Thursday, January 28, 2010

kepala berkecamuk.

kepala berkecamuk bila tak da keja.
ergh!nak pretend buat ape nieh?
salah ke tak da keja?haha.

kepala berkecamuk bila keja masuk tanpa henti.
ergh!nak buat mana dulu nieh?
salah ke kalau lambat?haha.

kepala berkecamuk bila fikir hal hal semalam.
perempuak fikir guna emosi,lelaki fikir guna logik.
ergh!nak buat mcmne?
sb tu pompuan lebih sensitif.

kepala berkecamuk bila bosan tunggu waktu pulang.
japlagi masa tu la keja nak masuk tanpa henti!

kepala berkecamuk bila baju menggelebeh sana sini.
aku kurus?aku gemok?!hishhh!.serabut!

erk!..keta kotor mcm masuk bendang.padahal lalu kat highway yang dikelilingi bendang je..semalam byk binatang2 kecil seolah2 menyerang cermin ketaku.bertalu talu tanpa henti.binatang apa tu eh?.habis kotor keta ku mcm dah terendam dalam bendang!.sakit hati!tengok kotoran!ergh!


arini nak balik ontime.530pm.
tak mampu nak tunggu sampai matahari ilang tak tau kemana.bulan muncul tinggi mana.
padahal baru je mengaku, average waktu pulang kerja adalah 9pm.apa dah jadi?hahaha.

Wednesday, January 27, 2010

La..cian die!

emm..sorang housemate saya tgh bersedih.sebab die mengalami kisah kedukaan seperti saya alami tahun tahun lepas. apa patut saya buat?
patutla dia sekarang asyik balik umah.sebab die ckp die malu kalo tetibe die nangis depan kawan2.emm..untung rumah dekat kan?..mcm saya dulu driving seawal pagi untuk balik umah yang 3jam jauhnya dengan mata berair selama 3jam itu!hahaha.(owh!saya tak suka nak ingat sebab saya tahu ada orang tak suka jugak saya cite kisah lama..oops!u, not that i ungkit kisah lama..just sharing the feeling masa dulu2 tue..hope u dont mind!heeee..sebab dah clear siapa kamu di hati saya kan?heee..)

emm..apepun housemate, jangan sedeyh sangat...pulau ni dah la memang dikelilingi air laut yang masin...jgnla sampai air mata u bley buat pulau nie tenggelam...abisla kite smue tenggelam nanti dear!hehehe!..hope u'll be hepi and cepat2 recover dari mimpi sedeyh u tu..sebab semue kat sini nak sangat u yang mula2 kitorg kenal tue...jadikan memori indah sudahla..hehe..jangan dendam2 n regret ape2..buat sakit ati je...so be strong gurl,ok?!.
nothing much to say rather than benda ni berlaku atas kekhilafan diri masing masing.so janganlah kita menghukum siapa siapa termasuk diri sendiri. buang yang keruh amik yang jernih.be positive.kot mane negative pun our mind will be, try jgk jadi positive.hehe!..i noe ur mom bley advice u macam macam.so take ur time and luahkan semua kat die ok.but, kitorg pun ade if u nak share anything.hehe.saya luahkan pada semua orang dulu.kan?kan?.all my babes, pergh!diorg sangat supportive!.gud lah!.

tetibe saya nak berterima kasih pada ranger saya yang datang cepat serta tepat pada waktunya (merujuk pada suatu ketika itu)...kalo tak, sure saya mcm mls nak layan lelaki dah!hahahahaha.poyo sket~!..nak complete version story mory "how do i met ranger" bukan sekarang lah.tunggu lah nanti2.

eh lupa, topik asal,
housemate!.balikla..jangan sedeyh2 ok!!!..heeeeeeee~!
lepas nie, kalau dah tak suka yang itam....cari yang putih lak k!hikhikhikhik!..ooooooops! =P


............................................................................................................................

konsert amy search this march?!
owh..nak p!!!!
sape nak sponsor sy???!!!!!....

