Tuesday, March 30, 2010

Gula sedap!

haaa..nak minum & makan tue..ingat ingat lah!
tak semua included in here, but they might be just the same.
so be healthy!
healthy eating. healthy drinking guys!

Monday, March 29, 2010

owh gembira.


sabtu petang, tgh driving nak pegi Seberang Jaya,
saya terasa seperti nak mandi laut.
"rasa mcam nak mandi lautlah.jom! nak?"


fuuuuuuuuuh!.
sangat lah release tension saya.
sangatlah rasa lapang hati.

saya takut air.
tapi air tenangkan saya.


thanks niza.
die nak snap gambar saya bermain air.
tapi die terjatuh ditolak ombak.
dan ini hasilnya.


thank God, kawan kawan saya hepi.
tak sia sia saya bawa diorg g sana.


mungkin sekarang kawan kawan dah faham kalau saya tension+sepi+hepi
kat mana nak cari saya. =)

Monkey Beach.

the beach where all the bitches monkeys rules!..

Monkey Beach yang sungguh sunyi dan nyaman sekali!.
jom ramai ramai terjah Monkey Beach.

kalau naik boat, RM45 one way.
kalau jalan kaki, sejam jugak la nak sampai.
so boleh pilih.nak ikot jalan mana.

tapi, kalau nak mandi manda, sila lah berkunjung ke Monkey Beach.
Monkey Beach ni di dalam kawasan Taman Negara Penang jugak, macam Kerachut. tapi lebih dekat dan dibenarkan mandi di sini.

kemudahan yang disediakan : pondok rehat + surau + tempat untuk BBQ.

nilah bot yang akan bawa pengunjung ke Monkey Beach.
nak lebih jauh, boleh ke Kerachut Beach.


housemates saya.
Ina + Dayah + Wany + Niza
kami ber-5 ke sana semalam.

kami hanya berlima.
Wany nie sangatlah penakot. Dia mabuk laut.
Tapi semalam die berjaya mengawal diri, thumbs up untuk Wany!hehe
Walaupun die pening pening, tapi die masih ok.
Niza juga penakot, emm..Ina jugak...eh semua kot takot?!..

bot baru nak kuar dari jeti.
kat Monkey Beach tu ada rumah api jugak.
1000 anak tangga perlu dipanjat untuk sampai ke sana.
Mau cuba?.
sila ke sana.better pergi dari pagi.takot dah tengah ari, panas.penat lak kan?.hehe


Putra 3.
kami baru sampai ke Monkey Beach setelah mengharungi ombak yang agak kuat.
Mungkin tengah ari kot, so angin agak kuat.
Laut hari tu tak berapa clear@jernih kerana malam sebelumnya hujan turun.
Kalau tak, lebih clean n jernih!.
Saya pernah sampai ke sana tahun lepas masa on the way hiking ke Kerachut.

ini port pertama kami.
Ada 2 buah umah tinggalan seperti umah hantu kat blakang tue.
tapi kawasan tu bersih dari semak samun.
kawasan ini dijaga.jangan risau.

masih menikmati kawasan sekitar.

muka tak cukup tidur.
hoho!.sape lah yang bertanggungjawab tu kan?.
saya dan wany tidur jam 5pagi dan bangun kul 8 pagi.
plan sebenar nak kuar umah 730am, tapi.hahaha..hampeh~!

masing masing tengah bersiap sedia untuk mandi.

jangan jeles.
tujuan kami tulis ini adalah untuk menjeleskan kawan kawan yang kami tinggalkan.
sory guys, its a last minute plan.
and its only for girls!heeeeee~!

konon nak mandi.tapi takot
ok.
benar, saya SANGAT takotkan air!.haha.
walaupun saya boleh berenang.tp skill sy hanya valid kat tempat2 tertentu sahaja.
air kat sini tak dalam.
dah sampai ke tengah pun hanya manjangkau paras pinggang.
owh.saya berani ke tengah?!.kagum!

niza n dayah.
sangat seronok!

