Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 30 Januari 2013

Bakal Calon PAS Dun Sungai Rapat


Bakal calon Istiqamah aset kemenangan PAS di DUN Sg Rapat

Sungai Rapat- 24 Januari 2013
Walaupun gagal menguasai Kerusi DUN N43 Sungai Rapat dalam PRU-12 yang lalu, Radzi Zainon kekal sebagai pemimpin alternatif yang cukup konsisten dengan kerja membantu rakyat sehingga kini.
Malah sikap istiqamah beliau yang kelihatannya membuat kerja pilihanraya bukan sekadar menjelang pilihanraya malah kini  telah berlanjutan selama 5 tahun.





Aktiviti yang konsisten berterusan serta kegiatan membantu rakyat serta mudah dijumpai atau diajak berbincang menyebabkan Radzi Zainon sebagai calon bukan sekadar pilihan PAS Kawasan Gopeng dan Negeri Perak, malah ia memnag menjadi pilihan majoriti rakyat DUN Sungai Rapat” jelas Tuan Haji Abd Rahim bin Md Arif yang juga merupakan YDP PAS Kawasan Gopeng.

Dengan jumlah pengundi seramai 28830 orang pada tahun 2008 dan jumlah keluar mengundi sebanyak 72.98%, Radzi bin Zainon (PAS) berjaya memperolehi  undi sebanyak 9,999 manakala YB Datuk Hamidah bt. Osman (BN) memperolehi  jumlah undi 10,635 dengan majoriti hanya 636 undi berbanding dalam keputusan pada tahun 2004 YB menang dengan majoriti 6,269 undi. Kini pengundi di DUN Sungai Rapat sudah mencecah lebih 42000 orang dan kita bakal melihat kebangkitan pengundi muda kali ini.

Radzi bukan sekadar melakukan tugasan menyantuni rakyat melalui kerjasama PAS Gopeng, malah beliau mendapat sokongan dan bantuan kuat daripada PAS Kawasan Batu Gajah dan Ipoh Timur yang juga berkongsi DUN Sungai Rapat.

Slogan Sungai Rapat Milik Kita bukan lagi retorik apabila melihat situasi UMNO yang masih tidak keruan dan goyah dalam soal pemilihan calon.

Menurut Radzi Zainon, “memang YB Datuk Hamidah Osman yang ‘run the show’ seluruh DUN Sungai Rapat, namun beliau bukanlah calon pilihan rakyat. Malah senarai beberapa calon kedua dan ketiga juga belum ditentukan sebagai calon tuntas DUN ini. Hal ini jelas apabila melihat aktiviti kegiatan mereka tidak berterusan, tersekat-sekat, tenggelam timbul serta tiada susulan dalam setiap aktiviti kebajikan mereka. Strategi Datuk Hamidah mengganggu ceramah PAS dan Pakatan Rakyat selama sebanyak lebih 13 kali amat dibenci rakyat malah dikritik oleh pengikutnya sendiri kerana membazir dan tidak ikhlas”.

UMNO Gopeng kelihatan apologatik, hanya responsif terhadap isu kebajikan yang PAS dan Pusat Khidmat PAS lontarkan atau bongkar. Sebagai contoh setiap kali isu setinggan dibongkar di Kg teluk Pedang, Kampung Bendera, Seri Jaya dan Pengkalan Gate Lama, isu lampu jalan Pengkalan Gate Tambahan  dan isu jalan raya tidak berturap lebih 20 tahun di  Kampung Bendera, UMNO akan hadir paling lewat seminggu ke kawasan berkenaan untuk melaksanakan tindakan kerana takutkan kehilangan pengundi. Mereka tidak melaksanakan aktiviti proaktif dan ikhlas untuk membantu rakyat.

Kepimpinan UMNO Gopeng yang dikaitkan dengan pelbagai masalah dan korupsi Insya Allah akan ditolak rakyat walaupun Zamby Abdul Kadir menyatakan BN Perak ingin memastikan semua calon bebas daripada sebarang masalah serta ingin menyahut seruan  Presiden BN untuk mengambil kira semua faktor termasuk latar belakang serta kesediaan rakyat untuk menerima calon.




Ungkapan beliau dalam laporan BERNAMA  bahawa siapa yang terpilih menjadi calon nanti, jentera  perlu sokong atas nama parti BN dan perlu berlapang dada bagi yang tidak terpilih serta amaran jangan berlaku pertempuran sesama jentera dalam parti sebaliknya medan pertempuran adalah  dengan pembangkang mengambarkan senario jentera BN Sungai Rapat yang berpecah belah. Budaya gilakan pangkat tiada dalam jentera PAS Sungai Rapat.

Apabila ditanya strategi umum PAS untuk menang di DUN Sungai rapat beliau menyatakan ada beberapa strategi utama yang digunakan iaitu
  1.          Agenda kebajikan, menyediakan kertas kerja cadangan dan ‘trouble shoot’ sesuatu isu rakyat walaupun tidak memiliki sebarang kuasa eksekutif.
  2.          Santuni Kedai kopi yang cukup disukai rakyat. Melalui kunjungan kerap beliau ke kedai-kedai kopi beliau berjaya menganalisa masalah, isu dan mendengar sendiri luahan rasa rakyat.
  3.          Program ilmiah di Masjid, surau-suarau kerana Radzi sendiri memiliki latar belakang tarbiah Islamiyyah yang baik sejak zaman kampus. Tarbiah bekalan beliau menyebabkan beliau mampu menyampaikan tazkirah, menganalisa isu agama dan global dengan baik.
  4.          Program rekreasi dan aktiviti bersama anak muda. Beliau yang merupakan bekas Ketua Platun Rejimen 503 Askar Wataniah Ipoh pada tahun 1996 sebenarnya lasak walaupun lembut dalam tutur kata. Beliau mahir dalam permainan bola sepak sehingga Piala Radzi zainon diwujudkan walaupun beliau belum bergelar  seorang ‘Yang Berhormat’.
  5.          Aktiviti gotong royong seperti membersih surau dan kubur serta membantu membaiki rumah rosak seperti kes ribut di Sungai Rokam dan warga emas di Pengkalan Gate  kerap diadakan. Kerjasama Dewan Pemuda Gopeng dan Batu Gajah serta Unit Amal Gopeng, Ipoh Timur dan Batu Gajah amat membantu kejayaan aktiviti sebegini.


Sepanjang 11 bulan Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Perak, Radzi Zainon bertindak mendekati masyarakat atas kapasiti beliau sebagai ahli majlis Tindakan Daerah Kinta, ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Ahli Jawatankuasa Pemilihan Tanah Daerah. Pengalaman berharga 11 bulan itu digunakan oleh beliau untuk mengenali selok belok ekeskutif dan pentadbiran kerajaan negeri.

Rakyat secara umum menganggap DUN Sungai Rapat memang memiliki ikon yang jelas iaitu Radzi  walaupun keterbatasan hebahan media yang tidak menyebelahi PAS. Beliau dianggap calon ‘cerdik’ dan proaktif, optimis dan berjiwa Islam serta bertindak sebagai pemudahcara dalam setiap permasalahan. Hal ini diakui sendiri oleh YDP PAS Kawasan Batu Gajah Tuan Haji Ismail Bin Ariffin.

PAS yakin dengan kewibawaan Radzi untuk mengambil alih kerusi N43 Sungai Rapat daripada tangan UMNO pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.

Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Unit Penerangan Majlis Tindakan DUN Sungai Rapat
Ketua Penerangan DPPK Gopeng
MEDIA sungai Rapat

Sabtu, 26 Januari 2013

Kak Midah cuba mencari pengaruh di surau-surau


YB Hamidah cuba mencari pengaruh di surau-surau
25 Januari 2013 – Seri Rahmat

YB Datuk Hamidah kelihatannya mulai cuba mencari pengaruh di majlis-majlis ilmu termasuk majlis anjuran surau-surau kerana memerlukan sokongan untuk  Pilihanraya kali ke-13 tahun ini.

Kerajaan Barisan Nasional yang teraksa membubar Parlimen pada selewatnya 24 April 2013 kali ini penuh sejarah kerana pertama kali Perdana Menteri Malaysia gagal menujum tarikh sesuai untuk membubar Parlimen lebih awal. Maka YB-YB diperingkat akar umbi kelihatan mulai resah tambahan pula YB Datuk Hamidah kedengarannya bukan calon pilihan di DUN Sungai Rapat.





Gambar ihsan : Sungai Rapat Online


Pada 25 Januari yang lalu  penganjur Ceramah Sambutan Maulidurrasul 1434H di Surau An-Naim Kampung Seri Rahmat Batu Gajah dimaklumkan oleh pihak penyokong UMNO bahawa YB Datuk hamidah akan hadir ke ceramah berkenaan.

Adalah difahamkan beliau cuba meminta penganjur untuk member ucapan sepatah dua kata tetapi tidak dibenarkan oleh penganjur kerana faham benar apakah bentuk ucapan yang bakal beliau lontarkan.
“ kami anjur bukan dengan kerjasama UMNO kenapa perlu hadir dengan kereta-kereta UMNO skuad Kasih saysng dan sebagainya adakah beliau ingin menunjukkan program itu atas dana UMNO?” lontar saah seorang warga emas di Kampung berkenaan selain meminta nama beliau dirahsiakan.
Ada pihak meminta agar Radzi Zainon turut hadir agar kedua pihak yang pernah bertarung di gelanggang demokrasi tahun 2008 itu bertemu dan beramah mesra namun Radzi memaklumkan agar jangan diganggu kehadiran YB Datuk Hamidah.

Walaupun beliau pernah menghalau pemimpin rakyat (YB Dr Lee Bon  Chye dan Radzi Zainon) di majlis Dialog bersama Penduduk Taman Pegoh Aman, tunjukkan bahawa rakyat yang tidak menyukai beliau juga ada adat dan akhlak Islam. Jangan bersikap buruk sepertimana sikap beliau kepada pihak lain”,  ulas Radzi lagi bila ditanya pandangan beliau.

“Saya berharap beliau lebih proaktif dan turun bertemu kesusahan rakyat lebih kerap bukan sekadar apabila ada majlis tertentu untuk menunjuk muka. Terlalu banyak isu kebajikan di Batu Gajah yang belum beliau selesaikan malah hanya bereaksi selepas kehadiran Pusat Khidmat PAS Sungai Rapat” tambah beliau.

Memetik ayat blogger UMNO Sungai Rapat online ”Saya agak tertarik kerana YB Dato Hamidah Osman Adun Sungai Rapat, Ketua Kampung Seri Rahmat dan Ketua Umno Cawangan Kampung Seri Rahmat turut hadir bersama-sama penyokong Pas yang lain dan mampu duduk sebari dengan mereka. Sudah lama saya terlalu teringin melihat kerjasama sedemikian kerana siapa lagi yang akan mempertahankan Agama Islam, jikalau bukan umat Islam sendiri. Bangsa lain hanya mahukan umat Islam berpecah-belah supaya senang mereka menakluki negara Malaysia dimana Agama Rasminya adalah Agama Islam”. (http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2013/01/ketepikan-fahaman-politik-demi-agama.html)

Perlunya nasihat ini diberikan kepada pemimpin UMNO agar selalu menghadiri majlis ilmu di surau-surau atau di masjid-masjid dan bukan sekadar menghadiri majlis anjuran pihak lain jika ikhlas dalam isu persefahaman dan ingin duduk 'sebaris' atas nama Islam.

Namun jika benar YB Datuk Hamidah ikhlas untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Dato' Sheikh Mohamad Nor Bin Mansor Al-Hafiz malam itu, kita doakan agar beliau mendapat hidayah dan kekal menghampiri majlis ilmu Allah.

Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Unit Penerangan MTD Sungai Rapat

Khamis, 17 Januari 2013

Ada pihak cuba gagalkan ceramah Ariff Sabri dan Siti Aishah Ahad ini!

Aku dimaklumkan oleh PAS Batu Gajah bahawa mendapat surat daripada pihak Polis untuk membatalkan ceramah Pakatan Rakyat di Kg Pisang Ahad ini!

Namun pihak kami sudah berjumpa dengan pihak oleh berbincang tentang hal ini dan Polis bersetuju untuk membenarkan meneruskan program ini.

Haisshh.. kenapa depa takut? hahaha.. X cukup2 ke kt TV tu?

Apa2 pun jangan lupa hadir beramai ramai Ahad ini!

Isnin, 14 Januari 2013

Aik.. x berani debat ka? hahaha




IPOH: Pakatan Rakyat Perak mencabar pimpinan BN Perak yang diketuai oleh Menteri Besar, Dato’ Dr Zambry Abd Kadir untuk berdebat dalam beberapa isu yang dibangkitkan.

Setiausaha Pakatan Rakyat Perak, Dr Khairuddin Abd Malik berkata, ini berikutan fitnah yang dilemparkan oleh BN yang mendakwa Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat memberikan sejumlah tanah kepada pimpinan DAP Perak iaitu Dato’ Ngeh Koo Ham.

