Pemakanan Sihat || Sayur-sayuran

Sayur-sayuran hijau yang menyegarkan dan menyihatkan...

Pemakanan Sihat

Banyakkan pengambilan susu, buah dan sayur-sayuran...

Pemakanan Sihat

Banyakkan pengambilan susu, buah dan sayur-sayuran...

Diet || Antioksidan

Antioksidan adalah zat yang mampu memperlambat proses oksidasi, yaitu reaksi kimia yang berupa pengikatan oksigen dan pelepasan hidrogen...

Pemakanan Sihat || Buah-buahan

Banyakkan pengambilan buah-buahan untuk diet yang seimbang...

Wednesday

Melawat Rumah yg Lama ditinggalkan

Ha...best tajuk kan...melawat rumah blog ni la yg lama ditinggalkan...da  bersawang pon...huhu...ni nk warm up balik la...nk kemas2 rumah...anak no 2 pon da berumur setahun...nnt kita post gmbr anak yer...chow dulu...

Ape itu Keloid?

Erm hari ni nk cite pasal keloid pulak...keloid aku pada kesan czer yg lalu...


Keloid adalah luka parut yang hidup. Ia menjadi timbul, membesar dan akhirnya keluar dari sempadan luka yang lama. Kadangkala ia boleh menjadi begitu besar sehingga menyebabkan rasa sakit, gatal dan kurang selesa. Bukan itu sahaja, ia boleh menyebabkan tekanan perasaan dan perasaan rendah diri kerana secara kosmetik ia boleh mengubah fizikal seseorang. Namun, secara medikal, ia tidak mengundang bahaya kepada nyawa.

Keloid boleh berlaku di dalam keluarga. Ibu dan ayah yang ada masalah keloid, biasanya anak-anak mereka juga ada. Di Barat, keloid berlaku di kalangan keturunan Afrika berbanding orang kulit putih. Begitu juga di Malaysia. Kebanyakan kaum India mempunyai kulit yang senang terkena keloid, kedua melayu dan ketiga kaum cina. Anggota badan yang senang terkena keloid apabila luka ialah dada, telinga, bahu, leher dan muka.

Ini lah contoh keloid pada kesan BCG.


p/s: keloid aku xde la sakit...cuma gatal jer...harap2 lepas bersalin nnt ia akan hilang...huhuhu

Tuesday

Suntikan Kancing Gigi || (ATT) Anti Tetanus Toxoid

Salam,

Disebabkan arini ada masa terluang...bukan ape...keje tempat baru...so xramai kawan...so xdela masa nk bergosip bagai...asik ngadap pc jer...alhamdulillah ade la masa meng'gugel' dan menghapdet blog ni...ni nk story pasai cucuk kancing gigi...actually disebabkan ni 2nd pregnancy so aku kena cucuk sekali je la...aku pun xtau sebab ape ibu-ibu mengandung kena cucuk kancing gigi ni...tp hasil darpd gugel...tujuannya bagi mengelakan jangkitan kuman akibat luka...emmm layan je la...

Kalu xsilap aku kena cucuk awl bulan september aritu dikala kandungan aku lebih kurang 28 minggu...terlupa sudah...yg boleh aku nk tulis kt blog ni bukan ape...sbb aku terkena kesan drpd cucuk kancing gigi ni...iaitu ada kebarangkalian allergy...OMG...aku allergy rupanya....huhuhu

Kisahnya begini...pagi masa checkup tu aku kena MGTT (minum air gula perasa ribena)...sedappp... bila sebut MGTT maknenye aku akan diambil darah sebelum dan selepas minum air gula tersebut....selesai minum air gula aku teruskan dengan check perut dan dimaklumkan untuk cucuk kancing gigi...aku on jer...nurse cuma bgtau akan rasa sakit at least 3 hari...tp bg aku yg agak strong ni...sbb mls nk pikir pasal sakit...so xterasa sakit tu...rasanya hari kedua ade rasa sikit2 je...buat bodo jer...and xrasa la sakit tuu...cumanya aku terasa gatal2 pada tmpt cucuk and tempt amik darah MGTT...lama2 ia meninggalkan parut...huhuhu...



