lewat kebelakangan ini, sering aku dikunjungi dgn segala perkhabaran terbaru dari misi konvoi ke gaza...subhanallah, semangat mereka utk mati syahid sgt utuh...semangat persaudaraan yg ditonjolkan menggegar dunia...dalam misi menghulurkan bantuan tersebut, ramai yg sudah kembali kepada Pencipta...dan rmai jg yg tercedera...ya Allah, lindungilah mereka...kuatkan lah mereka...tetapkanlah hati mereka...supaye, mereka tidak akan berpaling dari perjuangan mereka...
Monday, May 31, 2010
palestina oh palestina...
lewat kebelakangan ini, sering aku dikunjungi dgn segala perkhabaran terbaru dari misi konvoi ke gaza...subhanallah, semangat mereka utk mati syahid sgt utuh...semangat persaudaraan yg ditonjolkan menggegar dunia...dalam misi menghulurkan bantuan tersebut, ramai yg sudah kembali kepada Pencipta...dan rmai jg yg tercedera...ya Allah, lindungilah mereka...kuatkan lah mereka...tetapkanlah hati mereka...supaye, mereka tidak akan berpaling dari perjuangan mereka...
Dunia, apakah kamu tidak melihat?
Saya masih ingat saat-saat intifada Palestin kedua bermula pada September 2000, saat pejuang-pejuang Palestina memulakan serangan menggunakan bom manusia, ada suara-suara busuk yang berkata:
“Apa la mereka itu, Israel juga manusia”
“Pengganas. Tidak berbelas kasihan. Tak ada common sense”
“Mujahidin ni pelampau. Ada patut sampai nak bom Israel. Tak fikir ke itu negara orang?”
Hari ini, berita telah sampai kepada saya bahawa Kapal yang membawa bantuan kemanusiaan bawah kelolaan projek Lifeline4Gaza telah diserang oleh askar zionis pada jam 10.30pagi Malaysia, 31hb Mei 2010. Memburukkan keadaan, sekurang-kurangnya 10 aktivis telah terbunuh manakala 30 orang pula tercedera.
Apa salah bantuan kemanusiaan itu? Adakah mereka membawa senjata? Apa salah orang yang terbunuh? Apa silap orang yang tercedera?
Dunia, saya hari ini saya ingin sekali lagi mendengar suara-suara kamu.
Apakah tidak kau melihat kepada mereka?
Itu kapal penyelamat, bukannya pembunuh
Sungguh jelek sekali jika dunia hari ini mendiamkan diri mereka. Jika memang bisu tidak mengapa. Tetapi sengaja membisukan diri adalah perkara yang hina.
Kapal-kapal itu bergerak untuk merentas Gaza, kerana rasa kemanusiaan yang tinggi untuk membantu saudara-saudara seagama yang kesempitan dikepung dalam tembok kematian. Sungguh keimanan telah menjana ukhuwwah merentas sempadan sebagaimana yang Islam ajarkan. Mereka membawa bantuan-bantuan kemanusiaan yang selama ini tidak diberikan kepada penduduk Gaza.
Kapal-kapal itu, di dalamnya terdapat manusia-manusia yang ikhlas. Saya membaca satu penyataan menyatakan bahawa di dalamnya yang paling muda adalah berumur kurang dari setahun, manakala yang paling tua ada yang melebihi 80 tahun. Semuanya dengan ikhlas menyabung nyawa untuk membantu saudara-saudara yang ditinggalkan. Ditinggalkan Mesir, ditinggalkan Jordan, ditinggalkan Arab Saudi, ditinggalkan Syria, ditinggalkan Lubnan yang berada di sekelilingnya.
Kapal-kapal itu, di dalamnya tiada tentera. Hanya rakyat biasa yang mempunyai kefahaman dan rasa kemanusiaan yang melangkaui manusia yang hanya inginkan dunia.
Tetapi kapal-kapal itu diserang hingga menyebabkan ada yang terbunuh dan tercedera.
Oh dunia, tidakkah kau melihat kepada mereka? Negara yang bernama Israel itu dan apa yang dilakukan oleh mereka?
Sungguh jelek sekali jika dunia hari ini mendiamkan diri mereka. Jika memang bisu tidak mengapa. Tetapi sengaja membisukan diri adalah perkara yang hina.
Israel Zionis yang kamu pertahankan itu
Wahai kamu kamu yang bersuara busuk selama ini. Yang menyatakan Israel Zionis juga manusia. Yang pernah berkata kepada saya bahawa Israel juga ada hak untuk mempertahankan dirinya. Yang pernah mengherdik saya menyatakan bahawa Israel juga ada hak asasi mereka. Yang pernah memarahi saya menyatakan bahawa Israel tidak patut diganggu dan sepatutnya berdamai sahaja dengan mereka.
Wahai kamu kamu yang bersuara busuk ini. Saya ingin kamu melihat apa yang berlaku hari ini. Israel Zionis yang kamu pertahankan itu yang menyerang kapal-kapal kebaikan hari ini. Yang di dalam kapal itu tidak mempunyai bala tentera untuk mempertahankan diri. Yang di dalam kapal itu tidak mempunyai senjata untuk digunakan apatah lagi diberi kepada mujahidin. Yang di dalam kapal itu hanya penuh dengan bantuan kemanusiaan berbentuk keperluan penting buat yang tersepit.
Israel Zionis yang kamu pertahankan itu, tidak segan silu terang-terangan menyerang kapal kebaikan itu. Lihatlah bagaimana mereka berkelakuan. Lihatlah bagaimana mereka membuat perhitungan. Lihatlah bagaimana mereka beradab dengan kebaikan.
Apakah satu perkara yang melampau memberikan bantuan kemanusiaan?
Lihatlah betapa kejamnya mereka dengan mata akal kamu yang waras.
Inilah sebabnya Mujahidin Palestin hingga sampai perlu mengebom diri mereka dalam menentang mereka. Sungguh, mereka itu gila tanpa jiwa. Inilah sebabnya tiada perjanjian damai lagi buat mereka. Kerana setiap kali berdamai mereka mengingkarinya.
Inilah dia Israel Zionis yang kamu pertahankan itu.
Yang kamu kata dia juga manusia.
Apakah kamu meragui kenyataan yang diberikan oleh Allah SWT?
“(Sesudah kamu - wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?” Surah Al-Baqarah ayat 75.
“Dan mereka (kaum Yahudi) berkata pula: “Hati kami tertutup (tidak dapat menerima Islam)”. (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup) bahkan Allah telah melaknatkan mereka disebabkan kekufuran mereka, oleh itu maka sedikit benar mereka yang beriman. Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al Quran), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan Al Quran), mereka mengingkarinya; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu.” Surah Al-Baqarah ayat 89.
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.” Surah Al-Baqarah ayat 120.
Kejadian hari ini adalah salah kamu
Kenapa Israel berani lakukan apa yang mereka lakukan hari ini?
Sebab selama ini dunia menutup mata dan membiarkan mereka. Sebab selama ini dunia menyokong dan terus menyokong agenda mereka. Dunia membutakan mata, memekakkan telinga, menyembunyikan tangan, dan berdiam diri sahaja.
Islam tidak diambil sebagai kehidupan. Palestina kamu pandang sebagai negaralain. Kamu tunduk pada kehidupan sekutu Israel. Kamu biarkan jiwa kamu terbius, kamu lepaskan anak-anak kamu juga turut terbius. Kamu pimpin negara kamu dalam tatacara hidup mereka melahirkan rakyat-rakyat yang juga terbius.
Salah kamu. Salah kamu. Salah kamu.
Sebab itu hari ini, mereka tidak segan lagi terang-terangan menyerang.
Berita saya dapat dari twitter sahabat al-aqsa adalah seperti berikut:
“Israel tetap menembakkan gas air mata…memaksa peserta Freedom Flotilla keluar dari kapal….KAMI TIDAK AKAN MENYERAH!! ALLAHU AKBAR!!!”
“Kira2 pkl4.30 am tadi,prajurit Israel turun dr helikopter kedek kapal Mavi Marmara,&lgsg menembaki orang2 sipil yg tidak bersenjata disana.”
Twitter ini disiarkan sekitar setengah jam yang lalu.
Ya, itulah dia. Seakan-akan Israel berkata dengan lantang: “Kami tidak kisah. Sebab apa pun yang kami lakukan, dunia tetap akan menyokong kami dan berdiam diri”
Oh kamu. Apa yang telah kamu lakukan? Tidakkah Allah sudah berfirman:
“Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) ugama, maka wajiblah kamu menolongnya,” Surah Al-Anfal ayat 72.
“Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya, (dia) tidak menzaliminya dan mengabaikannya(membiarkannya dalam penderitaan, memberikannya kepada musuh), tidak mendustakannya dan tidak menghinanya. Taqwa itu disini (seraya menunjuk dadanya sebanyak tiga kali-). Cukuplah seorang muslim dikatakan buruk jika dia menghina saudaranya yang muslim(apatah lagi menzaliminya, mengabaikannya dan mendustakannya)” Hadith yang ke-35 dalam Hadith 40 An-Nawawi. Hadith riwayat Muslim.
Kalaulah selepas ini dunia terus membutakan mata
Saya tidak kisah kalau dunia ini memang asalnya buta. Maka saya rela maafkan ketidak pekaan mereka. Saya tidak kisah kalau dunia ini memang asalnya kudung. Maka saya rela maafkan ketiadaan tindakan daripada mereka. Saya tidak kisah kalau dunia ini memang asalnya bisu. Maka saya rela maafkan kebisuan mereka.
Tetapi saya sangat maklum bahawa dunia ini mempunyai mata, tangan dan suara.
Sungguh, saya terluka kepada mereka yang tidak menghiraukan perkara ini walau sudah terjadi keadaan seperti hari ini. Saya terluka kepada mereka yang masih mengambil kehidupan musuh Allah sebagai peraturan hidup. Saya terluka kepada mereka yang masih mencanangkan bahawa Israel adalah manusia yang ada hak asasinya.
Saya terluka, kalau selepas ini, tiada apa-apa yang dilakukan oleh dunia.
Ini yang Israel lakukan, pada saat dunia semuanya sedang menyaksikan konvoi itu secara langsung. Ini yang Israel lakukan, walau konvoi itu diperhatikan secara LIVE melalui internet.
Bagaimana agaknya yang Israel lakukan terhadap penduduk Gaza, yang terputus dari dunia luar?
Kalau selepas ini akal kamu masih tertutup, maka ketahuilah bahawa kamu tergolong kalangan manusia-manusia yang hancur.
“Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.” Surah Al-Anfal ayat 73.
Oh jangan risau. Kamu akan dihitung
Jangan risau wahai Israel Zionis. Juga jangan risau konco-konco kepadanya. Jangan juga risau wahai yang berkomplot bersamanya. Juga jangan risau kepada yang menyokong mereka.
Kamu semua akan dihitung. Kamu semua akan dihitung. Kamu semua akan dihitung.
“(Sumpah demi sumpah) bahawa sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu (mengenai hari akhirat) tetap benar; Dan bahawa sesungguhnya balasan amal, tetap berlaku” Surah Adz-Dzariyyat ayat 5-6.
Tuhan saya, tuhan mereka yang berada di Gaza, tuhan mereka yang berada di atas kapal konvoi, tuhan mereka yang mati atas kezaliman tangan-tangan kalian, tuhan mereka yang tercedera apabila kamu merampas kapal, tuhan yang satu untuk seluruh ummat di dunia, juga tuhan kamu yang sebenarnya, Dia, Allah, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat Tiada Tandingannya, Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya, Pencipta Kepada Neraka, sungguh Dia akan menghitung kamu.
“Apakah (yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang tidak beriman itu?) mereka tidak menunggu melainkan kedatangan malaikat (yang mencabut nyawa mereka), atau kedatangan (azab) Tuhanmu, atau kedatangan sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu (yang menjadi alamat hari kiamat). Pada hari datangnya sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu, atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya. Katakanlah: Tunggulah kamu (akan apa yang kamu berhak mendapatnya), dan kami pun sebenarnya menunggu (akan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada kami).” Surah Al-An’am ayat 158.
Saya bersabar jika Allah melambatkan hukumanNya ke atas kamu. Sungguh, itu tanda sinar kasih sayangNya buat kamu masih belum luput. Tetap Dia memberikan peluang seperti peluang yang Dia berikan kepada yang membakar Ashabul Ukhdud.
“Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat,(ini adalah tanda bahawa, sekiranya mereka bertaubat, maka mereka akan selamat) maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).” Surah Al-Buruj ayat 10.
Tetapi bila tiba waktunya, Dia akan menghukum kamu.
Tidak di dunia, di akhirat sana pasti perhitunganNya terlaksana.
Beratnya, hingga kamu bercita-cita bahawa kamu tidak pernah dilahirkan di dunia.
“Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)” Surah An-Naba’ ayat 40.
Takutnya, hingga kamu merayu dikembalikan semula.
“Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin” Surah As-Sajadah ayat 12.
Kamu tiada pengakhiran yang gembira, oh musuh-musuh Allah yang celaka.
Mati kamu di neraka, syahid kami di Syurga.
Mati kamu merana, mati kami disiram bahagia.
Kamu akan dihitung. Kamu akan dihitung. Kamu akan dihitung.
Dan saya berharap-harap, Allah akan menjadikan saya antara wakilNya dalam menumbangkan kamu di atas dunia. Ketahuilah, saya bukan manusia yang berharap sahaja. Saya manusia yang berusaha.
Penutup: Ini garisan antara kita.
Berdiam diri, atau melakukan sesuatu.
Inilah dia garisan antara kita. Yang membezakan orang-orang yang benar keimanannya atau yang palsu semata.
“Habis, apa yang boleh saya lakukan?” Mungkin itu yang anda tanyakan.
Macam-macam. Khas untuk konvoi, kita boleh solat hajat dan berdoa. Untuk perjuangan ini, kita boleh mula dengan ubah diri kita dan ajak manusia lain kembali kepada Allah.
Masalah Palestina bukan masalah kenegaraan. Masalah Palestina adalah masalah ummah. Perhatikan sejarah. Palestina hanya mampu aman apabila ummah berada dalam kondisinya yang terbaik. Zaman Saidina Umar dan zaman Salahuddin Al-Ayubi, kamu kajilah ummahnya bagaimana. Palestina hanya menderita, pada zaman ummah rosak dan berpecah belah. Selaklah sejarah, hari-hari Palestina ditawan semula dari tangan orang Islam dan bagaimana kondisi ummah ketika itu.
Ada yang berjuang mempertahankan Palestina dengan senjata. Mereka yang berada di dalam Palestina sendiri tidak henti-henti merawat jiwa-jiwa di sana. Ada pula yang berjuang seperti yang berada di atas Marmara Mavi, yang menyertai konvoi-konvoi keselamatan. Dan ada pula yang berjuang dari luar Palestina dengan merawat jiwa-jiwa ummah yang tercedera dengan jahiliyyah.
Tetapi berdiam diri, tidak termasuk salah satu daripadanya.
Sungguh, ini garisan antara kita.
Yang membezakan orang-orang yang duduk ketakutan, dengan orang-orang yang berdiri dengan yakin penuh keberanian.
“Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar; Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya, dan keampunan serta rahmat belas kasihan. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah An-Nisa’ ayat 95-96.
by;
hilal asyraf
http://ms.langitilahi.com/semasa-dunia-tidakkah-kau-melihat-mereka/