Salam pembuka bicara..
Seperti yang saya dah maklum kan dalam entri semalam
[klik sini]. Saya pergi hunting kain nikah dan sanding hari sabtu hari tu. Pergi shopping bersama mantan B2B.
Cik lijah yang suggest shopping KL dulu. Sebelum ni lagi memang dah discuss dengan Cik Lijah pasal design baju dan kami decide nak pergi beli kain ni together. Hari tu kan ada menang veil yang contest Cik Lijah buat, jadi dia kata takut tersalah beli. Sebab tu decide beli sama-sama. Yang rasa seronok nya lagi, Cik Lijah buatkan veil impian saya seperti dalam entri contest tu
[klik sini]
Design baju nikah
Design baju adalah design simple je. Baju kurung moden dengan patch lace untuk sesuai kan dengan veil impian. Tema warna adalah baby pink dan putih. Kain yang dicari adalah kain plain chiffon, satin (lining) dan lace (nak patch lace)
Beli kain dekat mana?
Kain untuk baju nikah lah yang paling senang sangat nak cari. Jumpa kak Lijah dekat kamdar KL terus usha kain-kain dalam kamdar. Pergi tingkat 3 tak ada yang berkenan mungkin sebab dia macam messy kot. Jadi, tak minat nak cari dekat aras ni.
Turun dekat tingkat 2. Kamdar KL ni macam pelik sikit aras dia. Dekat tingkat dua dah tak boleh naik tingkat lain. Kena turun baru boleh pergi tingkat 3. hehu. Saya jumpa kain nikah yang saya cari dekat tingkat 2. Tapi lace beli dekat Jakel.
Review kain
a) Kain sifon
Suka chiffon ni sebab dia berat sikit, senang jatuh dan boleh bagi efek flowy kan? Saya beli 7.5 meter sekali dengan kain untuk veil. Harga semeter hanya RM5 sahaja.
b) Satin.
Satin dia lembut dan tak kasar. Sesuai untuk dijadikan inner. Tak ada la panas sangat. Harga pun murah RM4.80 semeter selepas diskaun.
c) Lace
Saya beli dekat Jakel. Sebab? Lace dekat Kamdar kurang cantik kata Cik Lijah. Memandang lace ni guna patch lace pada bawah baju dan veil, lace yang diperlukan sikit je la. Jadi, kami beli lace lebihan kayu. Maksudnya, lace yang dah tak boleh jual sebab tak cukup meter. Selalu ye orang beli lace dalam 2 meter ke atas kan? Tapi ini adalah spesis lace lebihan kayu ni macam 1 meter, 1.5 meter macam tu. Harga dia jauh lebih murah sebab kalau dorang tak lelong, tak ada orang nak beli.
Selepas selongkar rak lace lebihan kayu ni, jumpa la lace pilihan hati dan senang potong untuk patch lace. Lace 2 warna yang betul-betul kena dengan tema saya. Untung juga sebab lace ni 1.5 meter. Dorang jual RM35 sahaja.
Jumlah lebur
Total kos untuk beli kain nikah hanya RM 91.70 sahaja. Jadi, suka! Yeay.. Best shopping dengan orang expert sebab segalanya jadi lebih mudah. hehe
Kenapa tak cari dekat Jakel, Gulatis etc?
Untuk jenis yang sama, harga dekat kamdar lagi murah. Saya nak cari kain plain. Better beli dekat kamdar atau nagoya. Macam satin saya saya pakai masa bertunang hari tu beli dekat Jakel, semeter RM16 tapi panas jugak. Baju tunang tu sangat berat.
Kalau nak cari chiffon beaded, lace ke etc better pergi Jakel, Gulatis, Euro Moda semua ni. Sini pilihan lagi banyak dan cantik.
Sebenarnya nak singgah Muaz Textile jugak tapi sebab kesian dekat mom-to-be ni, tak jadi lah nak request macam-macam. Lagipun, kitorang dah penat nak jalan dah. Muaz Textile pun banyak kain-kain murah juga.
Treaser kain tak ada. Sebab malas nak tangkap gambar. Boleh? Next entri pasal kain baju resepsi pulak dan pasal diet selepas nya.
xoxo