Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat

Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat

26 May 2008

Mesin Chopper Ku ...

Lepas setahun lebih beroperasi barulah kami mampu nak beli mesin chopper ni ... memandangkan bilangan kambing yang meningkat, lebih jimat tenaga kalau di "chop" kan rumput tu. Kalau tak letak dua guni, lebih dari setengah guni terbuang (jatuh bersepah).

Disamping tu, kami ambik masa nak survey jenis chopper yang sesuai dengan fungsi dan poket ... Kalau kami tengok2 la, sebenarnya dari utara ke selatan body chopper yang jenis ni sama jek kebanyakkannya, cuma boleh pilih nak enjin petrol, diesel or elektrik. Tapi ada tempat jual RM2900 ada yang sampai RM5000. Kami tengok sama je, dari segi housing, blade, feeder gear, pulley dan belting. Kami beli di Batu Pahat (sebab senang nak hantar) dan harga kat kedai tu RM3300 (enjin petrol Yamaha 5.5hp).

Kami penah juga tengok chopper yang lagi simple, takde feeder gear, blade dia macam mesin potong rumput tu jek ... dah test tapi tak berapa halus potongan napier dan mudah terbelit2. Untuk potong sikit2 ok laa ... dan kena la dengan harganya yang RM2000 ke bawah.

Masa baru pakai tu excited wooo ... maklumlah dulu duk tengok orang punya je.


Hari ni kita sambung lagi cerita la … penat tak hilang lagi, baru je sampai dari Pontian. Weekend lepas kami hantar supply garam bukit dan pegi menebang pokok buluh nak buat partition… Kami dah pun letak stok garam bukit yg mencukupi di Sanglang dan Batu Pahat. Jadi senang sikit pembeli nak ambil sendiri di lokasi mana yang lebih dekat.


Memandangkan tanah projek kami ni agak terhad, jadi kena buat partition dan plan untuk memaksimumkan penggunaan tanah. Buluh-buluh tu aku nak buat partition untuk kawasan kambing beriadah di bawah cahaya matahari .. hahahaha … best la kau kambing …!


Sedikit ilmu praktikal (sebab masa saya kursus tak di ajar ttg ni … tidor kot … hehehe) ingin di kongsi, kami rasa perlu kambing2 ni dilepaskan sekali2 … bagi mengurangkan jangkitan kurap yang disebabkan “fungus” … ada org panggil kurap lembap. Kalau kurap kering (kutu/ lice), senang inject pakai dektomax … tapi kurap basah ni dia akan senang berulang2. Jadi dari pengalaman kambing kami, dengan menjemur mereka ... hehehe … hilang masalah kurap lembap ni. Tapi waktu depa lepas tu kena pantau kambing2 ni … kang merayap tak tentu pasal. Pastikan tempat mereka beriadah tu taklah lecak atau berlumpur dan berPAGAR … nanti sakit lain pulak datang.


Satu lagi berita gembira untuk dikongsi bersama … Minggu lepas kami dah dapat offer letter dari Agro Bank untuk permohonan Skim 3F tuu … Alhamdulillah … bole la kami teruskan dengan perancangan seterusnya. InsyaAllah next week kami akan sign kontrak pinjaman tersebut …

24 May 2008

Visitor's on line.

hit counter

22 May 2008


Sekarang ni DBR, Sanglang sedang melalui Fasa 2 – iaitu process memperbaiki system penjagaan, pemakanan, menambah baka, breeding dan trading. Boleh kata setiap minggu aku ulang alik KL – Pontian untuk memantau kerja … huhuhuhu … penat woooo … tapi semangat mesti kental. Masa berlalu sangat pantas, bagi aku yang duk tengah sibuk mengurus atur kandang. Bagi kawan2 yang masih termenung sana-sini tak tahu nak buat apa di masa lapang … Cepat!! Bangun dan usaha …

Fasa 1 dulu kami hanya duk nak ‘test the water’ jekk … boleh ke jaga kambing ni … serasi ke … hangat2 tut..tut.. ayam ke? Tapi ternyata menarik industri kambing ni … di samping menjadi hobi dan tempat aku me-“release” kan tension dari kerja office … dapat jugak pendapatan sampingan sikit. Bole cover duit minyak dan tol aku balik Johor pun kira orait … sebab aku punya motivasi adalah dapat balik kampung lebih kerap jumpa mak bapak.
Aku rasa soalan yang selalu berlegar2 di kepala mereka yang baru plan nak start ni ialah … bole jual ke kambing nanti?? Secara jujur aku pun macam tu dulu … tapi sebenarnya soalan tu mestilah di tune kan sikit … berapa banyak rasa2nya aku boleh jual sebulan? … berapa kosnya?, berapa untungnya?, berbaloi ke penat lelah?, supplier mana?, pembeli mana? Camne cara nak jual? Etc2 … SO?? Apa jawapannya …?? Memang takkan ada “satu set” jawapan yang bole fit semua orang. Dan soalan2 tu hanya akan terjawab satu persatu setelah pengalaman dan networking terbentuk.

Kesimpulannya, kaki kena masuk dalam air dulu, baru tau sungai tu sejuk ke suam ke … sungai mesti di lalui dulu baru tahu batu ke pasir kat bawah tu … dan bila kaki dah basah teruskan berenang, jangan putus asa kalau tak hanyutttt … Memang risiko kena pikir sebelum berbuat sesuatu, jadi ukur risiko ikut kemampuan (ukur baju kat badan sendiri laa…). At least, kena la boleh (mampu) terapung dalam air kan … jangan kau pakat terjun jekk … gerenti lemas … Kalau mampu beli dan sustain 2 ekor … beli 2 ekor … jadikan hobi dulu … slow-slow build up kenalan dan ilmu … Jangan bersibuk sangat pikir camne nak dapat loan sana pinjaman sini …

Haaa .. kalau beli 2 ekor atau sekor tu .. kalu bole cari yang bunting laa … seronok beb kalau tengok anak dia dah keluar nanti … bagi semangat tu membara sikit ... hehehe

PESANAN UNTUK KAMI DI SINI ...

Sekiranya ingin memberi komen / nota / pesanan secara bertulis, sila gunakan email kami :

d_baraqah@yahoo.com
 

blogger templates | Make Money Online