Monday, January 25, 2010

kepuasan.

saya masih terkejut.kagum.tapi SANGAT bersyukur.
saya bukan dapat 1, tapi 2.
2 untuk satu hari yang sama.

yang disebelah pagi,
banyak citenya.
mcm keling!.
apapun,
belum settle lagi.
rabu nanti kena balik alor star lagi skali.

yang disebelah petang,
lamanyaa...bukan main!
2jam lebeyh!.
owh.50 50 katanya.
ape ape je lah.
saya tak pernah bekerja sepuas ini.
saya suka!
mungkin lepas 2 minggu lagi?

harap harapnya
2 2 menjadi!
tamak kah saya?
Peluang di mana mana,
rezeki dah memang ada.
usaha saja lah.


--------------------------------------------------------

kakak saya dah calarkan rim keretanya sendiri!
ish ish..
kerana mengantuk katanya.
nasib baik rim tayar je.
kalo dia?.owh!.kakak!
Thanks to Allah.

hopefully
sok saya xngntuk nak drive balik lepas kerja.
penat berulang alik 2 3 hari ni.

-------------------------------------------------------------

arini ada sambutan 10tahun anniversary!
Congratulations!
setiap sorg dari kami dapat :

KFC sneak plate,
small size hawaiian chicken Pizza Hut,
Garlic bread,
a piece of Secret Recepie
Carrot Cake,
and also
MILO!


y milooooo!!!!!!!!
i dont drink MILO!
hish!

tapi skrg dah 10:50 pm
my complete meal set is still tak dijamah
sebab hari ni terlalu penat untuk saya makan. =(

ada sape2 nak?



Saturday, January 23, 2010

Perfect Love.


We waste time looking for the perfect lover, instead of creating the perfect love.
So, stop looking, start creating!

yes. i love the words here. people know i've been using this somewhere.
nak cakap pasal creating the perfect love. bukan lah senang seperti nak cari baju cantik. yang paling perfect kat badan kita. sebab walaupun dah dapat baju yang cantik. kita mungkin akan terjumpa pula dengan baju yang lebih cantik lepas tue. tapi, adakah baju yang baru kita jumpa tu memang untuk kita?.atau hanya yang dah kita beli tu sebenarnya yang paling perfect untuk kita.
kadang kadang orang tengok kita bahagia je. orang tak tahu apa konflik dalaman yang ada. kadang kadang tengok orang tu selalu bergaduh.pagi petang siang malam. tapi sebenarnya mereka bahagia.tak sah kalau sehari tak gaduh.mungkin dah itu yang mereka labelkan sebagai perfect love mereka. orang lain nak sibuk ape kan?.
tapi saya sekarang rasa susah pulak nak create perfect love. sebab sekarang cerita cerai berai dah banyak jadi topik kat kedai kopi. cerita clash sana sini dah memang hari hari setiap masa. tapi nak dengar cerita yang dah lama berkahwin dan bertahan sampai sekarang, hanya mereka mereka yang seangkatan ibu bapa saya yang kita dengar.orang sekarang rapuh sangat. mudah tenggelam dalam dunia ni.dulu selalu, kisah kisah janda jadi topik dalam majalah,surat khabar..tapi sekarang topik duda semakin hangat..duda lebih berharga?.kenapa janda tidak?.
umur semakin meningkat. rasanya tak perlu nak paksa diri lagi kan?.masing masing dah tahu apa yang masing masing nak. kalau ya, cakap ya. kalau tak, cakap je tak. pahit macam mana pun, kena jugak telan kalau dah Tuhan kata dia bukan jodoh kita. Tuhan suruh kita usaha, cari. kalau tak cari jodoh tu lambat la sampai walaupun ada depan mata. Nak create perfect love, bukan create trus perfect. perfect untuk masa itu saja. lepas tu kena update lagi. macam lisence kena renew selalu.kalau dah expired tak leh guna lagi. so, perfect love perlu diperbaharui setiap masa. kena upgrade. supaya lebih hangat, lebih bahagia.
mungkin dulu before kawen, boleh la tolong buka pintu keta, lepas kawen buat buat lupa. tapi, harus diingat, sedangkan pokok lagi perlukan baja. kalau tak da dibaja, mungkin pokok akan terbantut, akan mati kering, atau tak tumbuh bunga yang harum baunya. inikan pulak manusia. yang ada perasaan, yang ada hati dan ada otak untuk berfikir.
kalau jauh, susah nak jumpa. susah nak communicate. tapi teknologi ada, boleh guna kan?.sms, call.itu saja cara nya. boleh guna kan?tahu guna kan?.bayangkan takda benda benda nie, apa nak tinggal?tinggal harapan?..communcation breakdown!..kalau ada emergency,mcmne nak update?..yea betul, saya suka gunakan teknologi walaupun kadang kadang communication tu ada gangguan noise, ada snail mail yang lembap gila,
tapi saya masih okey dah boleh terima dengan positifnya tanpa muka muncung sedepa. orang lain boleh je jadi weekend husband/wife untuk bertahun berabad. saya yang belum sampai level tu, tak boleh buat ke?.boleh kan?.saya okey.dia okey. semua okey.
tapi bila baru saya boleh kata its a perfect love?.dalam sibuk create ni, ada pulak nak cuba masuk kacau line. betambah lah complicated perjalanan. ini dugaan.mungkin banyak lagi line line yang tersangkut nanti. semua ini cukup menggaggu perjalanan creating perfect love.mungkin perlu yakinkan semua ini hanya gangguan?dan tidak akan meragut perfect love wannabe ini.
manusia, tak habis habis dengan nafsu!.nafsu itu tidak pernah puas.so, teruskanlah create perfect love.

