Dalam debar nak tunggu saat bersalin, akupun search la pasal teknik yang betul untuk meneran. Sebabnya, aku rasa masa nak keluarkan si Aiman dulu, punya la penat. Sebabnya, teknik tak betul. Sampai kering tekak aku. Tenagapun takde sebab a few hours before bersalin tu, aku muntah. Gara2 ayam KFC yang dimakan masa lunch... huhuhu... serik..
Aku jumpa benda ni kat
sini. Aku paste dan komen tang mana silap aku masa bersalinkan Aiman. Moga2 kali ni kesilapan tidak di ulang lagi...
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Meneran? Pasti yang terbayang di benak Ibu hamil adalah perjuangan hidup dan mati di bilik bersalin. Bagaimanapun meneran ketika proses melahirkan bayi tidaklah seseram yang digambarkan terutama jika ibu yang bersalin menguasai cara meneran yang baik dan betul.
Waktu Mula Meneran
* Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10cm) iaitu ketika kepala janin sudahpun turun ke dasar pinggul. Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.
Komen: Tang ni berjaya.
Posisi Meneran Yang Tepat
* Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.Kedua tangan memeluk paha dengan cara melingkarkannya ke bawah paha. Meneran juga dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada sebelah kiri ataupun kanan.
Komen: Aku letak tangan kat keting. Ni pun salah satu teknik lain yang misi ajar aku.
Cara Meneran
* Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya. Waktu ini doktor akan meminta anda untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil). Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya anda dapat melihat perut anda.
Bagaimanapun ramai juga ibu hamil yang melakukan kesilapan ketika meneran. Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna. Ia akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukarkan proses bersalin selanjutnya.
Di samping itu ada juga ibu hamil yang silap meneran dengan meneran ‘di leher’ dan bukannya di perut. Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang-kadang disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.
Komen: Aku la tu yang meneran kat leher. I mean masa nak teran tu suara terkeluar walaupun tutup mulut. Salah teknik tu. Sebab tu teranan tak kuat n aku dahaga giler lepas berjaya keluarkan Aiman setelah banyak kali teran. Mujur dapat air milo suam lepas tu... huh...
Diharap dengan sedikit tip ini para ibu hamil dapat mempraktikkannya dirumah agar ketika bersalin nanti ibu hamil sudahpun bersedia sepenuhnya….selamat bersalin.