuk monolog sahaja. Monolog yg semakin samar natijahnya. Semakin haus isinya. Gua petik satu petikan dari filem kegemaran gua, 'The Shawshank Redemption', buah mulut dari Red, teman rapat Andy Dufrenes:

"..Every man has his breaking point.."

Nah. Gua tak pernah bosan dengan filem ini. Namun yg lebih mengujakan, filem ini adalah terhebat sepanjang zaman. Para buat lakunnya adalah pelakun terbaik sepanjang zaman. Skripnya adalah skrip terbaik sepanjang zaman. Cinematografinya adalah yg terbaik sepanjang zaman. Ini antara filem terbaik sepanjang zaman. Tapi, berapakah penghargaan yg diterima oleh filem ini? Tak banyak berbanding pencalonannya.

Bagaimana dengan kehidupan lu? Pernah lu rasakan gerak lu tak seimbang dengan langkah? Tutur lu tak selari dengan fikir lu? Hatimu tak sesama emosi lu? Masih kesamaran, kan.

Ok. Begini. Pernahkah di setiap baik lu itu langsung tiada terimakasih yg lu terima? Nah, ini paksinya penulisan kali ini. 

Sebelum jauh jari ini gua biarkan meliwat papan kekunci ini, biar gua ingatkan sesuatu dulu. Penulisan kali ini bukanlah diladeni oleh rasa tidak bersyukur. Bukanlah bersifat ujub. Penulisan ini duduk atas tasyahud sebagai seorang manusia. "Every man has his breaking point, isnt it?".

Kita biarkan semuanya berkecamuk dulu ya. Begini. Lu gunakan khudrat lu dengan menjadi belakang tabir, tapi baik lu itu dapat kepada pengerusi majlis. Lu karang satu puisi indah tentang kesatuan, tapi yg baik adalah pendeklamasi puisi itu. Lu mencipta satu melodi indah serta senikata yg amat dalam, tapi yg dapat baiknya adalah penyanyinya. Lu susun bata lakar satu istana mewah, tp yg baiknya adalah pemiliknya.

HIDUP INI BABI BENAR BUKAN!!!

Tapi di sinilah manis semua itu tersirat. Lu pernah dengar perkataan 'redha' kan? Tapi pernahkah lu cuba faham apa itu konsep redha? 

Di sini salahnya kita. Manusia adalah manusia, yg sentiasa betul walaupun salah. Kita kata kita redha, tapi kita tak aplikasikan langsung. Cuma di mulut redhanya, tapi di hati mana? Kita sentiasa kata "bersabarlah hati. Tuhan sedang menguji". Tapi sedarkah yg sebenarnya itu cuma tuturan rantaian motivasi yg bavi basi di bibir saja. Mana bersabar di hati? Apa yg kita buat dengan hati agar hati turut bersabar?

*sigh*

Gua masih belum ketemu lagi tajuk sesuai untuk kali ini. Sekarang jam tangan gua tepat 1830. Hari ini dalam bulan Ramadhan. Gua seronok benar di bulan ini. Ya, gua tak tipu. Walau gua keseorangan. Dinafikan. Tiada pekerjaan sekarang. Tiada tempat tetap untuk berbaring lelap. Ada sesuatu di bulan ini yg manis gua tunggu. 

separa intiha, sebenarnya gua masih tak dapat menggenggam konsep redha dgn baik. Malahan bertambah cacat nampaknya. Tapi, di setiap hari nafas ini masih diizinkan untuk dihembus, maka universiti realiti tak pernah cuti kan. haha. Cuba lagi.

Baiklah, sini saja kali ini. Selamat berpuasa. Selamat berbuka. Selamat memupuk redha. 

Rock on dear.




Nota kaki: Sudah gua bilang, khalwat dari sudut bahasa maksudnya lain. Khalwat dari sudut agama maksudnya lain. Gua tak mahu sentuk dalam-dalam hal agama. Bukan apa, nanti lu cakap gua sesat bagai. Rawkstar cakap agama. tapi, itu yg lu tak tahu. Mungkin ada dalil yg dipegang, kan?

Tuesday, July 23, 2013

SETANGKAI BUNGA HATI #2

"..hati itu adalah karung rahsia sejati
sekali lagi ku ulang, karung rahsia sejati.."



Nota kaki: Masih kental rawkstar. Orang boleh butuhburitkan lu sebab orang tak tahu apa yg sedang lu lalu. Jangan dicerita, itukan cerita eksklusif lu. Jangan dicerita dengan sengaja.

Dia datang dalam mimpi gua, memegang tangan gua sambil berkata, "bersabarlah.." dan sekuntum senyuman sebagai teman. Setelah hampir 7 tahun rasanya, kan. Tapi tidak pula gua mahu hilang tasyahud kerana samar itu.