Sebulan kemudian aku g checkup (18/10/2012)...aku perasan kesan luka czer bersalin anak yg 1st tu da lain...kesannye mengembung...rasanya dulu ade sikit jer...sekarang dah 3/4 drpd keseluruhan panjang czer tu...huhuhu...nurse tu kata ape ye nama ek...jap gugel...namanya keloid scars...kebetulan aku jumpe docter aritu..so aku tanye doktor...oohh awk ni ade allergy...tp kalu kesan tu xmengganggu u xpela...kalu rasa mengganggu u kena refer pakar kulit...huhuhu...so arini terbaca status kt fb kawan...katanya dia allergi after cucuk kancing gigi...so aku pun terkena la sama...huwaaa...nasibla badan...

Monday

Panduan Posisi Tidur ketika Hamil

Selamat bersiaran....hari ni google pasal posisi tidur...so nk share la kt sini...sbbnya aku dah susah nk tidur skang...huhuhu...




12 Panduan Atasi Masalah Tidur
1. Posisi tidur mengiring ke kiri
Memandangkan posisi tidur terbaik yang disyorkan sepanjang hamil ialah tidur mengiring ke kiri maka, usahakan untuk tidur dalam posisi ini setiap malam.
2. Mandi air suam
Sebelum tidur, mandi dengan air suam. Rasa segar yang bangkit akan memudahkan anda lena.
3. Elak makan terlalu banyak sebelum tidur
Anda mungkin kerap berasa lapar walaupun ketika sudah tiba masa untuk tidur. Untuk itu, hindari daripada makan terlalu banyak. Alternatifnya, anda boleh mengambil makanan ringan yang lebih berkhasiat.
4. Minum Susu Suam
Kandungan asid amino tryptophan di dalam susu yang meningkatkan kadar serotonin ke dalam otak akan membantu anda untuk tidur nyenyak.
5. Amalan Tarik Nafas
Latihan menarik nafas yang teratur dapat membantu mengurangkan ketegangan otot sekali gus membantu anda untuk tidur lebih baik. Dalam keadaan duduk, berdiri atau berbaring, tarik nafas melalui hidung secara perlahan dan tahan nafas selama satu hingga dua saat. Kemudian hembus dan keluarkan nafas melalui mulut secara perlahan-lahan. Lakukannya dalam ulangan 10 kali.
6. Bersenam
Senaman yang dilakukan secara teratur dapat mengurangkan masalah kekejangan kaki. Namun, adalah tidak digalakkan untuk anda bersenam beberapa jam sebelum tidur kerana endorfin dan adrenalin yang dirembeskan akan membuat mata anda kekal berjaga.
7. Bantal Yang Menyangga
Sangga perut mahupun pinggang dengan bantal bersesuaian. Ia akan membantu menyelaras pinggul dan tulang belakang untuk mendapatkan keselesaan berpanjangan ketika tidur.
8. Suhu Bilik
Sensasi panas yang kerap dialami di penghujung kehamilan sedikit sebanyak mengganggu tidur. Jadi, pastikan suhu bilik anda sentiasa nyaman. Jika tidak menggunakan penghawa dingin, pasti aliran udara di dalam bilik sentiasa lancar agar tidak menimbulkan kepanasan melampau.
9. Katil Yang Selesa
Keadaan katil yang selesa tentu sahaja dapat menimbulkan keselesaan kepada anda yang mula mengalami masalah tidur terutamanya di penghujung usia kehamilan. Pastikan tilam yang digunakan berkualiti baik dan memberi sokongan yang baik kepada tulang belakang. Sekurang-kurangnya ia membantu anda tidur dengan lena tanpa perlu risau dengan komplikasi lain yang timbul akibat penggunaan katil yang kurang baik.
10. Rutin Tidur
Biasakan diri untuk melakukan rutin menenangkan setiap kali sebelum tidur. Sebagai contoh, mandi menggunakan air suam diikuti mendandan diri dengan menyapu pelembap di bahagian tubuh yang bermasalah kering ketika hamil ini dan selanjutnya membaca bahan bacaan ringan sebelum melelapkan mata. Dengan yang demikian, minda akan diselaraskan untuk mengetahui rutin ini merupakan petunjuk bahawa sudah tiba masanya untuk tidur.
11. Pakaian Tidur
Baju tidur yang disarungkan turut memainkan peranan penting. Oleh yang demikian, pakai baju tidur yang mampu menyerap peluh dengan baik. Hal ini kerana pakaian yang tidak bersesuaian mungkin akan menyebabkan sensasi panas yang biasa dialami di akhir trimester kehamilan mengganggu tidur anda.
12. Suasana Bilik Tidur
Keadaan bilik yang tenang dan nyaman pasti mengundang mood anda yang keletihan seharian untuk tidur dengan nyenyak. Anda boleh mewujudkan suasana sebegini dengan memastikan bilik sentiasa berkeadaan kemas, menggunakan lampu malap selain menyembur wangian atau minyak aromaterapi yang mampu meninggalkan aroma segar sepanjang anda tidur.

Tuesday

Doa untuk Mudah Bersalin

Rasanya belum terlewat lagi nk post berkenaan doa dan zikir bagi memudahkan bersalin....hehe...boleh amalkan...






1. Surah Al-Fatihah (7 kali)


2. Ya Khafid (1000 kali)


Al-Khafid (Yang Maha Menjatuhkan). Jika diamalkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

3. Al-Abasa : 20


"Kemudian jalannya dimudahkan"

4. Al-Anbia' : 87-89


"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri"


Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami)


Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakariya, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi"

5. Allahumma bihaqqi maryam, wa bihaqqi man unzilat 'alaihi suuratu maryam, khaffif 'anni aalaamil makhaadth, birahmatika ya arhamarraahimiin.

Maksudnya: "Ya Allah, dengan berkat Siti Maryam, dan dengan berkat Nabi Muhammad yang diturunkan Surah Maryam kepadanya, ringankanlah kesakitanku dengan rahmatMu Ya Allah Yang Maha Penyayang"

6. Rabbi yassir, wala tu assir, ya kariim, wa atmim bil khair.

Maksudnya: "Ya Allah, berilah segala kemudahan kepadaku, janganlah Engkau beri kesusahan, wahai Allah Yang Maha Pemurah, dan sempurnakanlah semua hajatku dengan sebaik-baiknya"


p/s: pada ibu-ibu yang mengandung, jom kita amalkan bersama bagi memudahkan segala urusan kita nanti...aminn...

Monday

Tanda-tanda Bersalin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Lama benar rasanya xjenguk blog ni...bukan bersawang lagi dah...silap dah berpenunggu...hahaha...

Sebenarnya nk tulis ni pon sebab-sebab aku duk google sana sini...al maklumla...minggu ni aku dah nk masuk 32minggu....so pejam celik pejam celik...aku dah dekat nk bersalin dah...EDD aku 13 Disember 2012...

Aku nk kongsila hasil google aku berkenaan tanda-tanda nak bersalin...walaupun ni anak kedua...tp aku xpenah bersalin normal lg...tunggu ape kata doktor bila aku checkup di Hospital Putrajaya pada 34 minggu nanti...Doktor akan inform samada aku leh bersalin normal atau pun tidak...

Kontraksi Rahim
Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalim. Sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak antaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. Sekiranya ia berlaku setiap 5 minit secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

Sakit Belakang
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang

Pecah Ketuban
Dalam drama atau filem, wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah di saat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin. Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show
Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukan asing ke dalam serviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. Sekiranya pluk ini sudah tiada dan bayi boleh bergerak ke bawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semasa pemeriksaan faraj.


31 Mei 2012 || Aliff work from 8.30-5.30

Pda tarikh ni mama bawak aliff g work...so aliff kena bangun pagi dan mandi awl...sebelum ke ofis, singgah umah mak aliff (pengasuh) utk memberi upah mak dia sepanjang blk mei...dptla mak berbelanja semasa di Cameron nnt...

Sepanjang hari aliff asik main dan berlari sana sini...lgsg xtido...huhuhu...tp alhamdulillah aliff masih behave sepanjang hari...

cumanya time balik, naik je keta time balik aliff terlentok kt tepi tingkap keta...kononnya nk amek angin luar la tu, tp terlena...terpaksa la mama berhenti tepi utk membetulkan posisi aliff kembali ke kerusi...

So kat bawah layan je la gmbr2 aliff sepanjang hari tersebut...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Aliff's Age

Lilypie Second Birthday tickers

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers