Sunday, August 29, 2010

syg sume....

haila adik2...
aku marah bkn kerna bnci...
aku marah kerna syg...
aku marah supaya kamu, kamu dan kamu x kan ulang lg kesilapan yg same...
aku marah utk kamu, kamu dan kamu belajar dari kesilapan...

mn mgkin aku membiarkan kamu bekerja in da wrong way??
mn mgkin aku membiarkn kamu mnentukan jalan kamu...
kerna aku yakin, kamu pnye aku untuk ditanya...
aku bkn sekadar boneka atau bkn hanya ketua yg tahu melihat..
tugas aku membimbing kamu, kamu dan kamu...

ketahuilah bhwa...
aku tidak pernah marah kerana benci...
aku tidak pernah sakit kerana marah..
yg aku tahu...
aku sedih bila aku marah..
sedih sebab terpakse marah kamu, kamu dan kamu...
sedih sb rse gagal dalam membimbing kamu..
oh sesungguhnya...
bila aku marah, sebenarnya aku sedang marah akan diriku...
bila aku senyap sbnrnya aku sdg menahan pedih di dada..
cuba mnembunyikan rse sebak..
sb aku rse hanya aku yg gagal...
bkn kalian..

oh adik2...
maafkan aku...
aku sgt sayang kalian semua...
kerana itu, aku memberi nasihat, mngajak utk kebaikan...
melarang kamu berbuat kemungkaran..
kerana aku mahu kamu, kamu dan kamu....
ke jannatul firdaus bersama aku...
sayang kalian kerana Allah...

Thursday, August 19, 2010

juz a pic...


~~gambar yang memberi seribu erti...~~

Selamat Menghayati Bulan Ramadhan kepada semua orang!

Berterawih dan bertahajudlah semampunya tapi
jangan sampai terlajak Subuh,
Mengajilah dan kurangkan tengok movie,
Berbukalah ikut sunnah dan jangan menghapuskan
pahalanya dengan berdating..
Janganlah menjadi orang yang konfius.

Sekian sahaja 4 pesanan daripada saya,
Wabillahi taufiq walhidayah, wassalamua'laikum warohmatullahi wabarakatuh.
Selamat beramal ibadah...

freshie
4 Ramadhan 1431H
Hulu Langat

http://kangensyurga.blogspot.com/2010/08/poster-ramadhan.html

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

Kahak batalkan puasa?

Assalamualaikum,

Apakah batal puasa seseorang yang tertelan kahak? Perlukan seseorang itu berusaha keras mengeluarkan kahak tersebut walaupun perlu ketahap memuntahkannya?
Harap ustaz dpt perjelaskan.

Jawapan :

Assalamualaikum.

Tertelan kahak yang masih di mulut tidak membatalkan puasa. Tidak perlu juga mengeluarkan kahak tersebut hingga tahap memuntahkannya kerana muntah adalah antara perkara yang membatalkan puasa menurut sebilangan ulama. Walaupun ia bukan sepakat ulama, mengelakkannya adalah lebih baik.

Tetapi jika kewujudan kahak itu mengganggu dan menyebabkan ketidak selesaan, wajarlah ia dikeluarkan sekadar yang mampu. Jika ketika berusaha mengeluarkannya menyebabkan termuntah secara tidak sengaja, ia tidak membatalkan puasa.

Wallahua'lam.
_________________
ustaz Rasyid bin Idris

Monday, August 16, 2010

MIMPI SEORANG GADIS


Untuk Renungan Bersama.....
Bismillahirrahm anirrahim Wbrth!!!
Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :-
"Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku.


"Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama"

Lalu dijawab oleh ayahnya.

"Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia"

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

Sunday, August 15, 2010

tawakal?


" Barangsiapa yang bertawakal, maka dia tidak akan lapar seperti burung..."


Kenapa dengan burung? Apa ia buat? Hidupnya bukan duduk di sangkar sahaja, maka dia telah kenyang. Tapi, ia terbang pagi-pagi mencari makanan dan pulang dengan perut yang kenyang pada waktu petang.

Apa kaitan dengan tawakal ye? Tawakal bermaksud berserah kepada Allah hanya selepas berusaha...Duduk diam diri, berdoa dan hanya beribadat tanpa berusaha dan mengharap sesuatu datang bergolek bukanlah tawakal. Seperti burung, ia terbang berusaha mencari rezeki pada setiap hari dan berserah kepada Penciptanya.


D.U.I.T : dOA+USAhA+IKHtIaR+tAWaKAL

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan~~


HIKMAH PUASA RAMADHAN
Oleh Ustaz Syed Hasan Alatas

"Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." (S.al-Baqarah:183)

PUASA menurut syariat ialah menahan diri dari segala sesuatu yang membatalkan puasa (seperti makan, minum, hubungan kelamin, dan sebagainya) semenjak terbit fajar sampai terbenamnya matahari,dengan disertai niat ibadah kepada Allah,karena mengharapkan redho-Nya dan menyiapkan diri guna meningkatkan Taqwa kepada-Nya.

RAMADHAN bulan yang banyak mengandung Hikmah didalamnya.Alangkah gembiranya hati mereka yang beriman dengan kedatangan bulan Ramadhan. Bukan sahaja telah diarahkan menunaikan Ibadah selama sebulan penuh dengan balasan pahala yang berlipat ganda,malah dibulan Ramadhan Allah telah menurunkan kitab suci al-Quranulkarim,yang menjadi petunjuk bagi seluruh manusia dan untuk membedakan yang benar dengan yang salah.

Puasa Ramadhan akan membersihkan rohani kita dengan menanamkan perasaan kesabaran, kasih sayang, pemurah, berkata benar, ikhlas, disiplin, terthindar dari sifat tamak dan rakus, percaya pada diri sendiri, dsb.

Meskipun makanan dan minuman itu halal, kita mengawal diri kita untuk tidak makan dan minum dari semenjak fajar hingga terbenamnya matahari,karena mematuhi perintah Allah.Walaupun isteri kita sendiri, kita tidak mencampurinya diketika masa berpuasa demi mematuhi perintah Allah s.w.t.

Ayat puasa itu dimulai dengan firman Allah:"Wahai orang-orang yang beriman" dan disudahi dengan:" Mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa."Jadi jelaslah bagi kita puasa Ramadhan berdasarkan keimanan dan ketaqwaan.Untuk menjadi orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah kita diberi kesempatan selama sebulan Ramadhan,melatih diri kita,menahan hawa nafsu kita dari makan dan minum,mencampuri isteri,menahan diri dari perkataan dan perbuatan yang sia-sia,seperti berkata bohong, membuat fitnah dan tipu daya, merasa dengki dan khianat, memecah belah persatuan ummat, dan berbagai perbuatan jahat lainnya.Rasullah s.a.w.bersabda:

"Bukanlah puasa itu hanya sekedar menghentikan makan dan minum tetapi puasa itu ialah menghentikan omong-omong kosong dan kata-kata kotor."
(H.R.Ibnu Khuzaimah)

Beruntunglah mereka yang dapat berpuasa selama bulan Ramadhan, karena puasa itu bukan sahaja dapat membersihkan Rohani manusia juga akan membersihkan Jasmani manusia itu sendiri, puasa sebagai alat penyembuh yang baik. Semua alat pada tubuh kita senantiasa digunakan, boleh dikatakan alat-alat itu tidak berehat selama 24 jam. Alhamdulillah dengan berpuasa kita dapat merehatkan alat pencernaan kita lebih kurang selama 12 jam setiap harinya. Oleh karena itu dengan berpuasa, organ dalam tubuh kita dapat bekerja dengan lebih teratur dan berkesan.

Perlu diingat ibadah puasa Ramadhan akan membawa faaedah bagi kesehatan
rohani dan jasmani kita bila ditunaikan mengikut panduan yang telah ditetapkan, jika tidak maka hasilnya tidaklah seberapa malah mungkin ibadah puasa kita sia-sia sahaja.

Allah berfirman yang maksudnya:

"Makan dan minumlah kamu dan janganlah berlebih-lebihan sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." (s.al-A'raf:31)

Nabi s.a.w.juga bersabda:

"Kita ini adalah kaum yang makan bila lapar, dan makan tidak kenyang."

Tubuh kita memerlukan makanan yang bergizi mengikut keperluan tubuh kita. Jika kita makan berlebih-lebihan sudah tentu ia akan membawa muzarat kepada kesehatan kita. Boleh menyebabkan badan menjadi gemuk, dengan mengakibatkan kepada sakit jantung, darah tinggi, penyakit kencing manis, dan berbagai penyakit lainnya. Oleh itu makanlah secara sederhana, terutama sekali ketika berbuka, mudah-mudahan Puasa dibulan Ramadhan akan membawa kesehatan bagi rohani dan jasmani kita. Insy Allah kita akan bertemu kembali.

Allah berfirman yang maksudnya: "Pada bulan Ramadhan diturunkan al-Quran
pimpinan untuk manusia dan penjelasan keterangan dari pimpinan kebenaran
itu, dan yang memisahkan antara kebenaran dan kebathilan. Barangsiapa menyaksikan (bulan) Ramadhan, hendaklah ia mengerjakan puasa.

(s.al-Baqarah:185)



Awan sedikit mendung ketika kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan untuk ke tanah perkuburan. Baju merahnya yang besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ais krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulut untuk dijamahi. Sementara tangan kirinya digenggam erat oleh ayahnya.


Yani dan ayahnya memasuki kawasan tanah perkuburan menuju ke pusara neneknya. Kemudian mereka duduk di atas tembok nisan yang bercatatan;


"Nak, ini pusara nenekmu. Mari sayang...kita berdoa untuknya"

Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yang diangkat ke atas dan dia ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Dia khusyuk mendengar ayahnya berdoa walaupun dia masih belum mampu memahami sepenuhnya setiap baris doa yang dititipkan oleh ayahnya itu.

"Ayah, nenek meninggal semasa umur 50 tahun ya?"

Ayahnya mengangguk dan tersenyum sambil memandang pusara ibunya.

"Hmm, bererti nenek sudah meninggal 45 tahun ya, Yah?" Kata Yani sambil lagak matanya mengira dan jarinya menghitung.

"Ya, nenekmu sudah di dalam kubur selama 45 tahun sayang... "

Yani menoleh kepalanya dan memandang sekelilingnya. Banyak pusara di sana . Di samping pusara neneknya terdapat pusara tua yang sudah berlumut.


"Hmm.. Kalau yang itu sudah meninggal 100 tahun yang lalu ya Yah?", jarinya menunjuk nisan bersebelahan pusara neneknya itu.

Sekali lagi ayahnya mengangguk dan tangannya mengusap kepala anak tunggalnya itu.

"Ya nak. Benar katamu sayang. Mengapa?" tanya si ayah sambil menatap mata anaknya yang redup.

"Hmmm, semalam ayah beritahu jika kita meninggal dan banyak dosa. Kita akan diseksa di kubur. Iya kan yah?" kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya.

Ayahnya tersenyum dan menggangguk.

"Benar, lalu?" tanya si ayah meminta penerangan si anak.

"Iya... Kalau nenek banyak dosanya, bererti nenek sudah diseksa 45 tahun di kubur ya ayah? Kalau nenek banyak pahalanya, bererti sudah 45 tahun nenek bahagia dikubur. Betul tak ayah?" mata Yani bersinar ingin tahu.

Ayahnya tersenyum, namun sekilas menampakkan keningnya yang berkerut dan perasaannya yang cemas.

"Iya nak, kamu pintar sayang," kata ayahnya pendek.

Pulang dari tanah perkuburan, ayah Yani kelihatan gelisah di atas sejadahnya. Dia memikirkan perkara yang telah diperkatakan oleh anak kesayangannya tadi.

"... 45 tahun hingga sekarang... kalau kiamat datang 100 tahun lagi...145 tahun diseksa .. atau bahagia dikubur?". Dia bermonolog sendirian.

Lalu dia tertunduk dan menitiskan air mata.

"Kalau dia meninggal dan banyak dosanya. Kiamat masih 1000 tahun lagi, bererti dia akan diseksa 1000 tahun?..'Innalillaahi WA inna ilaihi rooji'un'... "

Air matanya semakin banyak menitis, sanggupkah dia diseksa selama itu.

"Itu kalau benar kiamat lagi 1000 tahun tetapi kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itukah dia akan diseksa di kubur. Mampukah dia bertahan dengan tiap seksaan? padahal melihat adegan pukul di salah satu rancangan televisyen pun dia sudah tidak tahan untuk melihatnya?". Jiwanya penuh dengan monolog.

"Ya Allah..."

Dia semakin menunduk. Tangannya diangkat dan air matanya semakin membanjiri pipinya.

"Allahumma as aluka khusnul khootimah"

Berulang Kali di bacanya doa itu sehingga suaranya serak dan terhenti sejenak apabila terdengar batuk Yani. Dihampirinya anak kesayangannya yang sudah terlena dan membetulkan selimutnya.

Yani terus tertidur tanpa mengetahui betapa ayahnya amat berterima kasih kepadanya kerana telah menyedarkannya erti sebuah kehidupan dan kehidupan hakiki yang akan datang di hadapannya.

"Ya Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku...

Wednesday, August 04, 2010

terkedu~~

erk, terkedu???
nape lak??huhu..xde pape pon sbenarnye...cume td..terkedu n tersebak kjap...kjap je kot...sb, ble bce cte rye kt mekah...ng suasana kt sne pd hri rye...sgt rndu...sgt teringin nk beraya kt sne...sgt teringi berada di tanah ssuci...ya Allah...pnjangknlah umurku...agar aku boleh merasai suasana ari rye di sane...

huhu...
cam ade sumthing lg...tp, aku xreti nk ckp camne...trus mud swing..rse nk jmpe Allah cpat2..tp, bekal xde lg...ya Allah, jgn lah Engkau matikan aku selagi mane aku belum mnjadi pnyumbang utk Islam...even aku xsempat tok merasa daulah Islamiah, sekurang-kurangnya beri lah aku peluang untuk melahirkan generasi yang mendaulatkan Islam di muka bumi ini...

Allahu akbar!!!!!!!!!!!!!

aku tidak mahu sendirian...

lewat mlm itu...
aku sebak memikirkan keadaan sekeliling...
satu persatu kutebak...
masih jauh lagi utk digapai...

aku tidak mahu sendirian...
sendiri berjalan mengukur alam ini...

aku tidak mahu sendirian...
sendiri menghabiskan waktu yang tercipta..

aku tidak mahu sendirian...
sendiri melangkah ke alam yang seterusnya...

ya, aku tidak mahu sendiri..
lantas mngajak teman2 menemaniku...
ade yang menolak, bahkan ade yg mencemuh...
tanpa sedar mereka menolak syurga yg disediakan...
tanpa sedar mereka mencemuh nikmat yang Dia janjikan..

aku mahu...
kamu, kamu dan kamu...
bersama2 riang gembira denganku...

aku mahu...
kamu, kamu dan kamu...
bersama2 riang gembira dengan teman yang lain...

aku mahu...
keriangan itu...

aku mahu kemanisan itu...

lantas aku mengajak...
tanpa mahu meninggalkan seorang pun di belakang...

tanpa mahu meninggalkan seorang pun di luar pintu...
untuk sama2 berkongsi keriangan...

ayuh teman...
bersama daku...
sama2 mengejar redha Allah..
kerana kita tidak bisa meneka...
kerana kita tidak bisa mengagak...
akan bilakah roh akan berpisah dengan jasad??
sampai bilakah Dia akan memberi pinjaman kepada kita??
adakah sehingga akhir hayat kita??
atau hanya smpai esok lusa??

ayuh teman...
jangan sampai Dia mengambil apa yang dipinjamkan...
kerna aku takut tanpa pinjamanNya kita tidak bisa melakukan apa2...
kerna aku takut tidak sempat untuk melksanakan dalam keadaan yang sempurna...

benar teman...
aku tidak muahu sendirian...
ayuh bersama aku...
kerna aku perlu kamu d sisi aku...