Sunday, October 11, 2009

MMS = Rindu

My sister MMS gambar ni semalam.
Ouuhh..rindu sama kamu..

Praktis nak solat..good boy =)

Achik ana..chumel x kaki Iman? *saya geyamm*

=>cuti depavali achik ana moi2 Iman okkay<=

SUARASA AIDILFITRI 2009

MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI 2009 PERINGKAT IPGM PERLIS.
Tarikh : 10 Oktober 2009
Masa : 8.45 malam
Tempat : Dewan Indera Kayangan
Tema : Suarasa Aidilfitri

Majlis ini merupakan kali pertama diadakan di maktab perlis.
Not bad actually.
Tetap meriah dengan lagu-lagu raya.
Memang rasa macam raya pertama plak.
Hehehe.
Antara menu yang ada laksa, soto, mi goreng, dadih, kek coklat+++
Yang sempat saya makan adalah laksa n roti jala je.
Tue pun tak sempat nak habiskan roti jala sebab classmate ajak bergambar.
Ouuchh.macam artis plak kan.hehehe
Gambar2 tak collect lagi.
So saya letak two pix only okkay.
~selamat hari raya semua~

.:. me, ainon n meem .:.

.:. couple of the day.ahaks.:.

==>hari ini saya raya puasa ganti + puasa 6..hehehehe<==

Friday, October 9, 2009

Update diri di Perlis~

Minggu ni agak lapang hidup saya.

Assignment semua dah submit.

Cuma ada UAK math yang baru lepas tapi xnak komen apa2 tentang ujian tue.

Setakat hari ini masih lagi buhsan.

Hari2 dipenuhi dengan main game + muvie + tido yang panjang.

Tiada sebarang aktiviti luar lagi.

Hari rabu lepas je keluar bukak posa with my sabrosa + classmate.

After solat maghrib bersuka ria di playground dulu.

Peraturan playground berkata :
1. Hanya kanak-kanak di bawah 12 tahun yang dibenarkan main.

Tapi semua itu diabaikan~

Planning hari sabtu=>beraya rumah Syameem
Planning hari ahad=>enjoice~

Tuesday, October 6, 2009

Doa untuk adik terchenta~

Ya Allah, ya Qaadialhaajat, ya Rafia’ddarajat,
Tiada sesuatu urusan itu mudah,
Melainkan Engkau jadikannya mudah,
Engkau yang menjadikan
Kesukaran itu mudah apabila Engkau kehendaki,
Mudahkanlah urusannya ya Allah.
Ya Allah,
Kurniakannya kefahaman para Nabi,
Hafazan para Rasul,
Dan ilham daripada para malaikat yang hampir denganMu,
Kurniakannya kesihatan yang baik.
Ya Allah,
Sejahterakanlah tubuh badannya,
Sejahterakanlah pendengarannya,
Sejahterakanlah penglihatannya..Amin.

Esok adik tersayang (gambar tengah) akan be
rtempur dalam dewan peperiksaan.
Target 9A dalam PMR tahun ni.
Kak ana doakan yang terbaik untuk fizan.
Yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama orang yang berusaha.
~love you~

Ini rasaku..

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentukan Tuhan
(aiman-cinta terakhir)

Cinta itu..
Menyayangi dan disayangi.
Mengasihi dan dikasihi.
Memerlukan dan diperlukan.
Memahami dan difahami.
Memberi dan diberi.

Jauhkan semua itu..hurmm~

Sunday, October 4, 2009

<3 Aisyah - Iman <3


AISYAH AQILAH
Puteri pertama yang hadir.
Menyinari hidup umie n abah.
Sinar kasih buatmu sayang menceriakan kami semua.
Membesarlah dengan penuh keayuan seorang wanita.
Achik ana sayang aisyah.

AHMAD IMAN BUKHARI
Putera pengikat kasih mama n ayah.
Setiap senyummu membuatku bahagia.
Doaku agar dirimu sentiasa dibawah lindungan.
Teruskan langkahmu sebagai insan teristimewa dihati kami semua.
Sayang buat Imanku.

Kedua2 baby saya ada ciri-ciri yang berbeza.
Aisyah lebih kuat berbanding Iman.
Iman pula lebih mesra dengan senyuman berbanding Aisyah.
Tetapi, dua2 telah menambat hatiku.

Salam sayang buat cintaku..

Sunday, September 20, 2009

1 Syawal 1430H

Alhamdulillah tahun ni kami sekeluarga dapat berkumpul untuk merayakan Aidilfitri.
Hanya abg n kak mas yang balik Taiping.
Yang lain2 beraya di rumah mentua masing.
Gambar2 diambil selepas selesai solat sunat Aidilfitri.
Lepas bergambar, terus balik kampung mama.
Beraya sakan di rumah sedara mara sampai buncit perut.
Insyaallah pagi esok gerak balik ke kampung abah di Bidor.


Salam Aidilfitri

Ramai tegur makin kurus..adoii..