Posts

Showing posts from December, 2008

Hematoma

Langkah tahun baru ku disanggah.. Jujuk gembira Maal hijrah ku dihadang.. Termati aku ditumbuk getaran.. Tersentak aku dikejut makhluk asing.. Hematoma.. Mahu mati kamu mahu tak mahu? Mahu langkah kamu mahu tak mahu? Mahu hidup kamu mahu tak mahu? Mahu apa kamu mahu semahu? Bahagia? Bijak neurologist mencerna titik hitam.. Bijak onkologist mewarta perit jerih.. Bijak hematologist membenarkan suasana.. Bijak aku berkawan dengan hematoma.. 'Blood clot'.. kotor sungguh kamu! Kalau ku ikut kata hati.. Hancur luluh pandangan akal.. Lebur jujuh sinaran jalan.. Terus ku langkah tanpa pikir.. Biar gerak batin menunjuk cahaya.. Hematoma, mari bersahabat dengan ku.. setahun lagi.. Muaz Hadi Bingung di Lab E5 Level 2

Da'i yang Gugur

Image
Takbir Ei'dul Adha di surau tanah wakafan.. penuh. Ku pandang bujur wajah jemaah, tulus ikhlas sehingga terpancar cahaya ketelusan. Separuh abad mereka berjuang mendidik melahir rakaiz pendinding agama. Kini mereka sudah tua tapi masih bersama.. bertenaga. Murobbi mereka membida senjata tarbiyah melentur buluh miang bersepuh, tetap diteruskan.. aku kagum dengan mereka semua.. Pagi ini sayu ku terusik.. Aku diasuh di sini, aku membesar di sini. Fikrah tegar meresap dalam jiwa ku. Aku lahir dari sistem 'pendidikan terancang', mahu dilentik menjadi murobbi, da'i yg punya asas dustur yang mapan. Dalam sayu ku menutur lafaz takbir raya..t iba-tiba bahu ku disapa oleh 'Pak Tua' dengan ungkapan "bila balik?". Airmata ku jatuh entah dari mana.. Lusuh mukanya kedut seribu tapi jernih rautnya.. Cikgu Geografi ku rupanya. Aku agak umurnya sudah 70an. Dia mengajar dengan rela setelah pencen, kami gelarnya Cikgu 'SIIT'.. teman, pastu kalian mengingatinya..

Hilangkah Sinar?

Image
Menjangkau tabir senja menutup keindahan siang. 12 jam kecerahan alam di khatulistiwa umpama sekejap buat ku melangkah mencari sinar yang akhirnya tak tercakup jua. Gagal separa sedar, tiun akhirnya menyedarkan.. terkesima terangguk bisu aku meniti sejarah siang. Aku gagal memiliki daerah cinta kasih. Langkah mula bagai pendekar.. tersadung di pertengahan.. bagai musafir mencari seteguk air.. dahaga.. Cahaya oren terbenam matahari meninggalkan aku termanggu.. mengenang kasih terkenang perasaan. Aku tidak cukup baik untuk mereka sehingga tertendangkan.. Aku tidak mampu menjadi Ustaz Amirul 'Puaka Niang Rapik' yang sentiasa tenang perwatakan solehnya. Menjadi diri sendiri bagai menikam empunya diri.. berdosa? Hipokrasi bukan mainan gerak tubuhku, kerana aku yakin aku sudah cukup paksi berdiri.. tapi tempang jua langkahku.. Sinar siang terus berlalu menjelmakan kegelapan.. gelap jua langkahku tak terpandu. Hiba penghuni selangkaku usah diberitakan kerana tak bermakna ianya dilambu

Muaz Hadi dan Pennsylvania

Oleh sebab ramai yang tanya isu ni, jadi aku tulis la skit, mcm mana aku boleh dijemput untuk memberi talk di Center for Molecular Modeling, University of Pennsylvania bulan February 2009. Tapi sebelum tu, aku dengan rendah hati menetapkan yang aku tak akan pergi atas sebab2 yang korang akan perasan bila baca kisah aku ni. hehe. Biarlah ianya menjadi satu kenangan yang manis untuk aku dalam mencapai status 'Otai Enzyme Modeling'. haha, angan2 mau besar beb! Aku dijemput bukan sebagai student MSc UiA tapi atas kapasiti aku sebagai 'external reviewer' di Molecular Modeling punya center bawah National Institute of Health, Amerika Syarikat. Aku mula khidmat kat NIH sejak April 2008, projek basis. Sebenarnya syarat nak join NIH punya research group kena ada PhD, tapi atas beberapa keistimewaan, syarat itu berjaya diabaikan. Jadi disini lah bermula kisah itu.. ada satu projek di CMM-NIH yg tak settle hampir 5 bulan sebab professor kat situ tak dapat nak explain sebab apa stru

Dambaan Sinar

Image
Acapkali kita dihiris dengan suasana.. Selangkah itu juga hilang pandangan mata... Membunuh sinar yang nyata.. Saksi pantulan hilang dari mata kaca.. Seribu terpana.. Hanya bebola mampu membaca sinar..? Ketika ianya hilang terus tegar.. Gantinya.. perlu terus benar.. Hakikatnya mengapa dikejar.. Yang nyata pasti bayang sebenar.. Memburu sinar tanpa mata.. Tafsiran cekal hati terbuka.. Hijab terbuka memberi kata seribu makna.. Apa maknanya tetap sama..? Apa ilusinya benar serupa..? Tafsir sinar lembaran mata hati.. Hebat.. agung makna suci.. Telahan tertambat kata melati.. Harum menusuk.. membaja kalbi Tetap benar.. harapan membudi. Ayuh sinar.. mari dampingi hati melati ku.. Marhaen Juntai @ Muaz Hadi Bilal D2.8