tarik nafas dalam2~
kali ni x ckp pasal sape2...cuma nk ckp pasal people nowadays...boleh kan?
========================================================
tadi tertarik dengan post seorang adik kat fb..
*maaf, nama dirahsiakan.. |
perkara seperti ini selalu terjadi, sedar atau x sedar...sekurang-kurangnya adik ini terdengar perbualan tersebut. teringat saya pernah suatu ketika dahulu (bkn dolu2 ye) adik2 yang lain mngadu mereka digelar sejuk. dan ada siswa yang suka mengusik lalu di tepi mereka sambil berkata, "sini sejuk la". kala itu aku hanya mampu mendengar sebab tahu mereka agak nakal meski pun rasa geram menyelinap di hati.
tapi hari ini, selepas membaca post di atas, dan selepas meneliti komen orang2 yang tahu, baru aku sedar, tanggapan manusia dalam segenap aspek berbeza. ada yang memberi respon seolah menyalahkan mereka berkata2 tanpa ilmu, dan ada juga yang memberi respon seolah2 mnjawab dengan kasar di hadapan mereka yang sedang berbisik2 itu. tanpa sedar, jawapan itu tidak akan smpai pun kepada mereka. saya faham akan situasi tersebut, dan saya faham apa yang terdapat di fikiran masing2. tapi, saya harap jangan sesekali mereka tiada ilmu di dada. bersangka baik lah. kerana mungkin mereka tahu aurat, tapi tidak menutup aurat dengan sempurna. dan jangan lupa, hati manusia berbolak balik. mana tahu one day nanti, mereka lebih hebat dalam soal mnutup aurat? itu doa dan harapan saya. n saya harap, ktika itu mereka akan ingat kembali apa yang mereka bisikkan.
itu sahaja~~
saya juga punya respon untuk post di atas. akhir-akhir ini saya suka memberi analogi, membuat contoh perkara lain dan disesuaikan dengan keadaan. saya fikir orang ramai cepat faham bila diberi analogi mudah yang bersangkut paut dengan kehidupan harian. betul respon yang menyatakan akhirat nanti lagi panas, tapi sejauh manakah, kita sebagai manusia dapat merasakan panas tersebut, walau tahu panas padang mahsyar dengan matahari hanya sejengkal di kepala? tak terjangkau panas macam mana di fikiran saya. tapi itu mmg fakta kan?
cuma yg saya mahu, untuk orang yang mempertikaikan mengapa berjubah, memakai tudung labuh, bersarung kaki, ber'hand sock', saya nak mereka tahu bahawa pakaian ini adalah lapisan yang menghalang sinaran matahari terus membakar ke kulit kita.
lebih mudah, ambillah seterika yang masih panas, letak lah di bahagian terdedah, di bahagian yang dirasakan sejuk apabila tidak bertutup..dan rasalah sejuk atau panas, membakar atau tidak bahagian tersebut. dan sekali lagi, letak lah seterika tersebut yang masih panas di bahagian yang tertutup, adakah sama panasnya dengan yang pertama tadi?sama2 fikirkan..kita masih punya masa selagi masih belum dicabut nyawa. kita masih punya masa selagi kita waras berfikir untuk melakukannya. jangan tunggu bila usia meningkat, baru rasa nk berubah, kerna kematian akan datang menjemput bila2 masa sahaja. saya sayangkan kalian sangat2. tak perlu berjubah, tak perlu bertudung labuh, cuma pakailah pakaian longgar, dan tutuplah bahagian aurat yang dituntut dalam Islam..siapalah kita untuk menidakkan hukum Allah kan? semoga Allah merahmati kita semua.