Thursday, October 29, 2009

Kenangan HANYA kenangan


Dah lama tak update. Masa sangat tight walaupun lecture dah habis. Assignment student nak gena baca dan bagi markah jugak. Nak buat skema pemarkahan lagi. Banyak lagi tugas yang perlu diselesaikan rupanya. Ingatkan bila dah habis lecture, dah bleh releks. Fuh....

Minggu ni aku dapat jumpa bali (kat fb) kawan2 lama aku. Classmate dari darjah 1-6 kat Sekolah Kebangsaan Sri Maulana, Pekan dan Schoolmate masa belajar kat SMK Dato' Mahmud Mat, Pekan. Tak sangka pulak. Kenangan bermain, belajar, bergaduh bersama membuatkan aku kadang2 tergelak sendirian. Ntah apa-apa pulak rasanya. Namun, itulah dunia kanak2/remaja. Masing2pun dah matang, dah kawen, ada anak dan sebagainya. Yang penting, hidup perlu diteruskan. Kenangan itu biarlah ia HANYA sebagai kenangan.

*Masih ramai teman2 dulu yang ingin dijejaki. Kalau dapat buat gathering, mesti best. almost 15 years dah tak jumpa.

Friday, October 9, 2009

Bapak Borek Anak Rintik


Tolong abi bertukang

Jadi makmum. Kadang2 lari p jadi imam.

Thursday, October 8, 2009

Pengalaman Keguguran


Ni nak share pengalaman keguguran bagi kandunganku yang kedua.

Actually, the 1st bleeding was a week before Hari Raya. Masa tu hubby ajak pergi angsana. Pergi cari baju raya la konon-kononnya walaupun aku dah cakap yang nak pakai baju yang ada je. Sebenarnya hubby bosan dah 3 minggu dia duduk umah masa weekend sebab geng yang selalu ajak berjalan (aku lerr) tengah mabuk. So, since that day aku macam ok sket, akupun turutilah kemahuannya. Penat memang terasa walaupun takde la lama mana berjalan (benda dah memang takde tenaga). Dalam pukul 3 macam tu, kami keluar dari angsana. Masa dalam perjalanan keluar tu, tetiba terasa macam basah dan dan sedikit panas di situ. Rasa macam period pulak.Tapi aku buat dunno jek. Masuk dalam kereta, kepala asyik dok pk pasal peristiwa tadi. Lastly, bila di check, e... darah. Dah tembus pun. Mujurla seat persona dibaluti alas kulit. Akupun cakap ler kat hubby. Sampai je umah, terus masuk toilet. Hati memang dah tak sedap rasanya. Tapi bila tengokkan reaksi hubby yang macam endah tak endah tu, akupun buat slumber je la. Sambil kata kat diri sendiri, takde pape kot. Bila petang menjelma, darah keluar banyak sket dari sebelumnya. Terus aku ajak hubby p klinik. Sampaiklinik, doc suh g hospital.

Sampai hospital jam 6.15 petang lebih kurang. Memula nak suh hubby balik jengan Aiman dan tinggalkan aku je kat hospital. Then bila sampai and tengok orang tak ramai, hubby kata nak tunggu. tunggu punya tunggu, kul 9.30malam jugak baru siap semuanya. Dipendekkan cerita, doc kata aku alami 'threatened abortion'. Degup jantung baby tidak dapat dikesan. Dapat ubat kuatkan rahim dan disuruh berehat. Tapi macam mana la nak rehat sangat dengan Aiman yang sedang sangat aktif (bukan menyalahkan anak, nak cerita keadaan sebeno je). Pempaham je la..

Bila dah 4 hari still bleeding, hari Rabu (16hb sept) aku p hospital lagi. pergi pagi dalam kul 9++, balik dalam kul 3 rasanya. Kali ni doc kata chances 50-50. Tapi aku dengo n paham la doc tu cakap sesama dia yang dia kata rasanya akan end up dengan misscarriage. Tapi aku diam je la, buat2 tak dengar n tak paham. Masa ni, docstill tak dapat kesan degup jantung baby. Lagipun esoknya dah nak bertolak balik kg. Tapi masa ni hati aku kata 'my baby was gone'.

Khamis (17/9/09)
Bleeding still ada. Ubat yang diberi aku still makan. Petang tu lepas hubby balik kerja, terus kami bertolak balik Tampin. Umah Wan. Best sangat dapat makan Daging Salai Masak Lemak Cili Api yang Wan masak. Malamnya aku rasa lenguh sangat pinggang.

