Wednesday, January 27, 2010

KEHADAPAN KAWAN BERNAMA KAU

for diz time being.aku penat untuk pikir masalah yang luar dari tanggngjawab aku.aku dah cukup banyak mende nak kene handle dan settle kat HELL nih dan aku dah banyak kali jadi sponge yang absorb segala jenis tekanan yang ade kat sekeliling aku sekarang.anytime from now aku akan breakdown.itu pasti.as human aku ade limits untuk serab seberapa banyak tekanan yang ade.so kalau dah over limit aku pasti collaps.betul?


jadi ape kata pada pihak yang berkenaan tolong berenti dari menuduh aku untuk satu tuduhan yang sama sepanjang kita kenal.i love you and i really mean it.swear to god,with my soul, i love you.kau kawan terbaik dalam koleksi sahabat yang aku ada dan aku percaya.aku tak bodoh untuk tidak sayang kan kau.but aku nak kau yang umum tahu lagi matang dan pandai dari aku untuk tak persoalkan pasal kasih sayang.

aku sayang kau.stop.tu je.tapi aku tak boleh pilih antara kau dan mr liebchen.kau atau dia ..dua orang yang aku sayang dalam term yang berbeza.kamu di bawah topic yang sama iaitu LOVE.tapi..subtopic untuk LOVE ade dua.satu untuk FRIEND dan satu lagi untuk HEART.kamu jatuh dalam friend dan mr liebchen dalam heart.dua-dua sama penting.i cant afford to lose both of you.jadi jangan suruh aku pilih atau berenti tuduh aku lebihkan dia dari kau.

because... i'm not...

aku tidak akan sesekali hilang bila kau perlu aku di sisi .dan aku akan sentiasa ade di sisi mr liebchen.tuduhan kau yang loud tu buat aku tergamam terpinga.kalau aku tak jumpa kau untuk satu tempoh masa yang lama itu tak bermakna aku selalu jumpa mr liebchen.kadang-kadang jarak pertemuan antara aku dia dan kau.sama je.aku akui.dia priority tapi itu tak bermakna kau is nothing to me.kalau kau dan libchen terjun bangunan di waktu yang sama aku akan....okeyh..aku rasa tak perlu discuss pasal kemungkinan nih sebab aku yakin kau atau liebchen tak kan terjun dari bangunan yang sama.god forbid ..tak akan.kalau akan.aku akan pikir kan kendian.boleh kan?

okeyh.aku tau kau sedang merajuk atau sulking ..okeyh dua menda yang sama..tapi aku nak kau tahu.aku mungkin akan lebih paham kalau kau explain.tapi bukan dengan cara letak telefon masa aku tengah bercakap.itu bukan 2ways communication yang betul.paham?

jumpa kau soon.till then..jaga diri kau.aku sayang kau,tu je yang kau perlu percaya.menda lain tu? mainan perasaan dan campur tangan setan

semata.

p/s: KAU seperti watak di atas bukan lesbian patner aku.aku straight dan sangat pasti dengan aku punye sex orientation jadi tak payah ragui aku.ouh ya KAU adalah BFF aku.untuk lebih dari tempoh 365 hari.KAU jugak telah tuduh aku melebihi liebchen daripada dia.which is not true.

Sunday, January 24, 2010

APE? TAK DENGAR LA..CAKAP KUAT SIKIT..

" i miss you " berbisik.suara husky yang konfirm menusuk hati..

"ape????" buat-buat pekak ..padehal.....

"hah? ape yang ape? " terkujat.blurr dan lambat pick up...


senyum sambil rase diri sendiri seorang yang sopan.bertentang mata dan...


" CAKAP LA KUAT SIKIT NAK DENGAR LAGI LA..."

dalam nada jeritan yang harmoni. =)







p/s: susah jugak kalau blurr dan bendul sangat nih.habes rosak scene kabhi kushi kabhi gam -_-




Saturday, January 23, 2010

KUMPULAN WONDER..WHAT?!









p/s: camera 2 megapixel je,sebab tu bayang-bayang nih nampak seram


p/s II: 3 orang ke 4 orang? try teka.kalau betul dapat ________________ sile isik tempat kosong.




Wednesday, January 20, 2010

SABAR ADA HAD KAN? MACAM 90KM/J

kalau dah 3hari berturut-turut orang yang sama akan carik pasal dengan aku
rasa-rasenye dah jatuh ke belum hukum wajib balas dendam tu?
tapi tadi aunah cakap tak gune stress-stress biar je lah.tapi tu aunah.dia memang baik hati aku lain aku keras hati.tapi bukan ke azam taun baru nak jadi matang dan tenang? aiseyh tp kenape ade je orang nak mocking aku nye temper? KENAPA?
sabar untuk 3hari nih rekod terbaru.tahniah syad! kau sabar lebih 48jam dah.tapi kalau esok lusa tulat die buat lagi macam mane? demmit~!





solution:

pergi library carik kisah sirah rasulullah.rasulullah s.a.w dulu sabar kan orang die.contohi beliau.azam tahun baru lewat sebulan aku pada hari nih.











p/s: kalau esok lusa lepas bace kisah rasulullah pon sabar aku makin nipis terbukti setan tu musuh umat manusia sampai akhirat.


p/s: savy kaler merah jangan dekat dengan aku kalau tak mau cedera parah.

p/s: aku sedang membunuh bom jangka dalam diri sendiri.mane nak carik unit pemusnah bom?

Tuesday, January 19, 2010

FAT BLONDIE

Title:

SEPETANG YANG HARMONI BERSAMA SI FAT BLONDIE

Arahan dan Lakon Layar

Days Bhatiar

Script oleh:

Syad

Ulasan Watak:

1. FAT BLONDIE = berambut blond karat sungguh,berbadan besar.gemar berpakaian ketat dan suke menjeling serta berwajah fierce.

2.IBU KETAM= tinggi ,kurus,tidak bperwatakan menarik,dan tidak bertanggungjawab,suke buat lawak takde sape yang nak gelak.dan tegas bile tahu diri bakal tidak di layan atau di endahkan.

3: T.e.s.L.i.a.n = a bunch of gud studs yang dipandang rendah macam la orang yang pandang rendah tu mempunyai PhD dari Harvard atau paling cikai oxford.

4.Aku= ouh seorang yang hurmm..tak suke di tindas? Ok ayat yang seswaii..

SINOPSIS

Di satu pagi yang hening.Aku bangun dengan malasnya.ade meeting pukul 9. Dekat ? rotunda.ntah sape punye keje ,meeting pon kat rotunda.tak masuk akal sungguh.rotunda tempat lalu lalang bukan tempat meeting.sengal! mandi bersiap.berpakaian formal lagi.malas nak bising-bising.walau pon hati still lagi bengkak dengan perangai ibu ketam.suruh orang pakai baju kurung selalu-selalu,tapi dia pakai baju kurung? Jarang-jarang. Huh.

Kaki melangkah ke rotunda tepat pukul 8.45 pagi.ingat lagi pesan ibu ketam.ON TIME.walaupon die tak on time tapi aku bukan anak ketam jadi aku tak kan perangai mcm die kan? Dalam hati terdetik jugak ape lagi bala bencana nak mari hari nih?

Seperti yang di jangka.bila semua ahli majlis T.E.S.L.I.A.N dah berkumpul kat rotunda.bayang ibu ketam still lagi takde.jangan kata muka,cermin mata pon tak Nampak.takpe lah redha.dia lagi tua.walaupon takde dalam perlembagaan Malaysia kata kalau orang tua boleh datang lambat dari orang muda. Hampir pukul sepuloh.satu panggilan telefon diterima.dari ibu ketam.suruh one of us pegi bilik die.and suruh kiteorang semua pandai-pandai lah carik bilik nak duduk ke nak bertapa.

Lepas sorang dari clan T.E.S.L.I.A.N pegi jumpe ibu ketam kiteorang yang lain settle down kat BK err tak ingat.tapi yang paling ujung dekat dengan tangga.pastu duduk sembang-sembang.sampai la wakil T.e.s.l.i.a.n tadi kembali.tengok muke dia.keruh je.macam air sungai kelang.automatic dalam hati dah jerit kuat-kuat.BAD NEWS!!!!.BAD NEWS!!!

Wakil T.e.s.l.i.a.n tunduk muka.tarik napas.susah sungguh nampaknye cara dia nak bagi tau berita buruk tu.ntah kenapa aku suka lagi cara MR LIM kalau dia ada berita buruk untuk kiteorg semua.dia akan datang ke kelas dengan muka biasa-biasa.takde lah obvious sangat ade berita buruk segala.pastu dia akan senyum lebar dan cakap.guys I have 2news.do yo u want to hear bad news first or gud news first?style macam tu tak membuatkan jantung aku berdebar macam style wakil T.E.S.L.I.A.N ni,tapi still tak leh salah kan wakil kiteorang nih.die students MR LIM lecturer.

Wakil T.E.S.L.I.A.N sampai kan berita buruk.dia cakap semalam patutnya kiteorang ade briefing dengan FAT BLONDIE.tapi oleh kerana IBU KETAM cakap jadual yang tertampal kat board tepi bilik die tu bukan jadual waktu sebenar kiteorang dan die tengah nak reshuffle jadual.so kiteorang tak ekot jadual tu dan tunggu notice dari die bile jadual baru nak keluar.jadi sesi berjumpa FAT BLONDIE petang semalam memang tak masuk dalam kepala otak kami semua.aku siap tak sedar lagi aku kene jumpe die semalam.dan FAT BLONDIE yang umum tau die jarang masuk kelas beramah mesra dengan students tu tibe-tibe berkelakuan baik dengan menunggu kiteorang semua selama 3jam tanpa terpikir sikit pon yang kiteorang takkan datang.kalau aku la tunggu orang sejam je aku dah blah.confirm tak datang.tapi die? Dengan bagusnya duduk 3jam tunggu kiteorang.rindu sangat ke ngan kiteorang? Lame tunggu =)

seriyes aku rase nak meragui die punye thinking skills.

Ok teruskan…lepas FAT BLONDIE duduk menunggu macam menunggu buah yang tak gugur.dia give up.selepas 3jam okeyh.baru give up.bagus semangat beliau kan?

Go blondie !

Ok lepas tunggu kiteorang.3jam.tapi takde sorang pon sudi nak jumpe die.die terus refer masalah series nih kat IBU KETAM.dan IBU KETAM dengan bagusnya tuding jari salahkan kiteorang semua sebab tak ekot jadual asal.okeyh info tambahan di sini.IBU KETAM IS PARYA! Ouh no.she’s malay but I think she’s mixed. with PARYA.ok.IBU KETAM tak mau kene marah dengan FAT BLONDIE.sebab?? FAT BLONDIE senior.jadi die tuding jari dekat kiteorang yang salah sebab tak ikut jadual.jadual yang dia kate bukan jadual kiteorang.jadual yang die kate belum di buat lagi dan akan keluar nanti.nanti bila?ouh tak pasti ..mungkin 1000 taun lagi? May beeee....

Dan FAT BLONDIE bile marah memang gerun.kalau ade budak kecik umur 2taun Nampak die marah budak tu sure nanges kuat-kuat macam kene rasuk setan. Gerun sangattt…bile die rase IBU KETAM tak salah and kiteorang yang salah die mula naik hantu.students? mess with me? come on ..I’m a lecturer.all of them are my students.they should respect me.bukan suruh aku tunggu macam orang bodoh selama tiga jam.huh! marah si FAT BLONDIE. Padahal sape suruh kau tunggu kan? Bodoh !

IBU KETAM tambah kan minyak dalam api.dia bagi number wakil kiteorang kat FAT BLONDIE. And FAT BLONDIE tanpa berlenggah lagi.call dan terus marah menjerit dan memaki selama 30minit kat wakil kiteorang.macam baru lepas bercerai dengan suami je perangai die.dan ayat dia yang paling best ialah.all of u going to pay for this.im going to punish all of u soon .very soon.

Aku wonder kalau wakil kiteorang ade rakam suara dia.leh bawak pegi mahkamah atas tuduhan threatening.hurm.lepas dengar cite tu.aku buat kesimpulan sendiri.CONFIRM AKU DAPAT C tanpa ragu-ragu lagi.

Ulasan filem:

to fat blondie “u …don’t have to mess with me too “ –purpinkle days-

to IBU KETAM..” hope u can deal with my temper soon coz I had enough “ –harihays-

MORAL OF THE STORY

Kalau saket mental jangan keje ..duduk rumah dan bersara.jaga cucu cicit kalau ade

Dan ukur baju kat badan sendiri.kalau sempit tolong jangan pakai lagi .sekian

Bai.

Monday, January 18, 2010

kisah ibu ketam

hari nih banyak mende yang aku terlepas.seperti? terlepas nak bangun tengahari.terlepas nak mandi pukul 2petang.terlepas nak online sampai lewat malam.terlepas nak pakai sempoi-sempoi.terlepas nak tengok tasbih cinta.macam-macam lah yg terlepas.tapi hari nih TAK terlepas nak tengok ketam yang ajar anak-anak die jalan lurus straight xmau corner-corner..tapi die jalan tak pernah lurus dan selalu ikut corner.contoh perbuatan mak ketam nih...


" u ols tak bley higlight rambut.di haramkan ! "

tapi yang cakap rambut tak pulak hitam berkilat.siap teknik rebounding lagi..heh.


" u ols harus pakai formal."

tapi yang cakap die pakai kemeja pendek paras siku tunjuk siku yang tak cerah,dan lengan yang juga tak berapa putih.still rase nak bagi kat die lotion garner


"u ols kene on time ok .i tak suke tunggu orang"

walhal die janji kol 8pagi die dtg kol 9lebih.on time wakluu..


dan banyak lagi contoh-contoh perbualan ibu ketam yang malas nak dinyatakan di sini.
fussy,kelam kabut,lack of xperiance,cant communicate with others well.and blah..blah blah..
macam mane kau leh jadi IBU KETAM?






p/s: buang mase je aku bangun pagi kalo akhirnye jumpe kau tengah ari jugak cess..xpasal system badan aku terkejut sebab kene simbah dengan air pagi-pagi bute aishhh

Saturday, January 16, 2010

SAMA DAN SERUPA




albert einstein.si genius.mad scientist.hair style yang unik.

koala bear.tinggal kat australia.di syaki bijak serta genius dan konfirm tak
bingai sebab? hair style encik koala ini same dengan einstein.

kan ? kan? kan?



Anyone who doesn't take truth seriously in small matters cannot be trusted in large ones either.
Albert Einstein


p.s: i take d truth yang rambut einstein buat kan saya teringat dekat koala bear seriously !

Friday, January 15, 2010

KAU

dear KAU,


aku penah kawan baik dengan kau.4taun kawan baik.walau pon time tu aku ade mike kau ade makwe.still kite kawan baik .walau pon time tu kau kat bandung aku kat malaysia still kita kawan baik.walaupon time tu indonesia ejek malaysia caci maki malaysia still kita kawan baik.jantina,taraf kewarga negaraan dan umur bukan penghalang kite nak jadi kawan baik.kau penah jumpa ayah aku .dua kali.time tu mike pon tak pernah jumpa ayah aku walau sekali.
tapi kau jumpa sampai dua kali.dasat kan.aku pentingkan kau dari buah ati.takde hal la.kawan sampai mati.buah ati atau suami boleh hilang dan dapat penganti.aku kawan dengan kau lame.seingat aku makwe kau tukar ganti 2-3 kali.takpelah dh naseb kau macam tu kan.asyik jumpe perempuan bingai.takdehal.idup di teruskan lagi.kau ym aku.cakap kau ade berite heppi.kau ade makwe baru.kau tunjuk kan gambar.aku setuju dengan pilihan kau kali nih.bertudung dan nampak alim.budak amik syariah lagi.aku doa kau dengan die forever hepi


tapi bila satu hari aku tengah layan friendster.ade msg masuk.msg caci maki dari awek baru kau yang alim dan bertudung serta amik course syariah.message caci maki penuh kate-kate busuk yg aku xleh imagine dtg dr mulut die.xpe aku tak layan,mike kate biarkan.aku biarkan.
taun lepas aku pegi bandung.cuti.kite jumpe,kite keluar berfoye dengan family aku sekali bukan berdua.sebab kau tu dah macam keluarga.kite happy.aku happy kau pon same.time nak balik malaysia aku rase sedih ntah sebab ape.tak tau nak describe pedehal aku sayu tibe-tibe.
balik malaysia aku cerite kat mike.die kate aku sedih sebab aku memang sentimental orangnya.dem sungguh tapi aku iyekan aje.mungkin.mungkin.aku kate.


selang seminggu lepas tu.aku di maki di fesbuk oleh buah hati kau.sebab? sebab aku keluar dengan kau .walhal kite keluar bukan berdua.dan mike sebagai buah hati pengarang jantung aku rilex aje.die gabra lelebih pasal ape? aku tak paham.aku blurr.salah ape yg aku lupe aku dh buat ye?
xpe la.rilex je.kendian kau message.cakap kau terpakse delete aku dari fesbuk sampai keadaan tenang semula.WTF aku kate.dalam hati je.aku redha kau buat la ape yg patut aku doa kau bahagia.and now aku tau kau dan dia dh bahagia.tapi masalahnye
nape kau jadi coward macam retarded bastard ye?


aku on ym.kau terus offline.aku say hye kau terus offline.macam nih ke kau rupenye?
takut bini sampai lupe kau lelaki agaknye.pengecut macam ape.persahabatan bagi kau ape nilainye? takde  harge ke? dan sekarang lepas ni sume baru aku tau ape sebab nye aku sedih dan sayu mase tinggalkan bandung ..sebab aku bakal hilang kau kawan lelaki paling bodoh penah aku jumpe.dan for sum reason i'm quite happy we r no longer b friend.sebab?
aku nak jadikan awek kau bibik aku, kalau die berani berani tunjuk muke die kat malaysia! tu je




bai.


p/s:jadilah lelaki budiman.bukan yang ketakutan kerana bini yang macam setan sekian.


Wednesday, January 13, 2010

SPM?

ape perasaan korang kalau ade orang bacekan result spm korang kuat-kuat depan muke korang sendiri?
rase macam nak sepak orang laju-laju tak? ok.bagi yang result spm die berderet-deret A pasti lah korang semua bangga gile.tapi untuk manusia serba sederhana macam aku nih yang result spm hanya lah sekeping kertas bercoret abjad A,B dan C secara harmoni  memang patut lah aku rase macam nak bunuh orang je time tu.dah la bacer kuat-kuat kat keliling orang ramai jangan cakap la.Nak pura-pura tu bukan result aku macam tak kene gaya pulak.sebab aku dah baik punye landing kat depan si tukang bacer result orang kuat-kuat tu.nak tak nak aku cuma mampu bagi pandangan mata kerek je kat si tukang bace result orang kuat-kuat tu.


walau pon result spm yang di bacekan kuat-kuat macam nak umumkan tarikh raye aji tu result aku sendiri.ntah kenapa terlintas kat hati kecik pertanyaan macam nih


" sape punye result yang bingai sangat tu?" 


walhal tu result aku sendiri.tetap jugak setan tu nak  aku buat denial sampai macam tu sekali
memang ternyata setan tu musuh umat adam sampai akhirat la.aku sendiri sampai hati tak mengaku tu result aku.ish..ish..ish..


tapi tu aku tak heran dengan self denial aku tu.yang aku heran sangat pesal orang bace result spm aku kuat-kuat.? tak leh bacer pelahan ke? bukan dapat pahala pon kalau teriak result aku tu.ntah hape-hape.result yang dah bkurun tu die pegi laung.try la bace result final sem aku yang boleh carik makan tu dari result spm yang dah bertaun-taun tu.memang semua pesen tomok.sejarah mungkin berulang konon.demmit~!


terus lontarkan pandangan mata maut bermaksud " pehal pandang-pandang? ade utang ke? "
kat mamat yang ade kat seblah kiri dan kanan sambil bangun dari tempat duduk yang memalukan
terus keluar dewan.sambil merenung awan . *semangat*












p/s: aku cube tahan diri dari  jadi sentimental dengan meraung setelah di malukan sampai macam tu sekali.hilang macho nanti.kata-kata semangat tahan airmata.


p/s:latest discovery : muke aku menebal 4inci setengah selepas sesi bacaan result itu blangsung


p/s:HELL adalah neraka dunia yang sebenar.sekian





Monday, January 11, 2010

SUNDAY IS A GOOD DAY ^_^

aku isytihar kan hari nih sebagai hari berkasih sayang.sebab? ouh tadi jmpe mr liebchen selepas die dengan kering hatinye pergi ke perth masa sambutan awal muharam hari tu.weyh bukan.bukan.die pergi ke perth dengan slumber nye mase sambutan hari jadi ke 23 aku ari tu.demi menebus dose.die berusaha dengan style mengushar,memujuk dan lain lain lagi kaedah taktikal untuk menebus dose.yg buat aku cair juga akhirnya.xpe itu biase.normal je rasenye.heeeee =D

okeyh selepas 2bulan tak jumpe.ari nih ber venue kan JJ S2 kami pon jumpe.tujuan? nak redeem hadiah birthday, redeem rindu dendam dan berkasih sayang secara harmoni.okeyh biarkan gambar-gambar yg ade kat bawah nih jadi pencerita.aku malas dah.ari ni cukup penat.sebab?keluar siang balik malam.sampai umah nak tengok AJL lagi.hati bedebar nak pikir pasal result AJL lagi.busy kan? jadi diz time bagi gambar cerita semua mende.




gua dating bawak muhrim.bukan sorang tapi dua.heee
aunah dan umai.
aunah? teman duet saat sesi karaoke gua yg paling best
umai? beliau sedare gua merangkap penjahanam lagu di sesi karaoke tadi huu
meriah sungguh.i like haha







gua dan dia.

kami jarang amik gambar.
kalau sekali amik nampak bahagia.kan? hehehe




beliau tak suke pandang camera.tak pe gua rilex lagi
time kt atas pelamin buat style cenggini jugak
memang nak kene la gamaknye!





seperti yg gua penah mention seblom ni.
suara husky beliau nih memang sodap.
merdu.eh tak .gua tak puji sebab die buah hati tapi ade saksi dan bukti
beliau nyanyi memang best stok menusuk hati heheh

hepy belated birthday to me.huu
utk makluman name koala bear tu mike jR.amacam
jiwang x? adiah di atas adelah hasil titik peluh gua merajuk
time beliau nak pegi perth tempoh hari.berbaloi-baloi huu














p/s: ma,ayah aunah and akil dapat gak adiah dr mr liebchen.bagus.tak payah gua ajar dh pandai dh nak curik hati bakal family heee
markah penuh disitu =D


p/s: ari nih bibir susah nak berenti senyum.senyummmm senyummm


p/s: abaikan background blog gua yg sungguh feminin nih.itu effect dari perkara sweet yg terjadi pada ari ni





Saturday, January 9, 2010

tunangan?

malam semalam.tidur lambat.tahan mata dengan harapan nak habiskan novel Jodi picoult.tapi harapan tu tinggal harapan.akhirnya aku tewas di tangan laptop dan internet yg berkelajuan pantas.tengah busy layan blog,layan member kat fesbuk,layan kawan kat ym tibe-tibe handphone nokia xpress music kaler merah calar balar berbunyi.kuat dan menyakitkan hati.terus capai handphone.panggilan itu adalah panggilan mari kita tidur sambil berkasih sayang.

antara fesbuk,ym dan blog.aku lebih cenderung ke arah panggilan telefon itu kerana fesbuk ym dan blog takde suara garau husky yang boleh melenakan mata serta mata hati.

*sejam kemudian*

uwargggggggggghhg...aku menguap...kuat...

malu? tak payah.die arif sangat dengan perangai buruk aku.

"nak tidur dah?" soalan berbahasa basi.

"haah" jawapan ala kadar

" abg rase la nanti kite nikah terus je la tak payah bertunang"

hati aku jadi tak sedap.ngantuk hilang lenyap.tadi aku ade merapu pasal nikah kawen ke? hati bertanya-tanya sendiri.

"err..tadi orang ade cakap pasal nikah kawen heh?" pertanyaan sambil nak buat counter check.aku kalau tengah mamai..topic nak letak name anak pon aku boleh buat borak.

"takde la tetibe terfikir macamtu.." beliau jawap dengan tenang.

"R U SURE BOUT IT? " terus aku menjerit tegas.out of nowhere betul lah mamat sorang nih

"not really.tengah think bout it.." beliau jawab dalam nada cemas.cemas dengar aku freak out tak tentu hala agaknya.

"ouh..fikir la baik-baik dulu heh" jawab sambil cube btenang.cube.cube.okeyh btenang dh skit..

malam tu lepas letak telefon aku terpikir.aku nak bertunang....sebab?? aku nak ade dua cincin, tu je.lain-lain sebab takde.

kalau takde tunang..tak dapat pilih dua cincin.kan?

untuk memilih satu cincin dari himpunan cincin-cincin yang designnya irresistible adelah sesuatu yang sukar.betul?

harap alasan aku nih solid utk debate btajuk

“ mengapa perlu btunang bagai.kawen terus abes la cerita”

antara aku VS beliau.

p/s: malam tu aku tidur dengan ekpresi muka seram dan hati yang tidak tenteram.

p/s: aku takkan btunang,bnikah atau buat majlis cukur jambul buat mase tdekat nih sekian.

Friday, January 8, 2010

PMR

aku percaye dengan peluang kedua.sebab?



SEMALAM AKU MIMPI ..PMR AKU DAPAT 8A





-peluang kedua.walau dalam mimpi still aku percaya.=D





p/s: lepas 9tahun akhirnye aku percaye aku bukan lah failure sgt time pmr



p/s: mr liebchen gelak mcm haram bile aku cite kat die.aku tau die dengki.pmr die 7A je.kalah ngn aku satu A pon nak dengki mcm tu.pathetic gile.


p/s: nampak sgt pmr aku memang lingkup..sebab tu ALLAH bagi aku mimpi yang dpt kembalikan self esteem ke level yg ttinggi huuu



Tuesday, January 5, 2010

DIARY BIRU ZAMAN DULU

semalam time sesi kemas mengemas rumah,aku ade jumpe satu mende berharge.ape mende?
DIARY zaman rebel aku yang byk pmasalahan jiwa .ape yang aku tulis? macam-macam hal.dari bengang sampai la ke jiwang.dan tak lupe juga kate-kate semangat nak blaja bersungguh tapi result SPM tak jugak skor 10A.okeyh.lupekan hal itu.itu hal dulu.time semangat membara nak belaja.lepas tu pegi tuisyen masuk 2 kelas dan selebihnya lepak dengan jaja.macam mane nak skor.tak pe la.diary aku.hak aku nak tulis ape.naseb je aku tak tulis aku nak jadi Presiden America.

aku selak diary tu.and aku bacer semua luahan perasaan zaman rebel dulu.memang sah diary nih tak boleh lepas ke tangan ma aku.habes pasal die membebel,marah aku,ketidak puasan hati terhadap cik pah ,aku senarai panjang dalam diary tu.kalau ma aku bacer sure aku dpt title anak derhaka dengan kadar yang segera.*wajib*

lepas tu aku teruskan bacaan,sambil geleng-geleng kepala,tak sangke zaman pre teenager aku dulu sangat teruk pengunaan bahasa dan kosa kata.cenderung ke arah penjahanam bahasa aku suspek. aku selak -selak lagi diary tu.ade la satu dua cerite yang aku sendiri dah lupe.sendiri tulis sendiri lupe.aku leh tanye diri sendiri sape je suspek yang aku tulis pasal beliau dalam diary aku tu.memang aku penghidap short term memory lost tegar.mungkin juga dulu aku suke buat semut api sebagai snack ringan mase minum petang.mungkin....

dan aku hanya tulis diary tu dari bulan january sampai august je.memang sounds like me.aku memang tak pernah istiqamah dalam buat satu keje.keje yang tak kemana.maksud? keje yang kalau aku tak buat tak failed pekse.kalau buat tak kan dapat anugerah sasterawan negara.paham? hah ..keje-keje camtu la.yang aku xkan buat sampai abes.bkobar semangat membara hanya ade pada permulaan kerja.lepas tu.nada..takde.nil.zero lesap ntah pegi mane.




p/s: aku tak mulekan setiap pnulisan dalam diary tu dengan " dear diary...." sorry aku tak feminin macam tu dulu..sekarang? pon same je.


p/s II: pn sharifah,usman awang,faisal tehrani,muzium negara,cikgu bahasa malaysia dan old time feberet
enemies,xleh jumpe atau bace diary aku.mungkin akan mengakibatkan trauma yang hebat buat pembaca.


p/sIII:aku tengah bpikir nak sorokkan diary tu kat corok dunia mane.tapi tengoklah kalau perpustakaan awam seremban nak letak kat bahagian manuskript lame ke hape..aku akan ptimbangkan.



p/s IV: mr.liebchen cakap aku jiwang sebab ade diary.aku rase die yang pathetic sebab xde diary.reason?ntah.saje suke suki cakap die pathetic sebab die cakap aku jiwang.adil dan saksama bukan.an eye for an eye la bai.



Saturday, January 2, 2010

2010

2009.tahun banyak kenangan.tahun banyak dugaan.khianat.sahabat.sayang.kasih .cinta dan air mata.hilang jumpa benci dendam marah derita.semua itu dugaan yang mewarnai 2009.tapi walau macam mana aku jatuh terhempas dan betah untuk bangun demi sebuah kemenangan.di pengakhiran cerita aku tetap berdiri dengan semua insan yang tersayang di sebelah kiri dan kanan.aku puas.walau hampir tewas.aku menang walau pernah kalah.terima kasih untuk insan tersayang.yang mengubat rawan.menjadi teman di kala kesusahan.aku tidak akan mungkin lupa jasa kalian semua.=)
buat yang mengecewakan.mungkin aku bukan insan yang senang melupakan.tapi untuk secebis kemaafan sudah lame aku berikan.


walau tahun 2009 tahun yang sukar,tak semua kenangan yang tercipta atas label pahit,bitter dan menjengkelkan.kenangan MANIS,SWEET,dan MENGEMBIRAKAN boleh tahan banyak.
seperti.result exam yang memuaskan dan ANAK MURID KESAYANGAN. tak akan aku lupe yang aku pernah di panggil teacher oleh manusia -manusia cumel itu.=)

untuk tahun yang agak malang.2009.tolong berlalu dengan tenang.aku janji tidak akan menoleh ke belakang untuk menyingkap kenangan.
untuk 2010.welcome.aku taruh doa dan harapan.jadi lah tahun yang penuh kegembiraan buat aku.buat mereka insan yang aku sayang.





azam tahun baru aku? untuk jadi MATANG dan TENANG.itu jer.=)





p/s: 24 tahun? memang harus wajib mesti jadi matang !