Monday, October 31, 2016

:: Google Halloween - Main Game Online ::


Bukak je Google pagi ni......
alaaaaaaaaaaaaaaaaaaahai comel.
Kita layan je game dia yang berhantu nih~










Yeyyyyyyyyyyy.. menang!!

watermark

:: Kcar Gathering TSB Sungai Buloh ::



Trimas to KCar Brotherhood sebab anjurkan event ni.
Walaupun dapat singgah kejap aje sebab Incik Pinky kerja.

enjoy the pictures




















ai takde dalam gambar tapi ini anda ladies owner yang datang




watermark

Thursday, October 27, 2016

:: Makan Belalang ::


Tajuk sengaja bagi gempak!
hahahahahhaha~



Nampak perkara tersembunyi?
Bagus........Hehehhee
Lama tak pegang DSLR...lama tak bermesra dengan alam sekitar...
lama tak masuk hutan,terjun laut 
Lama tak asah skill....
Jamu yang ni je la dulu. 
Takut hilang skill 'menembak' kalau lama terbiar.

watermark

Wednesday, October 26, 2016

:: Lelaki Nekad Terjun Jambatan Pulau Pinang ::



Seorang lelaki berusia 39 tahun (di kenali sebagai Shukri) nekad terjun dari Jambatan Pulau Piang arah Batu Maung hari ni 26/10/2016 selepas tertekan dengan keadaan yang dihadapinya sepertimana yang tertulis dalam status terakhir FB beliau.










          Asalamualaikum teman dan sahabat....
dan terutama buat istiriku ank ank dan keluarga tersayang...ku pohon berjuta kemaafan kerana perkara yg kulakukan ini tak pernah terlintas utk ku lakukan...diharap jgn la orang ramai kecam dan hina isteri ank ank dan keluaga ku...ku amat tertekan dgn kerajaan yg zalim....kerana kes rokok yg nilai rampasannya hanya 160 aku akan dipennjarakan...ini kesalah pertama aku pada tahun 2012 ...br sekarang naik makamah....tarikh naik court kelmarin tp di.. tunda hari inii.....bulan 8 yg lepas aku dah kena kes yg sama iaitu juai rokok murah...yg nilai nya 200 ..hampir di reman semingu dan mujurla ada surat kematian ank ku yg ketiga... ku dikenakan jaminan 3 k.....kena bulan 2 naik court bulan 8 dan di hukum 4k atau 4 bulan penjara....ku setle 4 k dan duit pun jenuh hutang kawan.......ya aku mengaku salah perkara itu salah....tp hukumannyaaa tak setimpal....yg pengarah tibai berjutaa boleh lpasss pulak dgn duit jaminan....celaka punya pimpinan kerajaan sekarang... beniaga kdai runcit kampung jeee bkn untung besar punnn ....margin cukup nipis di bebani dgn cukai gst lagiii.....memang kerajaan sekarang zalimmmm....arini aku mengambil ksputusan utk tidak pegi makamah kerana aku dah tak punya duit ...byk bebanan aku nk tangungg...dan kutak sanggup dipenjarakan...dgn ini.ku.memilih utk berkorban sebagai rakyat yg dizalimi....aku akan tamatkan riwayat akuu....kerana byk kali ku bermimpi lemas di lautan.....ku tahu Allah maha mengetahui dan mungkin aku dikalangan hambanya terpilih....biar la aku berkorban demi rakyat malaysia...walau aku nanti aku akan dikecam dan di hina....dan ku pohon simpati orang ramai nanti ambik la berat tentangg ank ank ku aku tak sangup berpisah namun kutiada pilihan kenangila mereka sbgai ank perngobanan ...utk isteriku Nur Azianti maapkan la abg kerana byk buat azian susah ht kerana kes rokok ni.....nanti pilih la peganti yg syang azian dan ank ank sepenuh hati.....utk ank sedara ku Hadi Radzi jaga la tok elok elok ...utk kak aku Nor Aini dan abg ipar ku Zamri Mat Ishak terus kan la jaga kdai dan kalau tak mampu juai la pada yg berminat.....pada yang ada hutang kat akuu aku halalkan....dan yg aku hutang Mohd Hazril Jamaludin dan Mohd Naim boleh jumpa kak aku nanti dia tolong setelkan sedikit sedikit..ku harap pengorbanan aku ini setimpal agar org yg senasib tidak lg dikenakan hukuman mcm ni.....juai rokok murah jer pun bkn balas berjuta wang ringit.....aku tiada pilihan wahai rakyat malaysia...semalaman aku tak lena.....tp kutiada pilihan....maap kan abah ariq dan safia.....jagala ibu elok elok bila besar nanti....maapkan saya mak (makteh bibah)chek takk ada pilihan....maapkan saya maapkan saya....saya tak sangup dipenjara..... utk isteriku abg amat menyayangimu sayang tp abg bkn yang terbaik...carila yg tetbaikkk nanti demi syang dan ank ank....dan utk adik beradik ku yg lain peliharala mak tg dah 78 tahun.....balik la jengok dia...jgn biar dia menangis senderian kerana rindukan ank nya yang jarang balik..... sekiannn..sekali lg maapkan abah...mapkan abangg sayang...maapkan chek makkk....kutaksanggup lagi menyusah kan orang dgn meminjam duittt...molaaa ku pilih untuk dipenjara tp terkenang kan ank nanti degelar ank banduannn....ya allah ampuni dosaku yaalaah....ku tahu kau memahami dan maha mengampun....ku benarkan status terakhirku ini jadi viral utk bgtau kita di pimpim pemimpin yg zalim..dan yg terakir buat presiden pas jgn la tertipu dgn pimpinan umno depa wayang jerr kata dok sokong rang undang undang yg nk di bawak tu agar pembangkang berpecah....bersatula kembali mwnjadi pembangkang yg kuat...agar nasib mcm aku terbela.....nanti dah jd kerajaan media dah di control sng nk yakinkan rakyat tentang rang yg nk dibawak tuuu......ashaduanlailahailalah....waashaduannamurhadan rasullalah....maapkan akuu

Sehingga kini mayat/badan beliau masih belum ditemui.






gambar : FB
watermark

:: Review - Yazid Automart ::


Kisahnya bermula bila sekali 3 kereta aircond kong!
KureSya dah tersadai kat Taiping tak berani nak bawak KL lepas dari Northern Gath hari tu.

Yang tinggal si MinaCY ni, owner asal memang tak suka pakai aircond tah-tah tak guna pun aircond masa beli aircond memang dah tak de.

Si Cik CT pulak aircond kong sebab radiator buat hal rupanya.
Tetiba satu hari sorang member nama Ajam suggest satu bengkel dekat betul dengan rumah.
Apa lagi bergegas la kitaorang bawak MinaCY p Yazid Automart.

Terletak berhampiran Petronas Jalan Gombak (menghala ke Ong Tai Kim/Batu 6), pastikan anda pandang ke kiri jalan sebelum anda sampai ke Petronas, pasti nampak sighboard Yazid automart.



Selama kami dok Gombak ulang alik Ong Tai Kim/Pos Laju/Batu 6 tak pernah nampak bengkel tu.
Last-last eh eh eh....wujud pulak rupanya bengkel yang bagus sebelum PETRONAS menuju ke Ong Tai Kim tu.

Sesampai sahaja...kami disambut dengan senyuman manis Faizal & Yat (muka familiar sangat Yat ni..hurmmmmm) ok moving on!




Faizal menawarkan diri nak check MinaCY..dia check gas katanya gas tak ada...lepas tu bila tengok magnet compressor macam ada problem jugak, lastly kitaorang dengar nasihat pakar baik terus tukar je compressor baru...kereta dah umur 24 tahun baik tukar je kan.



Makanya bermulah proses menukar compressor dan segala berkaitan dengan aircond Si MinaCY


Apa yang bagus tentang bengkel ini selain dari pekerja yang mesra alam, bos (En Yazid) yang tegas,
Bengkel amatlah bersih!
Haa........minyak tumpah sikit atas lantai, mengalir...lekas2 depa bersihkan.
I likeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee! kebersihan sebegitu yang kita cari.

Lantai bengkel ni tak seberkarat bengkel2 lain yang ai pernah pegi.

Good job to Bos n mekanik Yazid automart yang mementingkan kebersihan sekitar yang mana selain bagi keselesaan dekat customer ia juga memudahkan korang buat kerja!
Yang pastinya persekitaran lebih SELAMAT.

