Sekejap saja
masa berlalu..dia kini sudah pun bergelar isteri..telah pun melangkah ke stage
yang seterusnya…
Dia yang aku
kenali,.sederhana, manja tapi matang…dia yang mengajar aku, menemani aku dalam
melangkah…dia yang sentiasa ada bila mana aku memerlukan dia…di saat aku buntu,
Allah menghantar dia untuk bersama dengan aku..dan bila bersama dia, aku tidak
pernah rasa tak cukup…
Masih aku
ingat, saat dia menghulurkan tali persahabatan…beberapa hari selepas hari
lahirku…terselit satu kotak misteri yang terbalur kemas dalam laci meja ku di
sekolah…tanpa mengetahui isinya, tanpa mengetahui siapa pengirimnya, aku membuka balutan tersebut berhati-hati..
Dan hasilnya
sekeping kad yang mengucapkan selamat hari lahir berserta huluran persahabatan
yang baru..di saat itu aku masih lagi aku…di dalam kelas peralihan 3, di
bangunan yang berwarna hijau…aras 2…dia yang hanya memberikan klu koordinat
tempat duduknya di dalam kelas, datang dan tersenyum kepada aku…sungguh, aku
merasakan sesuatu dengan huluran itu…aku rasa dia sangat istimewa…
Di pagi
hari, dia datang ke sekolah dengan wajah yang selalu ceria…datang menyapa aku,
melayan kerenah aku, tanpa sebarang rungutan…
Pernah, dia
membawa sejenis makanan, dan aku seronok menikmatinya…keesokan harinya, dia
membawa lagi, hanya untuk aku…sungguh, aku tidak pernah mendapat sahabat, teman
yang selalu mendahulukan aku hanya untuk melihat aku gembira…dia mewarnai hidup
aku sungguh2!!
aku menetap
di asrama dan dia berulang alik dari rumahnya…kerana itu, aku dan dia hanya
bersama di waktu sekolah…masa terus berlalu…aku, dia dan kawan2 yang lain
gembira, bahagia dengan apa yang kami ada..
melangkah ke
tingkatan 1, aku dan dia masih lagi bersama…sedang sahabat yang lain sudah
bertukar ganti…di saat aku mendapat teman baru, dia pun sama…tetapi, itu tidak
sedikit pun menghalang keakraban kami, bahkan kami lebih akrab dari dulu…tika
ini, kami sentiasa bersama...
aku masih
ingat lagi, newboyz sangat terkenal ketika itu dan dia membawa gambar tomok ke
sana ke mari dengan menyatakan ‘dia abang aku’…ah, dia sungguh menggilai
tomok…dan aku selalu mengutuk tomok..tanpa dia sedar, aku tidak pernah pun
marah dengan apa yang dilakukannya…itu hak dia kan?
Heh, pernah
tak makan gula-gula dan ada kawan yang datang bertanya apa yang kamu makan?
Mesti pernah kan?tapi apa yang kamu buat jika dia bertanya masih adakah baki
gula-gula tersebut di dalam poket kamu dan jawapannya adalah tiada? apa yang
kamu akan buat? Aku dan dia pernah melalu situasi itu…dan gula-gula di dalam
mulut itu bertukat tuan within seconds…ya, aku dan dia tidak pernah
berkira..dan prinsip kami tika itu seperti aku rasa apa yang kamu rasa…that’s
it!
Time’s flow
away….aku yang tak pandai ni turun kelas dan dia naik kelas…aku malu dengan
dia…sungguh!!tapi, aku tetap rasa ingin bersahabat dengan dia…tika itu, aku
hanya bertemu dengannya di waktu rehat…sedih bukan?*aku dah sebak ni*
tapi dia tetap begitu…melayan aku tanpa jemu…menerima aku seadanya,..dia yang
selalu belanja aku makan, sedang aku, lupa sama ada aku pernah belanja dia atau
pun tidak…maafkan aku teman…aku betul-betul terlupa soal itu….
Melangkah ke
tingkatan 4, dia bertukar sekolah…automatisnya, aku kehilangan dia…dan aku juga
turut bertukar…meski pun ke sekolah yang berllainan, sekurang-kurang, aku tak
merasa kehilangan di sekolah lama….
Lama juga
aku tak berhubung dengan dia…smpai lepas spm, baru bertemu kembali…itu seingat
aku lah kan…dan dia masih lagi seperti dulu…
Dia di
matrikulasi, aku di uitm, tapi dia sentiasa ada dengan aku….
Dia
melangkah ke peringkat ijazah, aku masih lagi di takuk diploma, tapi dia masih
lagi ada dengan aku…
Dia di
peringkat sarjana, aku baru melangkah ke ijazah, dia masih seperti itu…
Dia ke
peringkat doktorat, dan aku masih terkial-kial menghabiskan tesisku, tapi dia
sentiasa ada untuk aku…
Ah, dia
sungguh baik…sungguh membahagiakan…dia yang menghilangkan gusar di hati ku…dia
yang member semangat untuk aku…
Dan hari ini
dia berkahwin…bersaksikan aku di situ…sebak aku seketika…terasa cepat masa
berlalu, dan hari ini dia telah pun menjadi isteri zuan azhary…pilihan hatinya
sekian lama…dia telah bertemu dengan jodoh yang telah ditetapkan di luh mahfuz
sekian lama…Alhamdulillah…
dia yang
bernama nurun najwa ruslan…meskipun lambat, aku tetap mahu berterima kasih…u’re
my sunshine…u’re my best bud…kau yang menerima tanpa syarat…kau yang memberi
tanpa mengharapkan balas…terima kasih teman…kerna selalu ada di saat aku
perlukan someone…terima kasih teman kerna selalu menceriakan hari duka aku
hingga saat ini…sungguh aku tidak mengetahu siapa aku di matamu…tapi,
sekurangnya aku tahu siapa engkau di mataku….thanks 4 being my friend….i love u
dear…n always miss u…
To zuan
azhary, tolong jaga my charming friend ni elok2…sabar dan tabah atas setiap
dugaan…jangan cepat melatah atas segala kelakuannya….kerna aku tahu, dia
sentiasa buat sesuatu dengan sebab…dan terima kasih, kerana menerima dia
seadanya….long life, n live well within His guide…hope everything will be
ok….Barakallah =)