DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA ýPENYAYANG
ASSALAMUALAIKUM WBT...
Pertama sekali mari sama-sama kita mengucapkan syukur diatas kehadrat ALLAH S.W.T kerana kita masih beri nikmatýHIDUP untuk meneruskan ibadah kita kepada ALLAH, dan yg paling utama masih diberi nikmat IMAN, ISLAM,ýdan IHSAN kpd ALLAH.. kerana di zaman ygýpenuh dan fitnah dan panca robaýini, iman kita sentiasa diujiýdan jika iman kita kepada ALLAH tidak kuatýdan goyah (seperti layang-layang) , tidak mustahil untuk kita terpesong dari akidah ISLAM dan seterusnya murtad.
Dihari yg mulia ini, bersamaan 25 RAMADHAN, saya suka untuk mari sama-sama mengingatkan diri dan sahabat-sahabat, bahawa Bulan Ramadhan semakin meninggalkan kita dan belum tentu kita bertemu kembali dengan ramadhan yg akn datang.. samada kita pergi dulu atau sebaliknya... seperti kita tahu, pada hari-hari hampir dgn syawal, semakin ramai yang akan meninggalkan UMP ini,.. sebagai peringatan, marilah kita melakukan perubahan pada malam raya kali ni.. selalunya pada malam raya kita akn terleka dgn aktiviti seperti membakar lemang, ketupat, serta berhibur dengan pelbagai program yg melalaikan sehingga ke pagi.. tapi sebaliknya, pada ýmalam hari raya, sepatutnya kita berqiamulail, membangunkan malam dengan ibadat.
Rasulullah saw bersabda bermaksud: ýSesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha, hatinya tidak mati pada ketika hati yang lain mati.ý
Pada hari raya kita disunatkan mandi sunat Aidilfitri, makan sedikit sebelum ke tempat solat. Ini sebagai mengumumkan hari berbuka kita.
Seluruh umat Islam, termasuk kanak-kanak dan wanita disunatkan juga keluar pada pagi hari raya ini bagi menunjukkan kehebatan, kekuatan dan perpaduan umat Islam.
Wanita ketika keluar ke tempat solat hari raya disyaratkan tidak bersolek-solek, berwangi-wangian dan berhias-hiasan. Hanya dikehendaki bersih dan menutup aurat.
Diriwayatkan daripada Ummu Atiah bahawa Rasulullah membawa keluar anak dara, dewasa, orang tua dan perempuan yang uzur untuk solat dua hari raya.
Ada pun perempuan uzur menjauhi tempat sembahyang dan mendengar khutbah. Salah seorang mereka berkata: ýWahai Rasulullah, sekiranya dia tidak ada tudung, bersabda Nabi, hendaklah seorang perempuan meminjamkan tudungnya.ý
Hadis ini menuntut seluruh orang Islam sama-sama mendengar dan menghayati khutbah Aidilfitri.
Friday, October 24, 2008
Selamat Hari Raye..
Posted by Tafzani at 9:02 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)