Obor obor.
dialah yang menyambut kami.
ingatkan dah mati.rupanya tak.
lepas say "hi" selamat je dia masuk dalam laut balik.
hilang ntah ke mana.

menu.

menu kami hari semalam adalah nasi ayam.


yea betul.
saya tak pandai buat nasi ayam.
saya baru saja blajar buat nasi ayam tu semalam.
banyak lagi rasa yang perlu dibetulkan supaya betul betul uuummpph!

dahla bangun lambat, lagi sibuk nak masak nasi.
tapi alhamdullillah, jadi!

bangun dari tidur, saya terus tanya niza
"nasi dah masak ke?"
niza jawab dengan tenang.
"belum, imi kata imi nak blajar..so xmasak la lagi!"
owwwwwh!..dengan cepat dan tangkas, saya bangun dan pergi ke dapur untuk masak!
eh silap, tolong je kot?!hikhik.

dayah.

before aktiviti start, lets have our lunch first!.


Align Centerinilah monkey yang jahat!
curik roti gardenia kami!
siot betul monyet!

tapi,
monyet ini mula menyerang selepas kami kekenyangan makan dan hendak bermandi manda.

sebenarnye,
monyet hanya menyerang pada waktu tengah hari,
pagi dan petang die xserang.
ini pakcik yang bawa boat tu yang cakap.

tapi betul,
lepas kul 2petang tu, kami tak lagi diganggu!.
sebab?
kami dah pindah port lain.yang ada pondok.haha.
kat situ tak de lak die serang kitorg.

tengah ari panas.


sambung entry satu lagi ok.


Monkey Beach 2.


niza dan dayah lagi.
tak tahu jugak apa motif mereka.
mungkin tabik pada monkey2 yang curik roti gardenia kot?haha!


main pasir.
sesi ini untuk tanam seseorang dalam pasir itu.
owh, saya tak pernah main ini.
sungguh!
dan telah pun main pasir dan ditanam!
saya dah merasa ditanam ini.so ok, puas hati!

roti gardenia kami
dicurik oleh bapak monyet yang sangat garang! =P


buaian kecil

kat sana ada beberapa buaian.
so boleh main okey. tapi jangan rebut rebut lak.hihi

okey, kenapa berdiri?
nak tunjuk dress yang baru 1st time pakai setelah beberapa bulan dibeli.
alamak, hujung sejak tahun lepas!.
lepas nie, bile lagi nak pakai?.ntah.


inilah kami.
tunggu boat nak balik
dah janji ng pakcik bot untuk datang pick up kitorg at 5pm.

air dah mula surut.



Till and us.
Dia warga German yang lepak di situ.
Dia bermalam di sana untuk 5hari.Best kan?
duduk ngn monyet~!hahaha!
Till sangat baik! Thanks a lot!

anyway, pondok Till lepak itulah ada surau.
So kitorg tumpang kat situ. sebab tu berbaik dengan Till skali.


Riang melompat.
Yea, sekali lagi, saya jarang nak lompat lompat ni.
Dan saya berjaya juga buat pose merapu ini.
i like!

kami dah sampai ke jeti.
tapi bot tak boleh antar smpai gigi air.
sebab?
air dah surut.
jadi kami terpaksa meniti titi yang panjang dan tinggi ini.
tapi best!

panjang bukan?.benar.

jauhnye nak sampai.


pemandangan dari tempat menunggu.

on the way balik,
singgah die Miami Beach.

makan ais kacang!
Sedapnye!!!..
sebenarnya air kacang tu tak best sangat, tapi masa tu dahaga gile, so blasah saja!
diorg yang lain makan mee udang, laksa, char kuey teaw.
tapi saya? makan rojak buah. sehat kan? hehe.


posing kat batu batu Miami Beach.

best jugak petang kat sini.
tapi ramai.
banyak family mandi kat sini.
kalau kat Monkey Beach tadi, kamilah yang bertakhta!


niza

dayah, imi, niza n ina.
muka ina macam Heliza kan?.haha.
sorry, she's taken! =P

batu.
cubaan dayah nak angkat batu.

wany

akhirnya,
kami tiba di teratak kami at 8pm.
baru je jejak kaki dalam umah, hujan turun dengan lebatnye!