Jumaat (18/9/09)
Masa bangun untuk sahur, aku p toilet dan dapati keluar sikit ketulan. Tak sure la ianya serpihan daging atau darah beku. Tapi kecik sangat. Masa tu aku dah rasa yang memang takde harapan dah. Aku citer kat hubby, hubby just cakap kalau ada rezeki, insyaAllah ada. Pagi tu kitorang bertolak balik Jengka. Sampai Jengka, macam biasalah, tolong-tolong mana yang perlu. Aku rasa takde lah renyah pun. Barang2 berat memang aku tak angkat. Stakat kupas bawang, potong itu, potong ini, goreng dan apa2lah yang patut.

Sabtu (19/9/09)
Bleeding still seperti sebelumnya. Seharian buat persiapan untuk raya. Buat benda2 biasa je.
Malam tu bungkus ketupat palas. Masa ni memang rasa sangat sakit pinggang. Lenguh duduk lama agaknya.

Ahad (20/9/09)
Bangun waktu Subuh seperti biasa. Kejutkan ahli keluarga. masa masuk toilet, didapati bleeding hari ni banyak sket dari biasa. Sakit pinggang masih terasa dan ada rasa macam nak berak walaupun sebenarnya bukan nak berak (kalau nak bersalin akan ada rasa cam ni). Then,minta hubby sapu minyak panas and urut sikit bahagian belakang. Then, dalam kul 7 pagi, bila bangun dari baring (nak p makan sebenarnya), tetiba rasa 'plup'. sesuatu yang besar keluar. Terus berlari masuk bilik air (Mujurlah masuk bilik air yang ada tandas duduk). Bila aku check, ada macam segumpal darah beku yang macam dah hancur2 sket gitu kat pad. Masa ni darah dah meleleh-leleh keluar. Terus aku duduk atas jamban. Then darah keluar mencurah2 macam paip bocor. Kekadang keluar ketulan2 darah. Seingat aku, ada la dalam dua kali keluar ketulan besar. Tapi tak sempat nak sambut. Cuma memang rasa la bila yang besar tu keluar. Sampaikan rasa nak pitam. Bila macam dah kurang turun darahnya, aku bersihkan pape yang patut then keluar dari bilik air since aku pikir yang kaum adam dalam umah tu nak mandi p solat sunat hari raya. Keluar je, terus baring kat katil sebab still rasa pening2. Dah selesai sumer kaum adam mandi, aku pun nak masuk bilik air tuk mandi. Then, buat kali keduanya aku rasa macam ada lagi yang nak keluar. "Plup". Aku nampak ala2 macam uri gitu. akupun seluk dalam jamban n keluarkan ia. Darah keluar macam paip bocor lagi. Aku biarkan benda yang aku amik tadi kat atas lantai bilik air. Biar hubby yang uruskan.

Macam tu ler ceritanya pengalaman aku menghadapi keguguran. Alhamdulillah, aku n hubby OK je. Bagi kami, menghadapi sebulan ramadhan dalam keadaan aku mabuk merupakan tarbiyah buat kami. Walaupun kami rasakan Ramadhan kali ini begitu berat untuk kami benar2 hayatinya, kami redha. Itulah tarbiyyah kami. Moga kami lebih bersedia di lain masa (dah 2 kali kena mabuk sebulan ramadhan).

Allah SWT berfirman mafhumnya:”…. dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah:216)

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma’aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”

(Al-Baqarah:286)




* gambar akan dimasukkan kemudian

Wednesday, September 30, 2009

Inilah anak-anak


Ni cerita dari kakak ku pasal anak-anak dia

******************************

Semalam

"Syahmi pergi gosok gigi" kata mama
Syahmi pun pergilah gosok gigi. Bersinar2 giginya dia tunjuk kat mama dia...
"N, sapa yang gosok gigi? Syhami ke baju?"kata mama. Baju dia lencun basah...
Mama Syhami kan suka gosok gigi, baju ni basah sebab Shami suka gosok gigi kambing..... boleh ke? memang masa tu dia pakai baju tidur gambar kambing.....

Hari ni...

