Posts

Showing posts from 2009

Aksara Untuk Bulan

Image
Tampak jelas indahnya kamu..bulan Bila senang terang bulat pancarmu Tapi mengapa ada aura sedih bersama Seperti tersenyum.. tapi pilu Seperti memanggil.. tapi jauh Bintang nampak seakan dekat denganmu bersahabat menemani di sisi cahaya berkelip bagai gembira bersama banyak yang suka senyum melihat zahirnya nampak.. tapi hakikat siapa peduli? nun di balik alam mata melihat disebalik belakangmu..bulan tak mampu ku lihat..tapi aku tahu ada tiga ratus enam puluh darjah sisimu yang dilihat nampak hanya seratus lapan puluh darjah tak mungkin bisa ditafsir simpul kerna yang nampak hanya separuh sabarlah bulan tsabatlah bulan senyum sedihmu sesungguhnya.. ...menggembirakan banyak hati Muaz Hadi

Jiwa Larat Melarat

Image
Berjalan menelusuri alam.. mengenang budi yang tak terbalas memejam kata yang bukan sehari damaknya menusuk tiada sanubari lantas buai ini terhayun.. ke mana langkah ini gamaknya.. biar berangin akibat hayunan itu yang tak perlu getisnya menggambar bagai tiada penghujung destinasi mencari erti yang tak pasti.. meskipun hasrat itu ada.. noktah itu tampak jelas tapi gerak gaya mahu disangkal jua demi menjaga yang sesuatu yang hujungnya tak pasti juga.. biar lupus lenyap ingin itu biar hanyut lemas rasa itu biarkan.. biar jiwa ini karam melarat.. Muaz Hadi

Aduhai melati..

Aduhai melati.. sekian cantik tampak kembang putih mulus di bawah penambang menyapa tak senyum bimbang walau indah secantik kiambang tak juga menyair hati ku pulang Aduhai melati.. pujaan puja bebat derita mengapa silih tak ganti cerita pedih jiwa memendam rasa panahan tepat bicara kata apa tiada lagi belas aksara..? Aduhai melati.. Aduhai melati.. Aduhai melati.. tiada kata melahir bimbang kecewa jangan ditinggalkan walau sesaat rasa diri merendah sesangkut tiada apa nak buat.. pilihan mu asa.. Muaz Hadi

Aku sentiasa sendiri..

Aku punya penyembuh luka tapi penyembuh itu yang melukakan hati ku luka... Aku punya penawar duka tapi penawar itu yang mendukakan hati ku duka... Aku punya penyandar tika hiba tapi penyandar itu yang menghibakan hati ku hiba... bisa sungguh katanya... menghiris azab sunggup diskripsikanya... menyucuk kejam sungguh andaiannya... menikam aku katanya tiada berperikemanusiaan.. benarkah? dia menyesal jadi penyembuh luka dia menyesal jadi penawar duka dia menyesal jadi penyandar hiba dia menyesal kerana selalu menyokong dia sungguh menyesal.. mari angin hiburkan hati ku biar aku tenang semula biar alam juga tahu ..aku sentiasa sendiri.. T_T -Muaz Hadi-

Biar tak Gugur..

Image
Berjalan mencari bunga yang harum.. tak pasti sudah sejauh mana jalan ditelusuri. Tak sedar juga patah dahan yang dipijak.. mungkin kerana rapuhnya patahan itu. Bila mahu akhirnya langkah ini.. yang aku harap sinar nan bahagia. Siapa kata aku tak sedar.. akan racun dan duri di kanan kiri ku.. aku sedar.. tapi aku punya ubatnya.. aku punya pembalutnya.. aku punya bebatnya buat bekal. Tersadung aku, masih mampu bangun.. ketawa senyum.. tapi dalam kalbu mengharap.. cahaya nian yang biar panas tapi menerangi.. sedar jua ancaman hangus tapi tak aku peduli.. mungkin kerana, manis dan merdu.. aksara kasih yang telah tertanam ini.. masih mekar menanti ranum buah biar tak gugur.. -Muaz Hadi-

Aku Sudah Terlalu rindu..

Image
berlayar aku di lautan ..cuba mencari tenang merantau aku di dataran ..cuba mengais rasa terbang aku ke langit luas ..cuba membuang nostalgia akhir aku kembali terdampar ingat kan kamu.. dambakan kamu.. mencari kamu.. dan sesungguhnya .. aku sudah terlalu rindu aksara kata: Muaz Hadi

Tersungkur Lagi..