mereka yang tahu, persoalan saya. saya yakin jawapan saya masih sama.
mungkin kerana saya si manja yang tidak mengaku manja kerana ego tinggi menggunung.atau saya yang sememangnya tak reti bermanja sedang belajar untuk merasa erti manja. saya perlukan sifat itu.perempuan mana yang tak suka dimanja?.

kalau tengok bapak saya, pendiam lagi tak bercakap kosong.strict gila. kata kata tiada kata dua.
kalau tengok mummy saya, penyayang, lembut, penyabar, dan perfect bagi saya.
mereka contoh perfect love saya. hanya mummy boleh handle abah. love mummy abah!.perfect love!


------------------------------------------------------------------------

went out for muvi and supper (ke dinner?)
i love the short.limited.moment. =)

------------------------------------------------------------------------

Wednesday, January 20, 2010

gile gile tengah malam semalam.

bile malam tak boleh lelapkan mata.
..............................................................................................................................

Si putih dan Si Hitam

apa yang masing masing cuba untuk lakukan?
-----------------------------------------------------------------------------------------

im a Queen~!

tengah malam semalam.
disebabkan masing masing tak boleh tido.
maka kami bertiga membuat tindakan drastik.

tindakan kami nie lebih dikenali sebagai.
"otak seminit"
haha..plan je trus jadi!..seminit je amik masa.

tapi hanya kami bertiga.
lagi 2 org housemate tak ikot.sorang dah tdo.sorang nak tgk supernatural.
mereka lebih pentingkan tv dan bantal dari kawan kawan.haha

angin kuat gile kat queensbay semalam.
orang tak ramai sgt.tapi foreigner ramai jugak yang jogging.
ada jugak yang main layang layang.
ini pertama kali saya membuang masa berjalan jalan kat sini.
best jugak.angin malam...sejukkkk!

sebenarnya housemate kami sorang lagi tu dah tido, tapi kitorg dah kejutkan soh die ikot jugak!
last last die lah jadi photographernye!hehehehe~!

tapi niat sebenar kami bukan nak p queensbay tue.
kami berdua cuma nak p kedai merah kuning 24jam yang terdekat je.
sebab kami nak makan dessert jek!
so..
before ke queensbay tu kami ke sini la..

lets pizza?. tapi dah tutup masa tue. sebab dah kul 12am.

kami @ McD!

cuba menjadi kecil mungkin?

housemates.


die suka buli saya.
niza & imi

shikin.
ni lah sorang lagi housemate saya!


chocotop itu di MCd

chocotop!
saya & shikin @ she.

inilah style rambut yang selalu bermain dalam fikiran saya.


tapi masih lagi angan anagan yang belum jadi kenyataan

so..what you say?

Tuesday, January 19, 2010

i'm with you..are you with me?

every day i wait for you
a letter, a call, or a simple note from you..
every night i go to sleep
thinking of the new day
will bring us closer still...
i wonder if you're thinking of me too
and missing me as much as i do.."


True happines?
((i got this from my babe's blog, aida!.its such a wonderful words!just wanted to have it too in my bog!hikhik!.gedik2 sket!..hehehe..thanks babe for sharing this!..
but how this relates to us?..let it be keep as secret!))

True happiness lies in you.
Appreciate someone who is trying to care
for you in spite of the distance.
Don't love him for who you hope he will become tomorrow,
but by loving who he is today,
and not what he is, but who he is!

Distance, it is a test of love,
many will fail, but for those
who can withstand it have the answer: true love.

You know it's true love when no matter
how far the distance is he can still make you smile.

True love does not worry about the distance between,
for the heart and soul travels through one's words

God, will you let her know that I love her
so when there’s no one there, that she’s not alone?
Just close her eyes and let her know
my heart is beating with hers.

Loving you means everything to me,
so whether you're miles apart from me,
I just want you to know I really love thee.

There is a saying, 'Out of sight, out of mind.'
But how can that be true?
You are not here, yet I can't get you out of my mind.

I love the sun for days,
the moon for nights and you forever.

If you love me as I love you,
nothing but death can part us two.

Close together or far apart,
you're forever in my heart.

Love does not consist of gazing at each other,
but in looking together in the same direction.

Love is 3/4 dream and 1/4 reality.
Problems usually arise
when you fall in love with the dream
and not the reality.
But, yet you find true love
when you fall in love with both.

Passion' a word which involves so many feelings;
I feel it when we touch,
I feel it when we kiss,
I feel it when I look at you.
For you are my passion,
My one true love.

Sunday, January 17, 2010

Bengang!

Lerr...

Apsal ngn blog nie plak...buat gile gile lak...kejap tulisan kecik kejap besar!
aaa..selalu kalau copy2 dari tempat lain paste balik baru jadi mcmnie..
ni penat arh menaip..jadi lak..
Cis!

Sory for the inconvenience! untuk entri sebelum nie.
tak mampu dah nak edit btul2kan biar besar sekata.
blog tetap degil tak mau berubah.tetap nak kecik besar.!

Penguji kesabaran yang tak kena pada tempatnye! =P

Wanita Di Mata Lelaki


Pagi Jumaat lalu dalam Malaysia Hari Ini diorang bincang bincang topik macamne nak memikat hati. tapi diorang tak pulak nak fokus untuk cara memikat hati perempuan sebab katanya topik tu sangat biasa. Jadi diorang bincangkan topik nak pikat hati lelaki. owh!.betul la jugak kan?.pikat hati lelaki. macam mana eh?..rasa macam tak pernah je nak pikat hati lelaki..hikhik!..Mungkin saya jugak kurang mengambil berat bab bab nieh..Kena tahu apa yang dia suka..itu pun saya tak tahu jugak.saya tahu 1 je, dia tak suka ikan bilis. dia suka makan asam pedas, tumis@air saya pun tak pasti.hehe.tapi apa pun, orang tua tua selalu pesan nak pikat hati lelakil, ikat je perut diorg tue.haha.so korang kena blajar memasak la kan..google pun boleh, macam kawan kawan saya yang baru kawen buat. yang dah lama kawen pun i believe selalu jugak google kat office kan?hehe.

tapi kat sini lets kongsi apa yang saya jumpa hasil membaca dalam satu page tue..dia bagi tips cara nak pikat hati lelaki. Tapi, lepas baca baca apa yang ditulis, banyak pulak songeh si lelaki nie.dah macam nak mengada ngada la pulak.apekah?!.

