Tuesday, June 30, 2009

Catatan Hati Nik Nur Madihah


Dah lama rasanya aku tak 'khatam' apa-apa jenis buku. Banyak yang dibaca sekerat jalan atau dibaca part-part tertentu aje. Balik rumah bangi hari tu nampak buku ni kat rumah. Tetiba rasa tertarik untu mengambil dan membacanya bila teringat ada yang kata buku ni sangat menarik. Bila dibaca helaian demi helaian, makin rasa nak membacanya. Memang seronok dan tak bosan membaca buku ni. Mungkin sebab ia bukan buku yang berfakta, sejarah atau buku teori, tapi ia catatan hati, kisah hidup. So rasa lebih ringan masa membacanya. Buku ni aku habiskan baca dalam kereta masa dalam perjalanan pulang. Ambil kesempatan Aiman tidur. Tak sangka aku mengalirkan air mata bila membaca part-part akhir buku ni. Mungkin sebab baca dalam keadaan penuh kosentrasi.Jadi apa yang dibaca itu dihayati.

Antara yang menarik untuk dikoreksi:
Ketika bersekolah, aku tidak pernah membeli novel sebagaimana aku mengikat hatiku untuk memiliki jubah dan telefon bimbit. Perpustakaan telah menyediakan peluang ilmu yang begitu besar. Aku suka membaca novel-novel penyiasatan dan buku sejarah Islam. Aku menolak novel cinta yang tidak banyak mencucuh pemikiran. Antara novel yang mengeluti ruang remajaku (sebetulnya masa lapangku lebih banyak dengan buku-buku pelajaran) antaranya 1515 dan Advencer Si Peniup Ney karya Faisal Tehrani serta novel Tautan Hati karya Fatimah Syarha.
Kita??? Apa yg kita baca?? kita ada?? kita buat?? Mungkin sebab kita ni 'mewah', so kita kurang mujahadatunnafs.

Selain pengalaman sebagai hamba Allah, pelajar, anak dan teman, pengalaman ibu bapa Madihah dalam mendidik anak-anak juga boleh di ambil. Moga ia membantu kami dalam mendidik Aiman dan anak-anak lain (jika Allah izinkan) kelak.

Pada yang belum baca, dicadangkan untuk baca. Banyak pengajaran dan motivasi boleh digarap dari pengalaman adik Madihah ni. Moga-moga dengannya kita menjadikan diri kita daie yang lebih baik dan cemerlang.

Malas nak komen banyak2 sebab nanti korang takmo baca. hahahah

Susu oh susu



(ni gambar pinjam kat internet. Stok susu yg rosak tak sebanyak ni)

Semalam (Isnin) kami balik dari kg kat sg merab. Sampai rumah area jam 7 malam.
Sampai rumah, aku pun bukak peti untuk keluarkan ikan untuk dinner. Dalam kepala terpikir just a simple dish. Bukak je peti, "apa bau busuk ni???" Ayam busuk, ikan busuk, memang busuk la bau peti.. Aku pun cakap ler kat hubby. Sekali....... "Ya Allah. Abang tutup main suis". Aduh...... "Susu......" 'Selamat' dah stok EBM ku. Sedihnya rasa terpaksa buang SEMUA stok EBM. Dah la minggu depan dah start mengajar. Bila la nak buat stok lagi. Bukannya senang nak buat stok sekarang since supply susu pun tak menentu. Nampak gaya kena la buat hyperstimulation, minum air halba n air longan. Apa sahaja la yang boleh meningkatkan kuantiti pengeluaran susu.

Sedih memang la sangat sedih. Memang kalau boleh takmau lagi bagi Aiman minum FM selagi mana mampu menyediakan ASI untuk bekalan Aiman di nurseri. Ini dugaan yang Allah nak bagi. Aku terima dan aku pasti akan berusaha. Aku yakin pasti ia mengandungi hikmah yang sangat besar di sebalik ujian ini dan aku rasa aku dah nampak sedikit hikmahnya pada kejadian malam tadi. Pasti ada banyak lagi hikmah yang tersembunyi...

~Usaha tanpa tawakkal itu SOMBONG. Dan tawakkal tanpa usaha itu SIA-SIA~

Thursday, June 25, 2009

Bubur Kacang + Durian



Hari senin baru ni buat Bubur Kacang + Durian.
Untuk usrah hubby kat umah.
Durian ni pemberian ketua lorong merangkap opismate hubby a.k.a abg amran.
Memandangkan aku fully breastfeed, so tak berani nak makan banyak2 durian.
Walaupun sebebnarnya aku memang hantu durian.

Ni first time aku buat nih.
Cari resepi kat internet,tengok 2 or 3 resepi,then buat.
Tak susahpun sebenarnya.
Berani dan tak untuk mencuba aje.. heheheh..
Aku ni suka memasak sebenarnya.tapi tak berapa nak pandai.

Jeng jeng jeng...
Inilah hasilnya (pinjam gambar org punye. tapi hasilnya sejibik)


Camnilah lebih kurang buatnya..

Bahan-bahan:
kacang hijau - suka hati nak letak banyak mana
gula kabung a.k.a gula melaka
santan - secukupnya
durian - suka hati nak letak banyak mana
garam - secukupnya untuk ala2 berlemak gitu
daun pandan - takdepun takpe

Cara-cara memasak:
Kacang hijau rebus sampai empuk / pecah2 dengan 2/3 titik minyak masak (petua kata cepat kacang tu empuk nnt)

bila kacang dah empuk baru masukkan gula kabung & daun pandan. didihkan sampai gula kabung cair. kemudian masukkan sedikit garam dulu.

kecilkan api, baru masukkan santan. sentiasa kacau supaya tak pecah minyak & telur tak berketul. masukkan durian kacau lagi perlahan-lahan sampai nampak sebati. last sekali tambah gula kalau perlu.

Hubby kata sedap. Usrahmate diapun berselera katanya. Ni bersemangat nak cuba masakan lain nih. hahaha... poyo

Monday, June 22, 2009

Selamat Tinggal Mutiara Rini!!!


Dah hampir 3 minggu kami pindah ke rumah sewa yang baru.

No 12 Jalan Bukit Mutiara 12,
Taman Bukit Mutiara,
81100 Johor Bahru,
Johor

Dekat dengan opis hubby. So sekarang hubby g kerja naik motor WGC je. Lunch makan kat rumah. Bestnye.... hubby. Tak lama lagi berisi la gamaknya suami aku tu. So, akupun kena masak lunch. Sebelum ni masak sempoi-sempoi jek. La ni kena la masak at least 1 lauk n 1 sayur. Tapi bagus jugak... Berkhasiat sket aku makan dan akhirnya menghasilkan susu yang berkualiti. hehehhe...

Time pindah hari tu, fuh... cabaran sungguh.
Aiman demam start malam sabtu tu. So, aku takbleh nak tido sangat.
Hari sabtu tu, nak pindah barang2 besar yang tak berapa nak banyak tu.
Almari, Sofa bed, rak buku. Tak de dah yg besor. Tu aje. hahah..
Yang lain banyak buku dan barang2 rapu.
Yang besar tu angkut pakai lori sewa ngan contractor hubby.
Yang lain kami angkut pakai kereta je.
Penat tak usah nak cakap la...
Maklum ler.. 3 org jek yang angkat.
Hubby, aku n Aiman (yg pasti jd tukang sebok duk atas barang2).
Aku tak tau mana aku dapat tenaga. Dah la 2/3 hari tak cukup tidur dan rehat sebab Aiman demam (setelah lama dia tak demam).
Alhamdulillah, Allah bagi kekuatan.
Tapi masa ni terpikir gak... Kalau duduk dekat ngan family, mesti ramai tukang tolong angkat. Silap2 1 hari settle.
Ini.... makan dekat 2 minggu gak.
Dari mula basuh rumah, sampai la pindah.

La ni duk kemas n bersihkan rumah lama.
Makan masa jugak sebab main dengan si kecik Aiman tu.
Apa org buat, semua dia nak buat.
org alih almari, katil, diapun sebok nak tolong alihkan.
Asyik gaduh ngan dia jek...

So, dah pindah umah baru, ada projek la untuk rumah baru...

Jahit langsir ler...
Tak pernah jahit langsir, tapi cuba je la..
Kalau tak cuba mana nak tau reti ke idak kan???
Ntah bila la nak siap langsir tu..

Kain dah beli kelmarin kat JAKEL Tampoi.
Beli kain murah jek dulu.
Dah pandai nanti baru bleh beli kain mahal sket. hahahhaha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kamilah si pengembara itu ; AIzam+luqMAN=AIMAN Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino