Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 28 Oktober 2012

Kome Kroje nak melabon je!







Kome keroje nk labun je..  Ingat orang tengin.. Idak ke takot mampuih.. udah le yop.. Gambar di atas disiarkan dalam blog pro Kak Midah Sungai Rapat.

Deme nak gambarkan ceramah semalam xde sambutan. Jeles atau risau? Berenti le nk fitnah...

______________________________________________

Gambar di bawah adalah suasana sebenar semalam yang cuba ditipu oleh pihak Umno nak gambarkan progran xde sambutan.

Tapi rakyat x bodoh macam lembu, kome je tengin nk tunjukkan ciri2 lembu.

Kita xyah sediakan Kueytiaw goreng, kita x sediakan bas macam Umno!!


Rakyat penuh membanjiri padang

ni yang depa kata xde org




Kerabat Sultan Perak, Dr Raja Iskandar. Woii Doktor! bukan taraf kak midah!

Ustaz Radzi mempengurikan majlis

Para pimpinan dan penceramah

Alunan sajak Dato' Fauzi menceriakan suasana

Ucapan DS Nizar menjadi tarikan ramai


Nizar tunjuk video pemimpin Umno (Najib, Rosmah,Rais dan lain2)  berjoget di pagi Syawal. Ramai terkejut dengan akidah dan perangai pemimpin mereka.


DS Nizar taya video Samhuri Md Zin mengamuk x dapat pasior. Depa kata dia dah dibuang Umno padahal skrg masih dalam Umno.. Jangan buat2 x tau. hahahaha...





Sabtu, 27 Oktober 2012

Gegarkan Kak Midah Malam ni!

Jangan lupa ceramah bersama MP Bukit Gantang, Dato' Seri Nizar; Bekas Pegawai Tinggi PDRM, Dato Fauzi Shaari dan Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Iskandar Al-Hiss di Taman Jutaria, Batu Gajah malam ni.

Program ni x jauh dari rumah Adun Sugai Rapat, Dato' Hamidah Osman. Lokasi ni kubu kuat Kak Midah. Sebelum ini Ceramah bersama Pak Jabit diganggu oleh Umno.. Mereka panggil Anjang Aki. Deme buat dalam satu padang.

Kali ini agak sukar buat hebahan. banner habis hilang, permit banner dah x lulus tanpa alasan. Poster kene koyak! xtau sapa punya kerja

Jom kita gegarkan malam ni!




Rabu, 24 Oktober 2012

Alahai! Kak Midah takde tempat nak bertanding ke? hehe


Sumber : Perakite Daily

KUALA LUMPUR: PAS Negeri Perak melihat krisis calon Barisan Nasional (BN) negeri semakin jelas dengan kedengaran suara-suara sumbang di kalangan pimpinan mereka.

Ketua Penerangannya, Ahmad Nuri Al-Amin (gambar) berkata, antara yang nyata ialah kenyataan Datuk Hamidah Osman dan maklum balas Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selaku Pengerusi BN negeri berhubung kelewatan mengumumkan calon-calon BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Timbalan Yang Dipertua PAS Batu Gajah itu berkata, desakan Hamidah agar calon-calon BN Perak diumumkan lebih awal itu dapat diertikan sebagai satu bentuk tekanan yang ditujukan kepada ketuanya sendiri.

Malah, ujarnya desakan itu juga secara langsung berhubung kait dengan kedudukan kerusi panas Dun Sungai Rapat yang telah dimenangi Hamidah yang juga Exco kerajaan negeri pada PRU12 lalu.

“Banyak persoalan yang menarik timbul dari desakan ini. Adakah Datuk Hamidah agak tergugat dan tidak selamat lagi di Dun Sungai Rapat?

“Beranikah Datuk Seri Zambry menolak Datuk Hamidah bagi mengekalkan kerusi Dun Sungai Rapat?” soalnya.

Bagi PAS negeri, kata beliau krisis itu jelas menjadi ujian kepada Zambry yang pertama kali mengetuai BN Perak.

Katanya, jika sebelum ini bekas Pengerusi BN Perak, Tan Sri Mohammad Tajol Rosli Ghazali pernah menangis berikutan 'menggadai' kerusi Parlimen Grik pada PRU12 yang ditandingi Gerakan, apakah Zambry bakal menerima tekanan yang lebih hebat lagi di ambang PRU13 ini.

Selasa, 23 Oktober 2012

Projek terhebat Majlis Daerah Batu Gajah!

Assalamualaikum... Wahai Yang Dipertua, Jabatan Majlis Daerah Batu Gajah, Dato Jamli Sury yang ku sayangi, mari tengok apa hasil kerja titik peluh korang!

Lokasi di Medan Selera (MARA) Batu Gajah, Projek penurapan jalan yang baru beberapa hari disiapkan!

Korang ni turap jalan atau tanam padi? Rumput dah mula tumbuh.. Sangat nipis tar tersebut.

Daripada korang nak sekat-sekat lesen banner dan tanggal banner, baik tengok projek yang dikatakan menelan belanja puluhan ribu ini.

Betoi ka projek tersebut dikatakan dimiliki oleh pimpinan tertinggi BN?

Apa korang buat ni? Betul ke projek tersebut menelan belanja puluhan ribu?



*LAIN KALI BUAT KERJA DENGAN PROFESIONAL, KITA MINTAK PERMIT BANNER PUN KORANG TAK LEPAS. HANGPA INGAT PAS NI PARTI HARAM KE?

Isnin, 22 Oktober 2012

X lulus permit banner: MDBG barua Umno?

Aku sikit tak puas hati dengan khidmat Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG). Kita mohon permit nak gantung banner pun x lulus.. Sebelum ini, kita mohon lulus je.

Tapi kali ni x lulus pulak.. Minggu lepas dah pegi sekali, hari ini pegi lagi sekali, tp x lulus jugak.. macam2 alasan.

Dia kata kelulusan kena budi bicara Yang Dipertua, Jabatan Majlis Daerah Batu Gajah, Dato Jamli Sury. Perlu ke kene budi bicara dia?  Kita bukan mohon projek. bukan mohon balak.. kita mohon permit banner!!!

Aku nak tanya Jamri Suri, Umno pernah ke mohon permit? pernah ke Majlis bukak? kenapa? janganlah bersifat tidak adil.. Mati nanti susah kome nak jawab..

Banner ceramah Kazim, Ceramah Tibai, Ceramah Kak Midah, Ceramah program kak midah ada ke korang tanggal? ade permit ke?

Kita sblm ni gantung pon slalu ilang tp setidak tidaknya kami mohon permit.. Tolonglah jangan jadi barua...

Yang aku peliknya sblm ini xde masalah. Adakah kemungkinan Dato' Jari Suri nak balas dendam kat Dato' Seri Nizar? Ramai tahu kes lama dia dengan Nizar..

Polis pon xde masalah nak luluskan permit ceramah. permit banner pulak susah.. Telefon pihaknya udah x leh jawab..

Tolonglah!! be profesional!!


Ape2 pon jangan lupa ramai-ramai kita datang 28 Oktober ni.. Kubu kuat kak midah!!



Jumaat, 19 Oktober 2012

Disaat Islam dihina MCA.. Mana Pemimpin Umno?

Kawan baik Umno, Chua Soi Lek bersikap kurang ajar apabila mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan hilachua soi lek video blog on hudud 01ng pekerjaan jika hudud dilaksanakan.

Ini adalah siri penghinaan terbaru apabila sebelum ini pelbagai penghinaan terhadap Islam oleh dia..

Tak nampak pun mana Pemuda Umno.. Tak nampak pun Zul Kulim.. Tak Nampak pon Tibai.. Kak Midah? lagi x nampak... 

Mungkin takot Chua marah kot.. Mungkin juga risau chua kata Umno pon sama duk hina Islam.. Hahaha..


Selasa, 16 Oktober 2012

TERKINI!!!! PAS Perak sedia bertemu pihak kerajaan!

Dipetik dari blog Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss'


Dr Raja Ahmad Iskandar l-Hiss
Koordinator Jawatankuasa 
Strategik dan Isu PAS Perak

Badan Perhubungan PAS Negeri Perak mengalu-alukan kesudian Kerajaan Negeri Perak dengan kenyataan yang dibuat oleh Datuk Mohammad Zahir Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Negeri Perak untuk memberikan penjelasan berhubung pertikaian pengiktirafan program pengajian dan kesahihan penandatangan pada sijil graduan dan  transkrip Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) melalui media massa baru-baru ini.

Merujuk muka surat depan akhbar Sinar Harian pada 13 Oktober yang lalu, Datuk Zahir jelas mempelawa mana-mana pihak untuk bersemuka bagi mendapatkan penjelasan di atas beberapa persoalan yang hangat diperkatakan.

Ahkbar Sinar Harian jelas memetik kenyataan Datuk Zahir mempelawa mana-mana pihak untuk tampil bersemuka dengan pihaknya.

Jesteru, kami bersedia untuk mengutarakan persoalan-persoalan dan mendapatkan maklum balas serta kepastian timbulnya masalah yang dihadapan tersebut.

Kami tuntas menyambut ruang untuk mendapat penjelas terus daripada pihak yang bertanggungjawab termasuk Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir sendiri.

Kami inginkan penjelasan berikutan timbul isu yang diperkatakan dan kami sememangnya menunggu penjelasan yang ingin diberikan.

Kami menyerahkan kepada pihak Kerajaan Negeri sama ada melalui Datuk Seri Zambry ataupun Datuk Zahir bagi menetapkan tarikh yang sesuai bagi maksud memberikan penjelasan tersebut.

 Kami berharap Kerajaan Negeri benar-benar serius dan ikhlas untuk memberikan penjelasan dan bukannya mempolitikkan isu pendidikan ini semata-mata.

Kami bertegas, jika pihak Kerajaan Negeri enggan atau memberikan pelbagai alasan bagi kami untuk mendapatkan penjelasan bermakna ada perkara yang ingin disembunyikan oleh Kerajaan Negeri daripada pengetahuan umum.

Kami serius untuk mengadakan pertemuan bagi merungkai persoalan-persoalan yang menjadi tanda tanya penuntut dan Ibubapa pelajar KISDAR!

Sabtu, 13 Oktober 2012

Wajib Baca! Fakta MCA member baik Umno hina Islam


Oleh Nuruddin Bashah
Pada 12 Mei 2011 Dewan Pemuda PAS Negeri Johor  membuat laporan polis terhadap Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang didakwa sejak kebelakangan begitu ketara mempamerkan sikap prejudis, terhadap Islam antara kenyataannya ialah;
·         Mengaitkan negara Islam sebagai negara teokratik.
·         Mencerca dan menghina ajaran Islam yang melarang perempuan dan lelaki berlainan muhrim dari bersentuhan.
·         Memprovokasi dan menyindir sambutan Aidil Adha dengan menggambarkan seolah-olah pihak berkuasa tempatan di Kelantan memaksa supaya kedai-kedai di tutup pada Hari Raya.
·         Mengaitkan Islam sebagai punca banyak negara yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam menjadi negara tidak demokratik, mundur, tidak mencapai taraf pembangunan global, dipaliti rasuah dan lain-lain lagi.
2.       Dewan Pemuda PAS Johor juga cadangkan Chua didakwa di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan.
3.       Pada 6 Ogos 2010 di Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star Chua dakwa  Umno dan PAS menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu. Apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing, kata Chua, kesannya akan wujud dasar-dasar yang tidak progresif - menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 tahun.(tidak maju) Mahyudin yasin elak untuk komen ucapan Chua.
4.       Institute of Strategic Analysis and Policy Research (Insap) iaitu kumpulan Think Tank MCA anjur Forum Hudud dan kesan terhadap kaum bukan Islam pada 4 Disember 2011.
5.       Semasa Kempen Pilihanraya Kecil DUN Tenang.
·          “What’s so great about knowing Muslim values?” “Apa baiknya untuk mengetahui tatasusila/nilai orang Islam?”-Presiden MCA,Chua Soi Lek
·         Normala will not come here to Chinese temple, she doesn’t even shake hands with the people. I have received complaints about this. She like Anwar Ibrahim’s wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accepts this kind of Islamis value, go ahead and vote for PAS” “Normala tidak akan datang ke Kuil Cina, dia juga tidak akan berjabat tangan dengan orang. Saya menerima aduan tentang ini. Dia (Normala) seperti Isteri Anwar Ibrahim yang memakai sarung tangan. Jika anda boleh terima nilai Islam yang sebegini silakan mengundi PAS”-Presiden MCA, Chua Soi Lek. Dalam ucapannya pada satu majlis di sebuah tokong cina di Dun Tenang, Labis, Johor.
6.       Akbar MCA Hina Islam: “Undang-undang itu (Enakmen Jenayah Syariah Selangor) jika dilaksanakan adalah langkah kebelakang dan terlampau bodoh untuk digambarkan” The Star.
7.       MCA sedia keluar BN jika HUDUD dilaksanakan”- Presiden MCA Chua Soi Lek 23 September 2011. Keesokkan harinya pula pada 24 September Najib keluarkan kenyataan untuk menjaga hati MCA kenyataannya berbunyi “Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Hudud tidak berpaksi kepada realiti
8.       Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai yang menghalang sebarang usaha penubuhan kerajaan Islam di Selangor kepada ahli-ahli MCA pada satu konvensyen MCA Negeri Selangor. Konvensyen MCA Selangor 18 Ogos 2012
9.       Ng Kiam Nam seorang peguam dan  ahli seumur hidup MCA bantah laungan azan yang dikatakan kuat di Masjid Khadijah Pantai Dalam.  JAWI arah masjid perlahankan Azan.
10.    Pada 16 Januari 2012- Menteri Pelancongan, merangkap naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yg melarang pekerja muslim dari bekerja di tempat2 hiburan yang terlibat dgn arak. Katanya langkah itu mesti dibatalkan kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. (sedangkan Kerajaan Selangor berusaha dapatkan pekerjaan alternatif kepada orang islam yang sedang bekerja di premis arak)
11.   bekas ADUN MCA Subang Jaya, Lee Hwa Beng telah menulis dalam Twitternya bahawa negara Islam seperti dicanangkan oleh PAS akan mengharamkan semua agama. Katanya, "Sebagai penganut Kristian, kita seharusnya takut akan negara Islam daripada perkara yang lain. Mengapa DAP menolong PAS mencapai tujuan itu." soal Lee kepada penyokong DAP. Katanya lagi "Salah satu Perintah Tuhan ialah menentang negara Islam
12.    The Star (Akhbar MCA Hina Islam)
·         Kes pertama adalah tulisan seorang editor The Star yang mempertikaikan tindakan Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang wanita yang meminum arak.
·         Kes kedua adalah kes daging babi panggang untuk berbuka puasa yang disiarkan bulan Ramadhan. (The Star pada 10 Ogos 2011. Di bawah tajuk tersebut ada ditulis penerangan lagi iaitu "Authentic prime pork ribs will certainly delight your taste buds".)
·         Ketiga penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah pada dadanya yang terlanjang.

Jumaat, 5 Oktober 2012

TerHANGAT terHOT malam ini!


Jom datang beramai ramai... :-) Jangan fitnah kata kita bagi upah RM30.. heh3...

Rabu, 3 Oktober 2012

Tawaran terbaik!! Jangan lepaskan!








Price : RM 28 800 Type: Sedan Make: Proton
Model: Saga Reg. year: 2008 Mileage: 120 000 - 129 999
Transmission: Auto Engine Capacity: 1300 cc Color Type: Metalic
Color:
Accessories: Solar Film, CD Player, Airbag driver, Sport rims, Alarm, Central lock, Adjustable steering

~Proton Saga BLM 1.3 Auto M-Line
~Mettalic Black
~Model 2008
~1 Owner Malay
~Free addcident
~Well maintain
~No need repairs
~Tip-top Condition
~Fulloan 100% loan : 30k x 9years:377.00
~Trade in accept

~Welcome to see
No 133 Jln Raja Dr Nazrin Shah
31350 Ipoh,Perak
FlyOver(Medan Gopeng)
Please call for view :
HP 019-5722778 / 0175077417 - Amat                                                 

Selasa, 2 Oktober 2012

VIDEO: Pendedahan Abdullah Antong! beliau tidak kenal siapa yang usung Sivakumar!


Saya tidak pasti siapa yang mengusung V Sivakumar ke luar dewan dan sudah pasti ianya bukan staff dewan kerana saya mengenali semua staff-staff tambahan yang dilantik bagi membantu Bentara Dewan.

Abdullah Antong Sabri,
Bekas Setiausaha DUN Perak

Isnin, 1 Oktober 2012

Zambry jual aset Perak di Pulau Pinang kepada 'orang' dia?



Dengor cerita MB mahkamah kite ni pegi jual aset perak yang berada di Pulau Pinang. Antaranya rumah, betoi ke? Mak Ai, semua nak digadainya..
Mendapat maklumat rumah tu dijual kepada orang Zambry, sape ye? Pegawai Khas dia ke? Hebat2.. Semua depa nak gadai.. Abis Malaysia ni!

Utk lebih lanjut klik sini