Pameran lukisan ´This Is Klate’ anjuran Persatuan Seniman
dan Warisan Kelantan (PESTA) yang berlangsung di Tema Tunjong, Kota Bharu
selama sebulan berakhir semalam.
Ahli-ahli PESTA memperagakan
karya terbaik mereka termasuk pelukis wanita, pelukis muda, disamping pelukis
senior. Pameran itu pada awalnya agak malap kerana Tema Tunjong tempat baru, ramai yang belum mengenali dan
tahu lokasinya walaupun terletak di Jalan besar Kota Bharu – Ketereh,
bersebelahan gedung Oren, Tunjong. Bangunanya berekabentuk mirip senibina tradisional Melayu Kelantan,
sesuai untuk pameran terbuka, pengunjung juga boleh ngopi kerana di dalam
bangunan itu ada gerai makanan.
Op! Berbalik kepada pameran lukisan PESTA. Dihari penutup (1 Dis 2019) semalam, diadakan majlis
dialog ahli PESTA dan pengiat seni tampak Kelantan dengan YB. Muhammad Bahktiar Wan Chik, Timbalan Menteri Pelancongan dan Seni Budaya Malaysia. Pelukis meluahkan perasaan yang terpendam kepada
bapak Timbalan menteri. Kesimpulannya dialog
hampir dua jam dalam suasana hujan lebat dan banjir memberi impak
yang baik dan manfaat untuk para pegiat seni tampak di
Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Malaysia
amnya.
Majlis dialog itu itu lebih cucok jika sambil berdialog sambil makan ubu kayu rebus, kelapa parut dan
air kopi kaw, itu makan tradisi orang Kelantan di musim tengkujuh. Pak menteri
pun suka.
Sesuatu yang menakjubkan, usai sahaja dialog, YB. Muhammad Bahktiar melawat lukisan yang diperagakan, pertama
karya pelukis senior Abdullah Ibrahim (pelukis komik Dol), kebetulan lukisannya
di posisi paling hadapan, penari Mak Yong dengan jari lentik sedang menari. Lukis itu dibeli
Timbalan Menteri. Harganya aduhai. Pagi
itu seumlah empat lukisan dibeli YB Muhammad Bahktiar termasuk karya seorang
pelukis muda, Wan Ahmad (beliau rakan sekolah anak saya di MPI). Wan Ahmad dengan lukisan potret Tok Guru Nik
Aziz (Allahyarham) berjaya memikat hati Bapak Timbalan Menteri. Sekitar belasan ribu ringgit telah dibelanjakan
YB untuk membeli lukisan pelukis
Kelantan. Salute YB. Muhammad Bahktiar!