Image
Melati itu kembang terpana mata arjuna seakan memanggil nyata.. senyuman itu melambai mengarah mengutus harapan bela mengirim panji mendeka melangkah jua cuba menghidu.. kasih mewangi mencari.. aksara kasih melakar.. bait kata puji destinasi dituju hilang.. mana arahnya pilu.. mana janjinya hiba.. ya Tuhan.. tersungkur lagi aku -Muaz Hadi-

Nostalgia tak Bahagia..

Usirkan saja pilu itu kerana ianya begitu memedihkan tak tertanggung kadang menyerang terasakan bagai mahu meniti titian runcing ayuh.. buangkan.. buang saja pilu itu Usirkan saja rindu itu kerana ianya mengundang airmata berderu tak terkawal ketika menampakkan lemah hati dalam terasa ayuh.. buangkan.. buang saja rindu itu tapi aku mahu hidup dengannya.. aku mahu hidup dengan alunan nostalgia kerana ianya kadang menenangkan aku aku tak mahu ianya hilang aku tak rela ianya lupus aku mahu tenang dengannya kerana kadang bunga itu mewangi semula nostalgia itu pedih tapi membahagiakan.

Mozaik Pilu Rindu..

Image
Biar ku kenang rasa kalbu.. Biar ku gentas pasrah bertamu.. Biar ku pejam sisa kelabu.. Biar ku kumpul semua itu.. ..menjadi nostalgia mozaik rindu.. Biar ku bawa noktah seakan dejavu.. Biar ku pimpin hasrat pelangi ungu.. Biar ku hiba kasih membeku.. Biar ku jalin semua itu.. ..menjadi nostalgia mozaik pilu.. Tertitip jua tak tertunggu.. ..mozaik pilu rindu.. -Muaz Hadi-

Selamat Tinggal Bunga ku..

Image
Menggerak jatuh memalit sinar.. Pangkuan terlepas tapi kasih tersemat mekar.. Kasih.. Sumbang mu budi.. Kasih.. Kata mu sakti.. Kasih.. Lirik mu adi.. Kasih.. Pejam mu murni.. Tak tahu mana nak tujukan.. Salam yang bahagia.. Khabar yang kerinduan.. Kau masih nun di balik awan Bersiram airmata ..dititiskan dibuang jangan.. Sematkan.. aku masih ada.. Aku bermohon pergi dahulu.. Terima kasih seruanku.. Bila niat berjumpa lagi.. Kadar alam bertamu lagi.. Muaz Hadi

Mahligai Mu Dari Airmata Ku

Image
Izinkan diriku meluahkan rasa Maafkanlah aku andai kau terasa Biar kupaparkan apa yang terjadi Moga engkau tak ulangi Sungguh tak kusangka kau berpaling tadah Setelah lamanya menjalinkan cinta Dalam diam-diam kau sudah berpunya Tanpa aku menyedari semuanya Aku mendoakan agar kau bahagia Bersama si dia insan yang kau suka Percintaan kita tak sampai ke mana Setakat di bibir saja sayang Kau bina mahligai dari air mata Yang jatuh berderai di wajah sepiku Hancurnya hatiku bisa tak terkata Terhumban rasa diriku Oh aduhai ku masih ingati Janji manis dan saat romantis Kau pintaku supaya setia Akhirnya kau yang berubah Oh tuhanku tabahkan hatiku Temukan ku dengan ketenangan Jiwa ini dibelasah rindu tetapi apa dayaku Kucuba pejam mata tapi tak terlena Kerana ku masih teringat padamu Begitu payahnya nak ku melupakan Pernahkah engkau fikirkan oh sayang...

Merpati Bugis: Hariz Rahman

Image
Setahun sudah Ramadhan berlalu… kini muncul kembali.. Singkat maha kejapnya masih terngiang.. adakah benar ianya pasti.. Tibanya membawa makna berlapar dahaga… tahan nafsu diri.. Demi Tuhan.. beri ku kesempatan untuk nikmati ianya sekali lagi.. Tiada beda hari ini, esok dan semalam.. semuanya terkandung harapan tinggi.. ..dalam mencari kantung keberkatan yang hilang tanpa seri.. Apa lagi mahu ku tatih rahmatnya.. mana tenang Merpati Bugis.. ku damba seri.. Muaz Hadi ------------- Versi Asal: Hariz Rahman Sudah setahun puasa tahun lepas kita tinggalkan... Tidakkah engkau rasa hidup itu terlalu singkat? Sekali lagi puasa. Dan InsyaAllah sekali lagi. Hari ini dan semalam, doa adalah harapan. Mencari keberkatan hidup, di manakah ia? Di manakah letaknya rahmat ketenangan?

Listrik.. Adaptasi Teruap

Image
Ku lewati sepi malam ini.. menjunjung nyilu darsa hati.. letih.. tapi gagah jua mahu membisik terbuka sebelah mata.. kata terherdik Langsung apa lagi mahunya.. Meluak tumpah masih tak cukup juga.. Tak terkandung yang ada.. Tapi masih mahu.. persetan tiada.. Natijah hulur jiwa yang sakit.. meruntun lantas nahas ditimpa bukit.. Tak terasa hempasan berelung rakit.. Nyata jiwa itu songsang berpenyakit.. Adaptasi jiwa semahunya dipeluk.. Lepas siaga dasar sejauh darsawarsa.. Mahu disedut tak semua merujuk.. Lolos di dakapan ini perit terasa.. Lantas listriknya.. adaptasi teruap.. Muaz Hadi

Chenta Melati

Aku tulis atas ubun kasih akan jalan yang dipilih dan direntas ini. Tunjang rekod perjalanan semahunya di catat menjadi bukti bahawa setiap langkah adalah terarah dan tersaksi menuju destinasi yang tertetap. Mahu juga ku taburi setiap langkah dengan hawa yang indah, maka apakala kami ditakdirkan tersungkur semahunya, terkenang juga lipatan laluan yang sudah tercerna ini.. Zahir likunya mahu juga ku kongsikan, mahu juga diasimilasikan moga pohon ini berbunga membuahkan manfaat yang jitu jika tidak harum pun memadai dengan simpulan hasil yang keluar sepanjang jalan ini.. Tuhan, pada mu kami zahirkan harapan, pada mu kami rafak kan doa, pandu lah kami ke jalan yang lurus yang tiada belok sungkur di likunya, tiada sadung jatuh di siurnya dan hujung jalan natijahnya murni bagai mekarnya pucuk di embun pagi, bagai harumnya kemboja di hening malam.. Amiin

Terapi Subuh..

Image
Segar pagi ini.. Mata terbuka separuh Terpedih tiupan bayu pagi Angin hembus menyinggah ke pipi Rasa damai sekali kalbu hati Semalam masalah membukit tinggi Tangis ku bukan kepalang Serabut ku bukan teralang Ku pejamkam mata untuk ku lupakan derita Malam sementara.. cukup buat ku lampiaskan semua Pagi ini terbangun lagi Menyahut panggilan mengadap ilahi Terapi subuh ku adaptasi Kekuatan paksi ku sedut jauh membantu hati Tenangkah aku hari ini? Muaz Hadi p/s pening kepala

Rindu Sang Pungguk..

Image
Terang bulan mengisi kelam malam.. Indah sungguh cahayanya nikmat hakiki.. Terpandang bulatnya seri seribu.. Bulan.. kau tegar di situ Sejuta memandang.. Bulan.. kau punya perindu.. Setia menanti.. berzaman.. Bulan.. kau punya pemuja.. Tawaduk memandang mu.. bila kau muncul.. Bulan.. kau punya Pungguk.. Perindu sepi.. pemuja zalil.. Apa dinanti lagi Pungguk? Yang dinanti pasti tak datang.. Apa dikenang lagi Pungguk? Yang dikenang pasti tak benar.. Apa diharap lagi Pungguk? Yang diharap pasti tak capai.. Apa dipandang lagi Pungguk? Yang dipandang pasti tak toleh.. Setia sungguh engkau Pungguk.. Rindu mu pada bulan tak tergadai masa.. Sepi sayu hati mu ku rasa sejuknya.. Kejam bulan hanya kerna.. dia tak mengerti.. harga rindu sang pungguk.. Muaz Hadi Bukit Mertajam

Aku Redha

Jauh ku renung cahaya itu.. ..lama ku renung makin ku ragu Aku redha.. tapi.. Lama ku nanti sejuk mentari.. ...apa dinanti pasti tak jadi Aku redha.. tapi.. Manis senyum menyingkap rasa.. ..tertipu aku rupanya senyum berbisa Aku redha.. tapi.. Kalam kalbu ku terus membisik.. ..dalam maknanya tak terusik Aku redha.. tapi Apa dirindu pada bulan yang jauh.. ..sedap memandang tapi tak terdakap Aku redha.. tak tertapi lagi Muaz Hadi Kampung Sungai Salak

Bertamu di Kalbu

Image
Ku genggam semilir malam Tika rembulan menyinari Lalu ku menadahkan Kata cinta nan suci Dan akan ku hembuskannya Tika malam syahdu Kerana dalamnya Kasih sedalam lautan Setinggi mentari Tak mampu digapai Oleh khayalan insani Cuma dinaluri Katakan bara melecur diri Bisa memercik jalan nan luka Dengan selasih balut pedih ngeri Tiada berpaling setia Adalah sejarah jadi saksi Bulan bintang menghangat kasih suci Kita pun terpaut dan bersatu Dalam bebayang mimpi berseri Ku layarkan asmara Di pelabuhan setia Akan ku rentangkan Sang pelangi suci Yang pastinya anggun di hati Bertamu di kalbu

Mengarca Noktah..

Image
Tersingkap jua alunan lestari.. Membidik tanpa meminta kenali.. Asuhkan biar lentik jiwa kembali.. Tak terbaja menjaga subur sepi.. Lantas cuba loncat menggapai.. Tapi titisan pecah terlerai.. Bagaimana itu ku hakis Bagaimana ini ku tangkis Bagaimana situ ku tuntas Bagaimana sini ku balas Dingin alam mahu dilangkah.. Kelam malam bagai dipangkah.. Luhur leluhur tak makna terlincah.. Pasrah mengalah tak makna terserah.. Terkapai lelah.. Mengarca Noktah...

Jangan Menoleh Sayang..

Image
Jangan menoleh kawan ku! Biar detik fikir mu kuat terlintas.. .. dia bukan untuk mu.. Jangan menoleh sahabat ku! Biar hati mu gusar.. Pejam kan mata biar terus bugar.. Jangan menoleh teman ku! Biar desir angin membisikkan.. .. pilihan mu salah mesti dihumban.. Jangan menoleh syurga ku! Langkah lah terus ke hadapan.. Yakin lah kata hati biar tanpa kerdipan.. Jangan menoleh kawan ku.. Jangan menoleh sahabat ku.. Jangan menoleh teman ku.. Jangan menoleh syurga ku.. Jangan menoleh sayang ku..

Patah Sayap Rajawali

Tertumpul fikiran ini melayang tiada penghujungnya... Mana hilangnya tajam yang dulu bisa memutus menyimpul apa jua kadar. Hidup ini ku sangkal mana akhirnya, ku dangkal mana ceteknya.. Meluru bagai hidupnya peluru, merobek bagai tajamnya paruh helang.. Tiba-tiba keserabutan ini tidak dapat ku rungkaikan. Bagaimana mahu ku hadapi subuh esoknya, macam mana mahu ku langkah hari besoknya dan apa lagi bisikan iblis mahu ku dengar.. Panjang akal ku bukan bisik hati ku, licik fikiran ku bukan bisik iman ku, gerak perbuatan ku bukan panduan benar tulus.. aku terpesong.. Mahu ku pulang ke gagang berseri, tapi apa ada nakhoda yang menanti membimbing ku semula.. Mahu ku kembali mendakap sinar iman... Tapi apa ada yang mahu menerima.. Jauh ku pergi membawa hati yang berbolak-balik.. Patah sayap rajawali, tak mampu jua ku bertongkat ke sana..

Aku..

Aku... sepi... sunyi... sendiri... menyusuri hati gundah, dipenuhi lautan air mata, yang tiada bertepi, yang tidak berpelabuhan. Aku... sedih... merintih... menangis... jiwa yang tertekan, ditenggelami hujan batu, yang menimpa derita, yang tak terperi sakitnya. Aku... tersepit... diapit... dicubit... kata menusuk cuping pendengaran, menyeksa batin kian terguris, yang bertambah lukanya, yang semakin dalam hirisannya. Aku... yang kian terdampar di dasar luka, yang kian hanyut dibayangi kelam, tanpa cahaya... - Nukilan Akish @ M.Balkis -

Kerna.. Ku Sayang Kamu..

Image
Karena Ku Sayang Kamu (KKSK) - Dygta seandainya kau ada di sini denganku mungkin ku tak sendiri bayanganmu yg selalu menemaniku hiasi malam sepiku ku ingin bersama dirimu ku tak akan pernah berpaling darimu walau kini kau jauh dariku kan slalu kunanti kerna ku sayang kamu hati ini selalu memanggil namamu dengarlah melatiku ku berjanji hanyalah untukmu cintaku takkan pernah ada yg lain adakah rindu di hatimu seperti rindu yg ku rasa sanggupkah ku terus terlena tanpamu di sisiku ku kan selalu menantimu

Monolog Salah Noraini..

Dulu Melaka bukan apa-apa.. Aku pernah ke Melaka.. Tapi semalam aku benci Melaka.. ... Bukan salah ku membenci Melaka.. ... Salah Noraini... Salah Noraini.. Dulu aku suka Jawa.. Aku memuja mereka yang Jawa.. Tapi hari ini aku benci Jawa.. ... Bukan salah ku membenci Jawa.. ... Salah Noraini.. Salah Noraini.. Malang sungguh jika kau dari Melaka.. Malang sungguh jika kau berdarah Jawa.. Malang kau terpaksa menerima kebencian itu.. ... Bukan salah mu kebencian itu.. ... Salah Noraini.. Salah Noraini.. Kalau ada putik cinta dari Melaka.. Kalau ada puteh kaseh dari Jawa.. Maaf ku ucap hasrat tergantung.. ... Bukan salah mu, itu tak tercapai.. ... Salah Noraini.. Salah Noraini..

Monolog: Salah Noraini..

preview tajuk je dulu, nanti siap aku post. huhu, ya.. itu semua salah Noraini.. bukan salah aku.. salah Noraini.. salah Noraini..

Kata 'Chenta'

Kalau dicerakin kata bistari entri cinta, pasti ampuh ceraian dan juzuknya. Tapi manusia bisa terpana dan terkeliru antara kebenaran, keperluan dan suara hati angkara provokasi atau jolokan sekeliling. Kadang pilihan jasadnya tak seiring hatinya.. Lantas mana datang dahulu? Perasaan kasih dan sayang atau perasaan rasa selamat... Aku yakin kalau dikumpul nilaian kata hakiki, ramai yang terkejut kebenaran nyata. Ramai yang sedar tapi tidak mengeyakan, ramai yang bertutur.. "ahh cinta boleh dipupuk..". Benar sekali bagi ku, tapi bagaimana bisa dipupuk kalau tiada noktah bidayahnya? Bagaimana mahu dimekar kalau tak ada putik bunganya? Ke mana hala tuju ikatan rasa kasih? Pujangga berbahasa memberi untaian nasihat yang bisa disimpulkan; - cari dulu noktah bidayah kasihnya - nilai dahulu akhir nihayah jalannya - introspeksi awal tulus hati sendiri - projeksi bakal nostalgia - jelaskan kalbu sendiri apa kepinginnya Tapi pujangga berbahasa nilai skema. Punya estetika yang kalau dinuk

Gurindam Husna-Mizi

Image
Biar aku syairkan bait-bait kata untuk pasangan sahabatku Husna n Mizi. Main2 je ni, mengasah bakat berbahasa. (H)ingga terakhir lafaz ku terang (U)ntuk membidik sisipan hati (S)ampai terlekat tak terpesong (N)ak ku dakap tapi terlepas (A)ku meruntun pada si Mizi mahu ku belah redah ku kuntu(M) mengisi kosong lubuknya hat(I) tersingkap batin..zahir terlafa(z) ahh.. terasa ingin mat(I) (M)aaf ku ungkap dalam gembira (I)zin kan hati bercumbu kata (Z)alim rasanya membiar menunggu (I)ngin ku lontar kasih seribu apa lagi mahu dirinti(H) menjala awan tingginya bir(U) mengharap angin turunnya gerimi(S) unjuran perkasa melambai sapaa(N) aku menunggu tapi sampai bil(A) watak tambahan..; (M)enyampah aku drama bermelodi (U)ngkapan kasih bunyinya indah (A)pa dibuai hidup memaksa (Z)aman berlalu pasti berganti...

Puisi Tanpa

dah lama pulak aku rasa aku tak berbahasa kat sini. Malam ni aku tenang skit, jadi terasa nak berpuisi plak. Tgk la apa hasil nya... Sesekali ku terasa nyamannya segar.. Sesekali ku terpanca amannya bugar.. Listriknya terpancul tanpa sentuhan tegar.. ..menyapa geletek jiwa tak berpagar.. Terhilai aku dalam lamunan saudagar.. Lirikan tawa membawa menghindar mendung.. Meruntun kasar membuang hiba dikandung.. Asyik sungguh bahagia tak terlindung.. Sungguh.. tak dusta tiada kalbu kudung.. Ku syair kan melodi tema berkidung.. wah.. menjadi plak ayat aku malam ni. entah apa tajuk puisi ni..

Beautiful huh?

Image

Pantun Berseni Part 1

Timang tinggi-tinggi Sampai cucur atap Cucur atap tak sedap Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap Air pasang dalam surut pukul lima Nyonya bangun pagi siram pokok bunga Haloo nyonya, mau tanya sikit Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka? Buah cempedak di luar pagar Ambil galah tolong jolokkan Kenapa kau nak jolok pakai galah Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar . Kalau ada sumur di ladang Bolehlah hamba menumpang mandi Patutlah bau badan kau busuk semacam Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang.. Pisang emas dibawa berlayar Masak sebiji di atas peti Kat pasaraya tak ada hutang hutang Kalau nak, bayar, Cash On Delivery kak ain punya pantu daa.. ada lagik part 2 n part 3, nanti bebila sambung

Kedu dalam Sunyi

Image
Mengungguli daerah sunyi.. Menyanjungi perit sepi.. Hamba terhadang lautan mimpi.. Mengenang nostalgia tiada bertepi.. Kantung bahagia kosong tak terisi.. Demi kelam malam.. Mahu ku hitung azab seram.. Mahu ku buang kelabu kusam.. Mahu ku dakap cerah tenteram.. Tapi daya ku pasrah tak terlaram.. Hentakan mulus membidik rasa.. Berterabur nilai ungkapan jiwa.. Justifikasi bukti kasih melara.. Jauh renungan mengundang air mata.. Kudus titisannya ditendang hina.. Terkedu aku di hamparan maya.. Muaz Hadi

Buah Hati Kekasih Orang

Bungalah padi Bunga padi bunga kiambang Buat hiasan, aduhai sayang Buat hiasan di taman bunga Buahlah hati buahlah hati Kekasih orang Hamba menumpang, aduhai sayang Hamba menumpang gembira saja

Kalau ku tahu..

Kalau ku tahu hujan tak jadi Tidaklah aku turun turun ke bendang Kalau ku tahu orang tak sudi Tidaklah aku datang meminang Sudah nasib orang tak sudi Kalau ku tahu pohon cempaka Daunnya lebat pohonnya tinggi Kalau ku tahu orang tak suka Tidaklah aku membuat janji Dah nasib orang tak sudi Kalau ku tahu pohon berduri Tidak ku patah si dengan jari Kalau ku tahu jadi begini Biar ku hidup seorang diri Dah nasib orang tak sudi Kalau ku tahu hujan tak jadi Tidaklah aku turun turun ke bendang Kalau ku tahu orang tak sudi Tidaklah aku datang meminang Sudah nasib orang tak sudi

Catatan Ringkas

Image
Heh, lama aku tak menggomel sendiri kat blog ni. wah boleh tahan traffic blog ni sejak akhir2 ni. Terima kasih untuk yang melawat dan kasik backlink ke blog ni. Owh ya, untuk pelawat setia, ebook "Antologi Kudung Cinta" dah hampir siap. Ebook ni saja2 je, compile beberapa puisi dalam blog ni plus beberapa puisi lain yang tak publish kat sini. Bnda ni extension dari 13 puisi yang diambil oleh pihak kem sastera untuk seminar penulisan puisi. Jadi idea tu datang dari situ, apa salahnya kalau aku compile kan puisi2 tuh jadikan satu cerita n buah tangan untuk kengkawan. kan..? Ramai yang dah tau dari post aku bulan september kot pasal aku tak ada gaji tetap mulai bulan 10 atas dasar prinsip yng aku pegang (cewah..mengade!). Masa post tu aku cakap mungkin sampai bulan April atau Mei 2009. Jadi sejak tuh aku mmg struggle cari duit online untuk support duit minyak keta, yuran uni, sewa umah, bil telepon, duit makan, duit berpoya2 dan segala macam perbelanjaan lah. Best jugak sampai a

Rebah Hati Menanti Mithali

Image
Tersungkur rebah tertiarap tanpa kerlipan.. Seluruh jasad menyembah bumi Azabnya..mencalar tunjang keyakinan Tak sanggup ku toleh untuk bangun lagi.. Bukan kaki dipangkas.. ...tapi kalbu digilis.. Remuk.. parah.. apa mampu terpulih.. Hiba diramas bersulam kecewa.. Terpalit lumpur pada hujung hati.. pedih.. Sedih dasar namun.. ada yang tertawa.. Total tersungkur aku pada yang memilih.. Rebah aku dipangkuan hati sendiri.. Rebah aku apa mampu ku bangun kembali.. Rebah aku menuntut.. penawar mithali Muaz Hadi Katil Wad Neurology

Sehati SejAwa

Mula melangkah merentas denai.. haluan sengsara hujung terbahagi.. apa mungkin jalan ku benar ku cari? apa lorongnya bahagia lestari? yang aku mahu hanya sehati.. Jiwaku bermandi darah jawa.. tegar hayat ku adat berintangan.. biar teman hidup sehati sejiwa.. kelak langkah ku berteman seiringan.. maksud hati mahu sehati sejAwa.. Biar bahagia membawa maksud sengsara.. biar gembira membawa maksud derita.. yang penting maksud hati ku terlaksana.. ..hasrat nurani ku terbuat juga.. aku mahu dia.. sehati sejAwa.. Muaz Hadi e5, Jan 10, 11.24pm **Sinopsis Penceritaan sinis buat mereka yg bertegas nak kawin dengan pilihan hati sendiri walau terdapat halangan dan berita yang kurang memuaskan tentang pasangan masing2. Frasa "biar bahagia membawa maksud sengsara.., maksud derita.." melankolik kedegilan yang melampau tetap dengan hasrat hati walau tahu natijah buruk bakal mendatang.

Aku Jejaka Boroi (seloka Kasih)

Lenggok tubuh ku tidak melenggok.. Lipatan perut ku tiada berlipat.. Tebal daging ku berlapis lemak.. Sudah gemuk apa nak buat! Lelaki gerangan ku tiada disangkal Tulen maskulin ku jangan diuji Jiwa ku lembut gerak ku handal Jantan lagak ku gaya suami! Buncit ku bukan sebarangan.. Gendut ku bukan halangan.. Boroi ku punya imbangan.. ‘Sehat’ ku bukan mainan! Ya.. aku lelaki gemuk Bukan hela nafas kecewa.. Tapi rela perasaan merusuk. Itu aku.. tetap aku.. kenapa ditanya? Muaz Hadi p/s sambil menikmati melon shisha..

Tatih Rindu

Rindu ku tertatih.. Tak tercapai maksud bahagia.. pedih.. Ku biarkan rindu berterbangan di awan.. agar dapat ku renung biar jauh dari capaian.. Ku biarkan rindu asyik melambai.. agar ku rasa syahdu kasih merindui.. Ku biarkan rindu sejuk melewat kalbu.. apa lagi tinggal dalam dingin kalbu hati ku? Ku biarkan rindu tak terubat.. apa bisa rindu ini di rawat? Muaz Hadi Lewat malam.. E5

Adiwarna Hati 2008

Akar kukuh menjalar menjadi paksi bersaksi.. Teguhnya jangkauan malar jiwa bermisi.. Agresif kayuhan tak tersampai destinasi.. Tersasar.. jauh terarah dari liputan asal peribadi.. Aku hanyut berpuisi.. Tirai senja 2008 berlabuh menutup jangkanya.. Apa azaman nya terhenti sayu tanpa gemilang lantera? Apa harapan nya terkatup lesu tanpa gembira? Apa capaian nya terbantut tanpa garis jaya? Tiada yang berjaya didakap.. hampa Lautan ku renung dalam birunya mengasyikkan.. Fikiran jauh melayang tak kepayang diimbaskan.. Mana kasih ku tagih tahunan tak terdatangkan.. Melukut lagi aku di tahun dua ribu lapan.. Benar kata nista.. kembang bunga tak lama di laman.. Jalan hidup mesti diteruskan.. Biar dihadang ombak dugaan.. Biar dihalang sakit hentakan.. Langkah buka mahu diiringkan.. Berbekal hati jitu semerah lipan.. Ya Allah.. Kurniakan aku hati yang lurus.. jangan terbelok Kurniakan aku hati yang teguh.. jangan terkepak Kurniakan aku hati yang suci.. jangan tercemar Kurniakan aku hati yang sub