Seperti entri semalam, saya ada kata nak review ke tutorial sikit ea pasal mekap masa e-day hari tu. [klik sini]
Macam mana saya bekerjasama dengan sepupu dan rakan saya mengerjakan muka saya untuk bertunang?
Untuk mekap muka
1. Sunblock / foundation dari Tia Amelia. Saya jadikan ia sebagai make up base sebab warna sunblock Tia Amelia ni sangat tepat dengan warna kulit saya. Kalau pakai, nampak macam tak pakai je.
2. Lepas tu, saya pakai BB cream dari Elianto. Kod warna natural. Saya memang penggemar produk elianto dari 3 tahun lepas. Sekali pakai terus suka. Sekarang, adik saya dan emak saya juga berjinak-jinak dengan barangan Elianto. Untuk mekap natural, pastikan mekap kamu nampak dewy finish yang mana nampak berseri.
3. Pakai concealer di bawah mata. Saya guna produk Angelfit Perfect Concealer. Kod 01: light beige.
4. Pakai setting powder. Loose powder saya dah habis. Jadi, masa tunang tu saya guna Oil Free Pressed Powder dari Elianto. Kod warna honey. Bagi yang tak tahu, Elianto punya produk ni asing-asing. Pressed powder tu dijual tanpa bekas. Kalau nak bekas, kena beli dengan harga yang lain. Tapi bekas dia cantik kan? Pakai pressed powder ni kena tepek bukan sapu.
5. Shading. Nak shading ni pakai celak je. Lagi cantik dan lembut kalau pakai celak warna coklat tapi masa saya tunang ni tak ada yang bawa celak coklat, jadi pakai warna hitam sahaja. Buat dua garisan di sisi tulang hidung. Kemudian, blend kan pakai tangan dan tepek press powder lagi.
6. Pakai blusher. Nak pilih blusher yang sesuai untuk nampak natural adalah blusher yang sama warna apabila pipi kita dicubit. Saya pakai yang warna soft pink.
Untuk mekap mata
1. Untuk mekap mata tahan lama, pakai lah eye primer. Tak pakai pun tak apa. Tak ada hal lah. Saya pakai eye primer produk Elianto. Kod 01.
2. Boleh lah pakai eyeshadow. Warna bergantung la pada warna apa yang kamu ingin pakai. Untuk natural, pastilah pilih warna dari variasi coklat hingga merah kecoklatan. Yang sesuai dengan warna kulit masing-masing. Ini adalah task my cousin. huhu.
3. Kemudian boleh lah pakai eyeliner. Untuk hasil yang natural dan lembut, pilih lah warna coklat ye. Tapi saya pakai warna hitam sebab tiada siapa yang bawa warna coklat. Saya punya? Kan entri semalam dah cakap saya tak ingat letak kat mana. lalalala
4. Sama juga seperti eyebrow liner. Pakai lah warna coklat untuk kesan lembut. Kalau pakai warna hitam, muka kita akan nampak lebih garang. Saya pakai warna hitam sebab alasan yang sama seperti di atas. huhu
5. Mascara jangan dilupa kan. Penting ye. Mesti pakai mascara. Apa yang saya amalkan, tak pakai eyeshadow pun tak pe (nak pakai eyeshadow ni kena teliti. kalau tak, comot nanti. saya? malas!) tapi wajib pakai mascara! Bagi mata lebih cantik tertarik. (poyo!). Saya pakai mascara dari Elianto juga. Elianto Color Impression Mascara warna hitam. Mascara ini best! Memanjangkan, melebatkan dan melentikan. Hasil dia cantik! Tak pakai curling eyelashes tu pun tak apa sebab hasil dia tip top. huhu. Tapi masa tunang ni saya tetap curl kan eyelashes saya guna penyepit tu.
Cara dia, pakai mascara dulu. Sapu secara zig zag ye. Kemudian, baru curl guna penyepit. Curl la sampai nampak cantik dan sesuai dengan majlis. Jika perlu, boleh lah sapu di bahagian eyelashes yang bawah sekali. Tapi saya tak buat pun, sebab eyelashes bawah tu dah sedia cantik dan lebat. hahaha (perasan)
Untuk bibir pula (last part)
1. Untuk lipstick ke lipgloss ke atau apa-apa yang kamu pakai pada bibir tahan lama, pakai foundation yang korang letak kat muka tu pada bibir sekali. Nak sapu pressed powder sekali pun tak pe. Saya? Masa tunang hari tu, saya pakai pressed powder pada bibir sekali.
2. Pakai lah lipbalm ke vaseline ke supaya bibir tetap lembap. Saya guna Palmer's Cocoa Butter Lipbalm.
3. Kemudian baru pakai lipstick. Untuk natural, pakai yang warna yang hampir sama dengan bibir kamu. Mula-mula, saya pakai Elianto Sun Screen Lip. Kod warna 11: Chocolate Smoothie.
4. Lepas tu, baru pakai lipgloss dari ZA. Tak ingat kod warna sebab dah lama beli. Warna dia lipstick yang tengah-tengah tu.
Masa bertunang hari tu, saya pakai 4 kali dengan 3 kedapan. Lipbal Palmer's Cocoa Butter -> Elianto Chocolate Smoothie (kedap) -> lipgloss ZA (kedap) -> lipstick hajar (hajar, produk apa ye? kod warna apa?) -> lipgloss ZA semula (kedap).
Itu sahaja lah untuk mekap. Hasilnya, saya sangat puas hati! Natural habis! Gambar saya di atas sekali adalah gambar sebelum majlis dan gambar di bawah adalah gambar selepas majlis. Hanya touch up dibawah mata sebelum majlis sahaja. Seperti gambar semalam.
Untuk cuci mekap pula.
Saya guna olive oil produk Safi sahaja. Sangat sesuai untuk bersihkan kawasan mata. Dan silky girl makeup remover.
Adik saya baru beli Elianto Sunflower Seed make up remover. Tapi saya tak pernah try lagi. Macam best je. Nanti saya akan beli yang ini pula bila silky girl tu dah habis. Tinggal sikit je lagi. Saya tukar kan packaging silky girl tu dalam botol kecil tu supaya senang nak guna.
Itu sahaja. Panjang ye entri! Tapi pun lama. grr. Ada idea nak mekap sendiri?
xoxo
20 ulasan:
wahhhhhhhhhhhhh nak dimekap dhira gak leh hihi :)
@ umi : mari dekat, mari mari~
sonok nye pandai mekap sendiri..hehe
dhira, mau tye awk something..tp by email la..boleh? :)
boleh dear~ emel lah.
dhieranottie@gmail.com
wahhh. pandainye makeup sendiri. i kalau makeup sendiri mesti comot. '-_-
@ atiqah : yke? tak pe, practice make perfect~
wwaahhh!!
besarnye brng makeup..nak jgk ade.cantik and colourful wrne2 nye.kalo i makeup sendiri mmg hancus la..ehehhehe
saya pn kipas susah mati elianto..dr umo 23 lagik...i banyak review utk produk elianto..
@ fazlien : tak pe dear. kamu boleh belajar slow-slow.
@ wailin : yke?
suria pn gune elianto, best..! tp eyeliner, blusher & lip gloss je..kihkih
itu pn pakai kalo teringat, kalo x setahun x abis² mls makep up pnye pasal
saya nanti pon mekap sendiri..wink2 ;p
cantiknya kamu.
sweet gambar yang dgn encik tunang tu. hehehe
@ suria : kan best kan pakai elianto. tak mahal pun harga nya. yg pasti selalu ada offer kan kan kan?
@ cik asam jeruk : good luck ya!
@ miss ika : yke? tq ya!
yer²..selalu offer, up to 70% pn penah skang ni ngh sales 50%..wuuu..~ berbaloi
as suka bedak ronasutra..
dulu muka as kerap naik jerawat..
tapi sekarang tidak lagi(mcm iklan TV)hehehe
@ suria : kan? tapi offer yang sekarang ni, xda benda lagi nak beli. last pergi hari tu, borong sampai rm150. naseb tgh sale up to 70%.
@ as : macam iklan. kite pun suka ronasutra. kalau time2 period selalu pakai ronasutra je pegi keje. cuma yang tak best, bedak dia kasar~
Hihi, same la kita...:-) ummi pon mekap sndiri jer..oklah untuk bertunang je pon...x nak beria sangat...hehe, tapi masing2 punye choice la kan...ummi takot MUA tu cukur kening...hihi, tp untuk wedding meb suh mak andam jugaklah kot....tak tau lagi cemane...x pon mungkin bole try mekap sndr jugak...
@ ummi: kite pun tak mahu orang cukur kening kite!!!
sama lah. untuk nikah sume, insyaallah nak hire MUA ke andam ke sebab masa tu kan kita raja. hahahaha
jeles tengok orang pandai make up sendiri..tangan I sangat tak seni :( bagus ada tutorial ni..thanks dhiera
@•emy sharina•
bukan sepenuhnya mekap sendiri ni~ ada cousin dan kawan2 tolong.
Catat Ulasan