Tapi ramai juga perempuan yang bagi alasan tak de laki yang nak kat diorg sebab tu diorg takda boyfriend lagi. Lelaki tak minat perempuan?Itu macam satu pembohongan.Tipu besar. Tidak ada lelaki yang tidak berminat atau tertarik untuk mengenali mana-mana wanita. Lelaki dijadikan sebagai makhluk yang akan memulakan sesuatu. Berbanding dengan wanita yang dijadikan dengan perasaan malu yang lebih menebal daripada lelaki.
Tapi sekarang, sememangnya perempuan nampak menonjol, dek kerana cabaran cabaran hidup yang terlalu banyak. Tapi sifat pemalu itu takkan hilang, takkan luput dalam dirinya. Banyak je cara lelaki nak kenali wanita. Saya pernah lontarkan topik ini semasa lepak2 dengan kawan kawan lelaki pada satu pagi dekat office, Melalui pemerhatian mereka, lelaki mengenali wanita sebenarnya seorang yang:

1.Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama bila libatkan perasaan.(betul kan?). tak perlu kata bila tersinggung,tarik muka panjang atau muncung ke depan berbatu batu. sebaliknya, cukup dengan dari petah berkata kata dia jadi kelu tanpa sepatah kata pun.

2.Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan. Ini boleh dirujuk pada diri saya sendiri. sebab saya seorang yang cepat bosan. saya juga tak boleh nak duduk diam diam satu tempat.

3.Amat sanjungkan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya.btul la tue, sebabnya, kalau dah lelaki itu terlalu sibuk bekerja sampai tak ingat siang malam, boleh delay delay time untuk dating sesuka hati. cakap nak datang 530ptg, tapi kul 515ptg msg pulak bgtau delay kul 745malam sebab keja tak sempat siap sedangkan esok cuti.(weekend).Sebenarnya kat mana letaknya cinta itu kan?.

4.Suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu tak betul betul puji pun tapi asalkan pujian itu tak sakit hati dan boleh gembirakan hati.

5.Tidak percaya kepada lelaki walaupun kekasih atau suaminya begitu menyayanginya. Bukan tak percaya, cum a a sekelumit sangsi. (betul kan?) Mungkin sebab lelaki sebenarnya kurang nak mengucapkan rasa cinta itu dan mahu semua assume tahu apa yang bermain dalam fikiran serta isi hatinya.

6.Berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan kelembutan, sensitif, dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding oleh akalnya.

7.Suka memaksa lelaki kerana menganggap lelaki adalah insan yang dapat melenyapkan rasa bosan dan jemu. (tidakla paksa sangat, cuma perlukan lebih perhatian dari lelaki).Dan sebab itulah wanita memaksa lelaki agar memujuk rayu dan memanjakannya. (layan lebih sket boleh x?..bukan buat sesuatu yang terlarang, jangan salah faham..cuma pandai pandai la manjakan awek kan?tunjuk lebih sket yang kite sayang awek/bini kite tue...bagi je hadiah chocolate untuk hari2 biasa bila jumpa..pun dah dikira sweet jugak tue!) Walaupun begitu, perempuan takkan sanggup kejam terhadap lelaki malah lebih rela berlaku kejam terhadap dirinya sendiri.

8.Cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak. (lelaki sekarang terhad, patutkan perempuan cemburu?!hahaha!).

9.Bersikap penggoda kerana wanita dikatakan sentiasa memikirkan cara untuk memenangi hati lelaki dengan menggunakan daya tarikan tubuh dan wajahnya bagi tujuan tersebut. Sebab itu wanita suka memperagakan pakaian yang seksi ditempat umum.kadang kadang tak seksi pun. tak semua orang rasa diri mereka seksi.mungkin diorg mahu tampil seksi. itu terpulang pada diri masing masing la kan. tak perlu seksi, cukup sekadar sedap mata memandang. tak perlu terlalu menonjol, bukan celebrity pun!.Mungkin juga kerana mahu his man to be proud of her dan tak mahu his man to look at other girls more than looking at her kan??.

Apa yang saya tulis kat atas bukanlah tuduhan terhadap wanita atau untuk merendah-rendahkan mertabat wanita lak.(saya pun wanita!saya perempuan!). Cuma bila tahu tentang perkara macamni, lelaki dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sifat-sifat sebenar wanita. Bagi wanita pula, kenalpasti kelebihan dan kelemahan diri adalah penting sebagai persiapan menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh lelaki.kan?. kita tak tahu apa yang ada kat depan nanti.


Dari satu pembacaan yang lain pula,

saya dapat ini..

Wanita Dari Pandangan Mata Lelaki

Ada ramai wanita di dalam dunia ini. Tetapi adakah semua wanita itu mempu menarik minat lelaki untuk mengenalinya. Kadang-kala seorang lelaki hanya mahu menduga hati seorang wanita sahaja bila mendekati mereka. Tetapi tahukah anda wanita yang bagaimana boleh menarik minat lelaki untuk mendekati mereka? Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan lelaki mendekati seseorang wanita.


1.Personaliti seorang wanita itu penting. Dengan personaliti yang meyakinkan seseorang lelaki boleh terpikat bila memandangnya. Mereka juga akan berasa lebih yakin untuk mendekati wanita tersebut.


2.Lelaki terkenal dengan mata jalanannya. Ada juga lelaki yang suka memerhatikan wanita yang seksi, apatah lagi jika wanita itu memakai pakaian yang menghairahkan.

3.Penampilan, gaya berjalan dan cara pergaulan wanita juga kadang-kadang membuat seorang lelaki terpikat. Ada kalanya salah satu daripada faktor itulah yang buat lelaki terlalu ingin mendekati seseorang wanita.

4.Ada juga lelaki yang mementingkan kesopanan. Lelaki yang lebih sukakan wanita sebegini selalunya lelaki yang tidak suka berfoya-foya. Mereka lebih suka mendampingi wanita yang tidak akan memalukan mereka.

5.Memang tidak semua lelaki mementingkan wajah. Tetapi ada juga lelaki yang mudah tertarik pada wanita yang cantik, ayu dan anggun. Ada ketikanya sehingga membuatkan mereka menoleh untuk kali kedua bila memandangnya.Korang pernah kena pandang 2 3 kali?.(Tapi kalau itu terjadi pada saya, saya tak amik ini sebagai mereka tertarik, sebaliknya saya akan merasakan ada sesuatu yang tak kena pada penampilan saya pada hari tu..hahaha!.pelik bukan?.fikiran lelaki, fikiran wanita,tak sama!)

Walau bagaimanapun tidak semua lelaki yang mementingkan fizikal seseorang wanita, ada juga lelaki yang lebih mementingkan faktor dalam diri seseorang wanita.Teguh berdirinya seorang lelaki, dibelakangnya ada seorang wanita. saya tak merujuk pada isteri@awek je. Mungkin ibu, kakak atau adiknya. Siapa tahu?.


Saturday, January 16, 2010

Bangkok Tomyam


Tako Tao

(haritu, saya baru pertama kali makan ini)
housemate saya gemarkan ini.

.....................................................................................................................

semalam tak sempat lunch.
keja banyak sangat.bertimbun timbun,
ada colleagues yang tak boleh guna system tu dari computer diorg.
jadi terpaksa pass kan keja keja tu untuk saya siapkan.
Nasib baik saya dah amik heavy breakfast pagi tu.
Memang saya tak lapar pun time lunch hour.
Makan 1 set Roti Jala = 3 keping BESAR GILER! (saya tak tahu lak 1 set tu 3keping!)

dah sampai petang tu...lapar gile gile..sampai tak mau balik umah..nak makan dulu baru balik.
so housemate saya yang sorang tu pun ajak la makan kat Bangkok Tomyam.
Kami bertiga.Saya dan yang sorang lagi tak pernah pergi.Hanya dia yang tahu.
Jadi, dia pun nak tunjukkan jalan.
Punya la jauh pusing sana sini.Last last tengok kedai tu hanyalah depan sket dari Penang airport je.Mungkin sebab kitorg ikot jalan yang begitu jauh, maka lambat la sampai.
Tapi kalau dari tempat kerja kami nak ke airport tu lebih dekat kot?!.
Maafkan dia, dia tak tahu. Tapi dia tak pula bagitau saya kedai tu dekat airport.
Kalau tak, boleh saya bawa je trus sampai airport then cari la kedai tu kan?
owh, dia adalah orang yang sama nak tunjukkan saya jalan baru ke Tesco haritu.hikhik!

2 pinggan nasi putih (RM 2) + kerabu mangga pilihan saya (RM 4)

ayam gajus pilihan saya (RM 5)

tomyam sotong pilihan dia (RM 5)
(sorang makan pun dapat senduk?!best lah)

telur dadar pilihan dia (RM ?)

kami berdua.
saya memang lapar tak terkata!
baju kurung untuk hari jumaat ok?!

muka lapar jugak.
padahal die lunch je tengah hari tue.

fresh orange (RM2.50) + apple 0 (RM2)+ limau ais (RM 1)

ini pilihan si pembawa jalan.
nasi goreng daging. (RM 4.50)

kat tepi kipas tu ada cctv tau.hehe.


Kami masih di sini.

hari ni masing masing tak tahu nak buat apa. duduk umah je bosan pulak.
so kluar lagi jalan jalan..nak window shopping je..tapi biasalah..macam macam pulak yang menarik hati saya. dari kasut, baju sampai ke makeup!.
aaaaa...kenapa la duit tak turun je dari langit?hahahahaha!.

Dah bosan jalan jalan kat Gurney, kitorg pun lepak la Padang Kota buat kesekian kalinya.
kali kedua dalam masa dua minggu.
haih imi, kagum!..lepak tengok laut!
sungguh!tenang!
walaupun view tak berapa la nak menarik, tapi yang pasti angin laut tu tenang.
laut terbentang tu aman je tengok.


Gagak hitam tangkap ikan.

diorang sangat seronok makan mempelam yang BAPAK MASAM!..ergh!

ape ha nama benda nieh?

kontena.

Ketam Batu Padang Kota

kat Padang Kota je..

haaa...bestnye angin!

dia gemarkan posing ini.

tiba tiba angin kuat menghembus kami.
rambutku tanpa segan silu mengaburi muka ku..hehe

untuk orang seperti kami.
psal lah mata ku kecik kalahkan orang siam je nieh?.hish!!

die tak tulis KHAlid...tapi die tulis KHAs!..

mereka cuba berteduh tapi masih berpanas.

Town Hall.

yang sorang tu memang kaki gosip.hikhik~!
tengok..tengah jalan pun kecoh siap tangan tangan skali haaa...hehehe.

lepas tu on the way nak balik umah,
kami singgah kat satu tempat yang kami pun tak tahu apa namanya.haha.
tempat ni pun kitorg jumpa masa bersesat sesat satu ketika dulu.
ramai juga orang lepak kat sini. (lelaki terutamanya!)
mereka memancing.
tapi kitorg singgah sekejap jek, sebab kat situ tak xde benda best.

ape gunanya tiang tiang kat blakang tu eh?

apa guna benda nie?
banyak betul persoalan bila dah tengok benda benda kat sini.


Kabur.
Ruang udara Penang ni sangat tak bersih agaknya?
tak nampak Penang Bridge dari sini.

nelayan lalu.

rumah kat sini macam menarik sebab menghadap laut.
tapi tak sempat nak clik gambar betul betul.
2 1/2 stories, mungkin loteng kat atas tue?.menarik!


-----------------------------------
family,
kalau boleh every week saya nak balik.
tapi saya tak boleh balik skrang.
minggu depan saya balik.
promise! =)

lagipun nextweek saya ada wedding invitation.
for ilmi and partner.
tapi..
partner, di mana kamu?
if partner ada, tentu saya pergi bersama dia.
---------------------------------------------------