Selain itu bengkel ni bukan sahaja leh buat aircond, nak tukar enjin pun boleh. 
Kalau dah boleh tukar enjin makanya apa sahaja masalah berkaitan kenderaan korang leh la korang tanya depa nih.

HARGA?
sangat berpatutan bersama upahnya sekali!






Tapi.............................................
tapi..........................
TAPI..................................................

DECEMBER 2016

Bengkel ini akan berpindah lokasi.......huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~
Ini lokasi baru mereka nanti :


Kalau uolls mencari bengkel air tangan anak muda..ini adalah satu bengkel yang bagus dan reliable bagi ai. Yang duduk sekitar Sentul/Setapak/Gombak atau KL sekali pun boleh la dapatkan khidmat depa ni ya.



Ikhlas,
Syahoney @ Raden.

watermark

Tuesday, October 25, 2016

:: Hospital Sultanah Aminah Kebakaran ::

Salam takziah buat semua yang terlibat terutama kepada kelaurga magsa yang terkorban.
Terima kasih buat semua yang bekerja keras menyelamatkan semua mangsa.





watermark

:: Review - Rumah Tamu Datin Halijah ::


Around last week ai dapat RSVP untuk "Open Day Rumah Tamu Datin Halijah".
Ai pun pergilah ke sana memandangkan RTDH ni dekat dengan rumah.
Asalnya "Open Day Rumah Tamu Datin Halijah" adalah untuk mempromosikan RTDH ni sendiri berserta dengan promosi Majlis Perkahwinan di sini.

Facebook : https://www.facebook.com/rumahtamudatinhalijah/
Instagram : https://www.instagram.com/rumahtamu/


Untuk mereka yang tinggal di kawasan Sentul/Gombak/Setapak rasanya memang tahu di mana RTDH ni sebab tempat ni memang famous dengan keunikkan dan kecantikkan tempatnya.

Untuk mereka yang tak biasa dengan kawasan ni, senang je nak cari.
Landmark :
1) Taman Dato' Senu
2) Burgerbyte Sentul
3)Naili's Sentul (kalau dulu orang panggil tempat makan atas pokok. hehehehe)


Pintu masuk ke RTDH.


Seriusly ai sangat suka landscape tempat ni sebab antara yang RARE dalam bandaraya KL nih


Masuk-masuk sahaja korang akan terkejut dengan betapa besarnya kawasan dalam RTDH.
Dan yang paling best..adalah warm welcome dari owner tempat ni.



Yang bertudung coklat susu tu lah ownernya...mesra, peramah murah senyum!


Menurut Puan Owner, RTDH ni boleh memuatkan ratusan jemputan pada satu2 masa dan......kalau kata tempat tak cukup or tetamu sangat ramai mereka ada sediakan kawasan 'reserve' di bahagian tepi rumah yang mana kawasan ini memang luas untuk tetamu duduk.



Ini sudut belakang RTDH..kat kawasan pondok atas tu menurut pekerja Nailis (sebab RTDH bersambung ngan Nailis) boleh buat bday party.


Atas pentas utama. Pelamin ni nak amik yang dalam pakej pun boleh amik luar pakej pun tak pe.


Nampak tak motor klasik tu?
Comel pada ai..hehehehhe


Dari segi makan....??


Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...sedap! sedap! sedap!


dan sangat sedap!



Kawasan catering/ambil makanan....luas dan teratur.
Spotted lampu star ikea di situ.




Kemudiannya lepas makan, ai pun melawat la kawasan dalam rumah yang mana menurut Puan Owner dalam rumah ni kalau uolls nak menikah, photoshoot segala semua pun boleh!
Tak roboh rumah hamba...hehehehe


Luar papan..dalam tangga batu!



Mimi yang excited masuk rumah beralas papan.


Lagi rare dari telefon jabatan telekom yang ai ada kat rumah


Bilik utama



Ruang tamu


Kerusi meja semua klasik..rasanya kusyen armrest kecik ni zaman2 dalam cerita p. ramlee je ada.





Sejarah RTDH


Haaaa....korang tahu apa nih??
Peti ais tau! (ye ...ke?)


Ok tu je la yang ai nak cerita sikit.
Kalau ada apa-apa soalan or nak sewa untuk kenduri kendara/majlis sila contact FB or IG RTDH ye!

xoxo




watermark

Top Post