Listen ! Hukum memberi salam adalah sunat,tapi hukum jawab salam adalah wajib. Walaupun memberi salam adalah sunat, tetapi ganjarannya lebih banyak daripada menjawab salam.
Pasti ramai yang tidak tahu ada 5 situasi yang tak mewajibkan kita menjawab salam.
1. Apabila kita yakin yangg memberi salam itu adalah bukan orang beragama Islam, kalau nak jawab jugak sekadar jawab "Wa'alaikum" sahaja.
2. Apabila sesuatu majlis atau upacara mendahului percakapan lain, kemudian baru memberi salam.
3. Apabila orang memberi salam ketika kita dalam bilik air
4. Apabila imam memberi salam ketika akhir solat jemaah.
5.Apabila salam dipersendakan seperti remaja pada masa kini ketika mengorat perempuan "Assalamua'laikum~tak jawab dosa~"
-Ustaz Abu Hasan Din Al Hafiz-
p/s : baru balik dari Jitra. Salam maghrib jangan lupe solat ye dah lewat nie