klik Nuffnang
Friday, February 3, 2012
Kuih Talam Pandan Kacang Merah
Assalammualaikum
Pada hari yg sama masak apam polkadot...mama juga terima tempahan utk sediakan satu kuih manis dan satu kuih pedas utk jamuan lunch keesokkannya pada 31.1.2012 di rumah Duta @ Rumah Msia bagi meraikan rombongan dari Malaysia. Bila sebut kuih manis... terus terbayangkan kuih talam sbb ada beberapa resepi yg dah siap print.....yg berkenan nak cuba segera tp nak buat utk mkn di rumah...anak2 tak suka kuih manis,jadi tunggu jamuan gini...bolehlah mencuba. Belah pagi buat apam...ptgnya terus buat kuih talam ni sbb mlm takut lewat balik dari jamuan.
Kuih talam ni mmg berkenan sejak Yatie tayang di blognya sbb mmg suka dg kacang merah. Tapi ni versi ringkas sbb guna kacang merah dlm tin, dah lama beli kononnya nak buat bubur...lastnya jadi talam. Senang guna dlm tin...cepat...tak payah nak rebus. Cukup pula tu 1 tin dgn sukatan resepinya 1 1/2 cawan kacang merah.Stok daun pandanpun tak byk jadi guna pandan paste je. T.kasih byk2 buat Yatie sudi kongsi resepi kuih talam yg best ni....
Kuih Talam Pandan Kacang Merah
resepi; blog Yatiememories@Sinar Kehidupan
Oleh; Dapurmamasya
BAHAN UTK LAPISAN BAWAH (loyang 10x10x2@3inci)
1 1/2 cwn kacang merah*- yg telah direbus empuk - guna 1 tin kacang merah (ambil kacang saja)
1 cwn air*(* di kisar bersama)
1 1/2 cwn tepung beras
2 cwn santan sederhana pekat
2 sudu besar Tepung Hoen Kwee (putih)/tpng jagung
1 cwn gula halus
sedikit garam
sedikit pewarna merah
CARANYA
Kisar kacang merah yg telah di rebus bersama 1 cwn air. Biarkan ketepi.
Dalam bekas lain masukkan tepung beras, tpng hoen kwee/tpng jagung, gula, garam bersama santan. Bancuh semua bahan dan tapis.
Masukkan kacang merah yg di kisar tadi dan gaul sebati. Masak hingga naik wap dlm 10 minit guna api sederhana saja- tutup api.
Panaskan pengukus. Alaskan loyang dngn plastik dan sapu minyak di kelilingnya.
Tuangkan adunan tadi dan kukus selama 25 minit.
Sementara itu, buat utk adunan lapisan atas.
BAHAN UTK LAPISAN ATAS
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cwn gula halus
2 biji telur
1 cwn santan pekat
2 cwn air (kisar bersama 3 helai daun pandan dan tapiskan)- guna 1 sk pandan paste
secubit garam
pewarna hijau
CARANYA
Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak hingga naik wap dlm 10 minit guna api sederhana je.
Tuangkan adunan ke atas lapisan kacang merah tadi.
Sebelum tuang adunan, pastikan tiada air bertakung di permukaan kuih. Sekiranya ada, sengetkan loyang dan guna tisu dapur utk mengelap air.Selepas tu, cakar2 sikit guna garpu barulah tuangkan adunan warna hijau.
Kukus lagi selama 25 minit guna api sederhana saja.
Setelah siap, buka penutup kukus dan biarkan 5 minit dngn api yg belum di tutup. Ini bagi mengeringkan permukaan kuih.
Setelah siap, angkat loyang kuih dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik
tinggalkan juga di rumah....nak rasa juga mcmmana kuih talam kacang merah ni dan ternyata mmg sedap rasanya...... tak rugi mencuba utk jamuan ini.Cuma warna bhg bawahnya kurang merah...konon-kononnya nak jimat pewarna....letak sikit...lain kali kena lebihkan sikit barulah nampak berseri.
kuih talam ni sesuai utk jamuan sbb byk juga dpt 1 loyang tapi kalau famili kecil buat 1/2 adunanpun dah cukup.
kuih karipap siap masuk bekas.
