Thursday, March 29, 2012

Gatal-gatal

Tuan tanah diserang gatal-gatal di bahagian muka dan leher.
Dah tak tahan sangat..harus beli ubat.

*mood terganggu bila sakit*


Wednesday, March 28, 2012

Wordless Wednesday

Admin busy sebab dua hari berturut-turut kena observe.
*tapi xla sampai macam gambar di atas..tu teruk sangat ;)*

See ya!

Monday, March 26, 2012

Kerana Kasihmu

Hai semua. Mata dah layu ni tapi nak feeling cintan cintun sekejapan. Sebabnya encik love post lagu ni dekat wall fb I. So, layan.

Andai daku dapat kuggenggam erat jari-jemari mu
Mengharungi nista hidup yang penuh berliku
Harapan ku kau mengerti dan cuba memujuk hati
Terima diri ku seadanya
Cahaya pesona kasihku terindah untukmu
Terukir di hati hanya untuk mu
Sambutlah tangan bawa ku terbang ke awan biru
Dengarlah kasihku
Dengarlah sayangku …
*aci la ek saya amek chorus je..hehe*

Saya first time dengar lagu ni. Pelik sket la dengan nama band ni tapi xpela kan. Ada aku kesah depa nak letak nama apa pun. Bukan band saya nak kecoh2.haha. Ok la..ngantuk sudah..gudnite world.

encik love,
 i love u more and more 
:)

Sunday, March 25, 2012

Jom main snake and ladder

Lebih kurang pukul 4 ptg td hujan tersangat lebat + angin ribut. Tempias sampai masuk rumah la. Kami yang dalam rumah ni bergegas off semua suis, cabut plug, extension semua la. Risau la sbb guruh kilat semua cukup lengkap. 

Nampak x..kereta yang parking bawah bumbung pun basah disimbah air hujan. Lebat sangat-sangat plus angin ribut yang kuat. Bukak pintu kejap pun dah basah depan pintu. Jadi apa kami buat dalam rumah?hehe :)

Inilah aktiviti kami. Dah berkurun rasanya xmain benda ni. Skill pun dah xdak..haha. Tapi dalam pada tak dak skill saya orang pertama yang menang..hehe

Gambar ni kena kecikkan sket ruang yang nampak sebab ada gambar ahli permainan..hehe. Oh, siap ada pinggan lagi kan. Untuk pengetahuan, saya baru nak lunch sebabnya brekfes pun dah tengahari. Sambil lunch, main snake and ladder. Nasib baik la tak tercekik sebab dok gelak banyak sangat.hehe

Ular hijau ni adalah penghalang utama kami bertiga untuk menang. Dekat2 nak menang je mesti kena ular hijau ni. Adoii..tapi dalam dok kena pelbagai jenis ular pun kami tetap menang sorang 3 kali.haha. Pencapaian yang sangat membanggakan..hakhakhak. Moga petang anda juga ceria seceria saya :)

Adios~

Operasi conteng dinding.

Assalamualaikum semua readers. 
Lamaaaaa sangat tak menulis disini. Nak kata sibuk giler2 xlaa..cuma xtahu mana nak mula. Last entry saya pun tentang Kem JPAM yang dah laaamaa berlalu.hehe. Jadi bila nak mula menulis hari ini, rasa kekok pulak.hehe. Macam baru nak berkenalan dengan blog pulak rasanya.hikhihhik.

Ok, berhenti merapu meraban. Hari ni saya nak tulis tentang perkara terbaru saya buat di Sek Keb Utan AJi. Oh ya..saya dah 7 minggu berpraktikum di sekolah ni. Jadi macam-macam aktiviti yang saya involve *haruslah join..praktikum kan*. 

Khamis malam jumaat yang lepas saya bersama atkah (partner praktikum) keluar cari barang-barang untuk operasi kami. Benda yang utama adalah water colour BUNCHO. Kalaer ni boleh conteng dinding..so WAJIB beli. Barang-barang lain kira aksesori tambahan jela. Gambar water colour xsempat nak capture sbb balik pun dah lewat malam tu.

*credit to google*

Hari berikutnya adalah Jumaat. Kami memulakan operasi bila budak2 semua dah balik. Lebih kurang pukul 12 tgh kami mula menconteng dinding. Seronok juga buat kerja2 macam ni. Happening je walaupun letih. Gambar-gambar hari Jumaat xde sebabnya terlampau khusyuk buat kerja.hikhik. So move ke hari seterusnya.

Sabtu jam 11 pagi kamu keluar rumah untuk ke sekolah. Kerja-kerja kami dimulakan dengan tayangan Adnan Sempit 2.hahaha *sempat lagi tuu*. Lepas tu print2 bahan dan liminate untuk tampal di dinding. Habis print dan liminate, perut berkeroncong pulak. Nasib baik dah bungkus nasi plus lauk siap2. Kami menjamu perut dulu sambil layan Adnan Sempit sampai habis. Then pergi solat zohor dekat surau.

Settle solat, barulah kami bersemangat untuk memulakan kerja menconteng. Untuk dinding dalam kelas, kami lukis cendawan, bunga2 sket dan 2 3 ekor bee+butterfly. Dinding luar kelas pula konsepnya budak2 sedang membaca buku. Ada kartun2 sket untuk buat budak2 suka tengok.

 Saya tengah tersenget2 warna kartun Tiger. Saya ni bukannya orang seni sangat. Asal boleh kaler bagi nampak rupa jadilaa..haha

Ni partner saya..dia la yang lukis semua pic. Kalau harap saya xnampak rupa la jawabnyaaa ;)

Dalam pukul 4 lebih budak2 tahun 5 dan 6 ni muncul. Depa ada latihan olahrasa. Sambil2 tunggu coach datang sila tolong cikgu.haha

Bersungguh-sungguh depa ni buat kerja. Bagus2. Cepat sikit kerja cikgu siap,hehe
Dan setelah bertungkus lumus dari pagi sampai pukul 7 malam..inilah hasil yang kami peroleh. 
Im proud with us!!

 Dinding luar kelas..ni belum siap sepenuhnya sebab nama kelas TUNAS HARAPAN belum dilekatkan.

Ni pulak hasil contengan dalam kelas. Gambar awak tu perlu diperbaiki lagi. Gambar awan tu wujud sebab ada cat hitam meleleh dari gambar bee kat atas tu..untuk menutup kecacatan, kami lukis gambar awan.heheheh

At the end of the day, kami sangat berpuas hati sebab apa yang dihajati telah terlaksana. Harapnya semua pihak menyukai usaha kami yang tak seberapa ini. *ayat xbley blah*.
Tq so much to my partnet sebab sentiasa berjuang bersama-sama saya dan tak lupa tq kepada pasukan olahraga yang tolong cikgu ye..tq!!

Adios, sayanara!!