Friday, March 26, 2010

serasi

Bila tadi lepak ramai ramai dekat Hammer Bay, lagi sekali macam nak pecah kedai tue. Riuh rendah semuanya. Macam lama sangat tak jumpa. Padahal, separuh dari yang lepak itu setiap hari lunch bersama. yang datang menjenguk kami dari kejauhan itu hanyalah 3 orang. Shah@Tom, K.own dan Muslim. Shah@Tom skrang dah bekerja die sebuah kilang di utara yang membuat sayap si terbang tinggi. K.own masih lagi training di Jitra dan Muslim sebagai cikgu yang mengajar murid murid bisu di sebelah pagi. Sekolah sesi pagi.
Best jumpa bila dah lama lama xlepak sekali.Dulu masa kat hotel, semua dok merapu saja.Bila dah jumpa sekarang, masih tak berubah. Tapi bak kata Tom dan K.Own,diorg dah lama tak merapu. Dok kat umah semua sembang sembang serius ala ala orang umurnye 27, 28 tahun. haha.(topik seriuskah kalau berumur mcmtue?mungkin.tapi k.own sememangnya 27tahun). Dan tadi, housemate meluahkan rasa hepi kerana dah hilang stress bekerja harini. Sangat suka bile boleh bergelak ketawa macamtu, lupa kisah kisah stress di tempat kerja.Bagus kan terapi ni?.Gelak. Ketawa. Luahkan semuanya.

Tapi ada seseorang yang hatinya kosong. terpampang di riak mukanya. makan pun tak habis. kesian. Kenapa jiwa kosong kawan?.Ntah. aku sendiri pun tak paham. Mungkin belum layak untuk aku memberikan nasihat atau pandangan melainkan aku sama sama termenung panjang sambil cuba menyelami hati itu.Melontarkan pandangan jauh ke arah jambatan Pulau Pinang yang kukuh di situ.Memandang Pulau Jerjak yang sememangnya sunyi tanpa ditemani pulau pulau lain.

Bila ditanya, kenapa die macam tu?Susah untuk di bawa berbincang,pelik sangat.Aku kelu.Aku tak paham (apa yang dibincangkan sampai die tak respond?).Aku cuba tafsir sendiri. Pasti dia hanya berdiam diri membatu kan? Em, mungkin kita perlu cuba untuk memahami dia yang begitu.Cuba untuk jadi tidak ambil serius tentang itu. Tapi dia ajukan lagi soalan seterusnya.

Kenapa susah untuk dia bagitau?Salahkah?Berdosa?Atau diri ini mengganggu?.Atau takut duitnya habis untuk diri ini?.Aku tak ada jawapan itu kawan.Mungkin kerana dia cuba untuk tidak mencampuradukkan hal peribadi dan kawan kawan.Atau mungkin die lebih suka tidak menghebahkan apa yang sedang dilakukan.Mahu privacy.Kau sememangnya bukan tanggungannya sekarang, nanti?mungkin.insyallah.Tapi itu bukan alasannya.Kawan, lebih baik tak dimanjakan, dari semuanya indah sekarang, tapi nanti lepas ijab&kabul, tiada lagi yang indah?
Mungkin tak puas hati, bertalu talu lagi soalan ditanya.Buatkan aku lebih tak senang duduk.

Kenapa bila nak jumpa, susah sangat.Nak call nak msg smua pun susah.Hmm.Aku betambah gelisah.Teringatkan kata kata seseorang "sebelum kahwin, tak boleh bagi kasih sayang lebih lebih".Aku cuba tenteramkan hati.Lalu aku suarakan pendapat itu.Dia lantang mambalas. Kalau tak ada kasih sayang, macam mana nak paham nak percaya dia sayang?.Kalau tak ada communication, macam mana nak bercakap tentang masa depan?.Tak Takut?.Percaya sangatkah pada dia?.Tapi kawan, cuba jangan bataskan pemikiran.Tapi aku tiada alasan nak dihujahkan.

Hmm.memang aku diam seribu membatu.Terasa seperti aku jugak mengalaminya.Aku tiada jawapan pasti itu.Aku tiada keserasian penuh itu.Aku masih mencari dan meniti hari tanpa mahu menerbitkan perasaan sangsi tentang itu kerana aku tahu Tuhan sudah aturkan sesuatu untukku.

Keras hati dia!
Egonya dia!
Duit penting tapi bukan untuk segalanya!Bukan itu yang dicari!
Aku paham itu kawan.Tapi bersabarlah.Bawa berbincang.
Aku tahu, rasa dihargai, disayangi dan diambil peduli yang ditunggu.
Tapi benarkah ada pada dia?.Hanya kau yang tahu jawapan.

Andai kau yakin, kau teruskan.Andai tidak,kau biarkan.
Aku, tak mampu temani kau kawan.
Carilah keserasian itu.

Thursday, March 25, 2010

weekenders

the hunny-bee at the office.
its a boring sunday. nothing to do at home.and the cutie hunnybunny requested to go to teteh's office. its hanim's new office.
and after her short piano practice session, she rushed to take her bath and get ready.
the most.malas.maksu need to agree with her.
and the just-awake-bee followed us too.
in her room. at about 430pm.
hanim sedang berpura pura membuat kerja.
what a boring office la kakak!.
have some decoration please!.hahahaha~!
at least, better than my work place.
saya cuma ada meja segi empat tepat, serta menghadap dan membelakangi orang lain.
kalau cakap fon dengar, gelak sorang sorang pun orang dengar, nak buka FB orang nampak, nak blogging pun orang boleh baca skali.tapi, ade aku kesah?!.hahaha.
and malam itu,
selepas membaling-golekkan-bola bowling
serta menterbalikkan-jatuh-guling- pin pin bowling,
kami menikmati hidangan di tepian jalan,
eh, tak tepi sangat lah,
tapi bawah bangunan ala-ala-old-skool bila diambil gambar.
membawa orang yang belum pernah merasai
kueyteaw iman yang paling disukai (thank u!).
eh silap, die yang sepatutnya say thank u to me sb bawa die p situ.
or saya patut ucap than u sebab die blanje saya.
eh!.salah lagi,
malam tu bukan die blanje, tp seseorang jauh dari Sarawak yang blanje kami.
kami?
hanim, imi and si-xpernah makan.(hikhik)
lepas makan, si-xpernah-makan boleh senyum riang.
mahal sangat la senyum tu kan?. =P
buat si orang Sarawak,
take care bro.
have a great life there.
dah angkat beeemdabelyou jangan lupakan kami!yeay!

gambar hanim xbley nak letak kat sini sebab die masih berpakaian seperti di atas ketika itu.tak mandi lagi kakakku itu malam tu.dah kul 10mlm kot!.haha.dia baru abis clas kat UUM lalu join kitorg makan.sungguh kental kakakku study!!
malam tu hujan.lebat.
so orang tak ramai kat situ.aman!
............
bersyukur.skali pun jadi.

Wednesday, March 24, 2010

noted.

and get to know,
for nextweek..
11people will be on the same "boat" with me..
but to different destination.
2 indians and 8 chineses.
and me?a malay.

owh ok, its cool.
nothing to be proud of.
but maybe something to be scared of?.haha!

tetibe, rasa macam nak buat pemeriksaan mata!.
em kenapa?.
ntah.mungkin kena pkai spek pulak kot lepas nie?.
terlalu menghadap komputer.mata saya penat!sangat!.

Tuesday, March 23, 2010

nak senyum pun malas.


malas gile nak senyum harini.xda perasaan betul.
kenapa senyum tu penting?.
sebab kata orang senyum tu sedekah.bila senyum, orang lain akan balas balik.bila senyum, hati lapang dan tenang.
tapi harini?.
malas nak senyum..dan tengok semua orang ternampak masam.duka.

anak kera dua ekor pun suka senyum

senyuman ini sesuai bagi mereka yang duduk berdua duaan.apekah?

yea la, tengok gambar kera tue, yang sekor tu sangatlah seronok.

adakah mereka teman tapi mesra? atau .pasangan kekasih?

bayi comel mungkin sedang mimpi macam Alice in Wonderland

cite tu tak best mana pun. kan?

senyum seperti ini sesuai bagi mereka yang berpipi labuh seperti sicomel ini serta bermata sepet.

senyum kambing?
senyum anjing la.
mungkin anjing nie pakai gigi palsu tuan die.
jadi, senyum seperti ini sesuai untuk mereka yang memakai gigi palsu.haha
erk.jangan terasa.

senyum macam orang gila.

over gila kalau macamni kan?.

tapi dia masih mampu tersenyum.
senyum macam nie sesuai untuk mereka yang tak berapa tersusun giginya.

korang macam nie ya?.jangan malu.senyum je!


ini seperti kucing salah makan ubat.
ei..mata die sangat scarry.
tapi senyum seperti ini sesuai untuk yang bergigi cantek!


bila boleh dapatkan senyuman ini?

budget sweet abisla senyum macamnie.abaikan.
..............................................................

so people, be kind to me today.

or, i'll just ignore you for the whole day!