Monday, August 9, 2010

Udang Goreng Tomyam...


Lama betul tak update..dan lama betul tak masak benda baru.. selamat menjamu mata...

Sunday, October 25, 2009

Pasar Ramadhan...2009







Sunday, September 27, 2009

Cup Cakes Raya...



Ni adalah cake-cake cawan yang me buat sempena raya (tapi telah dimakan pada malam raya oleh anak2 buah yang tak sabar-sabar :p). Diorang kata sedap... *senyum sampai ke telinga*
Me buat dua jenis: double choc & strawberi... oleh kerana ni first time buat..maap la kalu designnya agak kurang kemas.. sebahagian design telah ditolong oleh En. Amin yang menurut Mak designnya lagi lawo dari yang me buat... huhuhu...
Seronok buat cup cake ni..cuma yang tak seronok time nak kemas and basuh barang2 lepas siap memasak dan mem'baking... entah tahun bila lah me nak buat lagi benda cup cake nih...... ;P

Thursday, August 13, 2009

Lama Bercuti...

Lama betul me tak update blog ni... semenjak pregnantkan Aisya, me tak rasa sangat nak memasak (time pregnant kan Alya agak rajin jugakla) n semenjak AFK meninggal lansung la tak sempat masak..ialahkan asyik duk ulang alik KL-JB..
First me start masak semula lepas bersalin 14hari..itupun sebab mak and abah ada kursus Haji di Komplek Islam JB.. n lagi satu sebab nak mak rasa my Resepi Ungkep..
Now sementara menghabiskan cuti pantang and after balik ke BSP semula selepas sebulan berpantang di JB, me memasak semula... lepas sebulan makan air tangan mak...rasa tak selera pulak nak beli kat kedai..nasib En.Amin tak cerewet orangnya.. goreng ikan pekasam makan ngan nasi putih pun bagi dia dah cukup sedap... kan Dy?
Buat masa ni resepi yang me masak adalah lauk pauk yang pernah me entry'kan dalam blog ni...if ada yang baru, nanti me updateye... till then, selamat bersedia menyambut Ramadhan Al-Mubarak... take care, salam....

Friday, November 7, 2008

Udang Goreng Paprik...

Again dari MyResepi... tapi telah ditambah and ubah.....last2 rasanya macam paprik. Bezanya tak pedas sebab cili padi takdak. Anyway...

Bahan2nya:

Udang yang perap sekejap dengan kunyit + garam ---> digoreng and diketepikan
Bawang merah, bawang putih + halia ----> bahan tumis
Baby Corn
Sos tiram
Sos Cili
Kicap
Daun limau

Cara2nya :

Tumis bahan tumis
Masukkan semua bahan kecuali udang
Rasakan garamnya
Masukkan udang
Masukkan daun limau
Masak sebentar
Tutup api

Thursday, November 6, 2008

Sotong Goreng Tomyam...


Seperti biasa, me try resepi dari MyResepi untuk masak dinner. Alhamdulillah En. Amin kata sedap and boleh buat lagi... (bukan senang nak dengar En. Amin puji kata OK tau..;p).


Bahan2nya:
  • Bawang merah, bawang putih, halia + cili padi (semuanya dihiris) ---> bahan tumis
  • 2 batang serai yang diketuk
  • 4 ekor sotong
  • 2 helai Daun limau
  • Sos Tiram satu sudu besar
  • 1/2 Kiub Tomyam
  • Lobak, kubis bunga & baby corn

Cara2nya:
  • Tumis bahan sampai naik bau
  • Masukkan serai
  • Masukkan sos tiram dan kiub tomyam
  • Masukkan sayur and masak until empuk
  • Masukkan sotong dan masak until empuk
  • Rasa garam
  • Masukkan daun limau
  • Kacau sebentar dan tutup api

Puding Kek Impian....


ops...nama pun ada macam drama TV la pulak..

Actually me tak tahu nak letak nama apa so me letak la nama Puding Kek Impian sempena ingin memenuhi impian Along Nor makan puding ni.

Aritu Along Nor ada bagitahu tak puas makan puding yang me buat masa open house umah dia..so disebabkan ada kek marble kat umah... (and sebab malam tadi tak masak sebab makan rendang ayam kat umah Along Nor) , sempat la me buat puding idaman ni untuk sepupu kesayangan.

Cara-caranya sama macam buat Puding Aidilfitri bezanya kali ni me pakai kek marble n perasa coklat + nescafe.... Alhamdulillah, seronok dapat memenuhi impian Along Nor and nengok Along Nor beria-ia makan masa sarapan pagi tadi.