Friday, July 19, 2013

SETANGKAI BUNGA HATI

"..mawar itu dibilang cantik,
berdarah jari disalahkan duri.

setangkai bunga hati usah dibiar lari,
setangkai bunga hati jaganya sendiri.

kemboja itu ditanam di kubur,
baunya wangi setia meneman penghuni.."


Nota kaki: Jika dengar cucuk, jangan menambah cerucuk. Jika dicucuk, jangan balas menyucuk. Gua pesan untuk gua sendiri, jangan menjadi gua yg dulu lagi.

Susah senang suka duka bukan ditangan gua. 


"..Dia terbang kepadaku bila aku terbang kepada-Nya.."
-Petikan dari satu puisi lama yg gua lupa nama pengarang hebat ini-




Thursday, July 18, 2013

TAHAJUD

"..Kelam itulah pengharapan.."


Nota kaki: Mereka bisa menyamakan serigala dan manusia. Namun tak dapat membezakan hati antara kita.

Thursday, July 4, 2013

TAIP DAN PADAM

"..Taip. Padam. Taip. Padam.
Taip lagi. Padam lagi.
Taip dan padam..

bila berdepan kita kiam
bila ditaip lalu dipadam.."



Nota kaki: Seorang teman malam gua berkata kepada gua, "diam itu bukan untuk menjaga hati mereka, tapi untuk menjaga hati kita". Gua terdiam. Gua kira ianya classic. Lu mesti berada dalam satu 'lukisan istana' yg indah, kan?

Kita ini cuma kita yang selalu berlagak betul. Tak pernah salah.


Friday, June 28, 2013

SEBUTIR BINTANG RANUM

"..menyirna kelam, menyinar malam.."



Nota kaki: Sinar dan sirna adalah dua perkataan yg berbeza. Khalwat adalah satu perkataan yg punya dua maksud, satu dari sudut bahasa satu lagi dari sudut agama. Bermain dengan bahasa amat menarik. Sama menarik dengan bermain dengan angka matematik.

Hobi baru gua adalah membaca di tepi pantai. Oh ya, setlist lagu harian gua kembali seperti dulu. Kembali ke Cannibal Corpse, Deicide, Behemoth. Tapi feel dah tak macam dululah.

Puisi yang selalu meladeni kepala otak gua sekarang adalah puisi yang gua karang dua atau tiga tahun lepas entah, 'Penunggu Desiran'.



"..Desiran ombak yg menukilkan satu pengharapan
bersama buih-buih kehidupan yg terbuang dalam satu kitaran

Aku bukanlah ombak dan engkau bukanlah pantai
kita bukanlah apa-apa
cuma penunggu pasangnya satu kehidupan dan surutnya satu kematian.."
-Penunggu Desiran-


Monday, June 17, 2013

DU'A DOSA

"..di setiap lantai masjid
yg Kau izinkan aku bina itulah,

di situ juga acap kali aku sia-siakan.."


Nota kaki: 'Tuhan, aku tak mahu datang ke arah-Mu dengan jaket kulitku, dengan seluar koyakku. Izinkan aku lagi Tuhanku. Izzinkan lagi'.

Gua takkan berhenti mencari mahabbah.

Thursday, June 13, 2013

DARI SINI KE JENTAYU LALU KITA BERAKIT


"..tiket aku ke syurga
adalah sekeping gambar kita.."



Nota kaki: Menjadi manusia paling pelik bukanlah satu kejanggalan bagi gua. Gua mula sedar, gua sangat sukar difahami oleh orang sekeliling. Maafkanlah gua yg penuh kecacatan ini.

Gua sangat berbangga walaupun banyak ingatan gua sudah semakin hilang, tapi memori-memori yg pernah gua kongsi bersama mereka yg pernah bersama dan masih bersama tetap bersama. 


Tuesday, June 4, 2013

PARANOID

"..dia mengejutkan aku dari tidurku,
mengajak aku melewati ruang jagaku..

dia menidurkan aku dari jagaku,
memeluk aku seasyik tidurku.."



Nota kaki: Gua mencari diri gua yg dulu. Sudah lama gua hidup dengan bisikan-bisikan aneh. Sebab itu gua mahu berjalan dan singgah sebentar di satu tempat lalu berjalan lagi.

Cuma di kesempatan ini gua mahu amat berjumpa dengan mereka-mereka selagi ada. Cuma mahu melihat langit-Mu selagi ada. Tuhan, berkatilah. 


"..dahulunya dia seorang yg megah. Seorang yg berani. Seorang yg gagah. Seorang yg lantang. Dan sekarang dia lebih berminat dengan lukisan awan dan berdiam.."
-Lima Tahun Belakang (Anonymous)-


Friday, May 31, 2013

REALITI INI UNIVERSITI

"..tak semua dari buku itu ilmu.."


Nota kaki: Alhamdulillah, gua hidup lagi. Banyak gua belajar di situ. Semakin kuat gua rasanya, Terimakasih Yang Maha Segala.

Mahu kembali menjadi kutu. Rock sampai muntah jyeahh. Hahaha. Ingin melihat dunia sebenarnya. 

Saturday, May 25, 2013

LAUNGKAN NAMAMU KE LANGIT TUHANKU

"..Semakin jauh kita dari pelangi
semakin basah kita dalam hujan menari.."


Nota kaki: Jangan sesekali mempertikaikan Tuhan lu. Bila lu senang lu lupa, bila susah nak cakap itu cakap ini bagai. Kuatkan hati lu, ada pelangi selepas petir hujan. 

Hanya seminggu lagi. Bersabarlah. Itu kunci.


Tuesday, May 21, 2013

LUKISAN YANG TAK PERNAH SIAP-SIAP

"..Kanvasnya, berusnya,
warnanya, cantingnya, emosinya,
subjeknya, persepektifnya, tukangya

semuanya luka..

Lukisan itu bukan tidak sempurna,
tapi tidak pernah pula siap-siap kiranya..

Aku menangis menatapnya,
kerana aku juga kanvasnya.

Aku menangis menciumnya,
kerana aku juga berusnya.

Aku menangis memeluknya,
kerana aku juga pencantingnya.

Aku menangis mempertahankannya,
kerana aku juga emosinya.

Aku menangis memikirkannya,
kerana aku juga persepektifnya.

Dan aku menangis cuba menyiapkannya,
kerana aku juga salah seorang tukangnya..

Lukisan ini tidak sempurna,
aku menangis semahunya.."



Nota kaki: Mungkin ini sebabnya kenapa gua di sini. Maafkan kami Yang Maha Segala. Istana itu tak semestinya mewah kaya, tp cahaya itu yg kita inginkan.

"Jika suatu hari nanti Tuhan takdirkan kita untuk ketemu, mahukah kamu bersamaku? Kita siapkan lukisan baru.."




Monday, May 13, 2013

AKU KEHILANGAN PUITIS

"..Aku kembali ke situ:

Titiknya satu, tapi persoalannya ramai
komanya juga satu tapi renyai-renyai..



Nota kaki: Jika masih ada pembaca di sini, dan mahu rasa puitisnya bahasa kesat, silalah selak post-post gua yg lama dulu. Gua sudah tak mampu memuitiskan bahasa kesat lagi sekarang. Gua kehilangan puitis. 

Hidup ini bangsat tahu. Tapi lagi bangsat lu kalau lu takut berdepan dengan hidup lu.

Tuesday, May 7, 2013

AKU DAN MEREKA, MEREKA DAN MEREKA

"..Aku terkenang satu suara
berbisik samar ke telingaku:

'Jika persahabatan itu adalah kelemahanmu,
maka engkaulah orang paling kuat di dunia'

Aku tersenyum, senyumku sendiri
Syukur Tuhan, aku tak pernah mengkhianati
kalimah itu..

Jika aku mati dibunuh mereka,
aku rela, sekurang-kurangnya aku mati kerana mereka.."



Nota kaki: Syukur kepada Tuhan. Syukur kerana menganugerahkan gua sahabat-sahabat sejati. Baru terdetik di hati gua yg gua tak punya apa-apa lg di dunia, ada panggilan telefon masuk. Setiap kali gua menangis dibaham kepercayaan gua yg diboborokkan, ada panggilan masuk. Semua panggilan itu dari jauh, yg tak pernah tahu apa yg terjadi kepada gua. Namun, mereka ada.

Terimakasih amat buat bro Fadhli sahabatku yg berada di Mesir, terimakasih kepada bro Jab, bro Akim, bro Gawat yg berada di tengah semenanjung, terimakasih kepada bro Ngut yg berada di selatan semenanjung. Terimakasih kerana bersama. Walaupun tidak gua ceritakan apa yg terjadi hingga nyawa gua hampir bercerai dari nafas, kalian tetap ada bersama.

Terimakasih. Terimakasih kerana tak pernah menafikan gua, si cacat cela ini.

Saturday, May 4, 2013

LIMA HARIBULAN INI

"..Aku merasakan ini bukan
lagi masa untuk ketawa,
bukan lagi bahan lawak..

Sejarah bakal menjadi sejarah.."


Nota kaki: Gua tak pernah rasa sepelik  ini. Gua tak pernah rasa seperti ini.

Wednesday, May 1, 2013

PEDANG ITU TAJAMNYA TIDAK RATA

"..Sabar itulah senjata:

Yang acap diasah namun
tajamnya tidak pernah rata.."



Nota kaki: Gua tetap tak mengalah nyatanya. Berat benar ujian ini. Ini bukan masalah cinta, gua cuma sekali saja pernah gila sebab cinta. Jadi gua tak enteng, gua tak peduli pasal cinta. Gua bukan si royan stereotype. 

Ini soal semalam. Soal hari ini. Soal esok. Lu siapa di mata mereka?

Tuhan, gua amat percaya lu ada.

Friday, April 26, 2013

TUHANKU SELAMANYA ADA

"...Entahlah,
kekadang aku sendiri pun
terlupa bahawa aku ini manusia..

Machievelli ini bukan asasku,
tiga kiranya ditetak satu dan satu
masih hidup bernyawa cuba meluku..

Alur darah dan tirai kulit medannya
pengkhianatan dari satu kiri dua di meja..

Entahlah,
kekadang aku mampu
kekadang aku goyah dikaut tipu.."



Nota kaki: Ini benar, jangan sesekali percayakan kaum kafir. Gua bertahan kerana Tuhan gua, Ya Ahad.




Monday, April 22, 2013

WAHI, INI YG TERAKHIR

"..Berbicara aku pada bulan, bulan bukan mengerti.."



Nota kaki: Gua mengerti. Jelas sekali.

Thursday, April 11, 2013

TRILOGI DAN SEPARA INTIHA #2

i. Politik

"..Ia sesuatu yg tak berjawapan:

Yang kau sendiri pura-pura tahu,
Yang kau sendiri cuba-cuba jawap.."



ii. Bersetubuh Di Atas Sejadah Dunia

"..Khali sejenak:

Ianya si perempuan tua,
yg memanggil-manggil,
monggel-monggel..

Ianya si perempuan tua,
yg menewaskan akal warasmu,
menarikmu masuk.."



iii. Pluralis

"..Manakan bisa
ikan dianggap ikan
sotong pun dianggap ikan
hanya kerana mereka berkongsi
satu lautan.."



Nota kaki: "Dia terbang kepadaku bila aku terbang kepada-Nya". Ini keratan puisi yg paling dalam bagi gua. Tapi sayangnya, gua lupa siapa penulisnya, apa tajuknya. Haih.

Friday, March 29, 2013

TRILOGI DAN SEPARA INTIHA

i. Harta

"..Terbang dihembus dunia,
tersangkut bak tanda harga.."


ii. Du'a

"..Di ketika itu,
kau berbicara dengan-Nya.

Dari hati terus ke Arasy.."


iii. Secara Tiba-Tiba Jarum Jam Menjadi Rindu

"..Maafkan aku,
aku pernah kehilangan rindu..dulu..

(Dia lelaki yg hilang tuju.
Dia lelaki yg hilang rindu)

Dan bila malam datang menyapa lalu,
aku rindu kamu wahiku.."



Nota kaki: Setiap pilihan beserta kos lepas (opportunity cost). Satu datang, satu menghilang.

Gua kerap benar ke venus. Haih.

Monday, March 18, 2013

MATAHARI HARI INI

"..Dia sedang membelakangkan 
matahari yg sedang terbenam.

Alahai, ruginya.."


Nota Kaki: Rasanya gua sudah terlambat untuk mengikat. Permainan ini menghanyutkan gua ke dalam satu dimensi baru. 

Kamu kuat di setiap hariku.
 


















Sekadar gambar hiasan. Rock sampai tua ganyut.
Kita jadi kita, bukan mereka.

Wednesday, February 6, 2013

SERUSUK

"..menatap wajahmu
membuat lidahku selalu
memuji indahnya satu ciptaan-Nya.."


Nota kaki: Gua sebenarnya tidak berani.

Gua sedanglah bermasalah sekarang.

Wednesday, January 30, 2013

REMAJADEWASATUA

"..Kita tersangkut antara
masa dan manusia.."


Nota kaki: Gua penat.



Sekadar gamabar hiasan. Rocker pencen.

Tuesday, January 29, 2013

MUDA YANG TUA

"..Dan hari ini kita hidup lagi,
ihsan Tuhan kita belum bernisan seri.."



Nota kaki: Banyak yg gua nak cerita di sini tp masa amatlah terhad di usia sebegini.

Sakit, mati, jatuh, bangun, lari, rock n roll sampai mati.

Friday, January 4, 2013

JADI, BUMI?

"..Seperti sang
 bulan yg sendirian malam,

Seperti itulah jua mentari siang.."


Nota kaki: Mungkin nasib lu tak sebaik mereka. Mungkin mereka nasib tak seindah lu. 

Bersyukurlah