salam'alaik...
saya bukannya bagus untuk bercakap pasal tanggungjawab, tapi, boleh tak saya nak suarakan apa yang saya rasa?anda tidak akan marah saya bukan?tapi, kalau nak marah, sila lah marah..saya hanya ingin meluahkan apa yang terbuku di dada..
tanggungjawab,..terdiri daripada 13 huruf..banyak kan?dan ada juga yang tersilap mengeja 'tangungjawab'...dan ada juga yang mensingkatkan lagi perkataan ini bukan?bagi saya, perkataannya sudah cukup menggambarkan betapa sebenarnya tanggungjawab itu susah..complicated...bukan semua orang boleh mengejanya dengan sempurna...tapi, tentunya apa yang kita eja itu adalah yang terbaik yang kita rasakan bukan?
begitu juga tanggungjawab kita..sangat sukar untuk dilaksanakan...sangat berat untuk dipikul..tanggungjawab ni banyak kategori sebenarnya,.sbg anak, ibubapa, cucu, kakak, abang, adik, saudara, kawan, pemimpin, dan yang pastinya tanggungjawab sebagai hamba...skopnya berbeza kan?
serasa saya, dari kecil lagi kita dipertanggungjawabkan..kita dilatih untuk menjadi seorang anak yang dewasa yang bertanggungjawab kepada adik2...ini biasa bukan?dan sudah tentu dalam kita membimbing adik2 ni, kita mahu beri yang terbaik kan?
begitu juga kita sebagai pemimpin sesebuah organisasi..kita perlu berusaha untuk memberi yang terbaik untuk orang kita..betapa perlunya kita berfikir tanpa jemu dari sekecil2 perkara sehingga sebesar2 masalah...kalau kita sebagai pemimpin hanya mengabaikan perkara tersebut, maka siapa lagi kita mahu berharap untuk memikirkan tentang mereka?
sebagai pemimpin juga, betapa pentingnya kita membawa orang kita ke jalan yang lurus, usahalah apa cara sekalipun..tapi, tolonglah jangan meletakkan jika kita berbuat begini maka hasilnya 'mesti' begini..jika itu yang anda fikirkan, yang anda harapkan, tolonglah, saya rayu, tukarlah pandangan itu..kerana hasilnya akan pelbagai.jika kita tak nampak keberkesanan pada hari ini, doa lah untuk melihat kesannya pada hari esok.
maaf, saya ingin bercerita apa yang saya raskan saat ini..moga anda faham apa yang ada di hati saya..
seingat saya, sudah cukup sepenggal saya memegang tampuk pemerintahan di salah sebuah kolej kediaman di tempat saya belajar. saya akui, saya sangat lemah dalam pentadbiran, bahkan pada awalnya saya sangat sukar untuk memberikan arahan kepada orang sekeliling saya..rasa kerdil, kecik, hina, semuanya bercampur..menyedari kelemahan tersebut, saya belajar sedikit demi sedikit...maaf, saya TAK mampu untuk bertukar sepenuhnya..saya mula membuat kajian..kajian tentang residen kolej, kajian tentang barisan jawatankuasa..
selama 4 tahun saya berada di situ, saya tidak pernah terasa untuk mengenal orang, atau membuat kajian tentang orang sekeliling...kerna saya khuatir, akan timbul tanggapan yang kurang enak di hati...maka, saya hidup di sana, dengan life saya sendiri..tanpa pernah memikirkan tentang orang luar.
tapi untuk tanggungjawab ini saya perlu berubah...berubah untuk kebaikan...alhamdulillah, Allah tunjuk saya jalan...saya mula mengenal orang..dan saya mula rasa bertanggungjawab untuk menjadikan orang di sekeliling saya menjadi hamba Allah yang sebenar...dan untuk penggal ke-2, saya mula bergerak...saya juga mengajak orang di sekeliling saya untuk bertindak...tapi, malangnya nasib saya bila saya rasa mereka terpaksa untuk melakukan perkara itu..dan saya mula rasa hanya saya yang bertungkus lumus berusaha untuk merealisasikan perkara tersebut...Allahuakbar,..saya lemah...saya tak cukup kuat...saya perlukan mereka untuk merealisasikan impian saya...tapi....Allah tahu apa yang saya buat...dan mungkin saya belum cukup doa untuk merealisasikan perkara tersebut...
sekali lagi saya terjeda...dan terus memikirkan apa yang perlu saya lakukan untuk kebaikan MEREKA...kerna saya sayang mereka...
penghujung penggal telah pun tiba...saya dikejutkan dengan satu persoalan...
"sampai bila kita perlu memikirkan tentang orang lain?sedang tiada siapa yang berfikir untuk kita?"
maaf...ini lapuk...lame Q...Allah telah memikirkan untuk kita sejak di luh mahfuz lg...kamu lupa???dan saya dikejutkan juga dengan ayat...
"saya x nampak pon kesan apa yang kamu usahakan selama ni..fikir balik rasional atau tidak usaha kamu itu..dan saya rasa kamu perlu berhenti jika kesannya tiada."
maaf..sekali lg saya tegaskan..kita x nmpak hari ni, tapi mungkin esok kita nmpak hasilnya...kerana hidayah Allah itu datang kepada org yang Dia mahu sahaja...harap anda faham...
selama saya hidup, selama saya jadi pemimpin, saya rasa ini yang paling penting untuk saya usahakan...pimpin orang2 di sekitar untuk bersama2 menikmati syurga Allah...tanpa ada seorang pun yang tertinggal...ini harapan saya...