"Ayah , tolonglah buat kapal terbang..." kata Syami
"Pergi ambil kertas yuang dah conteng atas meja" kata ayah
"Ayah nah, kertas conteng tak jumpa cari" kata Syahmi... dia ambil kertas kosong bagi kat Ayah dia...
"Ada , kat atas meja" bawah buku kakak...
Pergilah si Syahmi ni masuk bilik belakang.." Kak Long, mama kata kertas conteng ada" kata Syahmi.... Kakak masa tu tengah main Bookworm....
"Ayah nah"... tahu dia bagi apa... kertas kosong yang dia bagi tadi tapi kali ni ada conteng dengan pensel..... Kertas contenglah tu.... (agaknya kakak dia geram adik kacau dia, diapun ambil pensel terus conteng... maka jadilah kertas conteng)

Mari menjadi fulltimer


Sharing is Caring

**************

Bila merenung ke langit dan melihat jarak UA(ustaziatul alam) yang ingin dicapai, ia tampaknya terlalu jauh. Bila? akan berlakukah angan-angan Al-Ustaz ISHAB itu? atau hanya angan-angan indah yang hampir mustahil menjadi kenyataan.

Memang manusia (dan kadangkalanya kita) merasa ianya angan-angan. Apa tidaknya? Semua manusia berduyun-duyun ke tempat kerja di setiap pagi dan pulang petangnya dengan penat dan membawa tubuh yang telah longlai. Memapah otak yang telah kering dan kabur. Siapa yang akan bekerja untuk Islam dan mencapai matlamat tinggi Islam kita itu? Ada berapa kerat manusia yang bekerja sepertimana kerjanya engginer, penyelidek, buruh, pengurus dan penekun software di syarikat-syarikat gergasi dunia? Jika syarikat-syarikat gergasi itu telah jutaan jam disumbangkan oleh pekerjanya, namum hingga kini ia masih belum menjadi UA. Bagaimana kita?

Kita ingin mencari pekerja fulltimer untuk urusan ini. Tapi di mana? ada berapa kerat yang sanggup dan mampu? Di mana akan di dapati kehidupan seperti orang lain juga yang inginkan kahwin, rumah, kenderaan, menyekolahkan anak-anak dan membina hidup jika duit yang ada hanya cukup untuk petrol dan tambang ke tamrin, halaqah, daurah dan menelepon followup?

Adik-adik di IPT begitu bersemangat untuk bekerja dan bergerak. Tetapi dari mana akan didapati modal untuk tambang, petrol dan tel? dari mana duit untuk belanja mad’u dan anak buah? Sedangkan biasiswa sendiri pun cukup untuk sewa rumah dan tambang ziarah ibubapa?

Adik-adik ini begitu gembira bila mendapati ramai abang kakak mereka mula bekerja. Tentunya nanti tabung kita akan penuh dan mereka akan lebih mudah untuk bergerak. Mereka yang belum bekerja begitu mengharapkan itu semua. Tapi mereka tidak tahu bahawa abang dan kakak ini telah ada perancangan mereka dalam hidup. Abang dan kakak masing-masing menyimpan plan rahsia mereka sendiri; untuk hidup seperti orang lain di luar sana.

Saban hari tiada yang berubah. Adik-adik ini menunggu, bilakah dakwah ini akan berubah dan menjadi rancak setelah ramai dari abang dan kakak telah menjadi profesional yang bergaji 4 angka?

Adik-adik ini tidak sedar. Abang dan kakak mereka mempunyai perancangan hidup yang tidak cukup dgn bilangan 4 angka tersebut. Abang dan kakak bukan lagi student yang boleh hidup seperti dulu. Ada banyak tanggungjawab yang entah datang dari mana bila bertukar status.

Kesian…. tinggallah adik meneruskan cita-cita dan angan-angan mereka. Dakwah tetap seperti sediakala walaupun ramai abang kakak mereka telah bergaji dan berkeluarga.

Sebenarnya abang dan kakak tidak perlu menjadi fulltimer dakwah dgn meninggalkan kerja dan duduk bersama di asrama dan hostel menjadi seperti student kembali setelah tamat belajar. Mereka telah mendapat lesen baru di medan. Lesen untuk mengaut sebanyak mungkin ‘alat’ untuk membantu dakwah. Alat ini tidak mungkin dapat dicapai oleh adik-adik kita.

Ketika keluar dari rumah di waktu pagi hari, ber’jam’ di jalanraya bersama manusia lain atau berebut menaiki komuter dan LRT, abang dan kakak mesti ingat.. bahawa mereka sedang bertungkus lumus untuk mencari sesuap nasi untuk menyuap mulut dakwah yang memerlukan. Mereka bertarung sengit dengan mausia lain demi untuk meneruskan hidup mati dakwah. Ketika pulang, mereka membawa hasil kerja harian mereka untuk diserahkan kepada dakwah, setelah sebahagiannya di ambil untuk keperluan diri seperlunya bagi meneruskan pertarungan esok hari.

Alangkah indahnya kehidupan kita ini bila semua kita merasai bahawa mereka semua adalah fulltimer !

Luahan hati bakal pengantin..


Ni luahan seorang adik. Rasa terpanggil plak nak share ngan korang sumer.

*************************************************

Assalamualaikum wrm wbt…

Pada akhawat ku utuskan kalimah penuh perasaan..untuk ku menyatakan apa yang tersirat di hati ini…

Salam sayang buat semua akhawat yg dicintai dan dikasihi Allah swt…Di pagi yang hening ini, terasa syahdu bila membayangkan wajah-wajah suci akhawat dalam rabitah..rasa cinta, rasa sayang, rasa rindu…sukar utk digambarkan dgn kata-kata…walau jauh ana merantau, belum tentu ana akan berjumpa dgn insan-insan yg berhati mulia seperti akhawat…ukhuwwah fillah itu sentiasa berbuah…manis sekali rasanya…lebih manis dari manisnya tebu…sering membahagiakan di kala ana kesedihan..tak mungkin dapat ana lupakan…

Ana hanya ingin semua mengerti…apa yang ana rasai…Di saat ini, diri ini terkenang-kenang memori indah kita bersama…makan, tidur, jaulah, berprogram, meeting,…. di medan dakwah kita serius dengan amanat Allah…mengatur langkah, merancang strategi dan menggempur diri…namun, hidup kita sentiasa riang dengan senda gurau dan canda tawa antara kita..sungguh erat..sungguh mesra..pantang berjumpa, ada sahaja ceritanya…tak kering gusi dibuatnya…antunna ibarat bintang-bintang yg bergemerlapan… bersinar & menyinari…

Ukhuwwah yg terbina antara kita bak isi dan kuku…lebih rapat dari rapatnya kakak & adik kandung..Oh indahnya jalan dakwah ini…indahnya nikmat ini…Alhamdulillah… Kita merancang ke sana ke mari…bersama- sama menghiburkan hati dalam redha Ilahi…makan steamboat, My Friend, Damai Seafood, Senibong, Big Apple, Secret Recipe….Gunung Ledang, Mersing, Kota tinggi….semuanya kita pergi…

“Tuhan sengaja menduga kita…di mana kesabaran manusia”...akhawat semua yang disanjungi, tanpa antunna, siapalah ana…bersama antunna ana kenal dakwah, kenal tarbiyyah…bersama antunna, ana dapat merasa betapa manisnya iman, manisnya islam…Kini, sisa-sisa saat bersama antunna hampir tamat buat diri ini…tidak lagi sebebas dulu…bercanda tawa bersama…apakah dpt ana tempuhi situasi sebegini?..mudah- mudahan Allah bantu…

Mengimbau saat indah sewaktu malam selepas berbuka di rumah Pulai Emas…indahnya saat kita duduk dalam halaqah..setiap akhawat memberi ucapan sempena hari pernikahan ana…Pesanan-pesanan dr akhawat akan sentiasa ana semat dalam sanubari sebagai bahan memuhasabah diri… InsyaAllah.. Terima kasih kerana memberikan sokongan padu buat ana… cantiknya amal jamaie…

Ini antara pesanan yang terukir & terpahat di minda:

1. Mesti kongsikan rasa cinta dgn akhawat...bukan hnya cinta dgn suami..jangan hanyut dgn cinta walaupun cinta itu halal (kak fida)

2. Kredit top up bukan hnya utk sms suami..tp juga utk REPLY sms akhawat.. (Kak Fida)

3. Mesti cuba utk hadir program..berkahwin xbererti stop dr datang program dgn alasan yg xmunasabah…boleh bg alasan, tp apakah Allah terima alasan tu… (kak Lah)

4. Mesti berusaha utk kahwinkan akhwat2 yg single..yok2 BM (semua akhwat pesan yg ni)

5. Mesti care dengan Lajnah Tarbiyyah spt mana kak shida care..contohi kak shida n kak syifa’ & kak zit (Miah)

6. Selalu jemput akhawat datang makan di rumah..nak selalu makan makanan masakan kak eira (Yanti)

7. Setiap rumahtangga pasti ada ujian, semoga tabah (Fit)

8. Bila dah kawin, bantulah untuk settlekan masalah ikhwah & akhawat (Suhailah)

9. Kalau xsempat datang BI pun, lambai2lah tangan dari rumah sebelah..itu pun dah cukup menggembirakan kami.. (Kak fida)

10. Di awal perkahwinan kami takkan berharap utk eira terlalu commit dgn kami kerana kami faham eira perlukan masa utk sesuaikan diri…mak mertua pun duduk dekat kan….kami sentiasa doakan..(ini kata2 akhawat…jzkk semua..ana sayang antunna..antunna mmg sporting & understanding)

11. Semoga bahagia….(pesanan dari semua yang hadir: fit, najwani,sue, kak fida, bai, norha, Diana, mar, miah, yanti, kak lah)

**pesanan ana sendiri, jgnlah diucapkan selamat tinggal geng yg dah kawin. Any program, jemputlah ana.. andai ana leka atau terlupa, ingatkanlah ana …ajaklah ana ke semua program hatta walaupun sekadar makan2, iftar atau qiam bersama akhawat…jgn cepat buat assumption yg ana xblh datang..ana akn cuba sedaya upaya untuk jadi terbaik…dan ana mohon maaf andai diri ini tak bisa sempurna…kerna ana bukan wanita yg turun dari syurga…ketulusan hati akhawat semua adalah anugerah buat ana….

Bersama ini ana memohon keampunan..berilah kemaafan buat diri ini seandainya ada salah & silap sepanjang perkenalan kita…Lupakanlah semua kenangan yang bisa membuatkan kita bersedih..sampai di sini sahaja warkah ini…anggaplah ini satu suratan, satu perpisahan…maafkanla h andai ada hati yang terluka…Jazakumullah khairan khathira…Uhibbukum fillah.. wassalam

p/s: Sampaikan salam rindu buat semua akhawat yg tidak berpeluang untuk membaca warkah ini..

Salam terakhir, salam teristimewa….

Kepada akhawat tersayang…

Pemergianku ini tak dirancang…

Usah bertanya mengapa aku mengucapkan salam terakhir kepada semua…

Kerna waktu berputaran, bimbang tak berkesempatan…

Melahirkan kerinduan terhadap akhawat…

Demi sebuah kenyataan yang amat menakutkan…

Aku yang tidak berdaya..hanya berserah padaNya..

Andainya aku punya waktu…

Masihku ingin mengulangi semula

Saat indah bersama akhawat

Sayang tak berkesempatan

Abadikan saja salamku di ingatan..

Ukhuwwah fillah Abadan abada….

-Beginilah jalan dakwah mengajarkan aku-

How ICE will save U


I've got it from a friend.

HOW ICE WILL SAVE YOUR LIFE !

We all carry our mobile phones with names & numbers stored in its memory but nobody, other than ourselves, knows which of these numbers belong to our closest family or friends.

If we were to be involved in an accident or were taken ill, the people attending us would have our mobile phone but wouldn't know who to call. Yes, there are hundreds of numbers stored but which one is the contact person in case of an emergency?

Hence this "ICE" (In Case of Emergency) Campaign.

The concept of "ICE" is catching on quickly. It is a method of contact during emergency situations. As cell phones are carried by the majority of the population, all you need to do is store the number of a contact person or persons who should be contacted during emergency under the name "ICE" ( In Case Of Emergency).

The idea was thought up by a paramedic who found that when he went to the scenes of accidents, there were always mobile phones with patients, but they didn't know which number to call. He therefore thought that it would be a good idea if there was a nationally recognized name for this purpose. In an emergency situation, Emergency Service personnel and hospital Staff would be able to quickly contact the right person by simply dialing the number you have stored as "ICE."

For more than one contact name simply enter ICE1, ICE2 and ICE3 etc. A great idea that will make a difference!

Let's spread the concept of ICE by storing an ICE number in our Mobile phones today!

Please forward this. It won't take too many "forwards" before everybody will know about this It really could save your life, or put a loved one's mind at rest.

Remember:-
ICE will speak for you when you are not able to.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kamilah si pengembara itu ; AIzam+luqMAN=AIMAN Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino