Pemakanan Sihat || Sayur-sayuran

Sayur-sayuran hijau yang menyegarkan dan menyihatkan...

Pemakanan Sihat

Banyakkan pengambilan susu, buah dan sayur-sayuran...

Pemakanan Sihat

Banyakkan pengambilan susu, buah dan sayur-sayuran...

Diet || Antioksidan

Antioksidan adalah zat yang mampu memperlambat proses oksidasi, yaitu reaksi kimia yang berupa pengikatan oksigen dan pelepasan hidrogen...

Pemakanan Sihat || Buah-buahan

Banyakkan pengambilan buah-buahan untuk diet yang seimbang...

Thursday

Gerhana Bulan Penuh - 10 Disember 2011


Nak buat promosi sikit, jom datang beramai-ramai ke Planetarium Negara untuk menyaksikan gerhana bulan penuh...pelbagai aktiviti ada...tp kalau tak berkesempatan tengok kat rumah pun boleh yer....

Ni aku share info dari www.falak-online.net
Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.

Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam

Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh)  pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.

Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):


Moon enters penumbra:      2011 Dec 10  19:31:37
Moon enters umbra:             2011 Dec 10  20:45:11
Start of totality:                       2011 Dec 10  22:05:29
Maximum eclipse:                2011 Dec 10  22:31:36
End of totality:                        2011 Dec 10  22:57:45
Moon leaves umbra:            2011 Dec 11  00:18:04
Moon leaves penumbra:     2011 Dec 11  01:31:30

Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.
Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.

Video di bawah merupakan simulasi gerhana bulan yang dibuat menggunakan perisian Stellarium.

(Jika video tidak muncul, sila klik terus ke link youtube ini)




Di bawah ialah laluan bulan ketika ia bergerak di dalam bayang-bayang umbra dan penumbra bumi. (credit to F. Espenak, NASA’s GSFC eclipse.gsfc.nasa.gov/eclipse.html)






Jika anda terlepas gerhana kali ini, anda terpaksa menunggu sehingga 10 Okt 2014 untuk Gerhana Penuh Bulan yang boleh dilihat dari Malaysia. Itupun anda hanya dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sudahpun TAMAT fasa gerhana sepenuhnya ketika ia terbit di waktu Maghrib (di Kuala Lumpur). Gerhana Penuh seterusnya ialah 4 Apr 2015 dan itupun anda dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sedang memasuki fasa gerhana penuh ketika ia terbit.

p/s: so jangan lepaskan peluang ini...kalau yg ada teleskop sendiri jom beramai-ramai ke Planetarium Negara...Jumpa di sana!!!

Promosi | Tiket Air Asia




Kalau ada yang berminat ape lagi...cepatla klik Air Asia...pelbagai promosi lain lagi...sementara "tiket" masih ada...hehehe


p/s: macam-macam ada...

SYARAT MEMOHON BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) SEBANYAK RM500



KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan semalam menjelaskan bahawa isi rumah yang layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah, dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah.

“Ini merangkumi individu yang berkahwin; ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; bujang yang mempunyaitanggungan; dan warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) sebatang kara,” kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan semalam.

Seramai 5.2 juta isi rumah dijangka layak menerima bantuan RM500 sekali bayar itu dengan kos RM2.6 bilion.
Kementerian itu juga mengingatkan bahawa pendaftaran permohonan BR1M akan bermula pada 10 Disember ini hingga 10 Januari, 2012.

Borang pendaftaran boleh didapati secara percuma di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Penerangan Malaysia, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta akhbar.

Borang yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, Jabatan Penerangan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDNM.

Katanya, permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pembayaran akan dibuat mulai pertengahan Januari 2012.

p/s: sape yang layak mohon la yer.....


Saturday

Fadhilat Ibadah Korban

FADHILAT KORBAN 

Bagi yang masih ingat-ingat lupa pasal korban, so aku bg info sikit berkenaan korban pulak...Semoga dengan penjelasan yang serba sedikit ini dapat membantu kefahaman kita semua tentang ibadat Qurban serta keinginan untuk sama-sama mencari pahala kedua ibadah ini akan meningkat.


PENYEMBELIHAN KORBAN

Korban ialah penyembelihan binatang korban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat ‘Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada  Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Firman  Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi’ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.” (surah al-Haj:36)

“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah.” (Surah al-Kauthar:2)
Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:“Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu.” (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Zaid bin Arqam berkata: “Mereka telah bertanya, Wahai Rasullullah, apakahUdhhiyah (Qurban) itu? 
Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: “Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim.” 
Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita?
Rasulullah s.a.w. menjawab: “Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan.”
Mereka bertanya: “maka bulu yang halus pula? 
Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan.”(Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

HUKUM KORBAN
  • Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
  • Islam
  • Merdeka (Bukan hamba)
  • Baligh lagi berakal
  • Mampu untuk berkorban
PERLAKSANAAN KORBAN
  • Binatang yang dikorbankan daripada jenis unta, lembu atau kerbau, kambing biasa yang berumur 2 tahun, jika biri-biri telah berumur satu tahun atau telah gugur giginya sesudah enam bulan meskipun belum cukup satu tahun.
  • Binatang itu disyaratkan tidak cacat, tidak buta sebelah atau kedua-duanya, kakinya tidak pincang, tidak terlalu kurus, tidak terpotong lidahnya, tidak mengandung atau baru melahirkan anak, tidak berpenyakit atau berkudis. Binatang yang hendak disembelih itu mestilah sihat sehingga kita sayang kepadanya.
  • Waktu menyembelihnya sesudah terbit matahari pada Hari Raya Haji dan sesudah selesai solat ‘Id dan 2 khutbah pendek, tetapi afdhalnya ialah ketika matahari naik segalah pada Hari Raya Haji sehingga 3 hari sesuadah Hari Raya Haji (hari-hari Tastriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah)
  • Daging korban sunnat, orang yang berkorban disunnatkan memakan sedikit daging korbannya. Pembahagian daging korban sunnat terdapat 3 cara yang utamanya adalah mengikut urutan seperti berikut:
    • Lebih utama orang yang berkorban mengambil hati binatang korbannya dan baki seluruh dagingnya disedekahkan
    • Orang yang berkorban itu mengambil 1/3 daripada jumlah daging qurban, 2/3 lagi disedekahkannya.
    • Orang yang berkorban mengambil 1/3 daripada jumlah daging, 1/3 lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan 1/3 lagi dihadiahkan kepada orang yang mampu. Sabda  Rasullullah s.a.w: “Makanlah oleh kamu sedekahkanlah dan simpanlah.”
HIKMAH DAN FADHILAT
  • Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
  • Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
  • Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
  • Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan  Allah s.w.t.
  • Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
  • Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat.”

p/s: InsyaAllah, ada rezki nanti aku akan cuba buat ibadah korban




Friday

Pengertian Aqiqah dan Hukumnya

Dah dekat2 raya haji ini banyak pula terdengar pasal aqiqah dan korban...so entry kali ni nk share pasal aqiqah...time belaja dulu tau dah ni nk refresh semula...

Pengertian Aqiqah


Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi.

Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh  Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w.dengan sabdanya yang bermaksud: “Setiap anak yang lahir itu  terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama.” (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)

Ibnu Majah menerangkan maksud “… terpelihara dengan aqiqahnya…” (pada mafhum hadis diatas) adalah bahawa aqiqah itu sebagai sebab yang melepaskan kanak-kanak tersebut daripada gangguan syaitan yang cuba menghilangkan daripadanya melakukan kebaikan.

Daripada Salman bin Amir al-Dhabley, bahawa Nabi Muhammad s.a.w.bersabda yang bermaksud: “Untuk anak lelaki itu aqiqahnya. Tumpahkan atasnya darah dan hilangkanlah daripadanya kekotoran dan najis.” (Riwayat Abu Daqud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah).

Menurut Imam Ahmad bin Hambal, bahawa apabila seseorang kanak-kanak itu mati dalam keadaan belum diaqiqahkan lagi, maka anak itu tidak dapat mensyafaatkan kedua-dua orang tuanya diakhirat kelak.


Hukum Aqiqah
  • Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.
  • Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.
  • Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawaRasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.
  • Anak zina, aqiqahnya sunnat atas ibunya kerana nafkah hidup anak zina itu tanggungan ibunya bukan bapanya. Demikian pendapat Syaikh Ibnu Hajar dan Syaikh Ramli, manakala Khatib Syarbini pula berpendapat, adalah tidak sunnat bagi ibu mengaqiqahkan anak zinanya meskipun si ibu memberi nafkah kepadanya.
  • Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w.menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)
p/s: sharing is caring


Thursday

Mood Hari Raya Aidil Adha | Kisah Nabi Ismail sebagai Korban

Assalam...

Sempena Hari Raya Aidil Adha yg lagi 10 hari ini....aku nk share kisah nabi berkenaan pengorbanan Nabi Ibrahim terhadap anaknya Nabi Ismail...ikuti kisah nya...


Nabi Ibrahim dari masa ke semasa pergi ke Makkah untuk mengunjungi dan menjenguk Ismail di tempat pengasingannya bagi menghilangkan rasa rindu hatinya kepada puteranya yang ia sayangi serta menenangkan hatinya yang selalu rungsing bila mengenangkan keadaan puteranya bersama ibunya yang ditinggalkan di tempat yang tandus, jauh dari masyarakat kota dan pengaulan umum.

Sewaktu Nabi Ismail mencapai usia remajanya Nabi Ibrahim a.s. mendapat mimpi bahwa ia harus menyembelih Ismail puteranya. Dan mimpi seorang nabi adalah salah satu dari cara-cara turunnya wahyu Allah, maka perintah yang diterimanya dalam mimpi itu harus dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim. Ia duduk sejurus termenung memikirkan ujian yang maha berat yang ia hadapi. Sebagai seorang ayah yang dikurniai seorang putera yang sejak puluhan tahun diharap-harapkan dan didambakan, seorang putera yang telah mencapai usia di mana jasa-jasanya sudah dapat dimanfaatkan oleh si ayah, seorang putera yang diharapkan menjadi pewarisnya dan penyampung kelangsungan keturunannya, tiba-tiba harus dijadikan qurban dan harus direnggut nyawa oleh tangan si ayah sendiri.

Namun ia sebagai seorang Nabi, pesuruh Allah dan pembawa agama yang seharusnya menjadi contoh dan teladan bagi para pengikutnya dalam bertaat kepada Allah, menjalankan segala perintah-Nya dan menempatkan cintanya kepada Allah di atas cintanya kepada anak, isteri, harta benda dan lain-lain. Ia harus melaksanakan perintah Allah yang diwahyukan melalui mimpinya, apa pun yang akan terjadi sebagai akibat pelaksanaan perintah itu.

Sungguh amat berat ujian yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim, namun sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: “Allah lebih mengetahui di mana dan kepada siapa Dia mengamanatkan risalahnya”. Nabi Ibrahim tidak membuang masa lagi, berazam (niat) tetap akan menyembelih Nabi Ismail puteranya sebagai qurban sesuai dengan perintah Allah yang telah diterimanya. Dan berangkatlah serta merta Nabi Ibrahim menuju ke Makkah untuk menemui dan menyampaikan kepada puteranya apa yang Allah perintahkan.

Nabi Ismail sebagai anak yang soleh yang sangat taat kepada Allah dan bakti kepada orang tuanya, ketika diberitahu oleh ayahnya maksud kedatangannya kali ini tanpa ragu-ragu dan berfikir panjang berkata kepada ayahnya:

“Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu. Engkau akan menemuiku insya-Allah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada perintah. Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu, agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar menanggalkan pakaianku supaya tidak terkena darah yang akan menyebabkan berkurangnya pahalaku dan terharunya ibuku bila melihatnya, ketiga tajamkanlah parangmu dan percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar menringankan penderitaan dan rasa pedihku, keempat dan yang terakhir sampaikanlah salamku kepada ibuku berikanlah kepadanya pakaian ku ini untuk menjadi penghiburnya dalam kesedihan dan tanda mata serta kenang-kenangan baginya dari putera tunggalnya.”

Kemudian dipeluknyalah Ismail dan dicium pipinya oleh Nabi Ibrahim seraya berkata: “Bahagialah aku mempunyai seorang putera yang taat kepada Allah, bakti kepada orang tua yang dengan ikhlas hati menyerahkan dirinya untuk melaksanakan perintah Allah”.

Saat penyembelihan yang mengerikan telah tiba. Diikatlah kedua tangan dan kaki Ismail, dibaringkanlah ia di atas lantai, lalu diambillah parang tajam yang sudah tersedia dan sambil memegang parang di tangannya, kedua mata nabi Ibrahim yang tergenang air berpindah memandang dari wajah puteranya ke parang yang mengilap di tangannya, seakan-akan pada masa itu hati beliau menjadi tempat pertarungan antara perasaan seorang ayah di satu pihak dan kewajiban seorang rasul di satu pihak yang lain. Pada akhirnya dengan memejamkan matanya, parang diletakkan pada leher Nabi Ismail dan penyembelihan di lakukan . Akan tetapi apa daya, parang yang sudah demikian tajamnya itu ternyata menjadi tumpul dileher Nabi Ismail dan tidak dapat berfungsi sebagaimana mestinya dan sebagaimana diharapkan.

Kejadian tersebut merupakan suatu mukjizat dari Allah yang menegaskan bahwa perintah perkorbanan Ismail itu hanya suatu ujian bagi Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sampai sejauh mana cinta dan taat mereka kepada Allah. Ternyata keduanya telah lulus dalam ujian yang sangat berat itu. Nabi Ibrahim telah menunjukkan kesetiaan yang tulus dengan perkorbanan puteranya. untuk berbakti melaksanakan perintah Allah sedangkan Nabi Ismail tidak sedikit pun ragu atau bimbang dalam memperagakan kebaktiannya kepada Allah dan kepada orang tuanya dengan menyerahkan jiwa raganya untuk dikorbankan, sampai-sampai terjadi seketika merasa bahwa parang itu tidak lut memotong lehernya, berkatalah ia kepada ayahnya:” Wahai ayahku! Rupa-rupanya engkau tidak sampai hati memotong leherku karena melihat wajahku, cubalah telangkupkan aku dan laksanakanlah tugasmu tanpa melihat wajahku. “Akan tetapi parang itu tetap tidak berdaya mengeluarkan setitik darah pun dari daging Ismail walau ia telah ditelangkupkan dan dicuba memotong lehernya dari belakang.

Dalam keadaan bingung dan sedih hati, kerana gagal dalam usahanya menyembelih puteranya, datanglah kepada Nabi Ibrahim wahyu Allah dengan firmannya: “Wahai Ibrahim! Engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah kami akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikkan”. Kemudian sebagai tebusan ganti nyawa, Ismail telah diselamatkan itu, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih seekor kambing yang telah tersedia di sampingnya dan segera dipotong leher kambing itu oleh beliau dengan parang yang tumpul di leher puteranya Ismail itu. Dan inilah asal permulaan sunnah berqurban yang dilakukan oleh umat Islam pada tiap Hari Raya Aidiladha di seluruh pelosok dunia.

p/s: saje nk ingat semula kisah-kisah nabi...

Monday

Kebaikan | Premium Beautiful

Harga Premium Beautiful Mahal


Perkara pertama kalau kita nak beli sesuatu ialah TENGOK HARGA...

***huhuhu...memang mahal la...boleh buat aku fikir berjuta kali...aisshhh...

Kualiti Kain Premium Beautiful


Rekabentuk stereoskopik sinar infra merah jauh yang berdasarkan potongan rangka badan manusia. Ia berfungsi mendorong peredaran darah dan proses metabolisme.
Kuasa serapan yang baik, sesuai untuk dipakai seharian, pakaian dalam yang boleh dicuci dan tahan lama.
Sinar infra merah jauh yang dapat menambahkan kekenyalan dan ketegangan buah dada dan menggiatkan tumbesaran buah dada

***Memang macam bagus jer kualiti...mana taknye...barang mahal mestila kena bagi kualiti bagus...

Kenapa Memilih Premium Beautiful
  • Tanpa pil pelangsing.
  • Tanpa diet, pembedahan atau senaman.
  • Halus lembut dan selesa pada kulit.
  • Sesuai dipakai sepanjang hari.
  • Fabrik yang boleh mengalirkan udara yang nyaman.
  • Ditenun dengan sulaman F.I.R.
  • Pengiktirafan Badan Kesihatan Dunia.
  • Direkacipta mengikut struktur badan wanita secara terperinci.
  • Keberkesanan dalam masa 5 minit selepas memakainya.
  • Mengelakkan kanser payudara dan rahim.

Rawatan Alternatif Bagi Penyakit
  • Anti kanser
  • Lemah tenaga batin
  • Kencing manis
  • Darah tinggi
  • Lemah jantung
  • Gaot, Migraine
  • Asma
  • Sakit belakang & pinggang

Lain-Lain Kegunaan Premium Beautiful

Kehebatan produk ini memang tidak terbanding, malah bengkungnyaboleh dikatakan 101 macam kegunaan. Antaranya ialah :-
  • Kalau anak-anak kecil mengalami kembung perut, boleh balutkan perutnya.
  • Bagi kanak-kanak yang demam panas, bengkung dapat membantu mengeluarkan haba yang panas dengan cara membalut badan kanak-kanak tersebut.
  • Biasanya bayi yang baru lahir terkena “jaundis” (kuning), balutkan badannya dengan bengkung untuk mempercepatkan pemulihannya.
  • Kalau anda sakit lutut (gaut), bolehlah membalut lutut anda dengan menggunakan bengkung.
  • Kaum Adam pun boleh pakai bengkung, kalau sakit pinggang. 

***banyak benefit yg boleh dapat dengan PB ni...so aku masih berfikir lg...nk pulak ada promosi smpi akhir bulan ni...tu yg pening dok fikir tuu...perkara yg aku takut...takut planning aku jd hangat2 taik ayam...adoi la....

Teringin vs Wishlist | Corset Premiun Beautiful

Semenjak dua menjak ni...sambil berblogwalking...byk pulak aku terbaca pasal Corset Premium Beautiful...bila baca testimoni dorg macam teruja aku ingin memilikinya...Tapi persoalannya...berbaloi ke??? Huhuhu...Tu la yg aku tengah pikir skang...samada aku teringin je ke...atau mmg sesuatu yg aku perlu ada (wishlist)....

Long Bra

Waist Nipper

Long Girdle

Set bagi Premium Beautiful adalah seperti dalam gambarajah....Harga???

Kawan-kawan maybe boleh advice saya mana yg terbaik....tengah pening pikir nih...

Harga Premium Beautiful

Set Kecil (S,M)
RM2400

Set Besar (L,XL)
RM2600

Cara Bayaran:
  • Boleh bayar CASH
  • Guna Credit card
  • Easy RHB Instalment Plan


Wednesday

Masak memasak - Kek Pisang Kukus

Semenjak aku beli penutup periuk utk kukus...rajin la pulak nk memasak...kebetulan kt umah ada pisang...idea pun dtg...hehe...bukan masak apa pun tp kek pisang kukus je...alhamdulillah jadi walaupun tawar sikit...taraa.... layan gmbar kek pisang aku...



nilah resepinya:

Kek Pisang Kukus


Bahan-bahan ( saiz kek 20cm )

Pisang mas@pisang berangan 5 – 7 biji.
Gula 3/4 cawan.(aku buh sengah cawan tu yg tawar sikit)
Minyak 1 cawan.
Telur 3 biji.
Tepung gandum 2 cawan (aku buh tepung kek 1 cawan, tepung gandum 1 cawan).
Soda bikabornat 1 sudu kecil.
Serbuk coklat 3 sudu kecil.

Cara-cara

1. Pisang, gula, minyak, telur dikisar (blend) sekaligus.
2. Ayak tepung gandum, serbuk coklat bersama dengan soda.
3. Masukkan tepung ke dalam bahan yg dikisar tadi dan kacau sebati.
4. Jika suka masukkan sedikit esen vanilla.
5. Didihkan air dan masukkan adunan yg telah siap tadi.
6. Kukus sehingga masak.

Selamat mencuba !!!

Sunday

Alhamdulillah...sihat

dah masuk raya ke-20...alhamdulillah aku dah sihat...sakit2 aritu sume dah hilang...rupanya aku xpregnant tp dtg bulan...mana taknye xpenah aku dtg bln smpi sakit2 cmni...pastu xpenah pulak dtg bln hanya dgn tompokan je..

xpelah janji aku dah sihat..alhamdulillah syukur... 

Wednesday

Oh!!! Tidak Menentu...

Raya dah masuk hari ke 16 dah...kesihatan aku xberapa nk menentu...bukan ape...stat hari ahad aritu aku sakit pinggang...aku xtau la sbb ape...yg aku boleh pk sbb czer dulu kot...kesan sampingan ubat bius...samada epidural/spinal...aku pun xsure ubat ape yg dia masukkan...

Tapi sakit pinggang xberpanjangan...cadangnya kalu masih berlanjutan aku nk jumpe doc....tp xde lak sakit nye...kalu sakit aku jalan dah rupa mak nenek..huhuhu...nk dukung aliff pun xlarat...tp dah ok...dtg sakit lain pulak...sakit belakang...ni aku tau...maybe kesan cara tido...slalu tido mengiring sambil susukan aliff...aliff tido mama pun tertido...sakitnya cm sengal2 gitu...huhuhu...

semalam pulak cadangnya sambung posa ganti...tp tgharinya tgk cm ada tompokan darah...so aku pun xjd la posa...tp yg peliknya smpi la mlm td dah takde darah langsung...xpenah lak jd cmni...nk peod pun leh main2 ek...dah rugi 1 hari posa semlm...huh...so arini aku posa lagi...baru kejap td g toilet tgk ade tompokan darah yg ala2 nk abes peod tuh...huhuhu..xpekat pun kaler dia...tp aku xpasti ape benda...dlm masa yg sama aku sakit pinggang sebelah kanan dan perut cm rasa sebu...apa ni ek..??? xkeruan hidupku...

p/s: ya Allah, lindungi la aku dr sebarang penyakit yg memudaratkan... Amin...

Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu oleh Kevin Zahri

Hari ni aku baru nak stat puasa ganti...so nk dijadikan cerita bangun sahur pg td dpt la tgk ulangan WHI-Wanita Hari Ini...cite pasal kurus...wahaha...mmg topik aku minat...so hasilnya dorg wat promo ebook KevinZahri...boleh la layari blog dia... http://kevinzahri.com/



p/s: berminat nak beli ebook ni...nak pulak dia sediakan All-in-One Ebook Package Deal - only RM40

OPS Kurus : After Raya

Bertemu kembali...Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin...

Recap kembali...before raya berat aku 73kg...now lepas raya seminggu dah jadi 75kg...mane taknye melantak ayam n daging rendang la bagai...lemang lagi...ketupat lagi...this week i dah stat continue untuk turunkan lagi berat badan...before raya 8kg to go...after raya add 2kg again so 10kg to go...wuarghhh...lmbt benar nk capai berat ideal nye...huhuhu

p/s: doakan kita yer...

Friday

OPS Kurus : Month 3

Dah lama x update pasal berat badan aku...huhuhu..sebabnya xbanyak progress...pejam celik pejam celik rupanya usaha aku utk kurus telah masuk bulan ke tiga...alhamdulillah..secara total sehingga hari ini berat aku telah turun sebanyak 9kg...kiranya pencapaian xberapa memberangsangkan sgt la...mungkin salah satu sbbnya, bln puasa x exercise langsung...opis lak sejuk memanjang...mane la lemak tu nk membakar...kononnye nk beraya dengan berat badan yg ideal....huwaaa....xdpt la nk eksyen dgn kakak aku...so kena usaha keras lagi 8kg to loose...berat ideal aku 65kg...now berat aku 73kg...harap2 sempatla aku capai berat ideal aku tahun ini...doakan ye kawan-kawan...sbbnya tahun depan ada misi yg perlu dilaksanakan...hehehe

Mood Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H dan Salam Kemerdekaan yg ke-54...hari ini last day keje...yahooo...xsabar nk balik kampung...balik kampung mertua dulu di Kg Gajah,Perak...insyaAllah ahad baru balik...raya kedua balik ke Taiping, Perak...dah pesan kat mak simpan ketupat...hihihi...biasala dr kecik duk mkn ketupat ngan rendang mak jer...tapi ok gak umah mentua, dpt mkn lemang...so sume makanan leh rasa...meriahnya raya...

Tema kami tahun ni biru dan pink...semua sedondon kain yg sama...nk jadikan cerita tukang jahit tahun ni tempah ke kawan en suami...jahitan nya ok la..tp mahal siot...biasala, slalunya mak ngan kakak yg jahit...so xrasa la mahal tu...nk cite ni, kain sama tp dah siap jahit jd xsama pulak...huhuhu...aku jugak la yg silap...kain ni boleh pakai dalam atau luar..aku pun xperasan...duk syok biru pink...alih2 tukang jahit jahit baju aku biru je..yg biru pink kt dalam...huhuhu...aku dah la gelap..gelap la jadinya...utk hero aku, warna dorg biru pink...so utk jadikan sedondon, aku jahit la manik sikit warna pink (1st time jahit manik, xcantik pun...huhuhu)...

Gambar nanti lepas raya aku masuk kan...harap2 nmpkla sedondon tu...okla, nk undur diri dulu...nanti jumpe minggu depan insyaAllah...

Selamat hari raya dan hati2 memandu...

p/s: arini buka puasa bersama officemate en suami...

Thursday

Salam Aidilfitri 1432H


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin...

Tuesday

Mana Mak?

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. KataRasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

copy paste dari Blog Teh Secawan

Sejuk, Ramadhan dan Weekend !!!

Cuaca hari ini di Putrajaya sangatlah sejuk...Nak pulak duk dlm aircond...huhuhu..Sepanjang bulan Ramadhan ni mmg cuaca sejuk dan hujan jer...tp arini aku rasa terlebih sejuk...huwaa....bukan ape, badan mmg xbape sihat...itu pasal terlebih sejuk...

Nak cerita pasal last week, 12 Ogos 2011 (Jumaat) bersamaan 12 Ramadhan 1432H...opis aku buat majlis berbuka puasa...buat kat opis jek...tp okla sbb buat dekat ruang legar bangunan so byk space...bolehla Aliff berlari sana sini bersama kawan2 yg lain...dan pd hari ini lah aku terkena hujan yg sgt lebat...So pada sabtunya aku pun demam....huwaa....xleh g shopping...

Plan nk g Nilai hari Ahad tapi xdpt kerana menziarah biras aku yg bersalin baby boy 3.3kg di Hospital Sg Buloh...Tahniah Siti & EG....dah jadi ayah dan ibu pun...

Kat bawah ni gambar sekitar weekend baru ni....


1

bz mkn be4 waktu berbuka




2

nyerongeng





3

sepupu sepapat





4

sepupu Aliff lagi....





5

tangga...haha...





6

Muhammad Amrin Shazwan (kalu xsilap la...)





7

Amrin





8

eg junior





Wednesday

Ramadhan dan aku....

Salam,

Lama benar rasanya xjengah blog ni dek kesibukan kerjaan...emm, blogger in draf punye interface pun da berubah....huwaa....mcm2, xsempat nk tgk ape fungsi baru yg ada...

Actually rasa mcm nk update banyak sikit la....pasal pengurusan berat badan, alhamdulillah hampir berjaya tp belum lg...hihihi...bulan puasa ni, sahur hanya susu+kurma+HL shj...buka puasa mkn mcm2 tp kalu mkn nasi kena ingat xboleh lebih sesenduk...so far alhamdulillah boleh ikut lg...harap2 berat akan makin turun...

Bulan puasa ni, aku try untuk masak setiap hari, sekurang2nya aku masak sayur.. en asben ni bukan boleh, kalu dia g bazar ramdhan sorg2 maka bykla makanan yg dibelinya...nafsu dia nk mkn mcm2...kalu g ngan sy tahu pulak dia beli sikit...hahaha...takut sy marah la tu....ada ke patot semlm sy masak sayur labu masak lemak...di beli kepala ikan patin gulai tempoyak, masak lemak ikan keli, dan daging rendang....sudahnya semua lauk xabis lg...arini xpyh beli...mkn je lauk yg ada...huhhu...

Harini sebenarnya sakit perut (cherry berry), rasa pg td mcm nk MC tp cm mls...akhirnya aku dtg jugak kerja...cuba utk menyiapkan kerja yg byk walaupun di bulan Ramdhan...huhuhu...dugaan di bulan Ramadhan kan...kena tabah menghadapinya...skang da xrasa sakit pun...nasib x MC...hehehe..

Okla, nk labuh tirai dulu...nnt nk update bape byk kuih yg ditempah dan kerepek yg dibeli...muahaha...raya sakan...oppss...nk update baju raya jugak...hihihi

p/s: jgn marah yer...bulan posa memanjang je rasa mood nk raya...hihihi

Tuesday

Program Perumahan 1 Malaysia | PR1MA

Salam,


Perdana Menteri telah melancarkan fasa pertama Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) yang akan membabitkan pembinaan 42,000 unit rumah di 20 tapak strategik yang sudah dikenal pasti. PR1MA ini ditujukan khusus kepada warganegara Malaysia yang berpendapatan sederhana tetapi tidak melebihi daripada RM6,000 sebulan tanpa mengira mereka yang bekerja dengan kerajaan, swasta atau pun bekerja sendiri.


Pelaksanaan PR1MA ini akan dapat membantu ke arah mencapai matlamat Dasar Perumahan Negara bagi menyediakan perumahan yang mencukupi, selesa, berkualiti dan mampu milik.
Antara Syarat dan Keistimewaan PR1MA :-

  • membabitkan isi rumah berpendapatan sederhana antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan.
  • mereka adalah pembeli pertama rumah tersebut dan perlu mendiami rumah tersebut.
  • Pembeli yang berjaya mendapatkan rumah tersebut adalah tidak dibenarkan untuk menjualnya dalam tempoh 1otahun untuk mengelakkan aktiviti spekulasi.
  • Rumah PR1MA akan dijual pada harga diskaun daripada RM50,000 sehingga RM300,000 harga sama kepada bumiputera dan bukan bumiputera.
  • Pembeli rumah di bawah Program ini ditawarkan pinjaman sehingga 105 peratus oleh institusi kewangan terpilih dengan tempoh pembayaran balik sehingga 30 tahun selain dikecualikan pembayaran duti setem. Lebihan lima peratus diguna bagi membiayai kos insurans dan yuran guaman.
  • Pembeli juga boleh mengeluarkan simpanan akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menampung sebahagian bayaran balik pinjaman.
  • sebanyak 20 tapak strategik di Lembah Klang, Selangor dan Negeri Sembilan dikenal pasti bagi pelaksanaan projek PR1MA, termasuk lapan projek yang dijangka bermula tahun ini dan tahun depan, membabitkan 42,000 unit rumah strata dan kediaman bertanah. Lokasi terbabit ialah Putrajaya; Cyberjaya; Bandar Tun Razak di Cheras dan Sungai Besi (Kuala Lumpur); Putra Heights di Subang Jaya, Ara Damansara di Petaling, Bandar Bukit Raja di Klang, Elmina East dan Elmina West di Shah Alam, Kota Elmina Di Sungai Buloh, Lagong Mas di Rawang (Selangor) serta Bandar Ainsdale di Seremban dan Seremban Sentral (Negeri Sembilan).
Bagi yang berminat untuk mendapatkan rumah dibawah program PR1MA, mereka dijangka boleh mendaftar selepas Perbadanan PR1MA ditubuhkan. Perbadanan PR1MA, berperanan untuk merancang dan menyelaras pembinaan PR1MA serta membuat pengagihan rumah akan ditubuhkan selepas satu akta khas mengenainya diluluskan dalam sesi parlimen kelak.

Program perintis PR1MA telah dilancarkan di Prisent 11 yang membabitkan 560 unit pangsapuri yang akan dijual dengan harga RM120,000 seunit. Disekitar Lembah Klang, sekitar 20 lokasi telah dikenal pasti. Fasa pertama di Presint 11, bakal menyaksikan 42,000 unit rumah bakal dibina.

Sumber asal : Berita Harian Online

..:: nanti bolehlah sama2 join program PR1MA ::..

Monday

OPS Kurus : Week 5

Apa sudah jadi??? Huhu...minggu ke 5 telah berlalu tanpa progress...what should i do???
Yang aku tau weekend mmg aku xsentuh Herbalife la...tp mkn still control tp xde progress...aya, minggu ni kena kuat semangat lagi nih....

p/s: last week aku period...rasanya sbb tu kot...hehehe..nk sedapkan hati...

Gerhana Bulan Penuh - 16 Jun 2011 versi Masjid Negara

Salam kawan-kawan...just nk update gambar gerhana bulan penuh pada minggu lepas...gmbr ni aku amek dlm website ANGKASA....sempena dorg wat pencerapan di MAsjid Negara...Ni lah keputusannyer...

p/s:
Aku tgk gak dr umah kt Puchong...gmbr dia berbeza dr ape yg di atas...so kalu nk tgk gmbr yg maha cantik kejadiaan ciptaan Allah s.w.t ini boleh la tgk kt facebook Malaysia Lunar Eclipse... 

..:: Selamat menjelajah ciptaan Allah ::..

Wednesday

Gerhana Bulan Penuh - 16 Jun 2011


Pada 16 Jun 2011, gerhana bulan penuh akan berlaku. So nak wat promosi sikit la, Planetarium Negara dgn kerjasama Masjid Negara akan membuat program pencerapan gerhana bulan penuh dr pukul 1 pagi hingga 7 pagi di perkarangan luar MAsjid Negara. Siap ada teleskop lagi utk org ramai tgk. Datangla beramai-ramai, siap ada Solat Sunat Gerhana secara jemaah.


Berdasarkan gambar di atas, kita bolehla lihat waktu-waktu gerhana bulan ini ikut fasa seperti berikut:-
16 Jun 2011: Malaysia
P1 : 01:24:37 AM
U1 : 02:22:57 AM
U2 : 03:22:29 AM
Max : 04:12:36 AM
U3 : 05:02:14 AM
U4 : 06:02.14 AM
P4 : 07:00:41 AM

Kiranya gerhana penuh dalam kul 4.12 pagi la.... Aku nk ke perkarangan Masjid Negara tu susah sikit la kot... Ada peluang kalu aku terjaga, aku tgk dgn mata kasar je lah... kalu tak pun esok leh tgk gambar...

p/s: teringin nk tgk, katanya gerhana bulan warna oren....

Tuesday

OPS Kurus : Week 4

Salam,

Ni nk update utk progress aku ler...dah masuk minggu ke empat ni...proses penurunan berat badan slow sikit...biasa la...mkn kekadg belasah jer...Herbalife pulak weekend jarang-jarang amek...sbb da mkn benda lain..so jdnye...total penurunan adalah 6kg jer...huhuhu...jd le kan...turun jugak walau sikit....

jangan gusar-gusar...teruskan usaha...

chaiyok2....

Wednesday

Malunya Aku !!!

Ni nak story ni...sejak 1 sistem hampir siap, sempatlah aku menghapdet blog nih...nk tahu aku malu sebab ape...aku dah jd testimoni kwn aku..malu siottt....masuk blog dia...huhu...kisahnya aku turun 5kg in 3 weeks...kagumkan...aku pun kagum...tghari hari aku mkn jugak cm biasa...cuma nya breakfast ngan dinner je aku amek Herbalife...sometime dinner ade gak aku jamah benda lain...hehehe...nk dijadikan cerita, kawan aku ni nk berlumba ngan aku...sbbnya berat dia dah naik semula sejak mak dia duduk ngan dia 2 minggu yg lepas....

Actually xpyh nk malu pun xpe...sbb kwn aku tu xsebut nama aku pun...hihihi...dia da erase id aku tu...dia cuma paste perbualan aku dan dia kt ym...kononnye nk berlumba ngan aku...apa lg...tunjuk semangat aku utk berlumba....cayalah...

~~ kita lumba ya ChemSO~~

Tuesday

Fakta dan Cara Pengursan Berat Badan

FAKTA-FAKTA UTAMA

(1) Sepinggan Nasi goreng 890 kalori
(2) Secara purata, masyarakat Malaysia makan 1300 kalori sekali hidangan
(3) Herbalife Shake hanya bernilai 180 kalori
(4) Untuk langsingkan 1kg tubuh kena bakar 8000 kalori
(5) Wanita BMR (baker) 2000 kalori sehari
(6) Lelaki BMR (baker) 2400 kalori sehari

Kiraan pengambilan kalori (pemakanan biasa)

Breakfast
Nasi lemak + Teh Tarik = 1000 kalori

Lunch
Nasi campur + Teh O Ais = 1100 kalori

Dinner
Nasi campur + Air Kosong = 1100 kalori

Jumlah kalori
3200 kalori


Kiraan pengambilan kalori (Dengan Herbalife)


Breakfast
Shake Herbalife = 180 kalori

Lunch
Nasi Campur + Teh O Ais = 1100 kalori

Dinner
Shake Herbalife = 180 kalori

Jumlah Kalori
1460 kalori

Secara asasnya pembakaran lemak/kalori berlaku seperti berikut dengan amalan Shake Herbalife 2 kali sehari dan sekali menikmati makanan kegemaran;
Wanita : 2000 - 1460 = 540 kalori
Lelaki : 2400 - 1460 = 940 kalori


Jadi berapa KG saya boleh langsingkan dalam sebulan?

Wanita: 540 kalori X 30 hari = 16, 200 kalori /8000 = 2.03KG
Lelaki : 940 kalori X 30 hari = 28,200 kalori/8000 = 3.53KG

*Ini cuma kiraan asas, setiap individu berlainan tahap metabolismanya, semasa program, otot dibina dan kadar metabolisma akan meningkat, jumlah pengurangan berat badan akan berubah-ubah mengikut individu.

~~credit to ChemSO~~

Nota:
kalau xamek Herbalife pun boleh, cuma based on jumlah kalori makanan yg kita ambil, calculate semula...berat akan turun jugak cuma lmbt lah sikit...Herbalife ni kira cm membantu mempercepatkan pengurusan berat badan bahkan menyihatkan...
Aku amek gak herbalife ni, sbbnya lemak aku dah tepu la...kalu xdibantu rasanya lambat sgt berat nk turun...sudahnya kang aku pulak yg putus asa...baik aku cuba Herbalife walaupun kena berlabur la sikit...

Pengiraan Kalori Dalam Makanan

Suka sgt post ni... so aku copy past dari Cik ChemSO..credit to her...

Kategori: Kuih Muih

1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk

1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin

1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera

1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan

1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

Kategori: Minuman

1. minuman berkabonat 1 tin 285g – 120 kal
2. minuman kotak 250g – 105 kal
3. susu tepung penuh krim 1 sudu makan – 33 kal
4. susu tepung tanpa lemak 1 sudu makan – 25 kal
5. aiskrim 2 skop- 390 kal
6. susu pekat manis 1 sudu makan – 71 kal
7. yogurt rendah lemak 1 cawan – 90 kal

Lain- Lain

1. mentega 2 sudu teh – 75 kal
2. keju chedar 1 keping -58 kal.

Ramdhan Al-Mubarak dah dekat !!!

Pejam celik, pejam celik...sebulan lebih je lagi kita nk menyambut Ramadhan Al-mubarak... seronoknya...xsabar nk puasa (nk kuruskn lg pd bln ni)...nk raya...apa lg, baju raya dah tempah? hihihi... aku dah beli tp belum tempah...takpe dah ada tailor khas... bukan topik ni sebenarnya, topik pemakanan...aku kan dalam proses pengurusan berat badan... so ape lg... aku nk share cara pemakanan yg sihat utk bulan puasa ni la...ingatkan diriku awal2 supaya aku tak terjebak dgn makanan yg bermacam2 tuh...takut terlebih mkn sudah...


..:: Selamat Sihat dan Ceria ::..

Monday

Petua Sakit Tekak...

Aduhai, dah seminggu lebih rasanya sakit tekak ni... dah mkn strepsils pun xok lg...sakitnye sampai nk telan air liur pun perit sgt...batuk xde pulak...yg heran pulak lg, bila mlm je mmg sakit sgt siang ok sikit...tu pasal slalu lupa nk cari petua...tp ni da seminggu lebih kena jugakla cari petua...sambil2 cari kt Google petua sakit tekak, aku tempekla kat sini jugak...Utk share bersama kawan2...balik ni aku nk try...Ni antara petua yg famous dan senang...

Cara Pertama : Masukkan 3 sudu kecil garam ke dalam air sejuk. Ingat ye, AIR SEJUK, bukan suam-suam kuku, bukan air panas menggelegak. Kacau rata. Kemudian, berkumur sampai habis.
Sambil-sambil tu baca la selawat dan doa supaya disembuhkan...

Cara Kedua : Minumlah air asam jawa. Insyaallah,anda akan dapati ianya berkesan untuk menghilangkan sakit tekak yang anda alami. Kalau tak de asam jawa pun, minumlah air suam banyak2.

Cara Ketiga : menggunakan buah kembang semangkuk. Rendamkan sebiji dalam sebuah mangkuk dan minum airnya. Kalau nak lebihkan dua atau tiga biji tu terpulanglah. Buah kembang semangkuk nie boleh beli kat kedai cina ubat. Tapi syarat utamanya kena rendam dalam mangkuk yer korang, kalau rendam dalam cawan ker, tak mujarab sebab namanya kan kembang semangkuk.haha..

Cara Keempat : menggunakan asam keping. Ambik beberapa keping asam gelugur, kemudian bakar hingga hangus. Pastu tumbuk dan gaulkan dengan sedikit air sirih. Kemudian sapukan pada bahagian tekak yang sakit. Emm yang nie, aku rasa susah sikit. Kalau setakat asam keping boleh la aku beli kat kedai, tapi bab air sirih tu, mana la aku nak cari..

Selamat mencuba, pilihlah mana yg mudah dan sesuai...tgk mane yg rasi...moga disembuhkan kerana kita telah berusaha...Doa jgn lupa !!!

Ceramah Hari Isnin

wajah lelaki...dah jadi ank teruna pun...
Ermm...hujung minggu baru ni xpergi pun tgk Nur Kasih...tp aktiviti dah penuh...Layan main badminton pada hari sabtu, ahad pulak bawak aliff lepak kt Stadium Shah Alam dgn Dataran Blue Wave....lama xlepak sana best pulak...tempat lapang...apa lg...seronok la aliff berlari sana sini...

Habis cerita hujung minggu...cerita hari Isnin pulak...menarik jugak hari isnin kali ini...mane tak nye Puspanita ANGKASA anjurkan ceramah ketrampilan diri dan pengurusan kewangan oleh AKPK...En Arzmi ni introduce kan produk dia..tp tidaklah semata-mata utk ketrampilan diri malah lebih kepada penjagaan peribadi dan keluarga..Mana taknye, bukan shj boleh menjaga kesihatan malah produk penggunaan wap yg katanya bersuhu 120 darjah celcius dpt membunuh kuman bukan hanya pd badan tp utk kegunaan rumah dan di luar rumah...

Sebagai contoh, mandi wap, wap peha, perut...utk kesihatan lah...buang toksik dlm badan dgn cara mematikan kuman...
Kalau rumah pulak, boleh mop lantai, wap langsir, tilam..
Luar rumah pulak boleh cuci enjin kereta, cuci sport rim...kiranya multipurpose lah ni...

Menarik kan...xsempat nk snap gambar td... aku mcm berminat....nk pulak dia tawarkan installment...dia buat promosi hari ini...deposit cuma rm75 dan bayar rm75 selama 16 bulan...harga sebenar dlm RM1205... tp ni ade la discount sikit...

Lupa pulak, ceramah pengurusan kewangan pun best...byk maklumat yg dpt...untuk maklumat lanjut boleh lah layari http://www.akpk.org.my/
AKPK ni adalah badan dibawah Bank Negara Malaysia.


Selamat mencuba produk baru dan layarilah AKPK...

Friday

OPS Kurus : Week 3

Operasi dah masuk minggu ketiga...alhamdulillah sudah turun 5kg...syukur...ni berdasarkan timbangan setiap pagi sebelum breakfast...byk lagi kena usaha ni...ada 12kg to go...chaiyok2...kalu tgk fizikal aku, mmg xnmpk perbezaan lg...cuma lengan baju yg dulu ketat, aku rasa xde la ketat sgt dah...ok la tuh...biar org tak nampak perbezaan sgt, tahu2 dah kurus je..cayalah...
p/s: update blog sambil fikir ape aktiviti weekend ni...teringin nk tgk nur kasih tp en suami xnk la pulak...tgk ape aktiviti yg akan berlaku...tunggu..

Tuesday

Weekend - Himpunan Sejuta Belia & Dataran Merdeka

Hujung minggu baru ni memang penuh dengan aktiviti... Aliff berjalan sakan la dia...berlari sana sini...Hari ahad pergi ke Putrajaya untuk melihat apa yg ada sekitar himpunan sejuta belia...lenguh jugak kaki dan tangan mama & abah kena dukung aliff...asik nk berlari je dia...Hari Isnin kami cuti sebab Mak Ton (pengasuh aliff) cuti balik kampung dan kami pun berjalan sekitar Jalan TAR dan Dataran Merdeka...shopping baju melayu utk raya nanti... (beli siap2 sbb nk tempah)...tema thn ni purple sudah... Gambar-gambar kenangan dan gelagat aliff sepanjang weekend ni...


1
aliff wif abah
2
aliff di air pancut


3
geramnye tgk air ni..rasa nk terjun je...

4
auw chakkk...


5
minum air kosong jer...ciann...


6
sedap nye eskrim ni...2 batang aliff mkn...

7
abg badut tembak aliff


8
berlatarbelakangkan hotlink di jom heboh...


Aliff's Age

Lilypie Second Birthday tickers

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers