Aku membawa anak-anakku ke Marine Life Educational & Entertainment Park yang mana terdapat persembahan aksi ikan paus KillerWhale, ikan lumba-lumba dan juga persembahan oleh seekor penguin.
Si penguin ini membuat persembahan yang amat hebat dan mengkagumkan, terjun dari papan terjun yang tinggi, menimbang bola dgn hidungnya, melompat ditengah gelung api dan macam2 lagi. Sambil memeluk anakku, kami menikmati persembahan penguin tersebut. Apa sahaja yg diperintah oleh pelatihnya, dia dgn patuh melakukannya. Jika dia disuruh ambilkan sesuatu, dgn pantas dilakukannya.
Aku memandang anak2ku, terdetik dihatiku, selalunya jika aku meminta mereka melakukan sesuatu, mereka akan merungut, bercerita mengapa itu, mengapa ini tetapi masih tetap tidak mahu melakukannya. Aku tahu anak aku lebih pintar dr penguin tersebut tetapi apa yang membuatkan mereka berkelakuan begitu, amat sukar mengikut nasihat, pujukan apatah lagi perintah.
Selepas tamat persembahan, aku membuat keputusan untuk bertanya jurulatih penguin tersebut bagaimana dia boleh melatih penguin tersebut melakukan apa sahaja arahannya dgn taat sekali. Sambil memandang kearah anak2 ku, dia berkata "Tidak seperti ibubapa, setiap kali penguin saya melakukan apa yg saya suruh, saya akan beri perhatian sepenuh kepadanya, memberi pelukan kepadanya dan memberinya ganjaran iaitu ikan".
Serta merta terlintas dihatiku, setiap kali anak aku melakukan apa yang aku pinta ataupun melakukan sesuatu yg baik, aku samada kurang atau amat jarang sekali memberi perhatian kepadanya, mungkin kerana aku seorang yg sentiasa sibuk, tetapi setiap kali anakku tidak mahu melakukannya, perhatian ku tertumpu kepadanya sebab aku tidak mahu membuat mereka menjadi anak yang ingkar.
Ini sebenarnya dgn tidak secara langsung aku mengajar mereka menjadi "little monster" atau pembangkang cilik jika mereka mahu perhatianku. Sejak hari itu aku cuba sedaya upaya memberi perhatian yang lebih kepada setiap tidak tanduk mereka yang baik dan memberi ganjaran setimpal dgnya, aku utamakan peluk cium dan juga sentuhan yang mana itu juga merupakan tindakan fizikal yang amat berkesan menyalurkan perasaan kasih sayang.
Kita tenggelam dgn cara pemikiran yang lebih menonjolkan benda2 yg negatif, contohnya tajuk2 utama akhbar selalunya mengenai musibah yang melanda, menonton TV pula dgn cerita keluarga yg porak poranda, filem pula mengenai tembak menembak, bunuh membunuh dan kemusnahan dunia yang mana mempengaruhi minda separuh sedara kita untuk hanya memberi perhatian kepada perkara 2 negatif.
Didalam hidup kita apa yg kita fokus kan itu yang menjadi realiti hidup kita ini, jika kita fokus akan kedegilan anak2, kemalasan suami, kelancangan mulut isteri, itu juga yang akan lebih berkembang biak menjadi lebih teruk dari hari kehari.