Katanya, debat yang diberi nama “Debat Darul Ridzuan: Nik Aziz Rasuah Ngeh Koo Ham, Zambry Buncitkan Kroni- Siapa Berdusta?”.

Jelas beliau, program tersebut dijadualkan akan berlangsung pada 23 Januari ini dan akan menjemput wakil daripada BN.

Khairuddin berkata, pihaknya akan menghantar surat jemputan kepada BN Perak dalam masa terdekat dan berharap mereka dapat menghantar sekurang-kurang 2 wakil untuk merungkai segala dakwaan dan isu-isu kepentingan rakyat Perak yang dilontarkan.

Kata beliau, terdapat banyak pendedahan yang dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat khususnya Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak baru-baru ini.

Ujarnya, sehingga hari ini pendedahan khususnya melibatkan isu tanah yang dibuat tidak direspon oleh BN.

Tegas beliau, BN khususnya Umno terus memainkan isu kononnya DAP menerima tanah daripada Kelantan sebagai imbuhan untuk melantik Dato’ Seri Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar.

“Ianya telah dijawab oleh para pimpinan namun fitnah tersebut terus dimainkan Umno.

“Kami cabar mereka mengulangi tuduhan tersebut di luar dewan dan sahut cabaran untuk berdebat,” kata beliau dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, baru baru ini.

Ditanya jika cabaran tersebut tidak disahut oleh BN, beliau berkata, pihaknya akan teruskan program tersebut namun beliau berharap BN berani berhadapan dan bertanggungjawab dengan segala dakwaan mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Tambun menjelaskan, Pakatan Rakyat Perak akan mengadakan ‘roadshow’ isu penyelewengan tanah di Perak oleh kerajaan BN era Dr Zambry Kadir bermula 23 Januari ini hingga pilihanraya.

“Kami juga akan membina laman sesawang atas tajuk ‘Tiada Tertinggal, Tiada Tercicir’, Jom Selamatkan Perak, jelasnya lagi.

dipetik dari Perakite Daily

Rabu, 9 Januari 2013

BAS ke HKR dari Batu Gajah masih ada kosong!

Pas Batu Gajah telah mengambil satu inisiatif yang positif apabila menyediakan bas untuk kemudahan orang ramai menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur Sabtu ini.

Kehadiran semua di HKR ini amatlah digalakkan.

Untuk bersama-sama ke HKR Sabtu ini, anda hanya perlu membuat panggilan ke nombor telefon 0135100510 untuk membuat tempahan. Caj yang dikenakan hanyalah RM30 seorang pergi dan balik.

Pihak PAS terpaksa menambah satu lagi bas kerana sudah lebih daripada jangkaan dan masih kekosongan

Tempat adalah terhad dan anda dinasihatkan untuk membuat tempahan dengan kadar segera.

Ahad, 6 Januari 2013

Pra Himpunan Kebangkitan Rakyat bersama Nizar esok!

Jom hadir beramai ramai!

Ustaz Radzi Edar kalendar



Medan Gopeng- 6 Januari 2013
Sempena menyambut tahun baru 2013, Pusat Khidmat Masyarakat  (PAS) DUN Sungai Rapat telah menganjurkan  Program mengedar kalender Pusat Khidmat  di Pasar Tani Medan Gopeng pagi tadi yang juga disertai  oleh bakal Calon PAS DUN 43 Sg Rapat, Ustaz Radzi Zainon.
Beliau telah diringi oleh Sdr Majer (B) Yaakub bin Mohd Yasin dan Encik Mat Osman beserta 8 petugas. Program yang bermula jam 10 pg itu  berakhir pada 11.30 pg dan menyelesaikan edaran sebanyak 700 keping kalender.
"Ini antara langkah mudah saya menyantuni rakyat, bertanya khabar dan mengetahui isu-isu setempat iaitu melalui edaran kelander dan risalah. Kalender mudah diterima ramai berbanding risalah kerana masyarakat kita tidak pernah menolak pemberian kalender percuma" jelas Radzi zainon apabila ditanya pandangan berkenaan program berkenaan.
Rata-rata masyarakat di Pasar Tani telah mengenali personaliti Radzi malah menganggap beliau adalah antara calon yang menjadi pilihan rakyat masakini.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sungai Rapat







Khamis, 3 Januari 2013

Gegorkan Batu Gajah esok!

Moh datang beramai-ramai.. Bio Umno meraban teben.. Apa pulak depa nak buat ye!