Thursday, February 2, 2012
Apam polkadot lagi....
Assalammualaikum...
Terimakasih buat teman2 yg sudi komen dientry apam strawberry. Ada kesempatan akan buat kunjungan balas. Entry hari nipun ttg kisah apam .....kali ini buat apam polkadot atas permintaan utk jamuan dinner pada 30.1.2012 di Rumah Duta @ Rumah Msia bagi meraikan tetamu dan rombongan dari Msia.
Di mana apam ni buat sekali dg apam strawberry. tak bykpun buat utk jamuan iaitu 30 biji...buat 1 1/2 adunan sj sekali dg apam strawberry.
Apam polkadot ni kalau menjadi mmg seronok...sbb bulat2...montok rupa parasnya. Sekadar berkongsi pengalaman mama yg tak seberapa dlm buat apam .....pernah juga tak jadi sebelum ni. Caranya perlu pukul adunan dg kelajuan tinggi dlm 6-8 min spt dlm resepi,dah cukup jgn lama sgt.Yg utamanya kena sesuaikan suhu api masa mengukus, seeloknya test kukus dg sebiji apam je dulu utk dptkan api yg sesuai dan masa kukus tu dlm 15 min...seeloknya jgn kurang takut bhg bawah tak masak...nanti apam tak gebu. tudung kukus kena balut tuala dan bhg dlm loyang kukus kena lap sebelum letak apam yg baru.
pilihan warna pula, suka buat dot2 dgn warna putih.
mcm biasa apam pink pasti ada...warna favorit mama
Selain apam, mama juga diminta masak daging utk dinner....kali ni pun masak daging rendang hitam , rendang tanpa santan tp guna kerisik. Resepi dari MadihaA, tkasih byk2 Ratna berkongsi resepi rendang yg sedap ni.... rendang ni dah menjadi favorit kami sekeluarga.
Wednesday, February 1, 2012
Apam strawberry vs buah strawberry
Assalammualaikum semua
1-2 hari ni sibuk sikit...adalah xtvt memasak utk jamuan tp taklah byk sgt antaranya buat apam polkadot.Dah buat apam polkadot tu teringin pula nak buat apam strawberry...maklumlah skrg di sini musim buah strawberry...apampun nak buat versi strawberry juga.
Sebelum sampai sini tak terbayang yg di sinipun ada byk buah strawberry sbb hanya bayangkan gurun pasir yg panas tp rupa2nya ada byk buah strawberry segar bila musim sejuk spt skrg.
cukup murah buah strawberry skrg,1 pek 500gm baru 5 LE (RM2.50) saja...sekg RM5..murah sgt. tp abg2 tak suka mkn...hanya Syakirah yg suka mkn
resepinya sama dgn apam polkadot...cuma design je beza. tak letak intipun sbb apam dah manis...lagipun nak cepat siap....
apam strawberry ni buat tak bykpun....cukuplah seorg seketuiii...
Apam strawberry vs buah strawberry
Monday, January 30, 2012
Kelas Masak Nasi Hadramaut - Step by step
Assalammualaikum bersua kembali...
Masih entry Nasi Hadramaut....spt yg diciterkan dlm entry sebelum ni resepi nasi akan menyusul. Yg lambat sikit sbb nak kena menaip resepi dan cara2nya......serta gambar2 dlm kelas memasak nasi hadramaut.
Semasa kelas memasak, bahan dan cara adalah utk 10 ekor ayam dan 5 kg beras. Jadi kalau nak cuba masak sendiri nanti utk famili, nak masak 1-2 ekor ayam kena agak2lah sbb ada bahan2 dlm resepi ini yg tidak diberikan sukatan dg tepat utk masak sikit. Dan kalau ada bahan2 yg tak da mungkin boleh ganti bahan2 lain.Nasi arab ni makan juga dg salatoh dan zabadi.
Bila tengok di internet dan majalah ada pelbagai resepi dan juga cara untuk masak nasi hadramaut....mengikut cara masing2. Tp yg mama pelajari resepinya adalah seperti dibawah....
Resepi Nasi Arab Hadramaut
oleh;Dapurmamasya
bahan2 utk ayam dan nasi
10 ekor ayam saiz sed tidak terlalu besar - bersih dan potong 2 atau 4 sahaja
5 kg beras basmati khas utk nasi hadramaut - 1 kg anggaran dlm 5 @5.4 cwn (bergantung pd saiz cwn yg digunakan). beras ni kuning sikit dan asal dari Pakistan,dari Indiapun boleh, mungkin di Msia boleh guna beras basmati Pusa atau Kashmir.
air secukupnya - 1 cwn beras sukatan; 1 1/2 cawan @ 2 cwn air bergantung kpd jenis beras
1 biji tomato yg masak - potong
2 labu bawang besar - potong bulat
1 biji lada hijau - potong besar. tambah kalau nak pedas
Rempah 2 bhg - 1. utk masukkan terus dalam air rebusan ayam
2.utk ditumis kemudian.
- buah pelaga, bay leaf,kulit kayu manis,cengkih,ketumbar(debu),lada hitam debu, jintan putih(debu). Sukatan utk masak seekor ayam, ni utk masukkan terus dalam air rebusan ayam iaitu 1/2 sb ketumbar(debu), 1/2 sb jintan putih(debu)dan 1/2 sk lada hitam (boleh tambah kalau nak pedas), ni mama anggarkan utk lain2 rempah, anggaran 5 biji buah pelaga,beberapa helai bay leaf dan 3 btg kulit kayu manis dan 5 kuntum bunga cengkih.utk tumis pula sukatan kena agak2 sbb tak dinyatakan.
1 sb serbuk za'afaran - warna kuning mcm serbuk kunyit
2 sb serbuk mellah farolah - warna merah. kedai rempah cadangkan boleh juga guna babrik
1/3 liter minyak masak - guna minyak jagung
Gambar-gambar rempah
rempah yg digunakan ialah bay leaf, buah pelaga, kulit kayu manis, cengkih, jintan putih (debu), ketumbar (debu), lada hitam serbuk .
Guna beras basmati utk masak nasi hadramaut. Sukatan 1 kg beras(sukat utk mudah tentukan airnya, dlm 5@5.4 cwn beras). Air 2 atau 1 1/2 cwn utk 1 cwn beras.
Cara-cara masak nasi dan ayam
1. Air disukat dlm periuk dan direbus terlebih dahulu.sukatan air dg beras 1 cwn beras bersamaan 2 cwn air atau 1 1/2 cwn air bergantung kpd jenis beras yg digunakan. bila mendidih barulah dimasukkan ayam.(Ayam yg byk direbus buat air stok rebusan lagi sedap,kalau masak utk sekeluarga sukatannya; 1 kg beras dgn 2 ekor ayam. )
2. 1 labu bwg besar dipotong bulat dan sebiji buah tomato dimasukkan dlm ayam utk masak 10 ekor ayam.
3. Masukkan rempah2 ke dlm periuk
4.Kacau sedikit rempah yg telah dicampurkan dlm air rebusan. Tutup periuk dg tudung.Rebus ayam dalam 1/2 jam.
5.Selepas 1/2 jam, keluarkan ayam dr periuk.
6.susun ayam dlm bekas.ketepikan dulu.
7. Masukkan rempah2 yg digunakan (sukatan rempah dlm gambar utk masak 5kg beras), 1 labu bawang besar dan cili hijau(ni ikut kepedasan) dlm periuk. Jenis rempah sama dg bahan2 yg dimasukkan dlm air rebusan ayam sebelum ni(langkah 3).
8.Kemudian barulah diisikan 1/3 liter minyak masak dan goreng rempah sampai bawang kekuningan.Kemudian masukkan bahan gorengan ke dalam periuk air rebusan ayam tadi.
9.Masukkkan bahan2 yg ditumis dlm periuk air rebusan tadi.masukkan garam secukupnya.kacau.
10. Cuci beras sampai bersih.
11.Biarkan air mendidih. Masukkan beras dlm periuk air stok/rebusan ayam tadi.
12. Masukkan 1/3 sb serbuk za'afaran...tak perlu byk, sukatan ni utk seperiuk besar. kalau buat sikit kena agakkan sukatannya.
13. masukkan pula sedikit mellah farolah/pewarna merah.
14. kacau rata sekejap.biarkan mendidih.tudung periuk dan perlahankan api, nasi dimasak dg api sederhana sahaja sampai hampir masak.Bila nasi hampir kering. kacau sekali lagi nasi.
15. Campurkan secawan air dg baki serbuk za'afaran.tuangkan air bercampur perwarna kuning ke atas nasi
16. pewarna diletakkan bersilang secara X atas nasi.biarkan seketika.tak perlu tutup tudung periuk.
17. kemudian baru dikacau rata nasi
18. Nasi diratakan .biarkan sekejap.
19. Nasi dikacau lagi. nasi dah hampir masak.boleh tutup api.biarkan seketika.wpun nasi dikacau byk kali tp tak pecah butiran nasinya.
20. nasi siap terhidang
Cara-cara masak ayam
1. Ayam disusun dlm dulang utk bakar. Percikkan atas ayam dg sedikit air sejuk. panaskan oven/grill api atas - suhu kena agak sbb tak dinyatakan.
2.Lumurkan ayam dg sikit garam yg telah bercampur mellah farolah.Lumurkan juga bhg bawah,keseluruhannya.
3.Ayam siap diletak garam dan mellah farolah. masukkan dlm oven, grill sekejap sbb ayam sudah masak,ayam dibalikkan...guna api atas dlm 20-30 utk bagi kuning.
5. Ayam bakar hadramaut siap utk dihidangkan
Cara untuk sos salatah dan zabadi
Bahan2 utk salatoh : buah tomato masak, cili hijau(ikut kepedasan masing2) dan sedikit bawang putih. tambahkan air, garam. Kemudian blender sekejap.
salatoh siap terhidang
zabadi; campurkan yogurt dgn timun yg dicincang halus, campurkan dg potongan karot.dihidangkan bersama potongan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis.
semua dah siap masak...bolehlah menjamu selera.....
Friday, January 27, 2012
Kelas Memasak Nasi Hadramaut
Nilah hasil yg dipelajari..... set hidangan nasi hadramaut yg sedap....licin mkn....
Assalammualaikum
Xtvt terkini semalam 26.1.2012 bersama rakan-rakan ahli PERWAKILAN dan dari PETRONAS iaitu kelas belajar memasak nasi hadramaut dgn org Arab yg diadakan di Rumah Msia. T.kasih byk2 buat Datin Zaharah,pengerusi PERWAKILAN kerana bersetuju mengadakan kelas nasi hadramaut....kelas yg mama tunggu2.mmg teringin nak belajar cara2 yg sebenarnya bagaimana nasi hadramaut dimasak sbb cari2 resepi mcm tak sama yg selalu dimakan di sini. Kelas bermula jam 10.30 dan selesai mkn 1.00 tgh hari. Yang seronoknya sbb dapat belajar masak nasi dari orang Arab sendiri dan kemudian dpt menikmati pula hidangan nasi yg dipelajari.mmg sedap nasi ni....tak rugi dtg belajar.
Nilah org Arab yg ajar kami masak , dia cakap makanan Arab yg lainpun dia boleh ajar kalau nak.Resepi dan gambar masak akan menyusul sbb pjg nak menaip....tayang dulu gambar2 semasa kelas berlangsung.
Rakan2 dari PERWAKILAN dan PETRONAS yg sedang mengikuti kelas memasak
Kuih-muih ni pot luck dari kawan2 yg hadir...mcm2 kuih ada...sambil belajar...sambil tunggu masak ...menjamu selera dg kuih-muih dulu.
Dah jadi kebiasaan kalau ada xtvt ladies di sini, masing2 akan bawa kuih-muih utk makan bersama.ni yg mama suka sbb ada kuih muih yg mama jarang buat, jadi berkumpul gini dptlah merasa mcm2 kuih-muih. nak belipun tak ada org jual kuih-muih di sini....kena tempah kalau nak.
Gambar-gambar semasa menikmati kuih-muih.seronok bila sesekali dapat berkumpul dan bersembang mesra dg rakan-rakan Msia di sini..
Resepi dan gambar masak akan menyusul dlm next entry...tungguuuu....
Subscribe to:
Posts (Atom)